Saturday, December 22, 2012

Roadmap

Punyalah banyak perkara yang berlaku tapi satu pun tak tahu macam mana nak tulis dalam blog ini. Ok. Kena train otak untuk transfer dari dalam otak ke bentuk yang boleh nampak (penulisan).

KERJA
Dah dua minggu lebih masuk kerja. Dapat jadi Penasihat Akademik untuk 16 orang student first year. Muka masing-masing semuanya innocent. Ada sorang jer foreign student dari Uganda nama George. Yang lain kebanyakkannya Chinese. Biasalah Econs. Bila tanya kenapa ambil course ekonomi, semuanya kata takde pilihan, yang tuh ajer diberi. Alahai...

FAMILY
Baby Fahim dah 3 bulan. Berat pun dah mencecah 7.3kg. Umminya pula tak turun-turun berat badan. Haziq dan Hazim pula 2 minggu yang pertama waktu cuti sekolah, berkhatan. Sebaik sahaja baik dari berkhatan, masukkan diaorang ke Kem Hafazan di ABIM. Fuh, balik sekolah masuk kereta dengan bau peluh, masing-masing sibuk update dah hafal surah mana. Di samping tuh cerita pasal ustaz garang. Huhu.. memanglah garang sebab Haziq dan Hazim tak bagi perhatian dalam kelas. Tapi Alhamdulillah, Haziq dan Hazim dapat menghafal beberapa surah penting di samping Umminya belajar erti dalam surah-surah tuh semua. Siapa kata, anak-anak saja yang belajar menghafal tapi ibubapa boleh lepak?. Kena tunjuk minat yang sama baru anak-anak bersemangat.

LAIN-LAIN
Dah nak hujung tahun nih kenalah update segala benda dalam sistem. So untuk tahun baru nih, inshaAllah tak buat azam baru tapi nak buat ROADMAP yang baru. Bermula dari 1 Januari hingga 10 tahun yang akan datang ini, kena susun strategi untuk berjaya dari segi karier dan keluarga, duniya dan akhirat. Gambarimasu!

Credit to Google

Thursday, November 29, 2012

Start Kerja

Minggu lepas hari khamis dah start kerja. Banyak juga kerja menanti tapi yang paling susah sangat nak siap adalah Teaching portfolio. Nak kena hantar kat mentor tapi tak hantar-hantar lagi sebab tak tahu nak isi apa. Kelas belum ada, research baru nak mula. Tapi hari nih nak gagahkan minda siapkan juga portfolio.

Student final year pun dah mula datang nak discuss camne dengan projek diaorang. Bukan nak kata, universiti di Malaysia terlalu strict. Semuanya kena ikut rules dan tak beri kebebasan pada students untuk explore their creativity. Untung siapa dapat saya sebagai supervisor. Awal kerja nih kenalah baik. Kalau tidak student lari, taknak jumpa. Teringat dulu buat undergrad, supervisor tersangatlah baik. Beri kebebasan camne nak buat final year project tapi of course dia ada suruh buat itu dan ini tapi taklah strict macam kat Malaysia. Kesian tengok diaorang. Final year pun ada kelas wajib ambik. Ingatkan tinggal buat final year project ajer.

Fahim pun kesian gak. Kena tinggal minum susu perah. Disebabkan sibuk sikit bila start kerja, Umminyer makan pun tak menentu. Kurang minum air masak. Jadinya, pengeluaran susu kurang sebab perah pun tak banyak. Sekarang nih hari-hari makan ulam pucuk betik dan daun ubi dengan harapan air susu banyak. Lepas ini cari peria katak. Favourite sejak dari kat Jepun. Goreng dengan telur dan tuna pun sedap. Pahit tuh memang pahit tapi yang pahit tuh banyak khasiatnya.....

Suka tengok Fahim tengah tidur. Tenang ajer..

Sunday, November 18, 2012

Cuti dan exam

Cuti selama 3 bulan memang terasa cepat berlalu. Minggu depan dah nak mula naik kerja tapi belum ditugaskan ke mana-mana kelas. Nak mula buat research. Banyak sangat kerja menanti di ofis. Rasa semangat nak mula tapi pada masa yang sama sedih sebab tak dapat nak berehat dengan keluarga camnih lagi. Fahim pun dah bertambah montel dek minum susu badan yang kuat.

Bersempena cuti sekolah ini juga, Haziq dan Hazim berkhatan di Klinik Zalfah. Hari pertama cuti sekolah pula tuh. Ingat nak hantar ke Kem Hafazan di Taski ABIM tapi nampak gaya masih belum baik sepenuhnya. Tak sempat. Diaorang guna Smartklamp dan dalam masa seminggu doktor dah tanggalkan klamp. Tapi nak tunggu luka tempat kulit tuh sembuh mungkin perlukan seminggu lagi. Bila Haziq dan Hazim dah berkhatan terasa sedih sebab diaorang dah bujang. Biasalah, tak boleh peluk-peluk diaorang depan orang ramai..hehe..

