Thursday, April 30, 2009

No Parking


Tahu tak apa beza dua signboard nih?.


Hari ini Haziq demam so bawa sekali ke Yamaguchi sebab hari ini ada kelas. Minta tolong kohai tengok. Thanks Rohan and Suria. Tak sempat nak pergi klinik paginya so balik dari Yamaguchi baru singgah klinik nak ambil ubat. Parking dah penuh so terpaksa parking kat tepi jalan betul-betul depan klinik. Bila makcik keluar klinik ajer, tengok-tengok dapat "surat cinta" warna kuning (lekat kat cermin kereta). Huhu...Nasib tak baik...


Balik rumah, lepas call balai polis, nampak gaya memang susah nak nego. Polis Jepun nih ikut undang-undang betul. Lepas tu bila polis dalam telefon tuh tanya lesen jepun ke international, naklah tipu kata international so that tak kena tolak (tambah?) point kat lesen Jepun. Tapi kalau tipu lagilah kena banyak soal cakaplah yang betul. Tengok-tengok polis tuh kata kena bayar denda dan tolak point gak. No mercy!. Makcik pasrah!


Buat research dalam internet tengok berapa kena (lupa nak tanya pakcik polis dalam telefon). Rupanya ada dua jenis denda. Kalau tengok signboard di atas sekali, itu tandanya "No stopping and parking", signboard yang bawah pula "No parking". "No stopping and parking" tuh maknanya berhenti dalam 10m di kawasan larangan contohnya parking bas, tunnel, selekoh dan lintasan keretapi. Kalau "No Parking" tuh ada driver ker takde driver ker kalau berhenti di tempat larangan dalam masa seminit pun tak boleh. Kena saman gak. Sekarang pula polis tengah kempen. Kempen jangan parking sebarangan.


Duit saman pun berbeza. Kalau "No stopping and parking" tuh lagi mahal mungkin sebab mengganggu kereta lalu lalang (18,000yen dalam RM650). "No parking" tuh tuh murah sket (15,000yen dalam RM550). Lagi satu ikut jenis kenderaan. Kalau lori atau trak lagi mahal dari kereta biasa. Kalau basikal pula dalam RM330. Pendek kata, janganlah parking sebarangan di Jepun nih. Silap haribulan melayang duit. Gomen ne Ayah!.....

Tuesday, April 28, 2009

Pisang

Ada pembetulan sikit pada entri sebelum nih. Maaf ya. Nak kata Festival Pisang tuh tak boleh gak sebab takde setandan pisang diberi percuma atau Kempen mari makan pisang ataupun Pertandingan Membuat Kek Pisang Terbesar... Yang ada cuma satu. Banana no Tataki Uri (バナナの叩き売り). Direct translation ialah Menjual banana sampai mengetuk.. haha..pelik betul bunyinya...


Begini sejarahnya.
Dari dulu lagi Mojiko (Moji Port) memang terkenal dengan reputasi pelabuhan dan kawasan sekitarnya.Banyak sejarah menarik disini. Inilah antara pelabuhan yang pertama kapal dari luar negara singgah untuk masuk ke Jepun (terutamanya kapal dari China, Korea dan Taiwan). Mojiko juga pelabuhan terakhir yang ditinggalkan oleh kapal yang akan belayar keluar dari Jepun.


Waktu zaman Meiji, pisang banyak diimport dari Taiwan. Taiwan dulu tanah jajahan Jepun. Pisang yang dibawa masuk ke Jepun masih hijau. Bukan yang dah masak. Tapi disebabkan pisang tuh duduk kat dalam kapal lama dan masih tiada teknologi canggih seperti sekarang, pisang cepat rosak. Oleh kerana itu, banyaklah pisang yang terpaksa dijual di Mojiko kerana kedudukan Taiwan dengan Mojiko yang dekat.


Disebabkan banyak sangat pisang, semua penjual cari idea macam mana nak jual pisang-pisang ini tanpa rugi sebab pisang yang rosak. Timbul idea untuk menarik perhatian orang ramai dengan mengetuk papan (mungkin kotak kayu tempat simpan pisang) menggunakan kayu panjang sambil bercerita, membuat lawak atau bersyair. Lama kelamaan orang ramai berhenti mendengar dan kadang-kala tertarik untuk membeli pisang.


