Tuesday, November 15, 2011

Adil

Gambar daun kering dah berguguran di Mojiko.
Cerita pagi tadi waktu Haziq dan Hazim nak salam sebelum ke sekolah. Hazim salam dulu, cium pipi kiri kanan dan waktu nak pergi,

Ummi: いってらっしゃい。車に気をつけてね。(Itterasshai= selamat pergi ke sekolah. Tengok kereta tau)
 Hazim: いってきます。(Ittekimasu = Saya pergi dulu)
* Kalau bahasa Jepun, memang ada ucapan rasmi atau orang kata kebiasaannya seperti di atas.

Haziq tengah pakai kasut dan waktu salam, dia pun kata,
Haziq: 何でAdikに優しく言うの。Abangに厳しく言うの?。(Kenapa cakap lembut dengan Adik tapi tegas dengan Abang?)

Terdiam sebentar sebab tersentak dengar anak sendiri cakap camtuh. Nak kata sebab dia anak sulung macam tak cukup fakta nak sokong.... Rasa bersalah sangat-sangat. Tak sedar cuma dengan level suara yang berlainan boleh menukar level keadilan seorang ibu, dari pandangan seorang anak.

Ummi terus peluk Haziq.
Haziq: Ummi, 暖かいね。(cuaca kat luar sejuk, bila kena peluk Haziq rasa panas sikit).
Uwa!!!!rasa nak menangis kat pintu time tuh. Rasa sedih, terharu, bersalah, insaf, pendek kata 1001 perasaan seorang ibu yang ada anak ramai padahal cuma 2 orang. Nasib baik Haziq nih jenis yang jujur, boleh beritahu on the spot perasaan dia waktu itu. Hmm...kena perbaiki lagi parenting style pasnih...

Monday, November 14, 2011

Pasar Kraftangan

Dulang besar tuh nostalgik. Teringat makan nasi ambeng kenduri di kampung
Orang Jepun memang terkenal dengan seni kreatif tersendiri. Tak tahu mana datang seni diaorang nih. Mungkin sejak kecil dah dibiasakan dengan rekacipta dari bahan-bahan terbuang atau sebab sifat tidak ingin membazir yang disemaikan dari zaman Jepun kalah perang hinggalah dah mencapai status negara maju. Hari Ahad lepas ada event kraftangan dan barang antik di Mojiko. Sesapa yang suka kraftangan macam sulaman, bertukang, bunga, jahit dan hiasan rumah mesti rambang mata datang sini. Agak mahal juga tapi orang punyalah ramai. Ada booth yang jual macam-macam barang. Ada juga jual makanan macam pizza, donut, kopi tapi semuanya buat on the spot dan asli (resepi rekaan sendiri).

Dalam banyak-banyak booth nih, tertarik dengan satu tempat yang jual barang-barang antik. Memang barang-barang antik agak tinggi harganya sebab sukar ditemui tapi tak sangka terjumpa satu dulang besar, ada corak bunga merah kat tengahnya dan dikelilingnya daun hijau. 懐かしい。 Ingatkan murah tapi bila tengok tag harga, terkejut makcik!!..3000yen atau RM122 (ikut rate sekarang)!!!!. Mahal betul.

Bukan saja dulang nih tapi mesin jahit Singer pun ada jual. Tak berani nak tengok harga. Tapi rasanya sekitar RM800 ada kot. Pendek kata, semua barang-barang buruk yang kita buang ajer di Malaysia, kat sini dijual dengan harga berlipat berapa kali ganda tah. Tapi respek dengan cara diaorang hias booth, kreatif hingga menarik minat orang beli barang buruk semua nih untuk hias di rumah, tukar jadi kreatif dan cantik.

