Thursday, December 29, 2011

Hobi

Buku origami
Hari ini buku origami yang baru sampai dari Amazon. Suka sangat-sangat. Tapi nak buatnya bukan sekarang. Kena tunggu habis viva bulan 2, baru lepas geram buat origami dari buku-buku nih. Inipun sebahagian sahaja. Ada lagi buku origami untuk budak-budak dan kirigami (seni kertas yang digunting pelbagai corak). Haziq dan Hazim saja yang rajin buat origami. Dari diaorang umur 3, 4 tahun lagi cikgu dah ajar origami kat tadika. Waktu kat sekolah pula, diaorang volunteer jadi AJK Hiasan kelas. Apalagi, penuhlah kelas dengan origami sebagai hiasan.

Menu restoren Haziq:)

Tuesday, December 27, 2011

Sikit

Alhamdulillah. Tinggal lagi dua minggu untuk hantar dissertation yang dah dibaiki ke ofis. Rasa tak sabar nak submit walaupun ada banyak benda yang kena buat. Sekarang nih tengah baiki Chapter 2 sampai 5. Ada Chapter 1, 6 dan 7 yang belum sentuh. Presentation yang lepas, examiner cuma komen banyak di chapter depan-depan saja. Nak kena tambah data lagi.

Haziq dan Hazim pula cuti musim sejuk sekarang. Agak susah juga nak concentrate kat writing nih kalau diaorang cuti sekolah. Kejab ajak main Uno, kejab bergaduh adik beradik, kejab lapar (bunyi Hazim buka/tutup peti sejuk) dan macam-macam bunyi.  Diaorang ada juga homework setiap hari. Pagi hari Isnin-Jumaat adalah masa untuk buat homework. Petang baru main dengan kawan di taman. Semalam ajer, ada kawan Hazim datang nak ajak main pagi-pagi pukul 9, dengan muka baru bangun tidur lagi. Disebabkan ada appointment dengan doktor gigi, jadi Haziq dan Hazim tak dapat main sama.

Lepas bawa Haziq jumpa doktor gigi (gigi dia retak sebab jatuh hari tuh), ajak diaorang jalan-jalan ke Daiso. Jalan-jalan saja tau tapi akhirnya terbeli juga barang. Kalah betul dengan Daiso kat Jepun nih. Semua benda nampak comel dan unik. Rasa macam nak beli semua. Haziq dan Hazim pun pening nak beli apa. Yerlah, Ummi kata cuma satu barang ajer boleh ambil jadi diaorang fikir apa mainan yang tak cepat rosak dan boleh main lama. Hazimlah paling banyak fikir. Setiap mainan dia tanya, "yang ini cepat rosak tak Ummi?. Cepat habis tak?". Kami menunggu Hazim beli satu mainan sampai dah boring. Itu baru mainan, belum lagi baju, kasut, alatan tulis tau. Tapi di sebalik itu, Hazim seorang yang perihatin, 敏感.. Apa sahaja yang berubah di depan mata, mesti dia akan komen. Termasuklah pinggan lama yang Umminya baru keluarkan dari almari, "eh. Ummi beli pinggan baru ya". Hehe..

Saturday, December 24, 2011

Hospital

Kelmarin, pagi-pagi lagi dapat telefon dari kawan orang Malaysia yang nak daftar anak-anaknya masuk hospital. Memandangkan dia tidak boleh berbahasa Jepun, jadi saya tolong bercakap dengan orang Jepun. Bila hal melibatkan anak-anak sakit dan terpaksa jumpa doktor memang kasihan pada yang tak boleh berbahasa Jepun. Dahlah orang Jepun pun tak boleh cakap English. Seorang ibu itu mesti risau kalau tak faham apa yang doktor atau nurse kata mengenai penyakit anak. Nasib baik diaorang nih sabar melayan dan terangkan satu persatu, tunjuk gambar, bahasa isyarat dan sebagainya.

Waktu baru sampai di Jepun sampailah Haziq masuk sekolah rendah, selalu sangat melawat klinik, hospital tak kira masa. Kat Jepun, Sabtu dan Ahad klinik kanak-kanak yang buka memang limited. Kena telefon untuk check mana klinik yang buka. Lagi satu, hari biasa pun selalunya sampai pukul 5/6 petang. Lepas tuh kenalah telefon cari. Kalau nak ke hospital, mesti ada refer letter dari klinik yang selalu kita pergi. Lagi satu, tak boleh tukar-tukar klinik sebab doktor akan lihat kes sebelumnya. Pernah kena warning sebab tukar-tukar doktor. Apa nak buat, klinik yang selalu pergi tuh tutup 1 jam lebih awal, jadi kenalah ke klinik yang lain.

Dua tahun lepas Hazim masuk hospital sebab baru lepas influenza kena pneumonia lak. Waktu tuh ayahnya di Korea, outstation. Dahlah tengah malam, bila check suhu 39 degree so call sana sini dapat satu hospital yang buka 24 jam, drive ke sana tengah malam. Masa tuh bulan 12, time winter pula tuh. Sejuk betul. Tengok-tengok kena admit gak sebab Hazim macam susah bernafas. Malam tuh juga sms dan call ayahnya suruh ambil flight paling awal balik ke Jepun. Air mata dok mengalir keluar sebab risaukan Hazim. Malam tuh kami tiga beranak tidur hospital sebab takkan nak tinggalkan Haziq sorang-sorang kat rumah. Orang Malaysia pun jauh dan tak nak menyusahkan call diaorang di tengah malam. Alhamdulillah seminggu lepas tuh Hazim dah sihat, lari sana sini lagi. Sampai sekarang tak boleh lupa pengalaman anak sakit masuk hospital. Saya nih walaupun nampak kuat di luar tapi bila melibatkan anak-anak, mesti air mata berguguran, pasrah rasanya.

