Saturday, May 29, 2010

Ros

Hari ini Hazim dan Ummi ada rombongan sekolah ke Green Park. Naik bas sewa khas dalam satu jam setengah baru sampai. Haziq pula pergi tengok dvd cerita Crayon Shinchan kat 児童館(Children's Centre) sama kawan-kawan sekolah sampai petang.

Sampai sahaja di Green Park, ramai sungguh orang. Cuaca pun cantik. Kebetulan ada Rose Festival. Segala jenis ros ada. Masuk sahaja taman ros nih, ada koir budak-budak sekolah tengah menyanyi di tengah-tengah taman. Geram tengok bunga ros cantik-cantik tapi tak pandai nak tanam. Baunya pun semerbak wangi. Nama bunga ros kat sini ada banyak yang canggih. Salah satu yang menarik perhatian ramai ialah "William Shakespeare". Cantik!.


Tapi dalam banyak-banyak bunga ros dalam taman nih, suka sangat tengok bunga ros warna putih. Nampak suci dan bersih. Last time dapat sejambak bunga ros merah pun tahun 2001 dari si dia. Terkejut sebab tak sangka. Bila lagi nak dapat agaknya:)

Thursday, May 27, 2010

Naga


Tergoda tengok kelapa muda hari tuh, so petang tadi lepas ambil Hazim dari sekolah singgah supermarket. Tengok-tengok dah tinggal sebiji ajer. Beli sebiji buah kelapa dengan buah naga. Tetiba teringin nak tunjuk kat Haziq dan Hazim, buah-buahan Malaysia.

Sampai rumah, senang saja nak buka atas kelapa muda, cucuk dengan straw dan hirup air kelapa. Sedap!. Air kelapa pandan. Dari Thailand. Beri sedikit kat Haziq dan Hazim. Masing-masing buat muka tak suka. Kalau yang biasa mungkin diaorang ok kot.

Tapi susah betul nak belah kelapa muda kalau takde parang. Pisau dapur tak lut!. Habis bunyi kelentang kelentung tapi tempurung cuma boleh buka sedikit sahaja. Isinya pula sikit. Kelapa pandan memang isinya sikit. Jadilah dapat merasa.

Lepas tuh potong separuh buah naga. Tunjuk dan suruh Haziq dan Hazim rasa. Hazim bila nampak ada biji-biji hitam, dia taknak makan sebab dia ingat ごま(sesame). Haziq pula makan dan tanya bijinya boleh makan ker....Makan ajerlah Haziq...

Lagi satu dia tanya, buah nih pun naga makan ker?. Dia ingat nama buah naga sebab ada naga makan buah nih.. huhu...Imiginasi tinggi betul.

Ok, lepas nih harap-harap Haloday ada jual buah durian pula:)

Wednesday, May 26, 2010

Mahalnya!

Pagi tadi pergi supermarket Haloday, ternampak untuk pertama kali buah manggis dan buah kelapa muda dijual dengan harganya (kalau di tukar dengan RM) mahal sungguh!.

Saiznya kecil ajer lak tuh. Kalau ada durian, mungkin terasa nak beli sebab dah lama tak makan durian. Nak makan dengan santan dan pulut jepun! (ikut style belah utara sana).....


Saiznya separuh genggaman orang dewasa dengan harga 100yen sebiji (dalam RM3.65).
Tapi cantik-cantik!. Siap ada gambar dan arahan macam mana nak buka kulit manggis.

Yang ini pula kelapa muda dengan harga 150yen (dalam RM5.50).
Cantik betul lepas dikupas kulit.
Pegang pun tak macam ada tempurungnya. Lembut!.

Tuesday, May 25, 2010

Yappari

Tetiba jer teringat kat kohai yamaguchi yang dah balik.
Tetiba jer teringat member Thai yang sesama buat master kat Yamaguchi.
Tetiba jer tergerak hati nak tengok latest gambar semua orang.

