Friday, December 31, 2010

Kushikino



Takboleh nak sambung entri sebelum nih jadi kena buat entri yang baru.

3:00 petang 1jam cuma dapat jalan 10 km ada kot. Kereta bergerak amat perlahan. Lagi 70km baru nak sampai Kumamoto. Kat depan, ada notis kata kena pakai chain kat tayar sebab jalan dah penuh salji. Kami masih pakai tayar biasa.

3:30 petang Kereta kat depan tak bergerak. Salji semakin lebat. Tak sempat sampai Moji hari nih jadi takde pilihan lain. Kena cari tempat bermalam. Patah balik 500m untuk cari hotel berdekatan dengan jalan no. 3 dan dekat dengan stesen keretapi.

4:00 petang Selamat check-in hotel dan kami berjalan dalam salji nak cari makanan tengahari pula. Waktu begini terasa iphone sangat berguna. Lepas beli barang, balik hotel naik teksi. Haziq dan Hazim toksah ceritalah. Main salji sungguh. Menurut kata pakcik teksi, kali terakhir salji turun di tempat ini (串木野) adalah 10 tahun yang lalu. Esok kena tengok jalan dah ok ke belum. Hmm.. Bilalah boleh balik sampai Moji nih..

Salji



Test: live blogging

10:00 pagi Bertolak dari hotel Kagoshima. Salji penuh. Putih. Sakurajima depan mata tapi tak nampak. Kabus tebal. Disebabkan highway ditutup jadi kami ikut jalan no. 3 menuju Kumamoto.

Sakurajima dari bilik hotel pukul 7 pagi

12:00 tengahari Pandu kereta dalam salji memang mendebarkan. Pemandangan sekeliling pula putih dan putih. Salji sana sini. Jalan raya basah. Mungkin juga beku.

2:00 petang Masih dalam Kagoshima. Bilalah nak masuk Kumamoto. Kereta banyak. Bumbung kereta semuanya penuh salji tebal. Satu pemandangan yang sukar dilihat di Moji. Haziq dan Hazim mula bosan. Cukuplah tengok cerita Ice Age dan Atom.

Thursday, December 30, 2010

Yakushima



Malam semalam Hazim tak boleh tidur sebab batuk dan tak boleh bernafas sangat. Pagi tadi kami dah keluar seawal 6 pagi untuk ke ER. Lepas ambil ubat, barulah kami bergerak ke Terminat Bot Laju, Toppy untuk ke Yakushima. Sampai sahaja di terminal, ramai sungguh orang. Mungkin semuanya nak balik kampung di Yakushima dan pulau berdekatan sempena tahun baru. Walaupun hanya dua jam, tak sangka laut sedikit bergelora menyebabkan Ummi rasa macam mabuk laut. Nasib baik ok, takde insiden yang tidak diingini berlaku dalam feri.

Sampai sahaja di Yakushima, cuaca memang baik. Kami sewa kereta untuk 6 jam sebab nak balik naik feri pukul 3:45 petang. Kiranya ada masa kurang dari 6 jam untuk melihat-lihat kawasan pulau. Cuma ada satu sahaja jalan besar di keliling pulau dan kalau naik kereta ambil masa 2-3 jam sahaja. Taklah besar sangat.


Kami singgah di Shiratani Unsuikyou (白谷雲水峡), tempat idea Miyazaki Director buat untuk filem anime Princess Mononoke. Untuk ke pintu masuk tempat nih, memakan masa 30 minit naik kereta dari Terminal Feri Miyanoura. Sampai di pintu masuknya, boleh pilih nak hiking course yang 30minit, 1 jam, 3 jam. Semakin panjang masa mendaki, semakin cantik hutannya. Semestinya semakin mencabar dan memerlukan stamina mendaki. Dalam hutan nih juga ada air terjun. Cantik sangat. Rasa macam dalam dunia lain. Ramai juga pendaki walaupun cuaca mula mendung selepas tengahari.