Sekarang nih kalau jumpa Komatsu Sensei (doktor di klinik yang selalu kami pergi), dia akan kata Haziq dan Hazim dah besar ya. Jarang sakit macam dulu kan. Alhamdulillah, bersyukur sangat diaorang dah besar, antibodi pun dah kuat cuma Hazim tuh bila buat test darah. doktor kata ada potensi asthma cuma bukan level teruk. Pulak tuh si Hazim nih suka main bola, lari sana sini, aktif sangat-sangat. Harap-harap selepas ini, Haziq dan Hazim sihat dan cergas serta suka ke sekolah di Malaysia nanti.

Wednesday, December 21, 2011

Mita-san


Malam nih episod terakhir drama 家政婦のミタ (Kaseifu no Mita). Lebih kurang macam cerita Nanny Mcphee sket. Mula-mula kami tengok, apa lah Matsushima Nanako (dulu berlakon jadi cikgu dalam drama popular GTO) berlakon macam robot. Tak banyak cakap, ikut jer apa orang suruh. Lama-lama tengok macam best. Drama nih tengah top kat Jepun. Lagu tema pun best:)) catchy!

Tuesday, December 20, 2011

MTR

Dua minggu lepas, mula ajar Haziq dan Hazim surah Al Masad dan ertinya. Untuk diaorang cepat hafal, explain maknanya sekali berkenaan Abu Lahab. Waktu ini barulah rasa betapa lemahnya saya bab-bab agama. Nak cerita yang simple memanglah boleh tapi bila Haziq dan Hazim tanya makna setiap ayat dan cerita kenapa surah ini diturunkan, terus tersentak. Dulu memang belajar di sekolah tapi sekarang ingat-ingat lupa. Hati meronta-ronta sangat nak dengar balik cerita dan pengertian sebenar surah nih. Cari dalam internet, baca sana sini tapi terasa tak cukup.

Ada satu masa keluar air mata sebab rasa nak tahu, belajar balik makna setiap ayat dalam Quran tapi tak tahu macam mana. Yup, sesungguhnya saya ini tersangatlah lemah dan yang menyedarkan saya ialah anak-anak sendiri. Duduk tak senang selama seminggu dua nih dalam sibuk nak siapkan dissertation. Sambil-sambil tuh latih Haziq dan Hazim hafal dan diaorang tanya balik, siapa sebenarnya Abu Lahab nih Ummi?. Tak cukup dengan cerita ringkas nih, diaorang tanya mengenai syurga dan neraka. Sebelum itu, Haziq suruh cerita pasal Nabi Muhammad SAW.

Semalam, entah macam mana diberi peluang untuk beli buku tafsir Al-Quran, Miracle The Reference (MTR) sebab tengok ada junior promote dan jual di sini. Dalam MTR nih bukan saja ada tafsir tapi ada Hadith sahih, doa harian, makna sepotong ayat pendek (senang sikit nak hafal makna ayat), makna Asmaulhusna dan macam-macam lagi. Seronok sangat baca tafsir ini sebab senang refer dan ada cerita-cerita agama.

Moga-moga lepas nih dipermudahkan untuk menjawab soalan Haziq dan Hazim selain bila balik Malaysia nanti boleh belajar dari Ustaz/Ustazah yang bertauliah, inshaAllah.

Thursday, December 15, 2011

Tiket

On the way dari parking kereta kat University
Tinggal berapa bulan saja nak balik. Ofis dah tanya tiket balik nak berapa haribulan. Minta bulan 4 tapi tak boleh sebab apa-apa budget ker kerja ker term sekolah kat Jepun nih start dari 1 April dan habis 31 March tahun berikutnya. Dah book untuk Haziq dan Hazim sekali. Ada dua tarikh so tak tahu mana satu yang boleh dapat. Awal bulan 3 baru tahu bila tiket balik. Excited bila dah book tiket nak balik Malaysia. Tapi dalam masa yang sama sedih gak. Dekat 6 tahun duduk kat Jepun, Haziq dan Hazim membesar di Jepun, macam-macam yang kami lalui. Suka duka pahit manis semua ada tapi semua ini akan jadi memori paling berharga untuk kami sekeluarga.

家族の絆が深める6年間です。 ずっと、ずっと、いつまでも大切にする思い出です。

Wednesday, December 14, 2011

Submit



Bilamana semangat dah turun naik macam yoyo,
Bilamana apa yang ditulis pun dah tak faham,
Apakah itu tanda dah penat fikir?

Ada lagi kurang dari sebulan nak hantar dissertation.
Masih banyak lagi yang nak kena revise.
Sensei kata kalau tak revise semua nih, maybe problem nak habis PhD.
Alahai....tinggal sikit lagi, dah nampak gol tapi kan....
Tak terdaya, banyak sangat benda nak settle.

Tuesday, December 13, 2011

Beberapa hari lepas, sebelum ke sekolah paginya, Haziq dan Hazim:
  1.  Cium tangan Ummi
  2. Cium pipi kanan dan kiri Ummi
  3. "laga" dahi dengan Ummi
  4. kata "Ummi, 暖かいね" bila peluk Ummi (translation: Hangatnya pelukan Ummi)
Ummi pun peluk Haziq dan Hazim erat-erat, "sayang Haziq dan Hazim ya".
Terharu sangat.
感動して、涙目になった。


Monday, December 12, 2011

Onsen

Kawasan nak masuk tempat onsen di Kawatana Grand Hotel (川棚グランドホテル)


Dah lama tak berendam dalam onsen (kolam air panas). Selalunya kami book satu bilik khas untuk family di Shimonoseki, dalam 1/2 jam dari rumah。Tapi Ahad lepas, kami  dapat book onsen di Kawatana Grand Hotel. Kawatana nih terkenal dengan onsen juga terletak dalam 1 jam naik kereta dari rumah, di Shin Shimonoseki, Yamaguchi Prefecture.