Tapi bukan semua orang ada YM dan blog.
Bukan semua orang boleh hantar email sebarangan.
YAPPARI kena activate FB gak....
Rasa macam baru balik dari planet Marikh.....
Rindunya kat semua!!!!
dou shiyou...

p/s Setiap kali si dia outstation jer mesti terasa "kosong". nande?.

Joe

Lama giler tak baca blog Dendam Perantau. Dekat setahun ada kot. Dulu dia private-kan sekejab tapi entah macam mana tergerak hati nak google nama Joe Perantau. Tengok-tengok blog dia dah ok. Tapi bukan dia yang update. Member dia. Rupanya Joe dah kat Detention Centre!. Nak kena masuk court. Hopefully semuanya ok. Harap-harap segalanya dipermudahkan.

Andaikata ditakdirkan dia pulang dengan cara di deport, takperlah Joe. Setiap benda tuh semua dah tertulis. Chewah!. Memandai ajer cakap. Aku antara silent reader blog dia sejak 3/4 tahun yang lalu. Kisah dia yang ditulis di blog tuh lain dari yang lain sebab dia cerita sepanjang hidup dia di US sana secara haram. Dah berapa tahun tah tak balik. 20 tahun lebih ada kot. Lupa la...Anyway, sebagai sesama sedara Islam, aku doakan Joe serta yang seangkatan dengan dia, dilindungi dan dipermudahkan semua urusan oleh-Nya. InsyaAllah!....

Masa

Hari ini Ayah outstation ke Miyazaki empat hari. Pagi-pagi dah sibuk nak buatkan bento Ayah dan Haziq. Lepas tuh kena hantar Ayah ke stesen keretapi (dalam 10 minit dari rumah). Sepatutnya Haziq jalan kaki ke sekolah tapi dia lambat siap so kenalah hantar sampai pagar sekolah.

Jalan nak ke sekolah Haziq ada orang tengah buat 工事(JKR betulkan jalan). Kenalah ikut jalan lain. Tengok jam dah tinggal berapa minit nak naik keretapi. Keretapi kat Jepun nih dahlah tepat. Takde lambat seminit jadi Ayah rush terus ke stesen keretapi.

Pagi-pagi pula kereta punyalah banyak. Lepas tuh adalah dua tempat yang masih 工事 lagi. Jalan yang dua lane pun jadi satu lane. Nasib baik sempat sampai stesen keretapi dan berhenti sekejab kat tempat bas. Kebetulan pula bas pun sampai. Huhu, terpaksa tunduk sikit minta maaf berhenti kat tempat dia.

Lepas drop Ayah, terus hantar Haziq ke sekolah. Bawa kereta punyalah laju tapi tak boleh pergi jauh mana sebab orang Jepun bawa kereta punyalah berhemah pagi-pagi. Ish..ish..ish..pelik betul. Diaorang nih memang takde last-last minit keluar rumah kot. Semua ambik 10 minit awal ker 15 minit awal.

Akhirnya sempat hantar Haziq. Sampai kat pagar sekolah barulah dengar bunyi loceng. Kelas belajar mula pukul 8:50 tapi murid-murid kena ada kat kelas pukul 8:25 sebab pagi-pagi ada ulangkaji pelajaran. Cikgu kelas akan bagi sehelai kertas pelajaran semalam dan murid-murid kena buat 朝実習(morning practice). Lepas tuh cikgu tinggal, balik ke bilik guru untuk meeting pagi. Pukul 8:50 baru cikgu masuk kelas dan pungut kertas yang diberi tadi. Lepas tuh barulah mula kelas.

Hari ini memang terkejar-kejar jugalah. Lepas ini, nak hantar Hazim ke sekolah dan Ummi boleh buat kerja sekolah di rumah. Tak habis lagi revise paper untuk conference.. huhu.....

* 2/3hari ini tengok kaunter pelawat sampai beratus-ratus. Rosak ker?....ki ni narimasu. Puraibeto ni shiyo kana....