Sehinggalah sekarang bila harga pisang makin murah, masih ada juga tradisi seperti ini. Orang Jepun lebih seronok mendengar cerita "tukang karut" yang banyak bercerita tentang pisang. Pernah cuba dengar apa yang diaorang cerita tapi laju sangat si penjual tuh cakap. Tak sanggup nak tunggu lama-lama. Alah...jual pisang jer. Tapi itulah keunikan idea orang Jepun. Begitulah lebih kurang cerita asal usul kenapa pisang terkenal di Mojiko ini.

Kualiti atau Kuantiti

Cuba untuk update blog setiap hari tapi tak banyak cerita yang boleh diceritakan. Maksudnya cerita yang ada isi. Suka untuk bercerita pengalaman di negara orang tapi rasanya tiada pengalaman yang unik untuk dikongsi bersama. Jadinya, tak ter-update-lah blog ini sehingga ketemu cerita yang unik, menarik ataupun lawak.


Hari ini ke Yamaguchi University setelah dua minggu sibuk dengan sekolah Haziq dan Ayah yang selalu outstation. Boring betul!.Setiap hari Hazim akan tanya "Hari ini hari apa?. Esok hari apa?. Lepas itu hari apa?...Nanti ayah balik ya?..". Tak larat nak jawab soalan budak kecil yang mulut becok itu.


Cuti Golden Week tak lama lagi. Ada rancangan nak balik ke kampung halaman kami di Saijo, Hiroshima tapi tak pasti. Masih dalam plan. Di Moji pun banyak acara menarik. Ada kapal latihan untuk tentera laut Jepun berlabuh (海王丸) dan upacara pasang kain (?) untuk berlayar, ada Festival bunga api, ada Festival Pisang (pisang memang terkenal di Moji sebab pelabuhan untuk kapal singgah belayar dulu) dan macam-macam lagi yang menarik. Harap-harap cuaca elok sepanjang cuti nanti. Pastinya Haziq dan Hazim menunggu-nunggu cuti ini sebab boleh jalan-jalan (er..Umminya yang lebih-lebih nak jalan:)).

Friday, April 24, 2009

Lukisan

Abah cikgu lukisan sekolah menengah. Dari kecil lagi selalu tengok abah melukis dan menanda lukisan anak-anak murid. Dulu kat belakang rumah ada bengkel buat batik. Walaupun kami dalam 7 orang adik beradik tiada seorang pun yang dapat 100% bakat melukis abah tapi minat pada seni memang ada.

Apa-apa sahaja yang berkaitan pasal seni mesti kami suka. Seni khat, seni batik, seni landskap, seni bonsai dan apa sahaja pasal seni. Penuh rumah kat kampung dengan buku pasal seni. Buku untuk belon yang buat bentuk binatang dan macam-macam pun ada. Haziq suka tengok buku belon tuh. Terfikir nak pinjam bawa balik Jepun, tertinggal lah pulak.


Sejak Haziq (Hazim pun suka melukis tapi cerita dia lawak. Semua gambar hantu, hitam ajer...) mula menampakkan minat melukis pada umur 4/5 tahun, dah mula ajar dia melukis sedikit demi sedikit. Mula-mula pakai pensel kaler, lepas tuh crayon dan sekarang nih kaler air. Seronok pula tengok Haziq melukis. Ini hasil lukisan Haziq. Pokok tuh kami buat sama-sama:).

Lukisan yang ada dua bukit dan orang mendaki tuh dia cerita kawan satu kelas dia panjat bukit sama-sama sampai ke puncak. Memang rumah kami dan sekolah Haziq atas bukit. Tiap-tiap hari Haziq kena panjat bukit, pergi sekolah dan balik sekolah. Yang ada tulis airport tuh pula KLIA dan yang ada gambar matahari dan rumah serta kereta tuh katanya rumah kat Malaysia. Haziq suka betul lukis matahari.

Wednesday, April 22, 2009

Bangun tidur

Setiap hujung bulan ada discussion dengan kyushoku sensei (cikgu yang masak menu sekolah) dan sensei kelas Hazim untuk check mana menu sekolah yang boleh makan dan mana yang tak boleh makan untuk bulan depannya. Kalau ada yang tak boleh makan kena check dengan sensei cara nak masak menu untuk hari itu. Kalau boleh nak bagi Hazim sama menu dengan kawan-kawan yang lain supaya dia pun akan akan habis makan. Sekolah rendah Haziq pun sama. Cuma tiada discussion setiap bulan. Haziq akan bawa balik kertas menu untuk bulan depannya dan bawa bekal dari rumah.