Keputusan periksa Haziq dan Hazim pun bagus. Bagus bukan erti kata semuanya 100% atau A atau nombor 1 dalam kelas tapi ada peningkatan dari yang lepas. Haziq dan Hazim cukup bangga bila dipuji untuk setiap mata pelajaran yang menunjukkan pretasi yang baik. Paling tak boleh lupa, Ustazah sekolah ABIM kata diaorang terkejut tengok Haziq boleh buat baik dalam periksa. Mana taknya, ada ke patut Haziq tidur waktu periksa. Bila tanya Haziq, dia kata soalan tak tahu nak jawab jadi baik dia tidur. Huhu kesian.

Sebenarnya, Haziq cuti 3 hari sebab sakit perut dan terlepas periksa sekolah agama. Ustazah buat exam khas untuk ganti 3 hari dalam masa 1 hari saja. Ustazah juga puji Haziq dan Hazim sebab tumpukan perhatian dalam kelas. Mungkin diaorang berdua dah terbiasa dengan sekolah Jepun yang tak dibenarkan bercakap apabila cikgu mengajar di hadapan. Disebabkan dah tumpukan perhatian di kelas dan siapkan latihan semua, bila balik rumah diaorang tak belajar. Exam nak dekat pun diaorang tak belajar. Umminya yang pot-pet marah suruh buka buku. Alahai, anak lelaki memang berbeza dengan anak perempuan. Apa-apa halpun syukur sangat sebab Haziq dan Hazim dah mula sesuai dengan sekolah Malaysia.

Tuesday, October 16, 2012

Mengandung dan Bersalin

Hazim dan Fahim

Memang banyak rintangan dan cabaran sepanjang mengandungkan Fahim. Dari start tahu mengandung dan dalam proses nak siapkan thesis phd sampailah dah bersalin. Tapi disebalik semua itu, saya pasti ada hikmahnya. Belajar untuk bersabar, mengadu macam-macam pada yang Esa dan Alhamdulillah dapat naik pentas ambil scroll PhD dengan baby 3 bulan dalam perut. Sungguh, besar jasa dan pengorbanan ibu yang mengandung. Bila doktor kat Jepun kata ada ketulan darah sebelah baby dalam perut, mula tak sedap hati. Takut kanser atau ketumbuhan. Rupa-rupanya fibroid. Sebenarnya waktu sebelum ke Jepun pernah buat pap smear dan doktor dapat detect sel seakan ketumbuhan cuma tak berapa clear. Disebabkan sibuk nak ke Jepun, terus lupa nak follow up kat doktor Jepun.

Nasib baik fibroid tak besar. Baca banyak maklumat kat internet dan buku pasal fibroid. Nak dijadikan cerita, bila balik Malaysia, minta second opinion dengan doktor kat Hospital Serdang. Tapi lain pula jadinya. Kena tahan di hospital sebab air ketuban sedikit dan baby kecil. Doktor takut baby takde pembesaran dalam perut dan bagi pilihan untuk induce minggu ke 38 nanti (waktu nih minggu ke 36).

Dua minggu berkampung di wad menjadikan diri ini lebih cekal dan segalanya diserahkan pada Allah. Hari-hari pesan sama baby supaya kuat semangat macam Umminnya. Alhamdulillah bila buat scan, air ketuban naik dari 5 ke 10 dan baby pun bertambah berat jadi 2.1kg. Lepas discharge, doktor pesan suruh masuk wad pada minggu ke 40 untuk induce pula.

Bila masuk wad untuk di-induce pada due date, tengok-tengok wad bersalin penuh. Biasalah hospital kerajaan. Akhirnya hari yang dinanti pun tiba. Takut juga kena induce sebab dengar cerita macam-macam kata sakit sangat dari beranak normal. Jam 9:30 pagi turun ke wad bersalin, 10:30 masukkan ubat dan sakitnya datang dengan cepat. Walaupun muka nampak macam tak sakit (kata budak praktikal jururawat yang ada sama dalam bilik), tuhan saja yang tahu sakit nak bersalin cara induce nih lain sikit sakitnya. Akhirnya jam 12:30 tengahari, baby pun lahir dengan sekali teran, berat pula 2.92kg. Menangis masa tuh juga sampai bidan kata ibu jangan nangis, bagi baby menangis. Menangis sebab terharu, semuanya dah selesai. Punyalah lama tunggu. Jarak pun 8 tahun. Memang kelahiran kali ini menunjukkan segala-galanya kuasa Allah, percaturan dari yang Esa. Kita hanya mampu merancang dan berdoa sahaja. Terasa diri ini kerdil sangat.