Friday, November 11, 2011

Labah-labah

Ada 2 ekor. Labah-labah yang besar tuh kalau terlepas dalam rumah, alahai...
Sejak minggu lepas, Haziq dah mula kumpul serangga masuk dalam kotak plastik nih. Nak larang pun tak guna sebab dah namanya budak lelaki, hobi suka dengan serangga, so biarkan dan tengokkan saja. Umminya nih adik beradik perempuan semua jadi memang gerun sikit dengan serangga macam nih. Dulu Haziq bela kumbang tanduk dari telur, kemudian jadi larva (ulat putih besar-besar) sampailah dah jadi kumbang. Bila musim kumbang habis, Haziq bela belalang, mentadak, kumbang segala jenis kumbang, semut (dia ambik pasir dan tanah, buat rumah semut) dan sekarang nih labah-labah. Kata Haziq nak tunggu labah-labah nih buat sarang. Kata dia lagi, labah-labah nih ada racun. Belum sempat duduk sama Haziq, buka buku untuk tengok nama saintifik labah-labah nih. Mungkin hujung minggu nih ingat nak ajak Haziq cari buku sains pasal labah-labah di perpustakaan.

Kadang-kadang pagi lepas Haziq dan Hazim ke sekolah, tengok jugalah labah-labah nih sambil tuh kata,  "minta maaf sebab terpaksa kurung kejab. Nanti Haziq dah belajar habitat kamu, barulah dia lepaskan ya". Kesian sebab tak sampai hati. Sambil tuh harap-harap janganlah terlepas masuk dalam ruang tamu macam larva kumbang tanduk Haziq. Geli betul kalau ingat balik kejadian larva terlepas.....

Thursday, November 10, 2011

Hiasan dari sugarcraft

Mula-mula bagi leper dan buat corak di tepi
Buat corak atas loceng guna icing gula
Letak riben, bunga kecil yang dicucuk dalam ketulan sugar paste, kemudian ditutup dengan loceng

Gambar riben dan bunga kecil warna putih, Bunga warna putih tuh sensei dah siapkan tapi dia ada ajar cara nak buat.
Buat hiasan lain dari yang sensei ajar untuk Christmas decoration. Letak riben hijau dan bunga kecil atas loceng.

Dah siap boleh masukkan dalam kotak plastik dan letak silicon gel untuk elak berkulat.

Gambar hiasan dari sugarcraft yang dah siap masuk dalam kotak semua. Agak susah bagi yang baru belajar tapi puas hati sebab comel sangat (sensei pun kata かわいい:)))

Tadi ada kelas sugarcraft. Memandangkan dulu pernah ambil kelas yang pertama buat kasut baby so kali nih nak try buat yang mencabar sikit, hiasan loceng dan bunga. Bila tengok hasil yang dah siap suka sangat. Yerlah, tangan dulu agak "keras". Lepas nih nak try buat wedding bouquet dari bunga ros pula. Sensei kata ambil masa 3 bulan nak siap. Nak cuba untuk 1 bulan. Agak-agak boleh tak ya..Hmm....

Presentation

Semalam ada PhD viva/予備審査の面接/oral examination untuk dissertation yang dah submit 15 Oktober hari tuh. Pukul 4 pagi bangun gosok baju, practise presentation & buat bekal sekolah Haziq dan Hazim. Pukul 8:15 bertolak dari rumah dengan berbekalkan "Good Luck wishes" hubby call pepagi dari Malaysia, Abah kat kampung & semua orang kat FB. Bersemangat drive sampai Yamaguchi. Rasa semua penat lelah 5 tahun kat Jepun akan terjawab time viva nih nanti. Tak kiralah apa sekalipun komen dari Prof semua, yang penting, diri sendiri rasa bersyukur sangat dapat siapkan dissertation dalam masa 2 tahun setengah nih.

Sampai sahaja di bilik research, terus latih sikit-sikit, tengok nota lama-lama, thesis time Master dulu & gi ambil projektor, screen, setup sendiri kat bilik meeting untuk Viva. Yokota sensei yang pertama sekali datang (awal 15 minit), tepat pukul 10:30 pagi, kesemua empat orang Prof. pun sampai & sessi paling mendebarkan pun bermula. Mula-mula supervisor sendiri kata tajuk dalam Japanese salah. Huhu..tersilap. padanlah rasa macam tak betul jer. Dah submit ke ofis so lepas nih kena hantar pembetulan.Nasib baik tajuk dalam English betul so kiranya small matter.