Kami dapat book satu bilik khas (kami satu family sahaja), siap ada dua kolam onsen, "terbuka" dan di dalam, siap ada sauna sekali. Paling best bila dapat berendam dalam onsen "terbuka" (貸切露天風呂). Sambil berendam sambil dapat tengok pemandangan malam dengan pokok kelilingnya mula nampak kemerahan pada daun. Masuk sauna tak sampai 10 minit sebab memang panas sungguh. Macam mana lah ada orang boleh bertahan duduk bilik sauna sampai setengah jam ya. Tak sangka sekejab ajer dah sampai masa nak kena keluar dari onsen, cuma 50 minit sahaja sekali masuk. Keluar onsen, semua orang lapar. Sempat makan malam sebelum balik. Badan pun rasa ringan bila dapat berendam dalam onsen lama-lama.


Depan pintu bilik air untuk perempuan di lobi hotel. Nampak kreatif kan.

Sunday, December 11, 2011

Butter


Tajuk entri macam tajuk filem Jennifer Garner lak:)

Minggu lepas ada kelas buat mentega dari susu krim di kelas Haziq. Aktiviti darjah2 & 3 ini melibatkan ibu bapa juga. Ada seorang cikgu dari Meiji (syarikat berkaitan susu segar, coklat dan barangan tenusu yang cukup dikenali di Jepun) dijemput datang untuk beri ceramah dan selepas itu budak-budak diajar cara nak buat mentega dari susu krim.


Suka sungguh diaorang dapat tengok macam mana susu krim yang cair, bila dikacau lama-lama jadi pekat dan mengeluarkan sejenis susu yang lain pula. Bila susu krim tadi dah keras, garam masakan dicampur untuk separuh mentega yang dah jadi. Separuh mentega lagi adalah tanpa garam. Setiap kumpulan dapat 3 peket biskut makan cicah dengan mentega. Tak sangka senang rupanya buat mentega dari susu krim nih. Tapi kena susu krim yang khas bukan susu segar yang minum setiap pagi.


Menariknya susu segar di Jepun sedap sekali berbanding di Malaysia. Mungkin sebab suhu persekitaran yang sejuk, agaknya. Lagi satu jarang jumpa kanak-kanak minum susu segar dengan perisa coklat, straberi etc. Kebanyakkannya susu segar yang warna putih. DI sekolah Haziq dan Hazim, setiap kali makan tengahari mesti kena minum susu segar satu kotak. Tapi ada saja yang tak suka minum susu tapi boleh habis minum. Kenapa?. Sebab tengok kawan-kawan habis minum jadi malu bila dia seorang yang tak habis. Itulah psikologi sekolah kat Jepun.


 

Friday, December 09, 2011

Unik

Botol minuman yang unik
*Entri lama tapi baru post....
Kalau perhati betul-betul pada gambar botol di atas, boleh nampak ada guli dalam tuh. Tapi guli tuh tak boleh keluarkan. Asalnya nak minum kena masukkan guli baru boleh minum air dalamnya; macam aiskrim soda. Botol dari zaman Showa lagi. Tengok dekat gerai kraftangan di Mojiko ari tuh. Sebab nampak unik, terus beli.

Universiti


Tahun ini musim luruh cukup panjang rasanya. Sempat ambil gambar sana sini. Suhu pun sekejab sejuk sampai ke tulang, esok lusa panas macam bulan 8. Dua minggu lepas, Haziq luka di mulut sampai kena 6 jahitan. Ceritanya dia berlumba lari dengan adik dia lepas main di taman dan tersadung kaki depan pintu. Pintu Jepun bukan calang pintu. Jenis besi, steel berat jadi bila bibir tuh kena bucu, terus terkoyak dalam gak. Haziq menangis punyalah kuat sampai jiran sebelah keluar. Mungkin dia fikir kenapa bising sangat. Darah pun banyak kat depan pintu. Cepat-cepat capai kunci kereta dan bawa jumpa doktor sebab jam pun dah nak dekat pukul 5 petang. Klinik hampir tutup.

Bila doktor kat klinik tengok teruk sangat terus dia suruh rujuk ke hospital pakar. Sampai jer di hospital, doktor jahit lepas letak ubat bius. Umminya panik juga waktu mula-mula sebab dah lama tak nampak darah pekat tapi takdelah panik sampai tak boleh buat apa. Kalau tunggu, terfikir nak letak minyak gamat, sure makin bengkak bibir Haziq. Esoknya, bila Haziq bangun tidur, tengok bibir dia membengkak 2 kali ganda. Huhu. Kesiannya anakku. Nak makan pun payah. Tapi lepas seminggu, terus baik dan takde tinggal bekas pun. Itupun Haziq tak serik lagi. Boleh panjat pokok di taman, nak buat buaian.

Dua hari lepas, dapat mail dari satu jurnal kata paper accepted untuk publish dalam jurnal. Pernah cerita dalam satu entri nih. Alhamdulillah. Yang lagi satu pun baru dapat mail kata diaorang tak boleh publish dalam buku. Recommed hantar ke jurnal pula. Aish...bercinta betul nak publish paper nih.