Sunday, October 14, 2012

Tengah malam

Lepas menyusukan Fahim, terasa nak minum Milo. Lepas minum Milo, baca buku sikit, terus tak boleh tidur. Jam pun dah nak dekat pukul 3 pagi. Belek gambar lama kat jepun dalam iphone. Rindu dengan suasana tenang kat sana. Rasa nak balik semula ke sana. Sebenarnya kaki dah gatal nak naik kapalterbang gi overseas. Tapi kenalah bersabar. Cari tiket jalan kat Airasia dan Malaysia Airlines. Kot-kot ada yang murah dan menarik. Berangan nak gi cuti cuti satu dunia!.




Saturday, October 13, 2012

Tarikh

Baru saya perasan tarikh lahir anak-anak senang nak ingat.

Haziq Ikhwan 4/3
Hazim Waiz.  9/10
Fahim Rifqi.   8/9

Unik tak?

Bubur Merah

Minggu lepas minta tukang urut ke rumah untuk sessi berurut hari ke 30 dan cukur kepala baby. Fahim nampak mengantuk ajer bila kena cukur. Agaknya best bila orang belai kepala. Sempena cukur nih, mengikut adat orang Jawa, kenalah masak bubur merah dan sedekahkan pada jiran. Tapi sebab lain pula, Umminya teringin nak makan bubur merah. Kena pulak dengan gula kelapa Indonesia, pergh sedap sungguh.

Bila dah habis urut, memang terasa ringan badan. Lepas nih tunggu hari ke 40 pula nak urut badan lagi. Tengok Fahim dah botak, rasa lapang dan Fahim pula senang ajer nak tidur. Kurang berpeluh. Kalau tidak, mesti peluh jantan betina keluar kat dahi walaupun ber aircond 24 jam. Inilah baby zaman sekarang. Lahir0lahir ajer dah bilik aircond....


Tukang urut tengah cukur kepala Fahim.
Muka nampak bulat ajer.



Bubur merah

Thursday, October 11, 2012

Baby baru


Punyalah berbulan-bulan tak update blog, tetiba ajer tuan rumah dah ada baby baru. Alhamdulillah, putera ketiga lahir pada 8 September 2012 (40 minggu 4 hari) di Hospital Serdang dengan berat 2.92kg secara normal. Agak kecil sedikit compare dengan abang Haziq dan abang Hazim. Nama baby pula Fahim Rifqi (Fahim: Yang faham; Rifqi: lemah lembut, pendamping). Kalau dulu abang-abangnya kena kuning yang lama tapi Fahim cuma kena 2 minggu sedikit. Itupun tak tinggi dan tak masuk hospital. Sejak mengandung dah mula minum susu kambing dengan niat supaya baby tak kena kuning. Cukuplah si Hazim dulu kena kuning berbulan-bulan dan duduk bawah lampu. Rasa serik berulang alik ke hospital sebab check darah.

Umminya pula dah masuk hari ke 35 pantang. Kalau anak 1 dan 2 pantang di kampung tapi kali ini pantang di rumah sendiri. Pantang di rumah sendiri lagi selesa dan boleh tengok si abang-abangnya sekolah sekali. Fahim pun tak banyak karenah. Menangis cuma bila lapar dan minta tukar pampers. Kali ini tekad nak susukan badan, taknak campur dengan susu tepung. Pagi-pagi perah susu dan simpan dalam peti ais. Nasib baik dari dulu mengandung suka makan sayur sampailah sekarang jadi susu badan banyak dan pekat. Fahim pun kuat minum dan dalam masa sebulan, pipi dah montel. Harap-harap bila baby kuat minum, bolehlah Umminya kurus cepat.

* Rasa sayang nak tutup blog, tuh yang update juga walau dah berbulan dok diam...Next post entah bila...

Tuesday, June 26, 2012

Transit

Sebelum balik Malaysia, ada terbaca mengenai transit nih. Bukan transit kapalterbang tapi ada term lain untuk ibu bapa yang tak boleh nak ambil anak balik dari sekolah pagi, lepas tuh siapkan untuk sebelah petang. Transit nih tempat untuk anak-anak makan tengahari, mandi dan tukar baju untuk sessi sekolah petang. Kadang-kadang di rumah orang dan kadang-kadang di tadika.

Pening kepala juga nak fikir transit sebab nak kena fikir pengangkutan juga. Memandangkan Umminya ada Kursus Induksi mulai hari ini jadi waktu rehat akan jadi pendek, takut tak sempat nak hantar diaorang ke sekolah agama sebelah petang, semalam dah start ambil van sekolah dan hantar ke tempat transit.

Nasib baik tadika dekat dengan sekolah kebangsaan sebelah pagi jadi naik ramai-ramai dalam van pun sekejab saja. Bila tengok tadika pun, hmm.. kesian juga tapi apa nak buat. Kenalah sabar untuk tiga minggu, dari hari Isnin sampai khamis. Jumaat pula boleh makan dan siap-siap kat rumah sama Ummi.