Habis ajer presentation, supervisor sendiri terus komen. Huih!. panjang giler and banyak betul dia komen. Terutamanya Chapter 2 & 3 yang nampak tak teratur susunannya. Sensei yang lagi 3 orang pun ada yang kata ada point yang bertindan, Chapter 3 ada point yang sama di Chapter 4. Kena tengok semua isi point dalam dissertation. Cuma seorang sensei nih tanya lain dari yang lain. "Kalau awak jadi PM, awak akan buat polisi untuk cari teknologi baru atau ambil yang dah ada (standardize/modularized technology)?.". Terkejut juga sebab tak expect soalan & komen dari dia. Pastu katalah kat dia, "Saya rasa kalau saya jadi PM Malaysia, saya akan buat polisi yang menjurus pada pendidikan atau knowledge-intensive technology terutamanya dalam service, financial, education (技能技術) sebagai polisi utama, maknanya belajar dari teknologi yang dah ada dan lepas itu akan ada idea untuk buat teknologi baru". Sensei angguk-angguk tapi tak tahulah dia terima ker tidak...

Akhirnya, setelah 3 jam dalam bilik meeting, berakhirlah semuanya. Akhir sekali, semua sensei kata dissertation yang bagus dan level originality yang tinggi. Banyak point yang bagus dan sensei harap dapat teruskan research nih di masa hadapan. Lega selega-leganya bila dapat komen dari Professor Jepun 4 orang yang cukup positif, menggalakkan diri sendiri untuk buat lagi bagus. Bangga pun ada sebab dah buat sehabis baik dan yang tinggal hanya nak betulkan sikit-sikit. Kena hantar semula dissertation pada 9 Januari 2012. Fuh!. selamat satu proses.....Pukul 1:30 tengahari belum makan pun tak terasa lapar dek kerana happy sangat-sangat:))))) Alhamdulillah, syukur pada Allah...

Tuesday, November 08, 2011

Terang

Haziq main dengan wallaby



Pukul 4 pagi lepas hantar Ayah balik Malaysia ke Fukuoka Airport, cepat-cepat buatkan bekal untuk kami tiga beranak ke Green Park (rombongan sekolah anjuran AJK Pendidikan PTA sekolah Haziq dan Hazim). Waktu tiba di tempat menunggu bas, ramai juga dah datang. Walaupun janji jam 8:50 pagi, boleh katakan ahli rombongan sampai sebelum pukul 8:50, walaupun ada anak kecil. Memang orang Jepun nih tepati masa sungguh.

Kami bertolak lebih awal dan dalam bas, ada game bingo, dapat mainan dan untuk mak-mak pula dapat facial mask!. Turun dari bas, semua kanak-kanak dapat makanan ringan satu plastik. Suka diaorang. Dahlah dapat mainan pastu dapat jajan lagi. Sampai sahaja di Green Park, cuaca terang dan panas. Cantik dengan pemandangan bunga-bunga berwarna warni. Kami terus ke kandang kuda. Ada penerangan tentang kuda. Tahu tak yang dulu kuda ada 5 jari tapi lama kelamaan tinggal satu jari sebab kuda nak lari laju. Jari tengah saja yang tinggal. Ibu jari pula masih ada tapi dekat-dekat dengan bahagian lutut.

Lepas diterangkan mengenai kuda, kanak-kanak semua boleh pegang dan beri makan rumput kering. Lepas di kandang kuda, kami ke Hibiki Animal World, tengok kangaroo, wallaby dan wombat. Wallaby yang paling comel!. Kalau bayar 300yen seorang boleh masuk dalam kandang wallaby, ambil gambar sebelah/pangku wallaby dan beri makan sekali. Paling suka si Haziq lah sebab dia memang suka binatang. Hazim pula macam takut-takut tapi suka sebenarnya. Tengahari, kami makan beramai-ramai di padang rumput. Yang lain ada order bekal tapi kami makan bekal bawa sendiri.