Sunday, May 23, 2010

Jual

Alhamdulillah. selesai dah projek jualan pertama "PAMY Business Group".
Nama tak rasmi business group JV (joint-venture) kami sefamily dengan PAMY.
Main letak ajer nama. hehe...

Not bad untuk pertama kali berniaga memandangkan keadaan hujan dari pagi sampailah petang. Malam pun tak berhenti lagi. Ditambah dengan angin kuat lagi. Organiser beri kami tempat dalam bangunan. Jadi takdelah kami susah payah dirikan khemah (takut diterbangkan dek angin sampai ke tengah laut!).

Walaupun orang tak ramai yang datang, kami selesa berniaga dalam bangunan, ditambah pula kami satu-satunya gerai makanan diantara tiga gerai yang lain (satu gerai jual produk pertanian, satu gerai jual bunga, sayur dan satu lagi jual ikan dan barang-barang basah).

Kami tutup gerai pukul 3 petang dan lepas kemas, semua balik ke Teratak Shiawase untuk asing-asingkan barang dan sambung membuat roti jala serta kari ayam untuk diaorang bawa balik ke Ube. Selamat semua bahan. Tinggal sikit-sikit bahan mentah untuk diguna pakai jualan seterusnya. Lepas diaorang balik, Ummi pengsan!. Sakit kepala. Masuk dapur tengok roti jala macam nak muntah. huhu...gara-gara banyak sangat menjala hari ini.......

みんな、
本当にお疲れ様です。
ちょっと雨が降って、残念だが、楽しかったですよ。
また、“お買い物ごっこ”をしましょうね:)

Friday, May 21, 2010

1st Draft

Yatta!.
Akhirnya berjaya siapkan 1st draft (full paper) untuk conference.
Dah email kat Yoon sensei minta opinion dia pasal isi kandungan paper kali nih.
Maximum 10 pages tapi dapat 20 pages so lepas dapat feedback dari sensei, bolehlah potong sana potong sini.
Lepas tuh nak kena check grammar, format full paper sama tak dengan requirement organiser dan boleh hantar 27hb nih.
Sekarang nih confident sikit nak buat paper untuk hantar international journal pula.
Deadline pula bulan 10.
Time kerja kat Hitachi dulu sibuk dengan deadline parts, dah belajar pula sibuk dengan deadline paper.
Nih nak kejar deadline baju kat rumah nih.
Laci baju Haziq dan Hazim dah kosong!...
Argh...siapa nak tolong lipat kain!.

Thursday, May 20, 2010

Gerai

Bersempena dengan Moji Port Festival (門司みなと祭), Ahad nih (23hb), pukul 10 pagi hingga 4 petang, buat julung-julung kalinya kami akan buka gerai Malaysia menjual jemput-jemput pisang, karipap dan roti jala. Pada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Moji, Kitakyushu dijemput singgah di gerai kami nanti ya.

Kawasan gerai kami berdekatan dengan Moji Aka Rengga (門司赤煉瓦), betul-betul belakang Stesen Keretapi Moji. Kalau naik kereta, ikut jalan 199 (jalan tepi laut) untuk ke Shimonoseki(dari arah Fukuoka), untuk ke Kokura pula (dari arah Yamaguchi) dan boleh parking kereta di Yamada Denki, Moji.

Marilah datang beramai-ramai sambil menikmati pemandangan tepi laut dan bandar Shimonoseki dari Moji (dipisahkan dengan selat Kanmon).

Kit Kat

Tengah pulun nak siapkan full paper untuk conference bulan 10 nih. Deadline 27hb. Ada separuh lagi nak kena siapkan. Bulan 7 lak, ada exam JLPT. Sempat ke study ek?.

Selalunya bila mengarang, kenalah ada rehat sekejab. Bagi otak fresh dengan idea baru. So untuk bagi idea baru nih keluar, aku akan cari kat

1) drama korea baru (1 episod ajer!). Sekarang tengah tengok Cinderella Sister.
2) eztv, kalau-kalau ada drama US yang baru. Semalam download latest Glee. Best!.
3) Google Reader. Baca pasal Asia, automotive, DIY, resepi dll. Kadang-kadang banyak idea mat saleh yang best-best atau lawak.
4) Malaysian Hitz FM.