* Gambar di ambil di Universiti depan Fakulti Ekonomi dan bangunan GSEAS hari ini. Cantik kan:)

Friday, December 02, 2011

Musim Berganti

Sekali lagi blog nih berhabuk. Maaf sebab tak sempat nak menulis dalam blog. Banyak hal nak kena settle memandangkan dah penghujung tahun nih. Kalau orang Jepun, masuk jer bulan 12, diaorang sibuk nak bersihkan rumah dalam persediaan nak menyambut tahun baru. Saya ada deadline nak kena kejar. 10 Januari nanti dah kena hantar dissertation yang dah revise dengan komen dari prof. (dari presentation tempoh hari). Semalam sv dah tanya bila nak hantar chapter yang dah siap revise. Alamak!. tak siap lagi. Nak kena concentrate lebih sket. Jadi, sementara menunggu tuan rumah lapang sket dan boleh tulis dalam blog, bolehlah baca entri yang lama-lama. Sambil tuh boleh tengok gambar musim luruh di universiti (yang di atas). Salam penghujung tahun untuk semua:)

Tuesday, November 15, 2011

Adil

Gambar daun kering dah berguguran di Mojiko.
Cerita pagi tadi waktu Haziq dan Hazim nak salam sebelum ke sekolah. Hazim salam dulu, cium pipi kiri kanan dan waktu nak pergi,

Ummi: いってらっしゃい。車に気をつけてね。(Itterasshai= selamat pergi ke sekolah. Tengok kereta tau)
 Hazim: いってきます。(Ittekimasu = Saya pergi dulu)
* Kalau bahasa Jepun, memang ada ucapan rasmi atau orang kata kebiasaannya seperti di atas.

Haziq tengah pakai kasut dan waktu salam, dia pun kata,
Haziq: 何でAdikに優しく言うの。Abangに厳しく言うの?。(Kenapa cakap lembut dengan Adik tapi tegas dengan Abang?)

Terdiam sebentar sebab tersentak dengar anak sendiri cakap camtuh. Nak kata sebab dia anak sulung macam tak cukup fakta nak sokong.... Rasa bersalah sangat-sangat. Tak sedar cuma dengan level suara yang berlainan boleh menukar level keadilan seorang ibu, dari pandangan seorang anak.

Ummi terus peluk Haziq.
Haziq: Ummi, 暖かいね。(cuaca kat luar sejuk, bila kena peluk Haziq rasa panas sikit).
Uwa!!!!rasa nak menangis kat pintu time tuh. Rasa sedih, terharu, bersalah, insaf, pendek kata 1001 perasaan seorang ibu yang ada anak ramai padahal cuma 2 orang. Nasib baik Haziq nih jenis yang jujur, boleh beritahu on the spot perasaan dia waktu itu. Hmm...kena perbaiki lagi parenting style pasnih...

Monday, November 14, 2011

Pasar Kraftangan

Dulang besar tuh nostalgik. Teringat makan nasi ambeng kenduri di kampung
Orang Jepun memang terkenal dengan seni kreatif tersendiri. Tak tahu mana datang seni diaorang nih. Mungkin sejak kecil dah dibiasakan dengan rekacipta dari bahan-bahan terbuang atau sebab sifat tidak ingin membazir yang disemaikan dari zaman Jepun kalah perang hinggalah dah mencapai status negara maju. Hari Ahad lepas ada event kraftangan dan barang antik di Mojiko. Sesapa yang suka kraftangan macam sulaman, bertukang, bunga, jahit dan hiasan rumah mesti rambang mata datang sini. Agak mahal juga tapi orang punyalah ramai. Ada booth yang jual macam-macam barang. Ada juga jual makanan macam pizza, donut, kopi tapi semuanya buat on the spot dan asli (resepi rekaan sendiri).

Dalam banyak-banyak booth nih, tertarik dengan satu tempat yang jual barang-barang antik. Memang barang-barang antik agak tinggi harganya sebab sukar ditemui tapi tak sangka terjumpa satu dulang besar, ada corak bunga merah kat tengahnya dan dikelilingnya daun hijau. 懐かしい。 Ingatkan murah tapi bila tengok tag harga, terkejut makcik!!..3000yen atau RM122 (ikut rate sekarang)!!!!. Mahal betul.

Bukan saja dulang nih tapi mesin jahit Singer pun ada jual. Tak berani nak tengok harga. Tapi rasanya sekitar RM800 ada kot. Pendek kata, semua barang-barang buruk yang kita buang ajer di Malaysia, kat sini dijual dengan harga berlipat berapa kali ganda tah. Tapi respek dengan cara diaorang hias booth, kreatif hingga menarik minat orang beli barang buruk semua nih untuk hias di rumah, tukar jadi kreatif dan cantik.

Friday, November 11, 2011

Labah-labah

Ada 2 ekor. Labah-labah yang besar tuh kalau terlepas dalam rumah, alahai...
Sejak minggu lepas, Haziq dah mula kumpul serangga masuk dalam kotak plastik nih. Nak larang pun tak guna sebab dah namanya budak lelaki, hobi suka dengan serangga, so biarkan dan tengokkan saja. Umminya nih adik beradik perempuan semua jadi memang gerun sikit dengan serangga macam nih. Dulu Haziq bela kumbang tanduk dari telur, kemudian jadi larva (ulat putih besar-besar) sampailah dah jadi kumbang. Bila musim kumbang habis, Haziq bela belalang, mentadak, kumbang segala jenis kumbang, semut (dia ambik pasir dan tanah, buat rumah semut) dan sekarang nih labah-labah. Kata Haziq nak tunggu labah-labah nih buat sarang. Kata dia lagi, labah-labah nih ada racun. Belum sempat duduk sama Haziq, buka buku untuk tengok nama saintifik labah-labah nih. Mungkin hujung minggu nih ingat nak ajak Haziq cari buku sains pasal labah-labah di perpustakaan.

Kadang-kadang pagi lepas Haziq dan Hazim ke sekolah, tengok jugalah labah-labah nih sambil tuh kata,  "minta maaf sebab terpaksa kurung kejab. Nanti Haziq dah belajar habitat kamu, barulah dia lepaskan ya". Kesian sebab tak sampai hati. Sambil tuh harap-harap janganlah terlepas masuk dalam ruang tamu macam larva kumbang tanduk Haziq. Geli betul kalau ingat balik kejadian larva terlepas.....