Bila difikirkan lama-lama, inilah dilema ibu-ibu bekerja. Kurangnya tempat penjagaan anak-anak. Ramai sungguh yang ada di tempat transit yang Haziq dan Hazim pergi nih. Terfikir nak buat research pasal transit budak-budak sekolah kat Malaysia. Sekurang-kurangnya dari research nih, dapat cadangkan pada kerajaan supaya sediakan tempat khas untuk budak-budak sekolah transit. Bukannya gabungkan dengan tadika ataupun rumah orang. Walaupun diaorang cuma sekejab (makan, mandi dan tukar baju) tapi melibatkan banyak benda. Contohnya pengangkutan dari sekolah pagi ke tempat transit dan dari tempat transit ke sekolah petang. Tempat khas yang disediakan oleh kerajaan mestilah dekat dengan sekolah atau dalam kawasan sekolah. Anak-anak tidak perlu naik van dua kali. Tempat transit khas ini ada disediakan bas sekolah siap dengan insurans. Hmm...macam-macam idea ada sekarang nih. Buat sementara waktu, hanya dapat berdoa supaya Haziq dan Hazim serta anak-anak yang ada di tempat transit nih dilindungi oleh Allah swt. 

Monday, June 25, 2012

Cermin mata


Semalam bawa Haziq check mata di kedai cermin mata kat Billion Bangi. Tengok-tengok memang kena pakai cermin mata dan ada silau pula. Padanlah start masuk sekolah, Haziq asyik kata silau bila tengok tulisan cikgu kat depan. Lagi satu dia asyik kata sakit kepala. Tengok tv dan main game pun suka dekat-dekat. Pagi tadi waktu nak hantar ke sekolah, Haziq taknak pakai spek. Maybe malu dengan kawan atau dia tak suka kawan-kawan perhatikan dia. Cuma pesan dengan Haziq, kalau nak belajar kena pakai cermin mata. Tak tahulah dia buat ker tidak. Hazim pula kata abang dia macam Conan the Detective tuh. Hmm, baru darjah 3 dah kena pakai spek. 

Semalam juga, pertama kali panggil orang tolong lipat kain, strerika baju, bersihkan bilik air dan mop lantai. Ada dua orang Indonesian tapi dua-dua buat kerja tak betul. Bila nak tunjukkan cara yang betul, belum habis arahan, diaorang dah kata "ok kak, ok kak". Tapi bila tengok lepas tuh, hampeh!!. Hazim gosok baju lagi cantik dari diaorang buat. Mungkin inilah kali terakhir panggil orang datang rumah tolong buat kerja rumah. Baik buat sendiri walaupun penat perut dah besar tapi tak sakit hati lepasnya. Memang kena tunggu kak siti dari Indonesia datang agaknya....Mohon dipermudahkan segala urusan. Amin...

Tuesday, June 19, 2012

Ofisku


Setelah masuk kerja selama sebulan setengah dapat gak ofis sendiri. Yay!!. Carpet baru, cat dinding baru, esok lak boleh dapat kerusi baru. Semangat pun baru. Luas juga ofis nih berbanding dengan ofis sementara sebelum nih. Tapi bangunan yang berlainan dengan pejabat am dan tempat nak copy. Perut pun dah makin membesar so nak berjalan tuh dah macam lori balak naik bukit. Slow ajer melangkah. Alhamdulillah, parking kereta betul-betul depan bilik. 

Friday, June 15, 2012

Insha'Allah


A simple but beautiful story

Terjumpa satu artikel nih yang betul-betul menusuk kalbu.
Insha'Allah itu sebenarnya mendidik diri sendiri supaya menerima segala yang akan berlaku itu semuanya atas rancangan Allah, qada' dan qadar. Kita hanya mampu merancang...

Sampah

Pagi pukul 7 dah nampak satu "pemandangan" yang sungguh menyakitkan hati. Waktu tengah tunggu lampu isyarat, ternampak tin milo dibuang dari tingkap kereta. Selamba ajer!. Kalaulah sampah tuh terkena kereta belakang, habis calar kereta orang. Takpun kena kat pakcik naik motor. Kesian baju bersih-bersih jadi kotor sebab percikan air milo yang ada sikit tuh. Walaupun kereta orang yang buang sampah tuh cantik dalam dan luarnya tapi hati dia kotor sebab membuang sampah dari tingkap kereta. Aduhai.

Diatas kesedaran di atas, blog ini dengan penuh dhaifnya ingin melancarkan "Kempen Jangan Buang Sampah Dari Tingkap Kereta (KJBSDTK)" berkuatkuasa sekarang juga. Langkah pertama yang mesti dibuat oleh setiap pengunjung blog ini ialah sediakan tong sampah kecil (atau beg plastik) dan buang sampah dalam tong sampah di dalam kereta, bukan ikut tingkap kereta.

