Monday, January 31, 2011

Masa


Dapat siapkan timeframe dari bulan 2 sampai bulan 3 tahun depan. Yay!. Semuanya on paper sahaja. Tak tahulah boleh ikut jadual atau tidak. Tertakluk pada boss, jadual sekolah Haziq dan Hazim, kedudukan kewangan, dan lain-lain termasuk keadaan cuaca yang tak menentu. Kalau musim sejuk, suhu mencecah 1degree di luar, segala otot dari kepala sampai kaki pun macam malas nak bergerak/berpusing.

Mula-mula buat jadual nih guna excel sebab nak tengok tarikh hantar thesis dan susun perkara dalam "todolist" dengan cara kira ke belakang. Maknanya berapa bulan sebelum hantar thesis, dah kena mula menulis secara serius. Kiranya masa dah suntuk. Sebelum mula tulis, ada dua/ tiga bulan untuk cari data, baca journal paper dan buat 現地調査. Yang warna merah semuanya urusan rasmi, kena hantar dokumen ke ofis Uni ataupun perkara yang perlu disiapkan. Warna biru muda adalah masa menulis. Enam bulan menulis campur tolak mungkin cuma 3 bulan. Huhu.. tak tahu sempat ke tidak. Warna merah jambu yang bawah sekali tak lain dan tak bukan bulan menuju kemerdekaan!!.

Sekurang-kurangnya bila tengok timeframe di atas, ada semangat nak habiskan PhD. Fikir positif. Malaysia Boleh!. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Saturday, January 29, 2011

Tarikh

Minggu lepas pergi Uni. nak minta sensei sign borang Research Assistant. Yeay!. gaji nak masuk!. Singgah sebentar ofis untuk tahu jadual tahun akhir PhD nanti. Dapat tahu juga yang biasiswa Monbusho turun 3000yen mula dari bulan 4 tahun ini. Uhuk!.

Berikut adalah jadual tahun akhir PhD.

9 Mei 2011
Hantar dokumen untuk Preliminary Defense Session
13 Mei 2011
Preliminary Defense Session (waktu ini adalah saat yang menakutkan sebab kena siap sedia untuk dihentam sana sini dengan sensei Jepun). Dah pernah kena tahun lepas bulan 10 waktu session yang pertama. Nak nangis pun ada.
7 Oktober 2011
Hantar dokumen untuk Permision for Thesis Submission(学位予備審査の申請). Thesis dah kena siap semua bab secara kasar. Walaupun isinya masih kosong sana sini tapi sekurang-kurangnya boleh nampak hala tuju thesis.
9 Disember 2011
Application for Conferral of Doctorate Degree (学位申請)
10 Januari 2012
Hantar Thesis!!!!!!!!!!!Sementara nak sampai tarikh ni, mesti tahap stress mencapai level max.
22 Februari 2012
Keputusan boleh grad atau tidak melalui Prof. masing-masing.
16 March 2012
Final PhD Presentation dan petangnya ada Majlis Graduasi. Buat di bilik Dean sahaja. Takde besar-besaran. Biasalah style Jepun. Lepas tarikh ini, hantar resume ke semua universiti yang ada di KL/Bangi. Kalau tak dapat kerja juga, er...buka universiti sendiri boleh tak?.

Thursday, January 27, 2011

Istimewa

Semalam waktu hantar Hazim ke sekolah, dia sibuk cerita pasal kawan-kawan tadika yang nak masuk Darjah 1 bulan 4 akan datang ini.

Hazim: Ummi, Aki-chan pun sama sekolah dengan Hazim. Tak sukalah...

Ummi: Eh, kenapa?. Tak baik tau.

Hazim: Sebab Aki-chan suka main-main kalau sensei tengah cakap kat depan.

Sebenarnya, Aki-chan (lelaki) satu kelas dengan Hazim adalah seorang kanak-kanak istimewa, ada Down Syndrome. Tapi budak ini baik sangat. Manja dan mudah rapat dengan semua orang. Kebanyakkan sekolah di Jepun menerima kanak-kanak istimewa walaupun ditempatkan dalam kelas yang berlainan. Ada juga sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa ini tapi bilangannya sedikit. Takpun jauh dari rumah.