Lepas satu atau dua jam, barulah sambung baca journal atau writing paper/montly report. Tapi ada gak terlajak sampai tiga jam!.

* Terjumpa satu video tunjuk diaorang buat performance "Ghostbuster" dalam library. Enjoy betul semua orang dalam library nih.


via Katie


Wednesday, May 19, 2010

Bermalam

Hari ini dan esok Hazim ada お泊り保育(otomari hoiku-rombongan sekolah dan bermalam). Dua tahun lepas, Haziq dah pergi. Ada video Haziq waktu kat sana jadi Hazim sempat tengok sebelum pergi hari ini.

Semalam pula, Hazim balik sekolah kata sakit tekak dan bila sukat suhu, ada demam sikit. Lepas bagi makan bubur nasi dan ubat, dia tidur dan pagi nih bangun, dah sihat. Semalam, bila kata kat Hazim kalau demam takleh pergi, air mata mengalir keluar. Nak pergi sangat. Hazim siap doa kata esok biar dia tak demam, cepat baik.

Pagi tadi waktu hantar Hazim ke sekolah, rasa 寂しい (sedih/sunyi). Boleh ker anak aku yang baru 5 tahun nih jaga diri. Nanti nak tidur cari siku sapalah agaknya. Walhal, Hazim awal-awal lagi kata tak cari siku lagi dah. Dia nak tidur tegak, macam patung. Berkobar-kobar nak pergi. Mungkin sebab Hazim tengok Haziq dah pergi, jadi dia pun bersemangat nak rasa pengalaman macam yang abang dia rasa.

Apa-apa halpun, semoga Hazim selamat pergi, sihat, dan selamat balik. Nanti nak dengar Hazim bercerita pula.

Tuesday, May 18, 2010

Perjalanan

Semalam ada kelas dengan Yoon sensei sama kohai Korean 1st year. Terasa macam malas nak attend kelas kalau dia present. Sebab tak faham dan tiada kaitan dengan research sendiri. Lagi satu dia buat report bagaikan melepaskan batuk di tangga. Setiap kali jumpa aku, mesti kata "habislah hari nih dia kena sembur dengan sensei". Balik-balik kata dia tak tahu nak tulis pasal apa.

Sedangkan last two weeks lagi, sensei dah bagitahu apa topik yang dia kena buat. Penat tengok dia kena marah setiap kali dia present. Tapi takperlah, lepas ni maybe dia akan buat betul-betul. Tapi tak tahu juga sebab dia kata maybe next year dia nak berhenti. Nak ambil master dalam tema yang lain. Bukan "clusters in automotive industry".

PhD 1st year bukan macam MA 1st year. Masa untuk berehat sambil baca blogs. Dah lain sangat. 1st year nihlah nak buat literature survey. Baca sebanyak buku, journal, maklumat dalam internet yang ada kaitan dengan tema research. Kalau rasa tak sempat nak baca, tulis tajuk buku/journal dan simpan dalam satu list (references). Paling penting, kena tahu apa orang lain kata mengenai tema research kita.

Lepas tuh, senaraikan nama reseachers atau penulis buku/journal yang kita rasa tema dia dekat-dekat dengan tema kita. Cari research terkini bawah nama researcher nih. Sentiasa baca blog dia. Kalau orang tanya siapa author yang ada kaitan dengan tema research kita, boleh jawab tanpa teragak-agak.

Bab ini penting untuk tengok kat mana kedudukan research kita nanti. Kalau orang dah pernah buat pasal tema yang kita nak buat, baik tak payah. Cari tema yang baru. Originality tersangatlah penting. Tak mengapa kalau buku rujukan sedikit sebab originality senang dapat kelak.