Lepas ambil gambar dalam hutan, berlatarbelakangkan jambatan gantung, air terjun, barulah kami bertolak pulang. Dalam perjalanan untuk mencari tempat makan udon, orang kereta sewa telefon kata semua feri dibatalkan untuk hari ini sebab angin kuat dan laut bergelora. Maknanya kami tak boleh balik!. Ah!. sudah. Takkan nak bermalam di Yakushima. Akhirnya, fikir sini, tanya sana, pusing situ, kami ambil keputusan balik naik kapal terbang, Japan Air Comuter (JAC) sampai ke Kagoshima Airport. Naik kapalterbang pukul 3:55 petang dan perjalanan memakan masa hanya 30 minit sahaja.

Kapalterbang dari Yakushima ke Kagoshima kecil sahaja. Kapal terbang pula asyik bergegar sebab langgar kabus. Ummi pegang erat tangan Haziq. Rasa macam perut tertinggal di belakang!. Untuk masa terdekat nih, cukuplah kenderaan laut dan udara dalam keadaan cuaca tak menentu. Nak rehatkan tali perut!.

Akhirnya kami selamat sampai bilik hotel pukul 7 malam lepas ambil bas dari airport ke bandar Kagoshima. So sekarang ini, semua orang tengah rehat sambil tengok tv. Ah...lega rasanya boleh pijak kaki atas tanah.

Wednesday, December 29, 2010

Kagoshima



Cuti hujung tahun kali ini, perancangannya hanya mengambil masa satu hari sahaja. Sebenarnya dah target nak pergi satu tempat nih dah lama tapi tak sangka pula approved on the spot!. Yeay!. kali ini percutian tahun baru kami ke Yakushima (屋久島), pulau yang terletak di sebelah selatan Kagoshima Prefecture. Kena naik feri dalam 2 jam lebih. Itupun feri laju. Kalau feri biasa dalam 4 jam.

Bertolak pukul 10 pagi dari rumah. Siap bawa nasi lemak, nak makan tengahari di tengah jalan. Pukul 12 tengahari, kami sampai di SA Yamae (山江). Pemandangan di sini cantik dengan sawah padi dan rumah tradisional orang Jepun. Tapi kami makan dalam sejuk, 10 degree ada rasanya.

Lepas setengah jam kami teruskan perjalanan memasuki Kagoshima dengan melalui beberapa terowong yang amatlah panjang. Banyak pula tuh. Ada dua terowong panjang yang ada lampu isyarat di hadapannya. Kalau ada kemalangan dalam terowong, lampu isyarat akan tukar jadi merah untuk mengelakkan kenderaan dari terperangkap dalam terowong. Agaknya lah.

Kirishima (霧島)

Sebelum sampai ke destinasi, Hotel Tokyu di Kagoshima, kami sempat singgah di Kirishima Shinwa no Sato Park (霧島神話の里公園). Tempatnya di atas tanah tinggi. Sejuk. Berlatarbelakangkan Gunung Kirishima, gunung berapi. Kagoshima juga terkenal dengan gunung berapi dan juga kolam air panas.


Lepas main super-slider (tinggi sangat, Ummi tak join sebab gayat tempat tinggi), kami ambil gambar dan teruskan ke tempat hotel dalam satu jam lebih dari Kirishima Shinwa no Sato. Sepanjang jalan, banyak betul gunung ganang dan hutan. Kalau musim luruh mesti cantik dengan daun merah kuning. Bila sampai hotel jer, walla~dapat bilik menghadap laut dan Sakurajima (pulau yang ada gunung berapi aktif). Jadi, sekarang kami semua tengah rehat. Esok kami akan teruskan pengembaraan kami ke Mononoke Hime no Mori (もののけ姫の森). Semoga selamat pergi dan balik. Jangan mabuk laut sudahlah!.