Thursday, November 10, 2011

Hiasan dari sugarcraft

Mula-mula bagi leper dan buat corak di tepi
Buat corak atas loceng guna icing gula
Letak riben, bunga kecil yang dicucuk dalam ketulan sugar paste, kemudian ditutup dengan loceng

Gambar riben dan bunga kecil warna putih, Bunga warna putih tuh sensei dah siapkan tapi dia ada ajar cara nak buat.
Buat hiasan lain dari yang sensei ajar untuk Christmas decoration. Letak riben hijau dan bunga kecil atas loceng.

Dah siap boleh masukkan dalam kotak plastik dan letak silicon gel untuk elak berkulat.

Gambar hiasan dari sugarcraft yang dah siap masuk dalam kotak semua. Agak susah bagi yang baru belajar tapi puas hati sebab comel sangat (sensei pun kata かわいい:)))

Tadi ada kelas sugarcraft. Memandangkan dulu pernah ambil kelas yang pertama buat kasut baby so kali nih nak try buat yang mencabar sikit, hiasan loceng dan bunga. Bila tengok hasil yang dah siap suka sangat. Yerlah, tangan dulu agak "keras". Lepas nih nak try buat wedding bouquet dari bunga ros pula. Sensei kata ambil masa 3 bulan nak siap. Nak cuba untuk 1 bulan. Agak-agak boleh tak ya..Hmm....

Presentation

Semalam ada PhD viva/予備審査の面接/oral examination untuk dissertation yang dah submit 15 Oktober hari tuh. Pukul 4 pagi bangun gosok baju, practise presentation & buat bekal sekolah Haziq dan Hazim. Pukul 8:15 bertolak dari rumah dengan berbekalkan "Good Luck wishes" hubby call pepagi dari Malaysia, Abah kat kampung & semua orang kat FB. Bersemangat drive sampai Yamaguchi. Rasa semua penat lelah 5 tahun kat Jepun akan terjawab time viva nih nanti. Tak kiralah apa sekalipun komen dari Prof semua, yang penting, diri sendiri rasa bersyukur sangat dapat siapkan dissertation dalam masa 2 tahun setengah nih.

Sampai sahaja di bilik research, terus latih sikit-sikit, tengok nota lama-lama, thesis time Master dulu & gi ambil projektor, screen, setup sendiri kat bilik meeting untuk Viva. Yokota sensei yang pertama sekali datang (awal 15 minit), tepat pukul 10:30 pagi, kesemua empat orang Prof. pun sampai & sessi paling mendebarkan pun bermula. Mula-mula supervisor sendiri kata tajuk dalam Japanese salah. Huhu..tersilap. padanlah rasa macam tak betul jer. Dah submit ke ofis so lepas nih kena hantar pembetulan.Nasib baik tajuk dalam English betul so kiranya small matter.

Habis ajer presentation, supervisor sendiri terus komen. Huih!. panjang giler and banyak betul dia komen. Terutamanya Chapter 2 & 3 yang nampak tak teratur susunannya. Sensei yang lagi 3 orang pun ada yang kata ada point yang bertindan, Chapter 3 ada point yang sama di Chapter 4. Kena tengok semua isi point dalam dissertation. Cuma seorang sensei nih tanya lain dari yang lain. "Kalau awak jadi PM, awak akan buat polisi untuk cari teknologi baru atau ambil yang dah ada (standardize/modularized technology)?.". Terkejut juga sebab tak expect soalan & komen dari dia. Pastu katalah kat dia, "Saya rasa kalau saya jadi PM Malaysia, saya akan buat polisi yang menjurus pada pendidikan atau knowledge-intensive technology terutamanya dalam service, financial, education (技能技術) sebagai polisi utama, maknanya belajar dari teknologi yang dah ada dan lepas itu akan ada idea untuk buat teknologi baru". Sensei angguk-angguk tapi tak tahulah dia terima ker tidak...

Akhirnya, setelah 3 jam dalam bilik meeting, berakhirlah semuanya. Akhir sekali, semua sensei kata dissertation yang bagus dan level originality yang tinggi. Banyak point yang bagus dan sensei harap dapat teruskan research nih di masa hadapan. Lega selega-leganya bila dapat komen dari Professor Jepun 4 orang yang cukup positif, menggalakkan diri sendiri untuk buat lagi bagus. Bangga pun ada sebab dah buat sehabis baik dan yang tinggal hanya nak betulkan sikit-sikit. Kena hantar semula dissertation pada 9 Januari 2012. Fuh!. selamat satu proses.....Pukul 1:30 tengahari belum makan pun tak terasa lapar dek kerana happy sangat-sangat:))))) Alhamdulillah, syukur pada Allah...

Tuesday, November 08, 2011

Terang

Haziq main dengan wallaby



Pukul 4 pagi lepas hantar Ayah balik Malaysia ke Fukuoka Airport, cepat-cepat buatkan bekal untuk kami tiga beranak ke Green Park (rombongan sekolah anjuran AJK Pendidikan PTA sekolah Haziq dan Hazim). Waktu tiba di tempat menunggu bas, ramai juga dah datang. Walaupun janji jam 8:50 pagi, boleh katakan ahli rombongan sampai sebelum pukul 8:50, walaupun ada anak kecil. Memang orang Jepun nih tepati masa sungguh.

Kami bertolak lebih awal dan dalam bas, ada game bingo, dapat mainan dan untuk mak-mak pula dapat facial mask!. Turun dari bas, semua kanak-kanak dapat makanan ringan satu plastik. Suka diaorang. Dahlah dapat mainan pastu dapat jajan lagi. Sampai sahaja di Green Park, cuaca terang dan panas. Cantik dengan pemandangan bunga-bunga berwarna warni. Kami terus ke kandang kuda. Ada penerangan tentang kuda. Tahu tak yang dulu kuda ada 5 jari tapi lama kelamaan tinggal satu jari sebab kuda nak lari laju. Jari tengah saja yang tinggal. Ibu jari pula masih ada tapi dekat-dekat dengan bahagian lutut.

