Monday, October 31, 2011

Rombongan PTA

Dalam sibuk nak 1st viva 9hb nih, kena uruskan hal PTA pula. 7hb, hari Isnin nih kami, AJK Pendidikan Keluarga ada anjurkan rombongan melawat Green Park, dalam 1 jam perjalanan naik bas dari rumah (ada taman bunga, tempat main budak-budak, mini zoo kangaroo, kuda dan tempat rehat2). Bukan mudah nak uruskan rombongan yang terdiri dari lebih kurang 30 orang (termasuk mak dan anak2). Saya kena pastikan bas dan insuran perjalanan. Bas dah book dan beritahu syarikat bas supaya tunggu di perhentian bas biasa (jalan nak ke sekolah Haziq dan Hazim sempit jadi bas selalu tak masuk, cuma tunggu di kaki bukit). Driver bas cuma boleh tunggu 10 minit kerana tidak mahu mengganggu perjalanan lalu lintas. Jadinya, kamilah yang kena bersiap sedia untuk bagi arahan ahli rombongan datang pada masa yang tepat dan segera naik bas.

Insuran pula murah sahaja. Hanya 28 yen setiap seorang. Kena mohon di City Hall dan isi borang serta nama setiap ahli rombongan. Insuran perjalanan memang wajib kalau ada buat rombongan sekolah. Hal bekal makanan waktu di sana nanti dah diuruskan oleh AJK yang lain. Setiap orang ada offer diri untuk jayakan rombongan kali ini. Kalau ada problem barulah discuss sesama ahli dan akan ada orang offer sama-sama selesaikan problem. Tak sabar rasanya nak pergi rombongan anjuran kami kali ini. Haziq dan Hazim pun mesti sibuk nak main dengan kawan-kawan waktu kat sana. Hopefully cuaca elok dan tak hujan. Boleh piknik di taman beramai-ramai.

Thursday, October 27, 2011

Semalam ada urusan kat sekolah Haziq. Kebetulan nampak budak-budak kelas Haziq keluar nak bergambar ramai-ramai. Ada sorang budak baru kelas Haziq mix (mak Jepun, bapa NZ), nama Karina (ala-ala Hindustan Kareena Kapoor lak), cute sangat. Sebiji muka mat saleh tapi versi lembut macam Jepun. Karina-chan nih cuma 3 minggu kat Jepun dan dah nak balik NZ sebab bapa dia ada kerja kat sana. Ada kawan Haziq suka sangat sakat Haziq dengan Karina-chan nih. Bila balik rumah, tanya Haziq, ada cakap tak dengan Karina-chan, Haziq kata ada borak gak tapi sikit. Huhu.. anak bujang ku pemalu...

Yang nih cerita kawan Hazim pula. Waktu tengah tunggu Haziq kat sekolah, kelas Hazim pun habis awal tapi bila ajak Hazim balik sama, dia tak nak. Nak gi 児童館 dulu (macam pusat jagaan kanak-kanak lepas waktu sekolah-buat hw sama sensei kat situ). Pastu ada kawan Hazim bisik kat kawan lagi seorang. Bila tanya kawan lagi seorang tuh apa yang kawan Hazim bisik, dia kata ”ハニーさんの可愛い顔をみて、好きになった!”.(translate: bila tengok muka Hanny-san yang kawai, saya jadi suka)..haha...budak nih comel sungguh. Tetiba jer budak umur 7 tahun 告白(declare), memang lawak. Dahlah budak tuh malu-malu kucing tapi cute sangat....Diaorang panggil nama betul, bukan Mama Hazim sebab dulu pernah ajar diaorang main galah panjang & suruh panggil nama Hanny ajer. Setiap kali jumpa kawan Hazim, mesti diaorang cakap "Nama saya XXXX". Hehe...ingat lagi budak-budak nih dengan bahasa Malaysia, ajar sebelum nak main galah panjang.....

Wednesday, October 26, 2011

Seminar Horie大使

Semalam ada Special Lecture by bekas Ambassador Jepun ke Malaysia, Horie Taishi kat Uni. Walaupun tak sempat kerja bawah dia sebab dah fly ke Jepun 6 tahun lalu, tapi dapatlah borak-borak dengan dia pasal Embassy. Rindu pula nak balik embassy tapi tidak pada suasana bekerja kat sana. Huhu..

Dia banyak cerita pengalaman selama 4 tahun (kalau tak silap) di Malaysia. Sebelum tuh dia pernah di Qatar so dia tahu sedikit sebanyak mengenai Islam dan budaya di negara Islam. Awal-awal lecture, dah bagitahu yang Malaysia nih banyak perayaan (mungkin nak bagi hint yang orang Malaysia nih kerjanya asyik cuti ajer?), banyak open house, tak kisah berbeza fahaman agama pun boleh sambut perayaan sama-sama dan banyak lagi yang bagus-bagus pasal Malaysia. Sekali sekala ada gak dia tanya soalan kat budak Malaysia yang ada cuma 7 orang dari 100-200 orang Jepun dalam dewan, dari atas pentas.