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 14, 2012

Sistem Pendidikan Jepun

Walaupun baru sahaja masuk sekolah 2 bulan tapi banyak betul nak bandingkan dengan sistem pendidikan di Jepun. Mesti akan ada orang kata, " Jepun tuh lain, negara maju" atau " Orang Jepun kaya, boleh sumbang duit macam2" atau lain-lain alasan yang orang kita mungkin kata. Tapi hakikatnya, kita kena belajar sesuatu dari sistem pendidikan diaorang. Antaranya:
  1. Cikgu sekolah Jepun takde bawa rotan.
  2. Walaupun ada anak murid yang nakal, cikgu kat sana takde yang marah jerit-jerit atau cakap dengan suara yang kuat. Kebanyakkannya akan tanya anak murid yang nakal, apa akibatnya kalau dia buat camtuh. Jadi dengan sendirinya budak itu akan faham akibat dan ada tanggungjawab sendiri.
  3. Sekolah Jepun menitikberatkan peranan PIBG dengan sekolah. Ibu-bapa mainkan peranan untuk meningkatkan mutu pendidikan anak-anak di sekolah, bukan tanggungjawab guru sahaja. Contohnya, PIBG sekolah Jepun akan adakan seminar, kelas macam-macam untuk rapatkan hubungan dengan guru dan anak-anak. 
  4. Ada network di antara ibu-bapa anak-anak yang sama kelas. Sebarang masalah boleh bincang dengan guru kelas.
  5. Guru kelas akan ajar semua subjek untuk kelas itu sahaja. Dengan cara ini, guru kelas akan kenal perangai anak muridnya satu persatu. Setiap tahun, guru kelas akan bertukar.
  6. Sistem sekolah Jepun menitikberatkan kebersihan. Basuh bilik air, lap koridor, sapu sampah keliling sekolah semuanya dilakukan oleh murid darjah 1 hingga 6. Murid tahap 6 akan ajar cara membersihkan bilik air pada murid darjah 1. Setiap 2 minggu, tugas akan bertukar. Setiap murid dapat pengalaman untuk bersihkan kawasan masing-masing.
  7. Ada buku perhubungan diantara guru dan ibu bapa yang harus diisi oleh anak-anak ketika kelas yang terakhir. 
  8. Anak-anak di ajar untuk tulis diari pada hari itu dan balik tunjuk pada ibu bapa. Sekurang-kurangnya, ibu bapa tahu apa yang anak-anak belajar untuk hari itu. 
Sebenarnya ada banyak lagi point penting dalam sistem pendidikan Jepun tapi cukuplah setakat nih dulu. Tadi waktu hantar baju sukan Haziq ke sekolah, dapat pelung untuk tengok macam mana Sukaneka di sekolah Malaysia. Alahai, takde yang bersorak menyokong kumpulan masing-masing. Yang masuk acara mestilah berusaha tungkus lumus nak menang, tapi yang lain dok perhati diam ataupun main sendiri-sendiri. Kalau boleh, cikgu rumah masing-masing ajak anak murid bersorak bagi sokongan padu. Mesti lagi bersemangat diaorang kan...

Thursday, June 07, 2012

Venus

Semalam ajak Haziq dan Hazim tengok venus/ planet zuhrah melintas depan matahari kat dataran di dewan besar UPM. Excited dua orang sebab suka guna teropong. Asyik cakap "kinsei" maknanya planet zuhrah bila dapat tengok dot hitam depan matahari. Saiz zuhrah lebih kurang sama dengan bumi so bila dapat tengok fenomena nih rasanya macam kecil ajer ajer bumi bila dibandingkan dengan matahari. Kalaulah matahari tuh telan bumi ataupun dekat sket dengan bumi, sure musnahlah bumi. Subhanallah!. Betapa besarnya kekuasaan dan ciptaan Allah swt. Balik bilik, Haziq dan Hazim tak sabar-sabar nak tulis dalam buku nota diaorang. Siap belajar nama planet dalam BM dan BI. Sayangnya gambar yang Ummi ambil cuma boleh pakai hp. Nanti baru upload. Lepas nih kalau nak tengok fenomena macam nih kena tunggu lagi 100 tahun lebih. Gulp!!

Sunday, June 03, 2012

Kelip-kelip

Kat Jepun nak jumpa kelip-kelip sangatlah susah. Haziq siap ada buat projek sains di sekolah untuk bela kelip-kelip atau dipanggil Hotaru dalam bahasa Jepun. So, dah kata dalam hati kalau balik Malaysia nanti nak singgah Kampung Kuantan di Kuala Selangor untuk tengok hotaru nih.

Semalam, bertolak dari rumah lepas asar, terus naik highway baru, skve ke rumah sepupu di Kapar. Dari situ dah dekat dengan kampung kelip-kelip. Lepas solat maghrib, kami pun bertolak ke situ. Sampai-sampai ajer, ramai sungguh orang beratur. Tapi orang kita tak ramai, yang ramai orang cina (singaporean kot), mat saleh....Lepas bayar RM50 untuk satu sampan (kami ambil 2 sampan untuk 7 dewasa, 3 kanak-kanak), tunggu dalam setengah jam, akhirnya dapat naik sampan. Pakai life jacket semua.