Angin pun tak panas tapi dingin sikit. Rasa macam nak terlena. Lepas makan onigiri, Haziq dan Hazim main di taman permainan, kejar-kejar dengan kawan-kawan. Bila sampai masa nak bergambar dengan wallaby barulah kami berjalan kaki ramai-ramai ke Hibiki Animal World. Dah habis bergambar, kami masih ada masa untuk main so Haziq dan Hazim main air tapi tak bawa baju ganti. Habis seluar basah terutamanya Hazim. Jadi kenalah alas plastik kat tempat duduk dalam bas sebab takut basah nanti. Sampai rumah, mandi dan semua dah penat. Best sangat rombongan kali ni!本当に行って、よかった。。。

Hazim beri makan kat kuda dengan takut-takut


Cantik sangat bunga warna warni


Sunday, November 06, 2011

Raya

Dalam proses....

Salam Aidiladha dari kami sekeluarga di sini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga pengorbanan yang lalu, sekarang dan akan datang membawa pengertian yang bermakna dan dilakukan ikhlas kerana Allah. Tahun ini kami seperti biasa sembahyang raya di Masjid Fukuoka dan juadah hari raya kami pula Kebab!!!. hehe.. Lepas sembahyang raya terus ke Jusco makan kebab. Pilih sos yang rasa pedasnya paling tinggi, "Fire". Phew!!memang pedas tapi sedap!Next time kalau singgah kedai Mr. Kebab nih memang kena ambil Fire baru laju jer makan....

Oh ya, gambar di atas bukan gambar kebab tapi apa ya?. Hah, inilah rupa umeboshi (asam Jepun yang selalu makan sama bubur atau letak kat tengah-tengah nasi panas) yang tengah kena peram dengan air garam. Tak pasti hari keberapa nih. Jumpa sebalang penuh kat bilik guru sekolah Haziq dan Hazim. Umeboshi nih tersangatlah masam tapi sedap. Kalau yang tengah mengandung, suka makan masam bolehlah cuba makan umeboshi nih.

Friday, November 04, 2011

Surat

 
  1.  Gambar kotak kayu yang ada isi surat dari sekolah Haziq dan Hazim, bersebelahan bilik guru.
  2. Kalau ada surat untuk parents, cikgu akan masukkan dalam kotak kayu mengikut kelas.
  3. Murid yang bertugas untuk ambil surat-surat ataupun iklan event untuk kanak-kanak akan ambil dan bahagikan dalam kelas masing-masing.
  4. Suka sangat tengok kotak kayu nih. Macam kreatif. Boleh buat tempat letak buku dalam bilik anak-anak.



Iqra'

Pemandangan awan dan pokok di Pusat Pertanian Kokura. Kat sinilah ada jual kacang botol ataupun orang Jepun panggil kacang kotak empat segi (四角豆)

Risau juga dengan Haziq dan Hazim bila balik Malaysia tak faham orang cakap BM tapi lebih risau kalau Haziq dan Hazim belum pandai mengaji dan cara sembahyang. Alhamdulillah, sembahyang dan bacaan dalam sembahyang dah ajar dan diaorang dah hafal dalam masa 3 bulan tapi dari masa ke semasa Ayahnya kena buat test, tengok bacaan dalam sembahyang betul atau diaorang skip sebab nak habis cepat. Kami start ajar Iqra' kat diaorang dua tahun lepas tapi tak habis lagi sampai Iqra' 6. Buku Iqra' sampai dah tertanggal muka suratnya sebab gunakan sejak berbelas tahun lalu (turun dari makciknya Huda).  Cuma mengaji sahaja, agak lambat bacaannya. 

Jadinya, sejak minggu lepas, Ummi dapat idea supaya Haziq dan Hazim mengaji Iqra' 10 minit di sebelah pagi sebelum ke sekolah tapi dengan syarat setiap hari. Kejut Haziq dan Hazim bangun lebih awal dari biasa dan lepas sarapan semua, baca Iqra' sekali satu muka surat. Lepas maghrib pula kalau sempat, tak banyak homework, baru mengaji 2 kali. Diaorang nih tak boleh lama-lama nanti ada yang tak reti duduk diam. Konsepnya sekarang biar sedikit dan sekejab tetapi selalu. Syukur sangat-sangat sebab nampak perubahan yang ketara. Haziq lebih lancar mengaji dan kenal huruf. Sekarang masih Iqra' 4 nak masuk 5. Hazim pula kena ulang balik Iqra' 2 sebab dia tak kenal huruf lagi. Tapi dah nak masuk Iqra' 3 sebab pagi-pagi mula baca dan kenal huruf serta barisnya. Madnya pun dah mula tahu bila nak panjangkan bacaan. 