Lepas diterangkan mengenai kuda, kanak-kanak semua boleh pegang dan beri makan rumput kering. Lepas di kandang kuda, kami ke Hibiki Animal World, tengok kangaroo, wallaby dan wombat. Wallaby yang paling comel!. Kalau bayar 300yen seorang boleh masuk dalam kandang wallaby, ambil gambar sebelah/pangku wallaby dan beri makan sekali. Paling suka si Haziq lah sebab dia memang suka binatang. Hazim pula macam takut-takut tapi suka sebenarnya. Tengahari, kami makan beramai-ramai di padang rumput. Yang lain ada order bekal tapi kami makan bekal bawa sendiri.

Angin pun tak panas tapi dingin sikit. Rasa macam nak terlena. Lepas makan onigiri, Haziq dan Hazim main di taman permainan, kejar-kejar dengan kawan-kawan. Bila sampai masa nak bergambar dengan wallaby barulah kami berjalan kaki ramai-ramai ke Hibiki Animal World. Dah habis bergambar, kami masih ada masa untuk main so Haziq dan Hazim main air tapi tak bawa baju ganti. Habis seluar basah terutamanya Hazim. Jadi kenalah alas plastik kat tempat duduk dalam bas sebab takut basah nanti. Sampai rumah, mandi dan semua dah penat. Best sangat rombongan kali ni!本当に行って、よかった。。。

Hazim beri makan kat kuda dengan takut-takut


Cantik sangat bunga warna warni


Sunday, November 06, 2011

Raya

Dalam proses....

Salam Aidiladha dari kami sekeluarga di sini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga pengorbanan yang lalu, sekarang dan akan datang membawa pengertian yang bermakna dan dilakukan ikhlas kerana Allah. Tahun ini kami seperti biasa sembahyang raya di Masjid Fukuoka dan juadah hari raya kami pula Kebab!!!. hehe.. Lepas sembahyang raya terus ke Jusco makan kebab. Pilih sos yang rasa pedasnya paling tinggi, "Fire". Phew!!memang pedas tapi sedap!Next time kalau singgah kedai Mr. Kebab nih memang kena ambil Fire baru laju jer makan....

Oh ya, gambar di atas bukan gambar kebab tapi apa ya?. Hah, inilah rupa umeboshi (asam Jepun yang selalu makan sama bubur atau letak kat tengah-tengah nasi panas) yang tengah kena peram dengan air garam. Tak pasti hari keberapa nih. Jumpa sebalang penuh kat bilik guru sekolah Haziq dan Hazim. Umeboshi nih tersangatlah masam tapi sedap. Kalau yang tengah mengandung, suka makan masam bolehlah cuba makan umeboshi nih.

Friday, November 04, 2011

Surat

 
  1.  Gambar kotak kayu yang ada isi surat dari sekolah Haziq dan Hazim, bersebelahan bilik guru.
  2. Kalau ada surat untuk parents, cikgu akan masukkan dalam kotak kayu mengikut kelas.
  3. Murid yang bertugas untuk ambil surat-surat ataupun iklan event untuk kanak-kanak akan ambil dan bahagikan dalam kelas masing-masing.
  4. Suka sangat tengok kotak kayu nih. Macam kreatif. Boleh buat tempat letak buku dalam bilik anak-anak.



Iqra'

Pemandangan awan dan pokok di Pusat Pertanian Kokura. Kat sinilah ada jual kacang botol ataupun orang Jepun panggil kacang kotak empat segi (四角豆)

Risau juga dengan Haziq dan Hazim bila balik Malaysia tak faham orang cakap BM tapi lebih risau kalau Haziq dan Hazim belum pandai mengaji dan cara sembahyang. Alhamdulillah, sembahyang dan bacaan dalam sembahyang dah ajar dan diaorang dah hafal dalam masa 3 bulan tapi dari masa ke semasa Ayahnya kena buat test, tengok bacaan dalam sembahyang betul atau diaorang skip sebab nak habis cepat. Kami start ajar Iqra' kat diaorang dua tahun lepas tapi tak habis lagi sampai Iqra' 6. Buku Iqra' sampai dah tertanggal muka suratnya sebab gunakan sejak berbelas tahun lalu (turun dari makciknya Huda).  Cuma mengaji sahaja, agak lambat bacaannya. 

Jadinya, sejak minggu lepas, Ummi dapat idea supaya Haziq dan Hazim mengaji Iqra' 10 minit di sebelah pagi sebelum ke sekolah tapi dengan syarat setiap hari. Kejut Haziq dan Hazim bangun lebih awal dari biasa dan lepas sarapan semua, baca Iqra' sekali satu muka surat. Lepas maghrib pula kalau sempat, tak banyak homework, baru mengaji 2 kali. Diaorang nih tak boleh lama-lama nanti ada yang tak reti duduk diam. Konsepnya sekarang biar sedikit dan sekejab tetapi selalu. Syukur sangat-sangat sebab nampak perubahan yang ketara. Haziq lebih lancar mengaji dan kenal huruf. Sekarang masih Iqra' 4 nak masuk 5. Hazim pula kena ulang balik Iqra' 2 sebab dia tak kenal huruf lagi. Tapi dah nak masuk Iqra' 3 sebab pagi-pagi mula baca dan kenal huruf serta barisnya. Madnya pun dah mula tahu bila nak panjangkan bacaan. 

