Wednesday, February 23, 2011

Kajian

Dapat surat rasmi dari Toyota Thailand kata ok untuk melawat kilang di Banpho nanti. Alhamdulillah senang kerja. Toyota Malaysia pun dah kata okay. Memang Toyota nih syarikat yang dekat dengan orang ramai. Tak hairan lah kalau Toyota merupakan jenama yang semakin naik (dalam Asia Tenggara) walaupun ada tercalar dek recall tapi diaorang bekerja keras untuk perbaiki kesilapan itu.

Tunggu jawapan dari Perodua dan Proton, bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Perodua memang dah tahu tak boleh buat lawatan sebab ada model baru nak keluar tapi untuk interview masih belum ada jawapan. Proton pula...hmm.. tak boleh nak komen. Sukarnya nak dapat melawat kilang membuat kereta nasional nih. Mungkin kerana permintaan dari seorang pelajar yang bukan ada nama hebat di belakang atau mungkin bukan dari Universiti Malaysia yang ternama dan nampak gah. Tapi takper. Cuba telefon untuk follow-up sekali lagi. Harap-harap ada jawapan positif demi kemajuan anak bangsa sendiri. Huhu...

* Luahan perasaan untuk hari ini yang tidak dapat dipendam sudah rasanya.

Wednesday, February 16, 2011

Jual-jual



Hari ini Hazim ada main jual-jual di tadika. Tengok barang-barang yang dijual, semuanya comel dan kreatif. Bukan cikgu-cikgu yang buat tapi budak-budak umur 4-6 tahun yang buat. Duit olok-olok pun budak-budak yang buat.


Tugas Hazim kena jaga kedai makan. Siap pakai apron dan topi chef hidangkan air jus dalam kotak dan kuih (yang boleh makan). Waktu ambil Hazim dari tadika, dia sibuk tunjuk barang-barang yang dibeli. Ada kamera, puding, cermin mata hitam (tapi tukar jadi warna hijau) dan mainan. Hazim ambil kamera dan tiru gaya 戦場カメラマン渡辺陽一 (photographer yang bertukar jadi selebriti Jepun). Suka betul meniru gaya orang!.

Wednesday, February 09, 2011

Topeng

Ternampak hasil kraftangan budak kelas こぐま (umur 4-5 tahun). Beg kertas yang ditampal dengan pelbagai kertas warna warni dan digunting untuk dijadikan mulut. Topeng 鬼 atau Hantu untuk 節分の日(maknanya lebih kurang Hari Melontar Kacang). Sangat kreatif!!.

Monday, February 07, 2011

Hey和



* Tersuka pula dengar lagu Yuzu nih.

神は僕等の心の中にある
一つ一つの生命の中に

耳を澄ませば聞こえてくるだろう
気づかずにいた生命の声を

見上げた夜空に君を想うよ
体中に感じる温もり
どこにいたって一人じゃないんだ
深い悲しみに泪溢れても

祈るように今日も歌う

☆Hey和
この星に生まれ
Hey和
僕等は出会えた
君の為に何ができるのだろう☆

Hey和
絶えない微笑み
Hey和
喜びの歌を
消せない明かり 灯し続けてゆく

君がいるから・・・

神は僕等を試し 問うのさ
罪を過ちを歴史は繰り返す
消えることなく 残る傷跡
決して忘れずに僕等生きる

Ah~・・・・・

人は何故にこんなにも苦しみを抱き
全てを奪う争いは今もまだ止まない
子供達の笑い声 未来を映す人に
重ねた手と手をかけがえのない日々愛しい・・・

何処まで行けば辿り着けるだろう
終わり始まりを探し求めて
そっと目を閉じ 問いかけてみるんだ
雲の切れ間から差し込む光・・・

Hikosan

Haziq dan Hazim hari-hari doa kata minta salji turun banyak-banyak sebab nak main そり(sled). Tapi kalau kat Moji memang susah nak dapat salji tebal. Minggu lepas plan nak ke 英彦山 (Hikosan) tapi ribut salji pula jadi kami tangguh ke hari Ahad lepas. Salji atas gunung nih masih ada tapi dah makin cair dan agak keras. Tak boleh buat snowman tapi boleh main そり sekejab. Pemandangan dari atas gunung (naik cable car) memang menakjubkan. Cantik!. Tapi payah juga nak berjalan dalam salji. Ketebalan salji sampai lutut orang dewasa jugalah.


Balik dari main salji, cari onsen di sekitar Tagawa (田川). Adalah dalam 30minit perjalanan dari Hikosan, kami singgah masuk onsen Hinoyu. Lega rasanya dah main sejuk-sejuk dalam salji dan mandi air panas. Puas hati jugalah Haziq dan Hazim main salji!.