Tadi ada discussion dengan sensei sekolah Hazim. Habis pula awal dan terus ke kelas Hazim. Tengok-tengok semua budak kelas Hazim macam kena tembak. Penuh dengan budak-budak tengah tidur. Setiap hari diaorang kena nap dari pukul 1- 3 petang.


Nak dekat pukul 3 petang semua budak dikejutkan dari tidur. Pipi masing-masing kemerahan. Mungkin sebab cuaca pun panas sikit. Semua bangun dengan mamainya gi jalan ke locker untuk tukar baju sendiri. Yang sorang nih kata sakit kepala, yang seorang nih dok garu badan sambil mata tak celik, yang sorang lak tengah cangkung sambil tangan letak kat pipi. Hazim pula celik mata terus sibuk cerita dia naik keretapi. Kebetulan hari ini budak kelas Hazim ada rombongan naik keretapi lama di Mojiko. Sekali sekala seronok pulak tengok karenah budak-budak baru bangun tidur.

Saturday, April 18, 2009

Kluk Klak

Tajuk entri yang memang takde makna dan takde kena mengena dengan apa yang nak ditulis.


Lepas tengok gambar-gambar lama zaman sekolah menengah sampailah ke RPKJ kat facebook, betapa berubahnya muka sendiri dan kawan-kawan. Ada member yang dah tak ingat nama especially member kat RPKJ. Mana taknya semua bukan guna nama sendiri tapi nama manja. Ada yang dapat dari senior dan ada yang kami cipta sendiri.


Sekarang ini semua dah membawa diri masing-masing. Ada yang dah beranak pinak, bekerja dan mungkin menetap di sana sini pelusuk dunia. Tapi rasanya takde yang duduk kat Afrika kot.....


Dalam banyak-banyak zaman, rasanya zaman kat RPKJ lah celik mata tengok dunia realiti. Dahlah kena duduk kat KL dengan kawan-kawan, dengan schedule kelas bahasa jepun yang paling sibuk bila compare dengan zaman sekolah rendah dan menengah (logiknya sebab Intensive Japanese Course) tidak dinafikan zaman ini yang mempunyai tahap stress tertinggi. Masa nih rasanya macam nak give up belajar bahasa Jepun, nak gi belajar kat Jepun. Tapi sekarang semuanya jadi kenangan...


Tapi kan paling tak best bila teringat zaman kena makan "aiskrim" kat RPKJ. Huhu...Ada ker lagi tradisi tuh kat kohai sekarang ya?.....


* tengah bosan sebab ayah outstation.......kena tinggal 6 hari.. 早く帰ってきてよ!さみしいい。。。。

Thursday, April 16, 2009

Ji-mo

www.city.kitakyushu.jp


Ini Ji-mo kun. Maskot Moji City. Maskot ini asalnya dari sejenis hantu Jepun yang tinggal dalam laut, Umibozu. Mungkin Moji ini dekat dengan laut so diaorang ambil idea Umibozu jadi maskot Moji. Nama Ji-mo pula maybe diterbalikkan Moji tuh kot.


Hari Selasa yang lepas, Ji-mo kun datang melawat sekolah Hazim. Lagi 3 hari Ji-mo kun nak datang bukan main sibuk cerita pasal Ji-mo kun. Sampai jer hari selasa hari tuh berkobar-kobar nak pergi sekolah sebab boleh jumpa Ji-mo kun. Orang tv pun datang sekali. Petang, bila ambil Hazim dia sibuk cerita pasal Ji-mo kun. Ini cerita dari mulut dia. Cakap Jepun campur melayu dengan pelat orang Jepun. Huhu...


"Ji-mo kun datang tadi. Lepas tuh tak boleh kejar dia. Nanti dia jatuh tergolek. Pastuh kan, Ji-mo kun tangkap adik. Adik tak takut pun (sambil buat muka berani dia). Ji-mo kun ambil gambar ramai-ramai dengan adik, kawan, sensei. Adik tak takut pun (sekali lagi muka bangga). Adik salam dengan Ji-mo kun tapi tangan dia yowai (lembut). Adik tak boleh peluk nanti Ji-mo kun jatuh".

* kun nih maknanya Mr. , lebih friendly dari -san tapi tidak sesuai digunakan pada orang yang pangkat tinggi dari kita.