Puaslah Umminya fikir macam mana nak terangkan pada Hazim yang Aki-chan lain dari Hazim. Tak pernah berkawan dengan orang yang istimewa seperti Aki-chan waktu sekolah dulu. Jadi, hari ini kebetulan ada jaga perpustakaan sekolah Hazim, cuba baca buku-buku berkaitan bagaimana nak bergaul dengan kanak-kanak istimewa dari pandangan kanak-kanak. Barulah faham kenapa tak boleh kata kanak-kanak istimewa ini lain dari yang lain sebaliknya kena katakan yang mereka ini memerlukan perhatian yang lebih dari orang sekeliling.

Menjadi ibu pada anak-anak yang semakin membesar memang mencabar. Macam-macam soalan diaorang bagi. Nak tak nak kena Google atau baca dari buku di perpustakaan. Rasa tak puas kalau takde jawapan yang logik dari soalan Haziq dan Hazim. Kadang-kadang diaorang pertikaikan jawapan kalau tak berapa logik. Terutamanya Hazim yang otaknya ligat menyangkal apa yang dirasakan kurang tepat. Hazim, Hazim.....

Monday, January 24, 2011

Kawan

Hari ini Haziq ada kelas "ice skating". Ummi kenalah ikut untuk tolong ikat tali kasut budak-budak kelas dia. Sibuk dengan journal tapi kena tunjuk muka kat sekolah Haziq. Ada beberapa orang mak kawan Haziq pun ikut sama. Memandangkan tahun lepas, Haziq pernah ada kelas skating jadi kali ini cepat sahaja dia boleh meluncur atas ais. Nampak macam senang tapi mesti bila cuba sendiri, takut dan boleh jadi tergolek atas ais. Kalau budak-budak jatuh nampak okey tapi kalau orang tua jatuh, nampak macam nangka busuk jatuh!. Malu!. Haziq suka betul dapat meluncur atas ais. Bila dah habis kelas, barulah dia mengadu sakit tangan sebab sejuk. Silap sebab beri dia pakai sarung tangan yang nipis.

Sebenarnya dah lama perhatikan kawan-kawan kelas Haziq. Adalah seorang dua budak Jepun yang main lepas cakap. Kata kat Haziq macam-macam DEPAN orang ramai. Nasib baik Haziq buat muka tak layan. Panas juga hati bila tengok depan mata. Padanlah sejak akhir-akhir ini, Haziq macam malas ke sekolah. Kalau sebelum nih, dia rajin cerita pasal sekolah tapi sekarang dah kurang. Tanya sikit pun jawabnya sikit.

Seminggu sekali Ummi ada jaga perpustakaan sekolah Haziq, boleh nampak beberapa orang budak sekolah rendah Jepun yang jenis cakap tak berlapis. Mungkin jenis mak bapa tak marah kalau diaorang cakap yang bukan-bukan. Dengan cikgu pun boleh cakap menengking depan orang luar!. Tak boleh nak bandingkan dengan budak-budak sekolah rendah di Malaysia sekarang. Harap-harap budak-budak Malaysia masih cakap lembut/menghormati guru masing-masing.

Sistem sekolah Jepun ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. Kena harungi semuanya, barulah boleh nilaikan buruk baiknya dan kalau boleh, ambil yang baiknya sahaja. Yang buruk itu dijadikan pengajaran untuk diri sendiri berubah kepada yang lebih bagus.

Friday, January 21, 2011

Bezanya

Pernah tak rasa dah banyak baca tapi rasanya ada lagi benda yang kita tak tahu pasal topik itu. Ada lagi buku/journal paper yang kena baca sebab tarikhnya masih baru. Ini untuk mengelakkan kita membuat isi kandungan yang bertindih dengan artikel baru tersebut. Sensei galakkan membaca journal yang baru dalam bahasa Jepun dan English. Dalam bahasa Jepun sebab bidang otomotif, Jepun masih nombor 1 dan kalau tak baca tak boleh nak argue dengan sensei Jepun nanti.

Kadang-kadang juga terasa kebanyakkan benda yang dibaca hampir sama isi pentingnya. Terutamanya dalam artikel yang ditulis dalam bahasa Jepun/penulisnya orang Jepun. Kata sensei yang lain, researcher Jepun suka mengambil langkah selamat dengan tidak mengkritik researcher sebelum dia. Susah nak jumpa argument yang bertentangan dengan langkah kerajaan Jepun dalam artikel Jepun itu sendiri. Berbanding dengan artikel dalam English, mereka lebih bersifat "terang-terang" mempersoalkan setiap langkah/polisi kerajaan dan isi artikel dalam rujukan. Pening juga bila hantar paper yang dah ditulis pada sensei, dan sensei minta kita lebih "menyokong" polisi terdahulu walhal ianya sudah lapuk/basi kerana kurang berkesan. Kat sini pentingnya paper itu nampak neutral.