Bila dah sampai peringkat ini, barulah masuk 2nd year. Mencipta idea sendiri dengan bantuan existing literatures. Bab ini memang susah. Boleh guna satu whiteboard besar dan tulis segala maklumat pasal tema research kita. Lepas itu, duduk jauh sikit dan tengok. Ada tak keyword yang berkait rapat dan keyword yang boleh digunakan bawah tema yang sama.

Lama-kelamaan, datanglah idea mencurah-curah bagai air paip yang bocor. Bila sampai di sini, barulah terasa lega. Tapi belum lagi. Lepas ini bab nak menulis thesis. Takut sebab tak sempat tapi harap-harap dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah....

Hari Sukan

Ahad lepas, sekolah Haziq ada hari sukan. Tahun lepas hujan tapi tahun nih cuaca memang cantik tapi agak panas. Tahun nih, Haziq dapat nombor 1 lari pecut 45m (65m?). Bangga sungguh dia!. Lepas itu, dia jadi bersemangat lari berganti-ganti dan menari untuk performance. Semua murid terlibat dalam acara larian tak kiralah yang berbadan besar atau kecil. Yang kagumnya, budak badan besar lari pun dapat nombor 1!.

Pukul 11 setengah break untuk makan tengahari. Semua bawa bekal makan di sekolah. Cari pokok untuk bentang tikar. Redup sikit. Lepas makan, terasa mengantuk. Macam nak tidur bawah pokok, dengan angin laut kat depan mata yang sepoi sepoi bahasa lagi. Laut pun nampak biru.

Lepas makan, sambung lagi acara sukan tapi dah tak banyak. Budak-budak pun muka dah letih tapi bersemangat nak bagi meriah. Terhibur sungguh tengok diaorang. Tahun lepas kumpulan putih menang tapi tahun ini, saat-saat akhir kumpulan merah yang dapat markah banyak dan menang!. Sungguh tak disangka. Haziq kumpulan putih tapi dia tak kisah kumpulan dia menang atau tidak. Yang penting dia lari dapat nombor 1. Good job, Haziq!. Hazim pun!.

Cikgu sekolah Hazim yang datang bagi support

Ayah yang kena paksa masuk acara bawa bola pakai reket badminton

Haziq get ready nak buat performance

Hazim pun ikut masuk acara kanak2 tadika, "rebut belon dapat hadiah origami"



Friday, May 14, 2010

Katak

Yang warna hitam di dasar akurium tuh berudu tengah berehat.
Dah ada dua ekor katak lekat di dinding akurium.

Bila ada dua anak lelaki yang aktif, tak sempat nak "geli" bila tengok berudu, lipas, ulat dan serangga yang seangkatan dengannya.

Setiap pagi, bila sampai kat kelas, Hazim akan singgah tengok berudu dalam akurium. Dia tahu bila kaki belakang keluar, kaki depan dan bila ekor berudu hilang untuk jadi katak. Mula-mula geli tengok sebab berudu tuh semuanya warna hitam dan mula keluar kaki belakang tapi lama-kelamaan bila kena teman Hazim bercerita pasal berudu, dah jadi biasa tengok. Berudu tuh pun sampai kenal kat kami sebab setiap kali sampai mulut buka tutup buka tutup.

Teringat waktu kami adik beradik kecil-kecil dulu cari berudu dalam parit dan masukkan dalam baldi, bawa balik rumah. Sampai kat rumah emak suruh buang sebab nanti jadi katak. Huhu. Takut kena kencing katak. Bisa katanya.

Tapi bila tengok Hazim berminat tengok perubahan dari berudu jadi katak, rasa kagum dengan cara cikgu mendidik anak Jepun supaya berminat dengan sains semulajadi. Tapi kalau kat Malaysia, Haziq dan Hazim kata nak bela berudu dalam akurium, er...pikir dua tiga kali gak la.....

* Mengikut fakta dalam buku mengenai katak, katak pun boleh lemas. Waktu perubahan dari berudu ke katak, sebenarnya pernafasan mereka juga berubah dari エラ (insang) ke 肺(paru2). Jadi bila dah keluar empat kaki, letak batu besar dalam akurium untuk katak tuh bernafas di darat sementara proses perubahan menjadi katak lengkap sepenuhnya.