Tuesday, April 14, 2009

Personaliti

Tadi on the way nak ke Yamaguchi dengar radio Jepun tengah cerita pasal lelaki jenis "soushokukei" (草食系)dan "nikushokukei" (肉食系). Dua perkataan nih memang tengah famous sekarang. Jadi topik sana sini.


"soushokukei" = kalau ikut direct translation "jenis makan rumput". Tapi makna sebenarnya banyak. Antaranya orang itu tidak banyak melawan, ikut sahaja, kedudukkan diri dia sama dengan partner, suka pada fashion, yang cantik-cantik atau dengan kata lain "lembut". Bukan "lembut" yang aww tuh tapi lembut dari segi tuturkata ker perbuatan (tak ganas/pemarah). Kalau nak lagi detail bolehlah google.


Berlawanan dengan "soushokukei" ialah "nikushokukei". Kalau ikut direct translation pula, "jenis makan daging". Boleh bayangkan perbezaan orang yang makan rumput dengan orang yang makan daging. Pendek kata "nikushokukei" ini orang yang tegas, tetap dengan pendirian dia, meletakkan diri dia lebih tinggi kedudukan dari partner, perangai memang macam lelaki macho (bukan tunjuk muscle), cara cakap pun macam Arnold Schwarzenegger (pheh...first time taip nama betul dia..susah benar nak eja) dan lain-lain kualiti yang seangkatan dengannya.


Berbalik cerita dari radio, sebenarnya berdasarkan statistik terbaru, ramai lelaki Jepun yang "soushokukei". Dan lebih dari separuh perempuan Jepun suka pada jenis lelaki macam ini. Jadi satu isu di kalangan orang Jepun bila "soushokukei" jadi majoriti. Katanya runtuh struktur kekeluargaan. Makin banyak perceraian, keganasan rumahtangga (suami teraniaya) dan sebagainya. Lagi satu problem, lelaki jenis "soushokukei" ini tidak suka berkahwin. Mereka selesa dengan dunia sendiri. Tidak hairanlah, Jepun akan mengalami masalah bilangan rakyat yang berkurangan dari tahun ke tahun.


So, korang semua nih yang mana?. "soushokukei" atau "nikushokukei"?.

Saturday, April 11, 2009

Ayatori

Ayatori nih traditional japanese game guna string. Sempena Haziq masuk darjah 1, bawa Haziq dan Hazim pergi kedai buku di Jusco untuk pilih buku kesukaan masing-masing. Haziq suka buku cerita dan buku belajar ayatori, Hazim pula tengah suka buat origami so dia beli buku origami. Tak sabar-sabar nak sampai rumah untuk berlatih ayatori dan origami. Ini pula hasil Haziq dan Hazim berlatih ayatori....




Friday, April 10, 2009

Sekolah

Cepatnya Haziq dah masuk sekolah ya...
Baru umur 6 tahun tapi ikut kalendar Jepun kena masuk darjah 1


Masuk bulan 4 kat Jepun nih, semua orang jadi sibuk dengan sekolah. Kelas Phd tak banyak. Kena banyak buat research kat rumah yang memerlukan tahap DISPLIN yang amatlah tinggi. Time management!. Silap haribulan masa habis dengan tidak buat apa-apa. Banyak godaan kat rumah!.


Hari ini Entrance Ceremony Sekolah Haziq. Sekolah Haziq tak sampai 15 minit dari rumah jalan kaki. Mulanya risau kalau Haziq takut tengok ramai orang tapi dia okey ajer. Seronok sebab dapat buku dan belajar macam-macam. Waktu baru sampai untuk daftar, guru besar tegur kami "Selamat Pagi!". Terkejut juga. Rupa-rupanya guru besar yang baru ini pernah duduk kat Singapore so dia banyak belajar BM dari kawan-kawan dia kat sana. At least dia boleh faham sikit-sikit budaya dan agama orang Malaysia...Lepas nih nak kena discuss dengan cikgu kelas Haziq pasal menu makanan kat sekolah.


Haziq,
入学おめでとう。
これから勉強はがんばってね。。
たくさん友達を作りましょう
ずっとずっと応援するから。。。

Monday, April 06, 2009

Karate

Kalau tengok Haziq dan Hazim main berdua memang lasak dan ganas. Semalam waktu hanami di Ube, habis badan kohai boys kena "kick-boxing" dengan Haziq dan Hazim. Kononnya nak bermain dengan abang-abang. Gomen ne minna...