Apa yang saya dah buat?. Banyakkan membaca lagi sampai rasanya dah lari dari skop tema. Tak tahu nak cari balik permulaannya. Bila baca balik proposal yang dihantar tahun lepas, rasanya tak boleh lagi buat benda yang sama. Ada sipi-sipi sahaja. Hujung bulan 1 ini kena jumpa sensei nak bagitahu apa plan dalam research selepas ini. Dalam otak memang tak terfikir apa lagi. Pusing sana, belok sini pun takde cara lain. 現地調査 pun tak buat lagi.

Pernah baca dalam satu buku bahasa Jepun, kalau kita rasa kita dah letih, hampir putus asa, sebenarnya dah hampir dengan garis penamat. Sikit sahaja lagi nak habis jadi kena teruskan dan tak boleh berhenti separuh jalan. Itu yang nekad nak bagi habis PhD nih. Er.. lepas itu baru fikir nak cari kerja pula.

Saturday, January 15, 2011

Harimau

Sejak akhir-akhir ini, tv di Jepun ada menyiarkan berita mengenai penderma misteri beg dan peralatan sekolah ke rumah kebajikan untuk kanak-kanak (Rumah anak-anak yatim). Kisahnya bermula dari dari hujung tahun lepas dimana seorang penderma telah meletakkan beberapa beg sekolah di depan pintu masuk sebuah rumah kebajikan. Nota yang ditinggalkan hanya ditandatangani dengan nama "Naoto Date", karakter kartun dalam siri "Tiger Mask". Kartun yang cukup popular di kalangan orang Jepun.

Selepas mendapat liputan berita yang meluas, banyak lagi hadiah dari penderma misteri sekitar Jepun. Kebanyakkan hadiah adalah beg sekolah (ランドセル). Harganya boleh mencecah 40,000yen (1,200ringgit) untuk satu beg!. Beg sekolah ini salah satu keperluan penting untuk murid darjah 1 yang akan masuk sekolah bermula bulan 4 nanti. Sehinggalah yang terbaru, beberapa beg sekolah telah dihantar ke rumah kebajikan kanak-kanak di Shimonoseki yang disertakan dengan dvd Laputa: Castle in the Sky.

Orang Jepun memang mudah tertarik untuk melakukan benda yang sama sekiranya ada orang yang membuat perkara itu dahulu. Mungkin dia akan buat yang lebih baik dari orang yang sebelumnya. Lagi satu, mereka suka dengan anime dan betul-betul menghayati setiap satu karakter dalam siri tv/komik. Jadi tidak mustahil kalau ada cenderahati berkaitan karakter kartun Jepun banyak dijual dan laku sehingga bertahun-tahun lamanya. Ada peminat susah mati untuk setiap karakter tersebut.

Tapi sebenarnya cerita-cerita sebegini sepatutnya ada di dada akhbar dalam masa ekonomi merundum. Sekurang-kurangnya, ia akan mendorong kita melakukan perkara yang positif yang tak semestinya besar dan menggunakan duit tetapi mungkin seperti menolong orang buta melintas jalan atau menyelamatkan kucing yang hampir lemas dalam longkang berisi air. Takut rasanya nak baca berita dalam suratkhabar Malaysia sekarang. Mata kena tapis bila baca artikel yang melampau!.

Thursday, January 13, 2011

Merah


Ahad lepas, kami melawat kawan senegara yang baru melahirkan anak perempuan di Wakamatsu (dalam 1 jam dari rumah). Dah lama tak tengok baby girl, rasa macam nak mengandung sekarang juga. Ops!. Belajar tak habis lagi nih.

Tahniah beribu-ribu lemon untuk Feyruz & Syahrul atas kelahiran Alya Hanisya. Sedap namanya. Tengok baby yang tengah tidur memang leka. Tenang sahaja. Putih dan bersih pula tuh. Semoga besar nanti menjadi anak yang solehah, cantik akhlak luaran dan dalaman. InshaAllah.