Saturday, February 05, 2011

Peribahasa

Pagi, ajar Haziq dan Hazim peribahasa dalam BM.

Ummi: Orang tamak selalu rugi macam anjing dengan ba......

Haziq: bayang-bayang!

Ummi: Selalu tak dengar kata macam mencurah air di daun ke....

Haziq diam kejab. Tengah fikir.

Haziq: kela....bu!

Ummi: Huh? Daun kelabu?..keladi la...

Daun dari tumbuhan spesis baru: daun kelabu.

Friday, February 04, 2011

Cukai

Musim declare cukai dah bermula. Mulai bulan 1 cukai pendapatan bagi orang yang bekerja di Jepun dinaikkan. Sebabnya nak kotakan janji dalam manifesto parti. Antara perkara dalam manifesto adalah kenaikkan untuk elaun anak- anak, free highway dan banyak lagi. Sekali tengok dalam manifesto awal-awal dulu macam menarik sebab banyak dapat duit tapi rupanya orang Jepun sendiri tak berapa gemar dapat duit percuma. Mesti ada kena bayar lebih di mana- mana. Siapa yang gaji tinggi lagi banyak kena bayar cukai. Siapa yang anak sikit pun rugi.

Jadi kat sinilah 確定申告 (declare tax) tuh penting. Pungut duit sendiri yang terlebih bayar untuk cukai pendapatan dari kerajaan Jepun. Agak rumit prosesnya tapi kalau dah sekali buat, dah tahu kat mana boleh claim. Orang Jepun nak berjimat, mesti kumpul resit sebab nanti boleh guna waktu declare tax. Rasanya duduk sini 5 tahun lagi faham sistem cukai kat Jepun dari Malaysia. Lagi setahun nak balik nih. Kena study sistem cukai di Malaysia pula.

Thursday, February 03, 2011

Sembilan

Semalam sempena ulangtahun perkahwinan ke-9, kami dating tengok wayang cerita Red (Retired, Extremely Dangerous). Cerita Bruce Willis berlakon. Mula-mula tak tahu nak pilih dengan Unstoppable (Denzel Washington & Chris Pine berlakon). Akhirnya kami じゃんけん(game Jepun yang ada batu, air, burung). Sebab kalah so kami tengok cerita Red. Best jugalah cerita nih. Sempoi saja. Tapi yang boringnya bila ada adegan kelakar, kami berdua ajer yang ketawa. Jepun keliling semua senyap sebab tak faham English. Diaorang tengok tulisan terjemahan jadi takdelah kelakar sangat.

Balik rumah, lepas ambil Haziq dan Hazim cakap kat diaorang, "sorry ya, Ummi dan Ayah gi dating berdua ajer". Haziq dan Hazim boleh jawab, kata, " いいよ。デートでも行っていい。大変だったよね”. Maksudnya, diaorang tak kisah pun kami pergi dating tengok wayang tapi apa yang taihen (teruk) tah. Kami pun tak faham.

Abang,
この9年間の間に、
何が変わったかな。
お互いに成長して、
「恋から愛へ」変わったと思う。
その気持ちが長く続けられるように。。
いつも冷たい足を暖めてくれてありがとう。
これからも宜しくね:)
ずっと愛している。
-Hanny-
2/2/2011

Tuesday, February 01, 2011

Kumpul


Tengah tengok live dari Al Jazeera. The Power of People. Tapi terfikir siapa yang ketuai/rancang semua nih?.

Dengung

Tadi pertama kali bawa kereta naik highway lepas yang lubang bawah dah berganti baru. Walaupun dulu dah pernah tampal tapi tak berapa nak bertahan. Bunyi pun macam serombong kapal. Boleh lawan dengan bunyi kapal yang lalu kat selat depan rumah kami. Akhirnya kena juga tukar yang baru.

Bawa laju pun macam best sahaja. Bunyi bertambah 1dB sebab ada aksesori baru tapi dengungnya agak ketara bila bawa 2000 r/min ke atas. Tekan minyak pun smooth. Bila tengok meter, alamak..kejab jer dah terlaju. Polis Yamaguchi nih rajin main sembunyi-sembunyi. Silap haribulan ada jer di belakang, follow dekat.

Sampai Uni. tengok meter minyak pun turun sikit saja. Takdelah waktu berlubang dulu. Rasanya asyik isi minyak. Macam tangki minyak bocor ajer. Sepanjang jalan nak ke Uni. pula, kiri kanan masih ada salji sedikit. Sejuk bukan main. Kejab lagi nak siapkan kerja dan balik. Tak sanggup duduk tempat sejuk-sejuk nih.