Inilah cabaran ibubapa bila tinggal di perantauan. Kalau boleh tak mahu banding dengan kanak-kanak sebaya Haziq dan Hazim bila balik Malaysia nanti sebab situasi Haziq dan Hazim  berbeza dengan mereka. Yang penting, pendidikan akhirat untuk anak-anak dapat diajar sejak dari kecil supaya bila besar nanti akan sebati dengan jiwa. Banyak juga soalan berkaitan Islam, sembahyang, mati, puasa dan haji dari Haziq dan Hazim. Ada yang Umminya dapat jawab (teringat waktu Ustazah ajar di sekolah agama Johor dulu) dan ada juga yang kena fikir dulu (sebab tak yakin dengan jawapan). Apa-apa halpun, ajar sendiri bab-bab agama pada anak-anak memang elok sebab kita pun boleh belajar semula. Semoga kami sekeluarga beroleh ilmu yang diberkati oleh Allah SWT.

Thursday, November 03, 2011

Bunga

Siapa yang tak suka bunga, terutamanya bunga segar. Boleh dikatakan setiap hari, orang Jepun beli bunga segar untuk buat hiasan dalam rumah, ikebana ataupun sebagai hadiah untuk teman. Ada juga yang letak kat kubur. Bagi saya, kalau ada tetamu nak datang, mesti nak beli bunga segar dan letak sebagai hiasan dalam ruang tamu dan tandas. Kata orang suruh letak duit syiling dalam air pasu, nanti bunga tahan lama. Entahlah, tak pernah buat tapi saya sentiasa ganti air baru dalam tempat bunga dan bila nampak layu saya potong sikit bahagian bawah batang bunga.

Minggu lepas, waktu ke pejabat fakulti ekonomi, nampak sekotak bunga (ada bunga ros, yuri dan macam-macam jenis bunga, kebanyakkannya warna putih) diletakkan di lantai. Terus tanya kalau-kalau nak dibuang. Rupanya memang bunga 2nd hand sebab ada lebihan untuk majlis kematian. Kalau orang lain mungkin taknak kot tapi bagi  saya, suka semua jenis bunga ros dan yuri. Bila tanya boleh ambik tak, terus dapat sejambak bunga untuk dibawa balik memandangkan esoknya dah hari Sabtu (hari cuti, takde orang). Yay, terus bungkus guna suratkhabar dan sampai jer rumah, masukkan dalam pasu. Nampak berseri ajer bahagian dapur dengan bunga camnih. Barulah bersemangat nak masuk dapur!


Pendidikan Seni


Subjek yang Haziq dan Hazim tak boleh miss adalah 図工(pendidikan seni). Kalau tengok buku teks pendidikan seni Jepun, memang menarik. Banyak lukisan dan gambarajah cara nak buat kraftangan. Berwarna warni dan nampak seronok. Minggu lepas, Haziq bawa balik hasil pendidikan seni dia. Getah diikat pada dua batang paku untuk tengok guli lalu & masuk ke kawasan markah yang dah ditulis atas papan. Macam game pinball. Haziq siap lukis dan warna lagi papan pinball nih. Bila tanya gambar apa, dia kata haiwan dalam laut. Hmm.. Yang pasti Hazim paling suka main tapi kejab-kejab gulinya tercampak entah ke mana...

Wednesday, November 02, 2011

Haziq dan Hazim kongsi laci paling bawah untuk stokin, seluar kecil dan sapu tangan. Pening bila pagi-pagi diaorang gaduh cari macam-macam tak jumpa. Salah satu sebab, Umminya belum sempat lipat kain, tapi sebab utamanya, bersepah tak tahu jenis dalam laci. Jadinya, belikan partition plastik di 100yen shop dan suruh diaorang kemas sendiri. Pilih yang mana boleh pakai dan yang mana tak nak pakai. Senang sikit lepas nih nak cari barang sendiri.

Monday, October 31, 2011

Rombongan PTA

Dalam sibuk nak 1st viva 9hb nih, kena uruskan hal PTA pula. 7hb, hari Isnin nih kami, AJK Pendidikan Keluarga ada anjurkan rombongan melawat Green Park, dalam 1 jam perjalanan naik bas dari rumah (ada taman bunga, tempat main budak-budak, mini zoo kangaroo, kuda dan tempat rehat2). Bukan mudah nak uruskan rombongan yang terdiri dari lebih kurang 30 orang (termasuk mak dan anak2). Saya kena pastikan bas dan insuran perjalanan. Bas dah book dan beritahu syarikat bas supaya tunggu di perhentian bas biasa (jalan nak ke sekolah Haziq dan Hazim sempit jadi bas selalu tak masuk, cuma tunggu di kaki bukit). Driver bas cuma boleh tunggu 10 minit kerana tidak mahu mengganggu perjalanan lalu lintas. Jadinya, kamilah yang kena bersiap sedia untuk bagi arahan ahli rombongan datang pada masa yang tepat dan segera naik bas.

Insuran pula murah sahaja. Hanya 28 yen setiap seorang. Kena mohon di City Hall dan isi borang serta nama setiap ahli rombongan. Insuran perjalanan memang wajib kalau ada buat rombongan sekolah. Hal bekal makanan waktu di sana nanti dah diuruskan oleh AJK yang lain. Setiap orang ada offer diri untuk jayakan rombongan kali ini. Kalau ada problem barulah discuss sesama ahli dan akan ada orang offer sama-sama selesaikan problem. Tak sabar rasanya nak pergi rombongan anjuran kami kali ini. Haziq dan Hazim pun mesti sibuk nak main dengan kawan-kawan waktu kat sana. Hopefully cuaca elok dan tak hujan. Boleh piknik di taman beramai-ramai.