Kata

Semalam kelas terakhir untuk seminar tahun 2 PhD. Cuma seorang sahaja yang buat pembentangan. Member dari China buat topik mengenai pergerakkan saham di China. Selama dua tahun satu kelas dengan dia, saya masih tak faham teori yang dia cuba terangkan. Mungkin bidang kami berbeza. Dia dalam Finance dan saya, International Economics.

Tapi kasihan betul bila teruk 'dibelasah' dengan prof. yang hadir. Kalaulah saya berada di tempat dia, mesti dah keluar air mata. Sedih juga bila dikata, kajian dalam topik ini tak kemana. Nasib baik selepas habis dikritik, ada kata-kata pendorong dari sensei yang lain. Sensei sayalah yang suka bagi semangat pada kami semua.

Ada lagi setahun sahaja nak hantar dissertation jadi jangan patah semangat bila bertembung dengan dinding. Panjat dinding itu dan teruslah berjalan. Itu kata-kata terakhir sensei semalam. Tamatnya 3 tahun nanti bukanlah lesen untuk bergelar 'researcher' tetapi hanyalah permulaan. Jauh lagi perjalanan nak jadi 'researcher'.

Saturday, January 08, 2011

Cuti

Minggu depan Haziq dah mula sekolah penggal ke-3. Kerja sekolah dia waktu cuti belum habis lagi. Sekolah Jepun nih kalau cuti mesti berlambak kerja sekolah. Yang akan tanda salah/ betulnya pula bukan cikgu tapi ibubapa. Haziq pula kalau matematik memang dia suka tapi kalau kena buat ayat dalam bahasa Jepun, dia agak lemah. Kena ingatkan banyak kali suruh fokus, barulah cepat siap.

Hazim pula pantang tengok abang dia buat kerja sekolah, mesti nak kacau. Ajak main あやとり dan origami. Tapi takper. Bulan 4 ini, Hazim akan masuk darjah 1. Kalau dah sekolah adalah kerja sekolah sendiri nanti.

Cepat betul masa berlalu. Rasanya macam baru semalam tukar pampers Hazim. Hazim pula tak sabar- sabar nak masuk sekolah seperti Haziq. Bagi Hazim, pergi sekolah dengan beg ランドセル itu agak segak dan menawan. Tak dapat bayangkan dua beradik pergi sekolah sama- sama. Macam manalah agaknya ya.

Waktu dulu-dulu. Haziq, 2 tahun dan Hazim tak silap 2 bulan agaknya.

Friday, January 07, 2011

Rujukan

Bila masuk PhD bermakna banyak kena tulis paper hantar ke Journal. Dalam setiap paper mesti ada references dari research paper yang lain. Sejak dari tahun pertama, cari juga Reference Management Software yang bagus. Tapi kebanyakkannya kena beli. Nak cari yang percuma tapi bagus susah gaklah. Akhirnya jumpa Zotero. Dah pakai Zotero dekat dua tahun tapi tak khatam cara-cara nak guna. Complicated sikit bila nak cite dalam paper.

Hari Selasa lepas, pergi Universiti untuk sain biasiswa. Macam biasa, mulalah download journal dari perpustakaan Universiti masuk dalam laptop. Kalau dari rumah, tak banyak search engine yang boleh access. Tiba-tiba nampak EndNote Web. Wah, boleh cuba yang ini. Tak sangka boleh sambung buat kerja kat rumah. EndNote lagi mudah kalau nak cite in paper guna MS word. Cuma Zotero nih senang kalau nak simpan fail/link.

So sekarang nih, untuk memudahkan kerja buat dissertation nanti, semua references dalam hard disk tengah di susun dan update masuk dalam Zotero dan EndNote. Pening juga sebab ada dua tapi seronok sebab lepas ini tak payah taip satu-satu bibliography. Kalau tak jumpa dalam EndNote boleh tengok dalam Zotero. Oh ya, di Zotero boleh buat nota online lepas baca dalam PDF file.

Pernah tanya sensei Jepun macam mana dia tulis bibliography selama ini. Dia tak pernah pakai software mana-mana. Taip satu-satu masuk dalam paper!. Aduhai. Susah juga kalau Journal minta citation/bibliography ikut stail lain-lain. So, kalau ada sesiapa yang nak tahu mana Reference Management yang bagus, boleh tengok sini.