Thursday, May 13, 2010

Makan

Tajuk entri semuanya hanya menggunakan satu perkataan untuk mengelakkan ketandusan idea kelak. Disebabkan dulu pernah buat entri tajuk "dulang", so kali ini tajuk entri makan lah.

Lama tak makan dalam dulang bertiga dengan Haziq dan Hazim. Bila kata hari ini makan malam kita makan dalam dulang, suka diaorang. Suka berebut tapi kali ini Hazim surrender awal sebab dia dah makan roti 2 keping waktu balik sekolah.

Kalau dulu sekolah agama di Johor, waktu ada Maulidur Rasul mesti makan beramai-ramai dalam dulang besar. Orang Jawa kalau kenduri pun makan dalam dulang. Bila makan dalam dulang ramai-ramai, akan ada sikap bekerjasama (habiskan makanan dalam dulang), bertolak ansur (kalau tengok kawan tuh lauknya sikit, tolak sikit lauk depan kita kat dia) dan yang penting tidak membazir (kalau setengah tempat dibekalkan beg plastik untuk dibawa balik lebihan nasi dan lauk).

Oh ya, lauk kami hari ini pula ialah ikan saba bakar bungkus daun pisang (daun pisang beli di Baticrom, Tokyo nun jauh sana!), kobis tumis dan sotong masak kimchi sama ピーマン(sejenis lada Jepun yang tak pedas langsung). Alhamdulillah kenyang!...

Ulam

Pagi tadi waktu hantar Hazim ke sekolah, ternampak pokok macam ulam raja. Baunya pun lebih kurang. Tak berani pula nak cuba makan. Terus rindu nak makan ulam pelbagai jenis terutamanya ulam raja dan "cipir" (orang melayu panggil kacang botol).

Wednesday, May 12, 2010

Tingkap

Pemandangan dari tingkat 4, bilik research (depan)

Pemandangan dari sebelah kanan

Pemandangan dari sebelah kiri

Hari ini bawa kamera. Cuaca pula memang cantik so ambil gambar dari tingkat 4, dalam bilik research. Yamaguchi nih dikelilingi dengan gunung-ganang jadi bila tiba musim panas, memang panas, dan bila tiba musim sejuk, memang sejuk. Perubahan suhu yang ketara. Universiti ini pula agak tua. Banyak bangunan yang dah buruk. Sejak akhir-akhir ini sahaja, bangunan yang lama dirobohkan untuk diganti dengan bangunan yang baru. Oh ya, bangunan kat Jepun semua tak perlu di cat. Warna semulajadi.

Tuesday, May 11, 2010

Padam

Deleting my facebook....

Lipan

Sementara masih panas kejadian ini, meh kita story kat sini.

Tadi, masa tengah study kat rumah, terdengar bunyi berdentam-dentum dari rumah sebelah. Lama jugalah. Keluar jenguk dari pintu rumah, tetiba dengar suara orang perempuan menjerit-jerit. Dengar juga suara anak dia, Momoka (umur 1 tahun) menangis-nangis. Cuak juga.

Nak bunyikan loceng rumah dia macam takut lak. Manalah tahu dia keluar bawa pisau. Pergi rumah jiran depan kata ada orang menjerit. Dia pun dengar sama. Apalagi, dia pun call lah polis. Yerlah, sekarang nih banyak berita kat Jepun kata bunuh anaklah, bunuh emaklah.....

Sementara nak tunggu polis sampai, kitaorang pun bunyikan loceng kat rumah sebelah. Lepas tuh jiran sebelah buka pintu. Muka menangis-nangis sambil dukung anak. Kitaorang berdua pun risau. Tanyalah dia kenapa.

Rupa-rupanya dia jumpa ムカデ(lipan). Ada 5 ekor kata dia. Kaki dia pun jinjit-jinjit. Terus ambil Momoka. Huhu, nak terus dengan aku!. Comel budak nih. Geram sangat!. Si Momoka nih pun sibuk tiru gaya emak dia mencari lipan pergi mana tah. Kelakar!.