Thursday, October 27, 2011

Semalam ada urusan kat sekolah Haziq. Kebetulan nampak budak-budak kelas Haziq keluar nak bergambar ramai-ramai. Ada sorang budak baru kelas Haziq mix (mak Jepun, bapa NZ), nama Karina (ala-ala Hindustan Kareena Kapoor lak), cute sangat. Sebiji muka mat saleh tapi versi lembut macam Jepun. Karina-chan nih cuma 3 minggu kat Jepun dan dah nak balik NZ sebab bapa dia ada kerja kat sana. Ada kawan Haziq suka sangat sakat Haziq dengan Karina-chan nih. Bila balik rumah, tanya Haziq, ada cakap tak dengan Karina-chan, Haziq kata ada borak gak tapi sikit. Huhu.. anak bujang ku pemalu...

Yang nih cerita kawan Hazim pula. Waktu tengah tunggu Haziq kat sekolah, kelas Hazim pun habis awal tapi bila ajak Hazim balik sama, dia tak nak. Nak gi 児童館 dulu (macam pusat jagaan kanak-kanak lepas waktu sekolah-buat hw sama sensei kat situ). Pastu ada kawan Hazim bisik kat kawan lagi seorang. Bila tanya kawan lagi seorang tuh apa yang kawan Hazim bisik, dia kata ”ハニーさんの可愛い顔をみて、好きになった!”.(translate: bila tengok muka Hanny-san yang kawai, saya jadi suka)..haha...budak nih comel sungguh. Tetiba jer budak umur 7 tahun 告白(declare), memang lawak. Dahlah budak tuh malu-malu kucing tapi cute sangat....Diaorang panggil nama betul, bukan Mama Hazim sebab dulu pernah ajar diaorang main galah panjang & suruh panggil nama Hanny ajer. Setiap kali jumpa kawan Hazim, mesti diaorang cakap "Nama saya XXXX". Hehe...ingat lagi budak-budak nih dengan bahasa Malaysia, ajar sebelum nak main galah panjang.....

Wednesday, October 26, 2011

Seminar Horie大使

Semalam ada Special Lecture by bekas Ambassador Jepun ke Malaysia, Horie Taishi kat Uni. Walaupun tak sempat kerja bawah dia sebab dah fly ke Jepun 6 tahun lalu, tapi dapatlah borak-borak dengan dia pasal Embassy. Rindu pula nak balik embassy tapi tidak pada suasana bekerja kat sana. Huhu..

Dia banyak cerita pengalaman selama 4 tahun (kalau tak silap) di Malaysia. Sebelum tuh dia pernah di Qatar so dia tahu sedikit sebanyak mengenai Islam dan budaya di negara Islam. Awal-awal lecture, dah bagitahu yang Malaysia nih banyak perayaan (mungkin nak bagi hint yang orang Malaysia nih kerjanya asyik cuti ajer?), banyak open house, tak kisah berbeza fahaman agama pun boleh sambut perayaan sama-sama dan banyak lagi yang bagus-bagus pasal Malaysia. Sekali sekala ada gak dia tanya soalan kat budak Malaysia yang ada cuma 7 orang dari 100-200 orang Jepun dalam dewan, dari atas pentas.

Lepas habis lecture, ada seorang jepun tanya soalan pasal kawan dia datang Malaysia kena rompak duit beribu tapi Horie大使 bagitahu yang kes jenayah kat mana-mana negara seperti Indonesia, Philippines atau di Perancis sana sekalipun, mesti ada kes orang Jepun kena rompak. Salah satu sebabnya, orang Jepun terlalu mudah percaya pada orang yang luarannya nampak baik, tapi sebenarnya orang jahat. Dulu waktu kerja di embassy, selalu sangat orang Jepun hilang passport, duit, wallet, tiket nak balik Jepun habis kena samun. Tapi setiap kali tuh mesti ada orang embassy yang tolong (samada guna duit diaorang sendiri atau duit emergency embassy) untuk sedaya upaya bagi balik Jepun. Bayangkan dengan tak reti cakap English, orang Jepun boleh berani melancong ke pelusuk dunia. Kadang-kadang bukan lelaki tapi perempuan, seorang pula tuh. Tabik atas keberanian dan kesungguhan diaorang untuk cari pengalaman!.

Habis lecture, kami budak Malaysia diajak untuk join kelas Imazu Sensei. Ada student dari Indonesia, Afghanistan, Saudi Arabia & Bangladesh. Macam-macam yang kami belajar dari sini. Betapa bangganya kami sebagai rakyat Malaysia, di bawah Look East Policy dapat menimba ilmu kat negara Jepun dan dipandang sebagai contoh untuk negara Islam yang membangun. Itulah kesimpulan dari perbincangan kelas semalam. Proud to be Malaysian!!



Monday, October 24, 2011

Isi buku nih menarik. Banyak soalan-soalan yang mungkin keluar time viva. Tapi style UK university. Jepun?. Hmm..kena cari kat internet la..

Dah hantar dissertation 14/10/2011 arituh dan sekarang nih berdebar-debar pula tunggu viva voce (Latin is live voice/ defense examination). Tak habis lagi baca copy dissertation sendiri tapi dah banyak tampal post-its kat setiap muka surat. Tarikh tak tahu lagi tapi supervisor akan email bagitahu tarikh bila kena viva. Janganlah kena tarikh yang sama dengan events kat sekolah Haziq dan Hazim.

Hampir enam tahun baca dan research topik yang sama. Nak katakan kita pakar tuh jauh sekali tapi apa yang ditulis dalam dissertation tuh inshaAllah boleh explain. Harap-harap bolehlah defense. Lepas tuh baru nak risau benda lain macam follow-up journal & buku & paling penting kerja!!. Kalau boleh, naklah kerja lecturer kat Malaysia fulltime tapi selagi tak dapat PhD selagi tuhlah tak boleh nak hantar resume.

Ok. Blog nih pun makin lama makin boring sebab tuan rumah asyik cerita pasal viva, phd, dissertation semua jadi maybe kena tunggu reda baru boleh cerita best sket.