Wednesday, January 05, 2011

Paper

Lega baru lepas hantar paper Literature Review untuk publish dalam IJER. Ini paper kedua dalam Journal (kalau dapat publish yang ini). Berbulan lamanya buat research untuk paper nih, baru dapat hantar. Prof. tengok dan bagi idea macam-macam tapi takkan nak masukkan ikut idea dia semua. Tak larat!. Harap-harapnya dapat publish dalam edisi Jan-Feb 2011. Kalau kena reject pun takperlah. Mula-mula ingat nak hantar ke UKM tapi bila teringat banyak kali kena reject dengan diaorang (waktu minta kerja), so malas lah. So, mintak-mintak IJER accept with minor change. Huhu.. 1% jer kot. Ok. nak buat chapter yang lain pula.

Monday, January 03, 2011

Pelangi

Dua hari lepas balik dari berjalan, kami cuma duduk kat rumah. Tak keluar ke mana sangat. Lagipun dua hari ini asyik hujan. Baju pun kena sidai dalam rumah. Dah jadi macam laundry.

Masuk tahun baru nih bermakna Ummi cuma tinggal setahun 3 bulan sahaja nak habiskan PhD. Semakin nak dekat habis terasa macam tak sempat. Tapi waktu nak siapkan thesis Master pun ada perasaan macam ini. Tapi kali ini terasa super-duper-stress. Tak tahu apa nak isi dalam dissertation. Macam mana nak relate dengan satu bab dan bab seterusnya. Pressure..pressure...

Gambar pelangi yang Haziq ambil dari kapal terbang, Yakushima ke Kagoshima.

Saturday, January 01, 2011

Selamat

Selamat sampai rumah pukul 5 petang tadi. Sepatutnya cuma satu malam dua hari tapi disebabkan salji turun lebat sangat, kena panjangkan jadi 3 malam 4 hari (850km). Phew, letih otak fikir jalan alternatif. Keluar masuk highway sebab ditutup. Puas dah Haziq dan Hazim main salji. Tak kira sejuk pun masih nak main salji. Ah, lega dapat balik rumah sendiri. Tengok berita kat tv semua kata salji yang turun dua hari ini paling teruk. Bila sampai Moji, takde langsung salji. Hujan lebat. Apa-apa halpun, bolehlah rehat sekarang. Percutian yang best walaupun ada halangan sana sini. Kiranya selama duduk 5 tahun di Moji, kami dapat pusing satu Pulau Kyushu. Yatta!

2008 - Oita (pertama kali mandi onsen dengan salji tengah turun di luar), Kumamoto
2008 (musim panas) - Miyazaki (Jauh sungguh ikut jalan biasa), Nagasaki
2009 - Saga
2010- Kagoshima, Yakushima (paling mencabar)

Jalan

10:40 pagi Baru masuk Kumamoto. Kumamoto tak turun salji sangat. Mungkin sebab kawasan tanah rendah. Bila sampai Tanoura IC, tengok highway dah buka so kami ikut highway. Ingatkan boleh terus sampai Fukuoka tapi bila berhenti rehat di RnR ada notis kata dari Kumamoto IC sampai Hirokawa IC kena tutup sebab salji. Nampak gaya kena ikut jalan bawah.

14:00 petang Ikut jalan biasa nih yang bestnya boleh tengok pemandangan. Barulah tahu apa nak baca kanji sebab banyak papan tanda. Nama tempat pun banyak yang cangih- canggih. Waktu macam nih co-pilot banyak menjalankan tugas taknak bagi driver mengantuk. Kejab kupas limau, kejab bukak jajan dan tukang tengok peta. Ini barulah masuk Fukuoka. Lepas tengok Hirokawa IC ok, barulah naik highway balik. Haziq dan Hazim asyik tanya kat mana nih. Huhu.. Kejab lagi kita sampailah Moji ya.

Jauh


9:00 pagi Salji dah berhenti turun. Pemandangan pekan koboi bertukar jadi kawasan istana Snow Queen. Sarapan roti dalam bilik dan kami teruskan perjalanan pulang. Kereta tak banyak atas jalan. Mungkin sebab tahun baru. Semua orang duduk dalam rumah makan limau. Suhu sekitar 1-2 deg.

10:00 pagi Kagoshima memang banyak gunung. Salji atas gunung nampak macam aiskrim. Cantik. Di kiri kanan jalan salji tebal tapi tak seperti semalam. Perjalanan kali ini di tepi laut. Salji tak banyak turun kalau tepi laut. Macam Moji. Cuma anginnya agak kuat dan sejuk. Rasa best pula tengok laut. Luas mata memandang. Singgah Akune Michi no Eki, beli limau.