Jiran kitaorang yang lagi sorang nih masuk dalam rumah cari lipan. Aku tak berani nak masuk. Geli!. Takut pun ada. Tetiba polis pun sampai. Bila kitaorang yang perempuan semua nih bagi tahu ada lipan, polis 3 orang lelaki semua tuh pun kata ok. Muka tak kasihan langsung. Polis minta segala maklumat tentang ahli rumah pada kitaorang semua. Tapi yang paling lama kena soal siasat, akulah. Sebagai penduduk asing kat Jepun nih, akan sentiasa ada "ketidakpercayaan" di kalangan polis Jepun. Apa nak buat.

So, sekarang dah settle dengan polis, mak Momoka nih kata terima kasih, terus ambil kunci kereta dan keluar. Maybe panggil ahli keluarga dia ke husband dia suruh cari lipan kat rumah. Selagi tak jumpa lipan tuh, selagi tuh dia tak masuk rumah kot. Jangan lipan tuh masuk rumah nih sudahlah.....

Friday, May 07, 2010

Ubat

Saya tak suka makan ubat yang diberi oleh hospital. Pahit. Tak sedap. Lepas makan ubat mesti minum air banyak sebab nak hilangkan rasa pahit dalam mulut.

Hazim pun sama. Dahlah ubat kat Jepun nih jenis serbuk jadi mesti ada terlekat sedikit dalam mulut. Sebelum makan ubat, dia dah check ada air depan dia atau tidak. Lagi satu, mesti ada benda ringan yang boleh dimakan lepas makan ubat. Katanya minum air jer tak hilang rasa ubat tuh.

Hari ini, roti, biskut dan segala jenis makanan ringan dah habis. Kat depan mata cuma ada timun.
Kata Hazim, “仕方がない。きゅうりでもいいや!”
(Takde pilihan. Timun pun jadilah!)
:)

TV

Hari ini Haziq dan Hazim cuti sebab batuk teruk sangat. Biasalah bila diaorang kat rumah mesti ada ajer yang buat bising, gelak ketawa sampai Umminya tak boleh study.

Ummi: Haziq, Hazim pergi tengok tv sana. Tengok video Cars ker nazo nazo ker (*dengan harapan boleh bagi diaorang leka dan tidur lepas tuh).

Haziq: Taknak lah. Nak buat 宿題(kerja sekolah).
Hazim: Taknak. Nak buat origami.

* Susah betul nak bagi diaorang tengok tv. Tak minat tv. Tapi kalau ada Ayah kat rumah, mesti semua menempel nak tengok tv sama Ayah.

Monday, May 03, 2010

iPhone Coklat


Sapa nak tambah special application untuk iPhone, boleh tambah app. coklat macam kat atas nih:)
Menarik kan!

Saturday, May 01, 2010

Nippon Maru


Tahun lepas kapal Kaiwo Maru singgah di Moji tapi tahun ini kapal Nippon Maru pula yang singgah dalam perjalanan ke serata dunia. Setiap kali kapal latihan nih singgah Moji, mesti ada entri khas sebab kagum tengok kapal-kapal jenis macam ini. Macam best ajer tengok diaorang belayar keliling dunia.

Hari ini tugas Hazim sampaikan lukisan kapal Nippon Maru yang dia buat sendiri guna teknik collage pada student Jepun yang bakal jadi kelasi kapal. Lepas habis upacara pembukaan, semua pelatih naik semula, masuk dalam kapal so Ummi sempat suruh budak Jepun yang dapat lukisan Hazim tuh tunjuk lukisan kat kamera. Lepas nih lukisan Hazim pun ikut belayar ke serata dunia. Suka betul Hazim dapat masuk dalam kapal Nippon Maru. Kapal ini hanya dibuka untuk orang awam pada 3 Mei sahaja. Kalau sempat nak pergi tengok jugalah.....