Tuesday, December 28, 2010

Nama




Sabtu lepas ada hari persembahan (発表会)Hazim. Program terakhir dalam majlis ialah persembahan dari kanak-kanak kelas Gajah (ぞう組み): Murid kelas atas sekali (umur 5-6 tahun). Setiap orang beritahu maksud nama di hadapan ibubapa dan penjaga sambil pegang kad nama. Semuanya comel-comel.

Nama pun canggih-canggih belaka. Ada kanji yang tak pernah nampak dan tak tahu pun macam mana nak baca. Nama Hazim paling berbeza. Logiklah juga sebab dalam Katakana. Lepas present nama masing-masing, ada slide show tunjuk gambar waktu kecil-kecil dan sekarang. Habis jer, tengok mata mak-mak kawan Hazim semua merah. Yerlah, baru lepas nangis sebab terharu. Ummi ajer relaks...

Ini gambar Hazim yang digunakan dalam slide show.

Hazim Waiz
Hazim: Yang bijaksana, tegas, teliti
Waiz: Penasihat

Tuesday, December 21, 2010

Menu


Beli ikan kat pasar pagi hujung minggu. Ikannya hidup lagi waktu nak beli. Bukan mudah nak dapat ikan segar di Jepun yang besar dan murah macam nih.

Alahai, terkemek pula roti nih. Tepung roti biasa campur tepung graham. Namanya Roti Spain (main letak ajer).

BBQ sotong. Gaul sotong dan lada benggala (ピーマン)dalam serbuk kari, lepas tuh bakar. Satu rumah bau sotong bakar!.

Yang ini tenpura. Untuk masuk dalam udon. Kalau perasan, ada seketul telur burung dibuat tenpura. Jadi juga tenpura telur.

Mini sushi. Susah rupanya nak jadikan seketul macam sushi jadi bulat-bulatkan dan letakkan sashimi beli di supermarket di atasnya. Kalau tebal sangat boleh nipiskan.

Tenpura udon. Kesukaan si Hazim

Bila check balik dalam hp, ada pula gambar makanan buat sendiri di rumah. Gambar sejak dua tahun lepas. Dah lama tak letak gambar makanan dalam blog. Sejak 2,3 minggu nih, menu makan malam mengikut pilihan masing-masing dengan syarat semua orang kena bagi habis walaupun ada benda yang tak suka makan. Haziq: keledek, Hazim: cendawan. Takdelah terrer masak tapi bolehlah nak bagi semuanya makan kenyang. Kadang-kadang ada menu yang buat sekali, menjadi tapi bila kali kedua buat, rasanya dah jadi lain.

Kata boss, sebab tak ikut sukatan/resepi. Ala..masak kat dapur nih main agak-agak ajer. Cuba tanya mak kat kampung, berapa sudu cili dia masukkan untuk buat asam pedas ker masak cili api ker, mesti dia kata "ala, agak-agak jer". Agaknya sebab itulah ramai chef kat hotel lelaki sebab mereka masak memang ikut sukatan supaya rasanya tak bertukar-tukar. Agaknyalah...

Monday, December 20, 2010

Mata

Sejak seminggu lepas, kelopak mata bawah sebelah kanan asyik bergerak-gerak. Kata orang, nak nangis?. Atau nak jumpa orang lama?. 本当に気になる。Nak sambung habiskan buat paper pun rasa tak senang duduk.

Tapi bila google jumpalah beberapa artikel mengenai kelopak mata bergerak nih. Yang ini menarik juga. Kepercayaan dari China, kalau sebelah kanan maknanya bagus, nak dapat sesuatu macam bonus ker, loteri ke. Kalau sebelah kiri pula tak bagus. Maknanya nak dapat berita yang tak baik. Itu untuk lelaki. Kalau perempuan, yang kiri itu yang nak dapat berita bagus. Kalau dari India pula, ada yang kata sebelah kanan itu tandanya ada kelahiran dalam keluarga tidak lama lagi. Tapi janganlah percaya ya.