Sayangnya datang waktu bulan penuh jadi langit terang, cahaya hotaru tak berapa cantik. Macam-macam dapat belajar pasal hotaru. Hotaru bila hari siang, duduk atas darat, bukan kat pokok berembang ataupun duduk bawah daun. Bertelur pula atas lumut kat tebing sungai. Air sungai deras dan nampak dalam, 10 meter. Tapi memang cantik sangat. Macam lampu raya, lampu kat pokok krismas. Ada lampu yang terang (kelip-kelip jantan) dan ada yang malap sedikit ( kelip-kelip betina).

Menarik juga pengalaman tengok kelip-kelip dan orang yang bawa sampan kami selalu bawa sampan dekat sikit dengan pokok berembang supaya Haziq dan Hazim dapat tengok dekat-dekat. Salah satu aktiviti cuti sekolah kami. Isnin nih plan nak naik kuda kat UPM pula, inshaAllah...

Friday, June 01, 2012

Balik dah..

Dah berbulan juga tak update blog nih. Untuk pengetahuan semua yang singgah "Dari Kacamata Ummi", kami sudah pulang ke tanahair tercinta!. Alhamdulillah semuanya selamat. Banyak yang berlaku selama 2 bulan sejak kami pulang. Haziq dan Hazim dah masuk sekolah lepas 3 minggu balik dari Jepun. Tak sanggup tengok diaorang duduk rumah lama-lama tak pegang buku, tak pergi sekolah. Walaupun tak boleh bercakap BM lagi, hantar juga ke sekolah. Biar tak faham atau boleh cakap BM, nanti lama-lama telinga dah biasa dengar BM, otak pun boleh proses untuk cakap sendiri BM. Sebelah petang hantar ke sekolah agama ABIM. Haziq dan Hazim dah diajar asas sembahyang, mengaji, mengenal huruf jawi sejak di Jepun jadi bila ke sekolah agama, diaorang lebih senang belajar berbanding sekolah kebangsaan. Kalau di rumah kami semua cakap Jepun untuk elak dari lupa bahasa Jepun. Nak tidur pun Haziq dan Hazim ambik buku cerita Jepun. Baru-baru nih dapat surat dari kawan-kawan sekolah Hazim. Hazim excited sampai tak sempat-sempat nak terus reply surat diaorang.

Cuti sekolah dua minggu, Ummi hantar diaorang ke kem anjuran UPM selama seminggu tapi balik hari. Bagus juga kem nih. Bila tanya fasilitator (salah seorangnya Ustaz yang ajar Haziq di sekolah kebangsaan) keadaan Haziq dan Hazim di kem, ramai yang kata diaorang nih walaupun tak pandai cakap BM, rajin bertanya apa makna atau apa yang fasi cakap di depan. Bukannya sepanjang masa belajar Alquran, hafazan surah tapi ada juga game berkonsep. Hari-hari kalau ambil diaorang, mesti berebut nak bercerita dengan Ummi apa yang diaorang buat kat Kem. Semalam bila tanya diaorang kalau ada kem macam nih, nak pergi lagi tak?, dua-dua orang kata nak, sebab seronok ada macam-macam. Alhamdulillah, takdelah sepanjang cuti sekolah nih Ummi tengok Haziq dan Hazim asyik main game kat komputer/iphone.

Next week pula, Ummi cuti 2 hari so tengah fikir nak training diaorang sambil petang-petang ajak gi taman mainan. Training penting iaitu training iron baju, basuh bilik air dan basuh pinggan. huhu. harap-harapnya anak-anak terunaku lulus!...


Monday, March 05, 2012

Wayang Kulit

Watak pertama dah siap (Emperor China). Bolehlah setelah berapa tahun tak melukis...

Semalam, birthday Haziq yang ke sembilan. Pagi-pagi dah ajak tengok wayang cerita Doraemon. Best jugaklah. Baliknya singgah kedai kek untuk ambik yang dah order 2 minggu (kalau minta jangan masuk alkohol, shortening etc kena order awal). Ada cream puff lagi. Tak sabar semua nak sampai rumah makan kek. Yerlah bukan selalu dapat makan kek yang kat kedai. Umminya buat kek mana sedap macam kat kedai. 

Petangnya kami buat kelas melukis. Dua minggu lagi, ada buat persembahan wayang kulit (kelas perkenalkan budaya Malaysia pada budak Jepun), kenalah lukis sendiri watak penting. Tapi takkan nak cerita Ramayana ker cerita yang selalu digunakan dalam wayang kulit kat Malaysia. Tak retilah Umminya. Jadi sekarang tengah nak alih bahasa cerita Hang Tuah makan kangkung untuk tengok muka Maharaja China. Harap-harap berjaya buat Hang Tuah pula. Haziq pula sibuk lukis dinosaur, Hazim lukis Pikachu. Dua-dua suka tengok Ummi buat guna warna air. Dah lama tak melukis dengan pegang berus warna. Rasa keras sangat tangan. Rindu betul nak melukis. Tunggu dah masuk kerja baru nak start projek melukis kat rumah. 

