Sunday, June 18, 2006

Hazim dan Haziq menyanyi dalam kereta

Selalu kalau Ummi ngan Ayah bawak Haziq ngan hazim jalan-jalan naik kereta mesti Haziq ngan Hazim tidur tak sampai 5 seconds. So hari nih Ummi ngan Ayah bawak gi beli barang. Haziq suka pegang semua bende baru. Hazim lak suka naik troli. Bila nak balik Ummi ngan Ayah nak makan tako yaki so on the way, Ummi ajar Haziq ngan hazim nyanyi Twinkle, twinkle Little Star, Rock A Bye Baby, Rasa Sayang, Tepuk Ramai-ramai ngan ABC.Haziq pandai ikut Ummi nyanyi. Hazim pun. Bila sampai rumah, Ummi ajar Hazim "Dah sampai rumah yea yea...." so Hazim pun ikut " umah..yea..yea....". Bila sampai rumah, dah rasa macam natsu so Ummi bawak kelaur kipas angin. Ummi ajak Hazim ngan Haziq tidur tapi cuma Hazim jer tidur. Haziq lak dok main keretapi ajer. Tak tidur pun petangnya..ish..malam nih mesti Haziq tidur awal.

Monday, June 05, 2006

Jalan-jalan






Semalam petang boring dok rumah so bawak Haziq dan Hazim jalan-jalan naik kereta. Bila masuk kereta semua lena. Hmm, kami decide gi taman yang dekat-dekat ajer. Bila sampai haziq Hazim suka sangat. Especially bila nampak tasik ngan burung. Pastu ada angsa lak 2 ekor. Kami jalan-jalan keliling taman yang ada air pancut ngan sungai kecik. Cantik. suasana hening jer. aman jer rasanya. Haziq lak happy sangat bila dapat japan-jalan sampai jatuh dan luka kat lutut.Sebelah kiri lak. ish..ish..ish...Bila masuk kereta nak balik, semua lapar. Nasib baik bawak biskut so berebut nak makan biskut.

Saturday, June 03, 2006

Bersama








Lama dah tak masuk blog. Bila tengok orang lain nyer blog best-best, barulah berkobar nak update blog. Abang, Haziq dan Hazim sampai nihon 13 May 2006. Life jadik sibuk dengan keluarga. Dua minggu selepas semua ada, tv jadik dua, kami pakai kereta suzuki alto (dapat free dari kohai), skypark (nak tengok World Cup), komputer baru, webcam dan macam2 benda kecik yang baru. Dulu kami bujang waktu datang sini so banyak perkara pasal nihon yang kami tak tahu. Tapi bila dah ada anak2 baru tahu yang kalau anak belum sekolah rendah, perubatan semuanya free dengan syarat masuk Health Insurance (bayar setahun seoarang maybe dalam 12,000yen). Nih ada gambar2 Haziq dan Hazim dan keadaan rumah dalam International House kat Yamaguchi University. Bilik family di Yamadai nih ada 2 bilik ngan living room plus dapur yang besar. Tapi kami guna 1 bilik tidur ajer. Oh ya, tuh gambar Hazim Waiz tengah tidur tengahari.

Kami dah jalan2 naik kerata gi Houfu (tempat mensetsu Abang), Ube ngan kawasan sekitar Yamaguchi shi nih. Bandar tak macam Saijo, Hiroshima tempat kami study dulu. Lebih banyak kedai2 kot. Cuma International Shop ajer yang kami tak pergi lagi sebab stok makanan kami bawak utk 3 bulan. Nih ada dua kotak lagi on the way.

Sekarang nih tengah fikir mana nak letak Hazim Hazim kalau nak gi sekolah and abang gi kerja nanti. Maybe nak mintak tolong orang jaga rather than hantar Houikuen (nursery) sebab risau diaorang kecik lagi. Kalau dah pandai cakap barulah hantar kat houikuen. Tapi tengoklah dulu sebab houikuen penuh sekarang nih.

Oh ya, hari nih kami nak gi Ube ambik barang2 kecik dari orang Indonesia yang akan pulang (Pak Arifal dan Kak Wardah). Nak ambil almari2 yang besar2, bilik kat sini kecik so takperlah. nanti kalau pindah rumah baru beli.