Dari segi saintifiknya, sebenarnya disebabkan oleh stress, penat, caffeine, kurang tidur, alergi ataupun terlalu banyak tengok skrin komputer. Hah, yang ini mungkin kot.

Banyak juga cara mengubatinya. Contohnya: urut sedikit di sekitar mata, tidur yang cukup, kurangkan tengok skrin komputer dan yang terbaru Botox. Er......biarlah semulajadi sembuh!.

Sunday, December 19, 2010

Beg

Seminggu sekali Ummi ada jaga perpustakaan sekolah Haziq. Sambil tuh, buatlah kerja seperti menghias, betulkan buku-buku yang rosak dan yang paling terbaru buat beg kertas dari kulit luar buku. Kulit luar buku ditanggalkan sebab buku akan dibalut dengan plastik khas.


Buku-buku kat Jepun nih cantik-cantik sebab berkualiti dari segi kertas dan warnanya pun ceria.

Buat banyak-banyak dan nanti akan dijual waktu bazar sekolah. Bila dah jadi beg kertas nampak cantik pula. Tinggal nak letak tempat pemegangnya sahaja.

Friday, December 17, 2010

Daihatsu


Minggu lepas hari khamis, dapat juga melawat kilang Daihatsu yang terletak di Nakatsu, Oita Prefecture. Naik kereta dalam 2 jam jugalah. Ambil session pukul 1 petang. Sampai-sampai ajer tengok cuma seorang jadi dapatlah tanya banyak soalan. Layanan pun ok. Yang bawa pergi tengok kilang, production line tuh orang dari HR jadi dia tak banyak tahu pasal trade.


Kilang Daihatsu yang ini kilang kereta keempat dilawati selepas Toyota, Nissan dan Mazda. Toyota, Nissan dan Daihatsu di Kyushu dan Mazda di Yamaguchi. Bila pergi kilang Daihatsu, dapat tengok perbezaan kilang kereta sedan dan kereta kecil/trak. Kilangnya kecil tapi line memang effective. Parts dipasang bukan sahaja dari bahagian dalam kereta tapi dari bawah pun ada juga. Kiranya ada dua orang, seorang akan pasang parts untuk bahagian dalam kereta dan seorang lagi dari bahagian bawah macam ekzos, enjin dan sebagainya. Lagi satu bahagian kualiti memang dititikberatkan berbanding kilang Mazda di Hofu.

Ada satu sahaja model SUV yang diekport terus ke US dari pelabuhan (dalam 30 minit kalau ikut jalan persendirian Daihatsu). Walaupun kereta kecil dan trak memang berlainan secara luaran tapi parts untuk kedua-duanya dipasang dalam production line yang sama. Banyak juga dapat belajar dari kilang Daihatsu kali ini. Lepas ini kena tengok kilang Perodua di Malaysia. Ada beza atau tidak.

Nak balik, ada seorang pakcik Jepun datang borak-borak tanya dari mana. Bila tahu dari Malaysia, sibuk tanya pasal isu Singapura beli air dari Johor. Cayalah Pakcik!. Berita tuh pun tahu ka....Dah habis melawat, nak balik tak berani ikut highway free (Shida Highway) sebab waktu datang, toll gate tak buka. Beratur lori dan kereta kat belakang. Huhu..apa nak buat so langgar jer lah. Nasib baik gate plastik yang lembut jadi takdelah bercalar kereta. Nasib..nasib..

Thursday, December 16, 2010

Kerja sekolah

Setiap hari, kerja sekolah Haziq terdiri dari berikut:
1) Kanji
Setiap hari mesti ada 4 kanji yang dia kena latih tulis sebanyak 4 kali (atau lebih sampai ingat) dalam nota.
2) Matematik
Kena jawab soalan matematik setiap hari satu mukasurat. Ada 20 soalan.
3) Sifir
kena hafal sifir 2 hingga 9.
4) 音読 (Baca cerita pendek dari buku bahasa Jepun dengan suara yang kuat)
Ummi/Ayah kena sain tanda samada betul dia baca, bacaan yang lancar dan berapa kali dia baca.