Saturday, February 25, 2012

Strawberi

Haziq paling banyak makan

Hazim jenis kumpul banyak dan lepas tuh baru makan

Ladang strawberi. Bersih ajer..

Semalam tengok tv ada buat ichigo gari (petik strawberi). Macam sedap ajer jadi pagi tadi buat rancangan mengejut ke ladang strawberi. Kebanyakkan ladang strawberi kena tempah tapi semuanya penuh jadi kami pergi yang tak perlu tempah. Cuma kena datang awal takut strawberi dah habis. Kami pergi ke Buzen Fruits Land dalam 1 jam setengah dari rumah. 

Tempatnya memang terpencil tapi pemandangan atas bukit dengan pokok-pokok semua memang indah. Tak sempat nak ambil gambar. Bayar untuk dewasa dalam 1,500 yen dan dalam 30 minit makanlah selagi mampu. Nak bawa balik pun boleh. Kami pergi ladang strawberi jenis Amaou, strawberi paling popular di Fukuoka sebab manis dan besar. 

Setengah jam dalam ladang nih memang heaven!!. Strawberi cicah dengan susu pekat, sedap sangat!!!. Haziq paling laju makan. Cari strawberi dari satu baris ke baris yang lain. Tak boleh langkah sebab takut terpijak strawberi. 

Haziq ternampak macam pokok bawang besar kat celah-celah pokok strawberi dan dia sibuk tanya kenapa tanam pokok bawang besar. Hazim pula yang jawab kata lagi bagus tanam celah strawberi  supaya rasa buah strawberi lagi sedap. Lepas tuh ada orang Jepun tergelak dengar Hazim cakap dan tanya kat orang yang jaga ladang kenapa ada tanam pokok bawang. Rupa-rupanya bukan pokok bawang besar tapi pokok bawang putih. Tujuannya untuk elak tanah dan pokok dirosakkan oleh ulat dan nak kualiti tanah sentiasa baik. Ooo...kami pun ikut sama belajar. Bagus kalau tanam pokok bawang putih dengan pokok sayur yang lain. Nak cuba lah nanti....

Friday, February 24, 2012

Terakhir

Keadaan dalam Kyushu Dental University. Cantik sangat sebab baru kot..

Alhamdulillah. Hari Rabu lepas dapat telefon dari ofis fakulti kata dah lulus viva dan boleh dapat doctorate degree bulan 3 nih. Berita menggembirakan lagi satu lak, dapat Anugerah Dekan. Surat rasmi cuma akan keluar hujung bulan 2 nih agaknya. Research yang memang mencabar dengan kena travel ke Turki untuk conference, Thailand dan Malaysia untuk fieldwork interview. Jadi rasa berbaloi segala penat lelah siapkan dissertation semua. Berkat doa dan kata-kata perangsang dari supervisor, suami, keluarga serta rakan-rakan semua, takde yang mustahil selagi ada usaha dan tawakal pada Allah. Tak sabar pula nak tunggu graduation day. Kalau kat Jepun takde pakai jubah convo jadi cadangnya nak pakai baju kurung saja. Wanita Melayu Terakhir gituh...

Hari Khamis bawa Haziq jumpa doktor pakar untuk gigi dia yang rosak sebab terjatuh kena pintu rumah. Memang doktor gigi (merangkap Professor di Kyushu Dental University) nih baik dan terangkan secara detail apa yang dia akan buat. Memandangkan gigi kekal Haziq belum keluar sangat jadi doktor cadangkan jumpa lagi sebulan untuk monitor gigi susu dia yang dah rosak sekali. Banyak gak belajar dari doktor gigi nih sebab dia ada tunjuk slides dia buat presentation kat conference (in English). 

Hari ini pula ada ajar budak-budak Jepun kelas Haziq cara buat puding jagung dan kuih keria. Tak sangka diaorang suka sangat dengan kuih keria. Semua seronok waktu masak-masak. Kelas Haziq nih ramai budak lelaki jadi sekejab-sekejab asyik main ajer. Huhu.. tak hairanlah kalau suara sensei memang kuat. Semua budak boleh diam bila dengar suara sensei tinggi nak marah. 