Bila melihat kelasakkan Haziq dan Hazim terus terfikir nak masukkan kelas seni mempertahankan diri macam Taekwando, Judo, karate etc. Sekurang-kurangnya boleh belajar berdisplin. Kebetulan balai raya dekat dengan rumah nih ada kelas Karate dan Aikido so hari ini pergilah jumpa dengan sensei yang mengajar karate (Aikido hari Khamis) sampai tengok kelas Karate.


Kelas ni tak ramai student. Yang ada cuma seorang, budak lelaki darjah 6 dah belt warna oren. Tak sure warna oren nih dan (tangga) keberapa. Sensei tuh pun umur maybe dalam 60 tahun tapi peramah. Dia cerita karate yang dia ajar nih yang Okinawa Style. Sementara student tuh berlatih karate Haziq dan Hazim pun ikut sama. Tapi yang berkobar-kobar lebih siapa lagi kalau bukan Hazim. Sensei nih cuma terima Haziq sebab dah darjah 1. Huhu...kesian Hazim..Bayaran pula 1000yen sebulan. Kelas cuma 4 kali sebulan.


Rupa-rupanya karate nih asal dari China lepas tuh masuk ke Okinawa. Kemudian barulah ke serata Jepun. Sensei nih juga ajar kobudo. Kobudo pun asal dari China dan masuk ke Okinawa. Kobudo berbeza dengan karate sebab kobudo guna kayu panjang, karate pula tangan kosong (karate maknanya empty hands). Mengenai Kobudo nih, dulu, petani di Okinawa tak boleh guna senjata untuk protect ladang so diaorang guna kayu cangkul ker dahan pokok ker. Info nih semua bolehlah dapat dari Wiki ya...

Friday, April 03, 2009

Baby

Semalam petang drive ke Wakamatsu (dalam 45 minit dari rumah) sama Haziq dan Hazim untuk melawat baby Nurul dan Azizul. Baby boy lahir 1/4 pukul 5petang. Tahniah!. Dalam kereta Haziq dan Hazim sibuk tanya pasal Wawa (anak Nurul dan Azizul yang pertama).


"Kenapa Wawa ada baby?"
"Kenapa Wawa ada sama kat hospital?"
"Kenapa baby dalam perut?"
"Kenapa kita pergi jauh sangat nih?" dan macam-macam soalan lagi. Letih melayan...


Bila sampai hospital, tengok baby pula Haziq dan Hazim senyap sekejab aje. Tanya kenapa baby tidur ajer dan macam-macam soalan lagi. Tapi lepas tuh seronok main dengan Wawa. Lain kali kalau baby dah besar boleh main sama-sama ya...


Untuk Nurul dan Azizul, congratulations on the newborn baby. Akak doakan semoga semuanya selamat dan sihat serta ceria selalu. Nurul, selamat berpantang ya:)

Wednesday, April 01, 2009

Musim hanami bermula

Gambar sakura kat tepi sungai waktu kami ke Yamaguchi University

Hazim tengah pikir nak posing camne lepas nih...

Sakura kat mana-mana sekarang tengah berkembang. Cuaca pun memang cantik sejak akhir-akhir ini cuma hari ini hujan so muram sedikit. Haziq pun dah mula sembuh dari chicken pox. Alhamdulillah.


Malam minggu lepas drive ke Kokura Castle sebab nak tengok sakura malam-malam. Tapi apakan daya ramai orang dan tempat parking tiada. Kalau kat Malaysia bolehlah parking tepi-tepi jalan tapi kalau kat Jepun, silap haribulan kereta kena angkut pergi balai polis. Nak ambil kereta pula kena bayar denda dalam RM300++. Tapi memang cantik betul pemandangan sakura waktu malam. Boring pula ambil gambar sakura waktu siang so kali ni nak cuba ambil gambar sakura waktu malam.


Lepas tuh tengok dalam berita kat tv kata tahun ini trend orang pergi hanami lain dari tahun-tahun sebelumnya. Apa yang lainnya?. Tak ramai orang pergi hanami sebab ekonomi gawat, orang tak tinggal sampah begitu sahaja dan sampah pula berkurangan(dari satu taman di Fukuoka--- tahun lepas punya sampah 30tan, tahun ini dalam 25tan mungkin). Apa-apa halpun hujung minggu nih tak nak miss hanami. Mungkin hanami di Mekari Park?.