Kadang-kadang lupa nak suruh dia 音読 (baca), jadi esoknya mesti cikgu ada bagi nota kecil (warning) kat Ummi kata tak sain (maknanya Haziq tak baca). Berat tanggungjawab ibubapa kat sekolah Jepun nih. Cikgu bukan saja tengok anak murid buat kerja sekolah atau tidak, sampai ibubapa pun kena buat kerja tengok anak buat kerja sekolah ke tidak.

Setiap hari juga, kena tengok buku komunikasi (連絡帳)-renrakucho- antara cikgu dengan Haziq. Haziq ada tulis diari untuk hari itu. Ada juga cikgu tinggalkan mesej untuk ibubapa. Contohnya anak kena bawa beg plastik, sarung tangan, kotak susu yang telah digunakan, suratkhabar lama dan lain-lain ke sekolah untuk keesokkan harinya. Ibu bapa kena pastikan anak-anak tidak terlupa barang yang perlu dibawa esoknya.

Teringat waktu sekolah dulu, Abah mesti periksa buku sekolah setiap hari dan sain di atas muka surat terakhir. Abah nak tengok apa yang kami adik beradik belajar di sekolah. Kalau ada lukis kartun sikit kat buku latihan sekolah, mesti kena soal. Apatah lagi kalau gunakan buku latihan untuk tulis cerpen!.

Monday, December 13, 2010

Imari




Sabtu lepas, kami jalan-jalan cari pinggan sampai ke Imari di Saga Prefecture. Perjalanan dari rumah dalam 2-3 jam lebih kurang. Ada kilang Noritake dan Arita yaki. Tahun tahun lepas dah pernah pergi ke Arita jadi kali ini ke Imari pula. Kedua-dua jenama pinggan, cawan memang terkenal untuk peminat seni tembikar Jepun. Sesuai untuk dihidangkan dengan makanan Jepun.

Menariknya tempat ini, kedai-kedai memang jenis lama dan tradisional. Di belakangnya pemandangan gunung, kebun sayur dan sawah padi. Orang pun tak ramai. Mungkin sebab belum waktu jualan murah. Tunggu bulan 4 tahun depan baru ada.

Balik dari membeli belah, kami singgah mandi onsen (kolam air panas), 武雄温泉(Takeo Onsen). 30 minit dari Imari. Memang best masuk onsen waktu cuaca sejuk-sejuk nih. Rasa macam nak duduk lama dalam onsen tapi panas lah pulak!. Habis sahaja mandi, barulah perut terasa lapar. Bentang tikar kat belakang tempat parking kereta dan apalagi, isi perut dahulu sebelum pulang.

Thursday, December 09, 2010

Bentang

Semalam ada kelas (ゼミ)dan giliran saya beri pembentangan "Literature Review (LR) " di Universiti. Alhamdulillah, supervisor sendiri beri komen yang sungguh membina. Katanya, ada peningkatan dalam pembentangan, isi kandungan yang menarik dan teratur. Lepas ini, dia pasti paper saya kali ini akan diterima untuk International Journal. Cuma saya kena susun isi dalam LR untuk lebih padat dan kemas sebelum target hantar bulan Januari nanti. Lebih 6 bulan saya ambil masa untuk buat LR kali ini tapi masih ada yang rasa tak cukup. Ada lagi journal, buku yang berkaitan dengan otomotif yang perlu dibaca dan dianalisis tapi cukuplah. Lepas ini fokus untuk "technology transfer in automotive industry" pula. Habis kelas, bila keluar saja tengok dah gelap sekeliling. Cepat betul dah malam. Terasa 寂しい. Sunyi dan kebetulan hujan gerimis. Nampak bulan sabit dengan sebutir sahaja bintang yang paling terang. Subhanallah!. Cantik sangat!.