Nak balik, sensei Hazim pula jumpa sebab nak bincang kelas pendidikan seni bulan 3 nanti. Cadangnya nak perkenalkan "Wayang Kulit" kat diaorang dan ajak budak-budak darjah 1 dan 3 lukis patung sendiri yang boleh gerakkan tangan dan kaki. Harap-harapnya menjadilah:)

Wednesday, February 22, 2012

Asari


Tak berselera nak makan nasi dan malas betul nak defrostkan ayam serta daging, terutamanya musim sejuk nih. Haziq dan Hazim pun kurang suka makan ayam dan daging. Tapi kalau ikan memang diaorang makan banyak. Tapi beberapa hari lepas pening fikir nak masak apa. Sempat keluarkan "asari" (sejenis kupang) dari peti ais. Asyik masak spaghetti letak tomato tapi kali nih, buat style Japanese. Guna serbuk "katsuo" (sejenis ikan) dan masukkan "wakame"(rumpai laut) serta masukkan "asari" tadi. Disebabkan Haziq dan Hazim kurang gemar makan tomato, potong kecil-kecil dan masukkan akhir sekali. Adalah sikit warna merah tomato tapi rasa tak macam tomato. Bila ada kuah sikit dalam spaghetti, barulah Haziq dan Hazim laju makan. Diaorang nih dah lidah Jepun agaknya jadi bila ada rasa "katsuo", barulah berselera nak makan. Kalau nampak merah macam sambal, mesti diaorang reject sebab takut pedas. Cuma Hazim berani cuba makan pedas. Tapi lepas tuh minum air bergelas-gelas:))

Tuesday, February 21, 2012

Kembali

Fuh, lama betul tutup blog. Lebih dari sebulan. Sorrylah pada pengunjung yang datang nak baca tapi tengok-tengok tak boleh masuk.

Dissertation dah hantar bulan lepas, Viva dah habis. Tinggal tunggu keputusan rasmi pasal viva lulus atau tidak esok dari Fakulti. Tadi baru dapat dissertation yang kena hantar untuk native check. Banyak betul yang kena betulkan. Komen dari sensei yang check pun banyak. Selagi tak print, selagi tuh banyak yang nak kena revise. Dah naik muntah baca dissertation sendiri.

Sabtu lepas ada buka kelas memasak masakan Malaysia untuk mak-mak Jepun dengan anak-anak diaorang. Ajar buat roti jala, kari ayam dan kuih keria. Tapi karinya terpaksa ikut lidah Jepun. Manis!!..Kuih keria memang sedap sebab keledek Jepun terkenal dengan manis dan lembut

Tup tup lak tinggal sebulan lebih saja lagi nak balik ke Malaysia. Bila tanya Haziq dan Hazim, nak balik Malaysia ker tak, diaorang tanya, Ummi ngan Ayah kat mana?. Kalau kat Malaysia, diaorang nak ikut sama-sama balik.

Barang-barang banyak tak packing lagi. Tengah kemas dokumen-dokumen penting dan buang mana-mana yang dah tak perlu. Tapi barang-barang dalam rumah masih tak surut. Banyak lagi!. Kalau macam nih 40 kaki kontena belum tentu muat. Kena tunggu company pindah rumah datang untuk buat budget berapa banyak kotak yang akan masuk kontena nanti.

Apa-apa halpun tak sabar nak balik Malaysia sebab nak makan macam-macam. Rindu nak makan durian!!!

Thursday, January 05, 2012

Game

Cuti musim sejuk nih kami cuma sempat bawa Haziq dan Hazim ke Hiroshima, main salji sekejab kat taman. Cerita kami bercuti ke Hiroshima di entri yang lain lah ya. 31hb Disember harituh, Jepun semua sibuk dengan 大掃除 (Oosoji) atau maknanya bersihkan rumah, tempat kerja besar-besaran sebab nak masuk tahun baru. Harapannya bila masuk tahun baru nanti akan lebih bersemangat dengan rumah bersih, kawasan keliling bersih.

Haziq dan Hazim kena tulis diari "oosoji" untuk kerja sekolah cuti nih. Bersungguh-sungguh diaorang bersihkan meja sendiri. Umminya pula cuma larat ruang tamu, buang habuk kat wayar-wayar komputer dan tv. Tapi lepas dah cabut semua, tak reti nak pasang balik. Nasib baik wifi kat rumah boleh function sebab main hentam pasang ajer. Huhu..Tapi komputer memang tak terpasang sampailah hari ini.

Bila komputer tak boleh buka, Haziq dan Hazim pun tak boleh main game. Sebenarnya strategi yang bagus untuk cuti sekolah. Sebabnya bila diaorang boring, Hazim ambil buku baca dan Haziq mula melukis kat buku lukisan. Kadang-kadang dua beradik nih main Saidina Upin Ipin dan Uno. Tapi adalah sekali sekala minta nak main game kat Iphone. Umminya letak rule: 10 minit sekali main untuk 2 kali sehari. Cukup 10 minit siap ada bunyi alarm. Jadi walaupun Umminya sibuk buat dissertation, dengar ajer bunyi alarm, cuma panggil nama dan diaorang pun stop main.

Haziq dan Hazim ada 4 hari nak naik sekolah dan Umminya pun ada 4 hari lagi nak siapkan dissertation.
頑張るぞ!