Inilah cabaran ibubapa bila tinggal di perantauan. Kalau boleh tak mahu banding dengan kanak-kanak sebaya Haziq dan Hazim bila balik Malaysia nanti sebab situasi Haziq dan Hazim  berbeza dengan mereka. Yang penting, pendidikan akhirat untuk anak-anak dapat diajar sejak dari kecil supaya bila besar nanti akan sebati dengan jiwa. Banyak juga soalan berkaitan Islam, sembahyang, mati, puasa dan haji dari Haziq dan Hazim. Ada yang Umminya dapat jawab (teringat waktu Ustazah ajar di sekolah agama Johor dulu) dan ada juga yang kena fikir dulu (sebab tak yakin dengan jawapan). Apa-apa halpun, ajar sendiri bab-bab agama pada anak-anak memang elok sebab kita pun boleh belajar semula. Semoga kami sekeluarga beroleh ilmu yang diberkati oleh Allah SWT.

Thursday, November 03, 2011

Bunga

Siapa yang tak suka bunga, terutamanya bunga segar. Boleh dikatakan setiap hari, orang Jepun beli bunga segar untuk buat hiasan dalam rumah, ikebana ataupun sebagai hadiah untuk teman. Ada juga yang letak kat kubur. Bagi saya, kalau ada tetamu nak datang, mesti nak beli bunga segar dan letak sebagai hiasan dalam ruang tamu dan tandas. Kata orang suruh letak duit syiling dalam air pasu, nanti bunga tahan lama. Entahlah, tak pernah buat tapi saya sentiasa ganti air baru dalam tempat bunga dan bila nampak layu saya potong sikit bahagian bawah batang bunga.

Minggu lepas, waktu ke pejabat fakulti ekonomi, nampak sekotak bunga (ada bunga ros, yuri dan macam-macam jenis bunga, kebanyakkannya warna putih) diletakkan di lantai. Terus tanya kalau-kalau nak dibuang. Rupanya memang bunga 2nd hand sebab ada lebihan untuk majlis kematian. Kalau orang lain mungkin taknak kot tapi bagi  saya, suka semua jenis bunga ros dan yuri. Bila tanya boleh ambik tak, terus dapat sejambak bunga untuk dibawa balik memandangkan esoknya dah hari Sabtu (hari cuti, takde orang). Yay, terus bungkus guna suratkhabar dan sampai jer rumah, masukkan dalam pasu. Nampak berseri ajer bahagian dapur dengan bunga camnih. Barulah bersemangat nak masuk dapur!


Pendidikan Seni


Subjek yang Haziq dan Hazim tak boleh miss adalah 図工(pendidikan seni). Kalau tengok buku teks pendidikan seni Jepun, memang menarik. Banyak lukisan dan gambarajah cara nak buat kraftangan. Berwarna warni dan nampak seronok. Minggu lepas, Haziq bawa balik hasil pendidikan seni dia. Getah diikat pada dua batang paku untuk tengok guli lalu & masuk ke kawasan markah yang dah ditulis atas papan. Macam game pinball. Haziq siap lukis dan warna lagi papan pinball nih. Bila tanya gambar apa, dia kata haiwan dalam laut. Hmm.. Yang pasti Hazim paling suka main tapi kejab-kejab gulinya tercampak entah ke mana...

Wednesday, November 02, 2011

Haziq dan Hazim kongsi laci paling bawah untuk stokin, seluar kecil dan sapu tangan. Pening bila pagi-pagi diaorang gaduh cari macam-macam tak jumpa. Salah satu sebab, Umminya belum sempat lipat kain, tapi sebab utamanya, bersepah tak tahu jenis dalam laci. Jadinya, belikan partition plastik di 100yen shop dan suruh diaorang kemas sendiri. Pilih yang mana boleh pakai dan yang mana tak nak pakai. Senang sikit lepas nih nak cari barang sendiri.