Lepas habis lecture, ada seorang jepun tanya soalan pasal kawan dia datang Malaysia kena rompak duit beribu tapi Horie大使 bagitahu yang kes jenayah kat mana-mana negara seperti Indonesia, Philippines atau di Perancis sana sekalipun, mesti ada kes orang Jepun kena rompak. Salah satu sebabnya, orang Jepun terlalu mudah percaya pada orang yang luarannya nampak baik, tapi sebenarnya orang jahat. Dulu waktu kerja di embassy, selalu sangat orang Jepun hilang passport, duit, wallet, tiket nak balik Jepun habis kena samun. Tapi setiap kali tuh mesti ada orang embassy yang tolong (samada guna duit diaorang sendiri atau duit emergency embassy) untuk sedaya upaya bagi balik Jepun. Bayangkan dengan tak reti cakap English, orang Jepun boleh berani melancong ke pelusuk dunia. Kadang-kadang bukan lelaki tapi perempuan, seorang pula tuh. Tabik atas keberanian dan kesungguhan diaorang untuk cari pengalaman!.

Habis lecture, kami budak Malaysia diajak untuk join kelas Imazu Sensei. Ada student dari Indonesia, Afghanistan, Saudi Arabia & Bangladesh. Macam-macam yang kami belajar dari sini. Betapa bangganya kami sebagai rakyat Malaysia, di bawah Look East Policy dapat menimba ilmu kat negara Jepun dan dipandang sebagai contoh untuk negara Islam yang membangun. Itulah kesimpulan dari perbincangan kelas semalam. Proud to be Malaysian!!



Monday, October 24, 2011

Isi buku nih menarik. Banyak soalan-soalan yang mungkin keluar time viva. Tapi style UK university. Jepun?. Hmm..kena cari kat internet la..

Dah hantar dissertation 14/10/2011 arituh dan sekarang nih berdebar-debar pula tunggu viva voce (Latin is live voice/ defense examination). Tak habis lagi baca copy dissertation sendiri tapi dah banyak tampal post-its kat setiap muka surat. Tarikh tak tahu lagi tapi supervisor akan email bagitahu tarikh bila kena viva. Janganlah kena tarikh yang sama dengan events kat sekolah Haziq dan Hazim.

Hampir enam tahun baca dan research topik yang sama. Nak katakan kita pakar tuh jauh sekali tapi apa yang ditulis dalam dissertation tuh inshaAllah boleh explain. Harap-harap bolehlah defense. Lepas tuh baru nak risau benda lain macam follow-up journal & buku & paling penting kerja!!. Kalau boleh, naklah kerja lecturer kat Malaysia fulltime tapi selagi tak dapat PhD selagi tuhlah tak boleh nak hantar resume.

Ok. Blog nih pun makin lama makin boring sebab tuan rumah asyik cerita pasal viva, phd, dissertation semua jadi maybe kena tunggu reda baru boleh cerita best sket.

Friday, October 21, 2011

Bernafas

Beberapa hari lepas, Hazim batuk-batuk sebelum ke sekolah. Biasalah pagi-pagi sekarang nih sejuk. Bila balik sekolah, tengok Hazim dah macam susah nak bernafas. Nak bawa ke klinik yang selalu pergi tapi dah tutup. Klinik kat Jepun kebanyakkannya pukul 5 petang dah tutup. Esok pagi pukul 9 baru buka. Nasib baik ada klinik kanak-kanak masih buka pukul 6 petang. Jumpa doktor, pertama kali doktor kata ini mungkin asthma tapi level rendah. Dua hari lepas pula, Umminya yang takleh bernafas. Kena pergi hospital emergency pukul 3 pagi. Doktor pun kata kemungkinan asthma. Doktor suruh buat check-up kat hospital biasa. Bila buat check-up di hospital, ambil darah dan ujian pernafasan, doktor buat kesimpulan mungkin ada alergik (asthma termasuk dalam alergik) tapi tak dapat nak pastikan ini asthma. Tapi sekarang nih malam-malam waktu tidur, Hazim dan Ummi dah bernafas macam biasa, takde bunyi "muzik" as background.

* Suka pula dengar lagu Yuzu nih. 光栄の架橋



Monday, October 17, 2011

Lamanya

Lama pula tak update blog. Minggu lepas baru hantar 1st Draft. Walaupun rasa ada yang kurang tapi sekurang-kurangnya tuh yang terdaya nak buat. Kena tunggu viva yang pertama, dengar komen kaw-kaw dari reviewer baru boleh betulkan untuk hantar dissertation yang betul-betul.

Sensei kata kena get ready untuk 1st viva sebab agak strict. Tak pernah sensei kata camtuh. Ini kali pertama dengar pesanan camnih maknanya memang strict. Teringat waktu Master. ぼこぼこにされた。泣きたいぐらい。

Lepas ini , nak concentrate untuk prepare for viva dan buat spot questions. Menunggu jawapan dari Jurnal UKM samada accept article atau tidak, bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Dekat setengah tahun tunggu accept/ reject. Lagi satu article dapat publish dalam buku tapi menunggu buku tuh pun dekat 2 tahun, tak nampak bukunya. Apa-apa hal pun kenalah sabar menunggu dan berharap.

Haziq dan Hazim pun dah selalu join main bola petang-petang dengan kawan-kawan. Dah nak masuk Autumn nih best sebab tak panas sangat dan tak sejuk sangat. Dua minggu lepas kami ke Sanko, Oita Prefecture tengok kosmos. Bunga sakura waktu autumn. Cantik sangat.
Kosmos warna putih paling cantik

Yang ini memang selalu tengok, pun cantik juga. Bila ditiup angin, macam  butang baju warna-warni tengah menari!