Sajak Haziq dalam bahasa Jepun terpilih dalam kategori 優秀 (Excellent), antara 140 orang dari 8,700 orang murid sekolah rendah di sekitar Kitakyushu. おめでとう!. Haziq seorang wakil kelas dia. Semua sajak-sajak akan diterbitkan dalam buku, keluar sekitar bulan Januari tahun depan. Bila tanya apa yang Haziq tulis, dia kata pasal popcorn. Pasal popcorn pun boleh buat sajak ker?. Macam-macam budak sekolah Jepun nih. Tak sabar nak tengok apa yang Haziq tulis.




Friday, December 03, 2010

Bahasa

Kadang-kadang sebelum tidur Haziq dan Hazim minta bacakan buku cerita. Dah seminggu lebih tak habis lagi bacakan buku cerita tajuknya bila diterjemah, " Sehingga Bateri Habis". Huhu. Sungguh tak menarik tajuknya. Cerita benar mengenai kehidupan seorang budak perempuan sekolah rendah yang menghidap kanser. Kisah dia dengan ibunya, kawan-kawan satu hospital, keluarganya dan orang disekelilingnya. Walaupun dia sakit, semangat dia untuk meneruskan hidup tetap kuat. Sebenarnya tajuk buku ini diambil dari kata-kata budak perempuan ini. Kata dia hidup ini seperti ada bateri. Kalau bateri dalam diri kita habis, maka matilah kita. Agak sedih nak cerita tapi Haziq dan Hazim nak tahu apa akhirnya, jadi kena bacakan sampai habis.



Yang atas ini pula buku yang Umminya kena baca. Bawah sekali ingatkan nak baca sebab nak tengok Movie Harry Potter tapi buku yang atas-atas tuh tak habis baca lagi. Jadi kena tangguh baca HP dan tangguh tengok Movienya. Tunggulah nanti bila movie part 2 dah keluar pula.

Thursday, December 02, 2010

Minat

Semalam jumpa Sensei (Supervisor) setelah 3 minggu tak pergi Universiti. Itupun sebab nak minta dia tandatangan borang claim RA (Research Assistant). Rasa macam akan di"leteri" dengan sensei. Memang betul. Sampai ofis dia, kalau berdiri saja alamat lenguh kaki jadi sambil dengar dia cakap sambil tuh capai kerusi kat sebelah dan duduk mendengar, mengangguk beberapa kali dan sekali sekala mengambil nota tanpa memandang tulisan. Satu skill yang mesti ada pada setiap pelajar PhD:-)

Mata tak boleh lepas tengok muka sensei. Kalau tidak mesti tak tahu apa dia cerita. Sensei saya ialah sensei yang boleh bercakap 1000 ayat dalam masa 1 minit (dalam bahasa Jepun). Memang laju betul dia bercakap. Kadang-kadang subjek A dan B (yang berlainan topik) pun boleh jadi satu cerita. Seharusnya sensei beritahu apa yang dia minta saya buat. Fieldwork Research, Interview, Analysis Market Strategy dan lagi satu banyakkan membaca dan men"google". Dia sokong hala tuju research saya tapi dia tambah lagi cabangnya. Aduhai!.

Hari ini cuba buat satu benda yang dah lama ada dalam "to do list" saya: telefon segala Toyota, Honda, Nissan, Daihatsu dan adik beradik syarikat pembuat kereta di Jepun untuk interview (bahagian penting dalam dissertation). Tapi bila telefon Toyota Kitakyushu, alahai, dia suruh buat interview ke HQ (Aichi). Minggu lepas cuba Daihatsu (Nakatsu) tapi cuma dapat Factory Visit. Interview pula tak dapat. Rasanya diaorang takut bila kena interview. Takut bocorkan rahsia syarikat. Entahlah. Esok nak cuba tempat lain pula.

Banyak benda nak kena buat tapi bila kena "reject", rasa nak give up!. Nak cuba jalan lain tapi pusing pusing tak jumpa juga. Ok. nak pujuk hati sekejab!.