Thursday, April 28, 2011

Hari Terbuka

Haziq tunjuk muka Hideya Noguchi (muka orang pada duit 1000yen) yang dilipat untuk tunjuk muka ceria (笑顔)dan muka marah/sedih (kalau lihat dari atas).


Lukisan Hazim dalam kelas darjah 1. 
Dia lukis gambar orang tengah main bola. 

PTA

Hari nih ada 授業参観日(Hari untuk melihat anak-anak belajar di sekolah). Setiap bulan ada. Disebabkan Hazim dah darjah satu jadi kenalah turun naik kelas budak darjah 1 kat tingkat bawah dan kelas Haziq kat tingkat dua. Lepas habis tuh, ada meeting dengan guru kelas. 10 minit pertama meeting ramai-ramai dengan guru kelas Hazim dan 10 minit terakhir meeting dengan guru kelas Haziq. Nasib baik sempat. Huhu. Berapa kilo kalori terbakar turun naik tangga agaknya ya.

Menariknya kelas Haziq hari ini. Dia belajar subjek "Ketawa" (笑顔を学ぶ). Macam pelik tajuk nih kan. Tapi diaorang diajar untuk tunjuk muka yang ceria, ekspresi yang gembira. 「笑顔を伝ぱする」。Maknanya kalau kita tunjuk muka yang ceria, orang lain keliling pun akan "berjangkit" jadi ceria. Simple kan tapi tetap di ajar oleh cikgu. Lagi best homework Haziq ialah buat orang di rumah (ibubapa atau adik beradik) gembira. Tunjuk muka yang ceria/gembira supaya orang di rumah pun gembira. Itu sahaja homework dia. Senang betul tapi pelaksanaan tuh mungkin susah sebab balik rumah mak bapa penat balik kerja etc....

Lepas habis semua tuh ada Annual Meeting PTA. Tahun ini kena jadi 家庭教育委員(AJK Pendidikan Keluarga?). Semuanya mak-mak. Yang bapa cuma 会長(Presiden) ajer:). Pak Lawak pula tuh. Biasalah depan perempuan...

Dalam meeting sesama AJK pendidikan (ada 5 orang), kena pilih ketua dan naib, 2 orang. Disebabkan semua orang tolak menolak, kenalah じゃんけん(o-som). Bab inilah lemah. Confirm kalah. Tengok-tengok kalah dan kena jadi Ketua AJK. Aiseh!. Malas betul. Banyak kerja tapi takper nak gunakan kuasa ketua, bagi arahan ajer. Arah anak buah buat kerja. Meeting lepas ni kena buat program untuk setahun sama 市民センター長(Ketua Kampung). Tak sangka lah pulak makin nak balik habis, makin banyak kerja. Takper. Jadikan pengalaman. Buat kawan sama mak-mak Jepun nih. Fikir positif. Er...kerja untuk bawa balik Fieldwork hari Sabtu nih tak siap lagi!!!!どうしよう。。。

Tuesday, April 26, 2011

Fieldwork 2

Sabtu nih dah nak bertolak ke Malaysia dan Thailand untuk buat Fieldwork. Seminggu ajer, tak lama tapi pressure balik untuk bercuti dan balik untuk kerja tuh lain sangat. Sampai masuk mimpi, buat interview dengan MD orang Jepun kat Malaysia. Cakap tak lancar, tersekat-sekat sebab nervous. Huhu. やばい。

Lagi satu nak kena tinggalkan Haziq dan Hazim seminggu dengan Ayahnya pun rasa lain juga. Hari Isnin dan Jumaat ada sekolah pula tuh. Sebelum nih, kalau ada conference mesti bawa Haziq dan Hazim tapi kali ini sebab tiket kapalterbang mahal (Cuti Golden Week di Jepun) jadi terpaksa balik seorang. Nak enjoy lebih-lebih kat Bangkok pun rasa bersalah. Tapi bukan boleh buat selalu so better ambil peluang keemasan ini untuk shopping sekali. Er, window shopping jer.

Sebelum nak balik, banyak benda kena selesaikan. Biasalah, sekretari takde, boss mesti pening nak cari barang kat rumah. Lagi satu benda penting, nak kena hantar application untuk buat Presentation nanti (dapatkan sain dari Supervisor 3 orang). Balik dari Fieldwork hari Sabtunya, ada Preliminary Defense Presentation Jumaat pula tuh. Ok. Masa untuk packing!.

Sunday, April 24, 2011

Mojiko



Semalam dan hari ini ada event di Mojiko, dalam 10 minit dari rumah. Semuanya gerai kraftangan. Ada juga gerai jual barang-barang antik. Dan semuanya comel-comel sangat. Orang Jepun nih memang kreatif. Ada satu gerai jual pinggan Noritake sekeping dalam 300 yen dan 400 yen. Tapi designnya agak lama. Ada juga mangkuk isi nasi dalam 2500yen tapi banyak sangat fikir sampai tak jadi ambil. Inipun dah pergi seorang, boss dan Haziq Hazim tak ikut, duduk rumah. Tapi waktu nak beli, fikir sesuai ker dengan konsep rumah bila balik Malaysia nanti, takut campur aduk nanti jadi tak cantik pula. 


Yang ini pula lukisan atas papan. Boleh minta tulis nama sendiri, percuma lagi. Rasanya tak cukup 2/3 jam pusing tengok gerai-gerai hari ini. Jumpa juga laci-laci almari lama (laci sahaja) yang dijual dalam 200yen satu. Ada pula orang Jepun beli. Mungkin sebab tempat tarik lacinya yang unik. Kalau kat Malaysia, orang dah buang ataupun simpan dalam stor, tapi di Jepun, nilainya cukup tinggi. Menarik!...

Saturday, April 23, 2011

Pelangi

Hazim dapat hanamaru 2 kali untuk niji atau maknanya pelangi. よくできました!

Friday, April 22, 2011

Ketam


Dekat dengan rumah kami、Shimonoseki ada satu pasar basah yang besar (唐戸市場). Di sini ada jual sayur, ikan, udang, ketam dan macam-macam khazanah laut. Kalau pergi pagi sabtu, 8 pagi sampai 3 petang, tersangatlah ramainya orang sebab sushi dan sashimi ada di jual dengan harga yang murah. Fresh lagi.

Gambar kat atas nih, gambar ketam (毛蟹)yang diseliputi dengan serbuk kayu. Semua ketam tak diikat dan tak bergerak. Tapi sebenarnya masih hidup. Harga seekor 2500yen. Agak mahal sebab belum musim ketam di sini. Kalau sesiapa nak makan ketam merah sebesar muka budak, bolehlah ke Hokkaido, pulau di sebelah utara Jepun. 

Thursday, April 21, 2011

Dinding


Inilah meja study kat rumah. Berserabut dengan kertas dan buku. Saya jenis tak boleh study kalau meja bersih dan kosong. Rasanya saya banyak menyumbang pada pembaziran kertas selama 5 tahun kat sini. Oh tidak...

Kertas- kertas yang kat depan meja tuh ada yang dari sekolah Haziq dan Hazim. Sekolah memang rajin bagi surat macam event untuk budak sekolah sekitar Kyushu. Kebetulan bulan 4 banyak kena buat pemeriksaan kesihatan macam ujian air kencing, check cacing dalam badan, ukur tinggi dan berat. Jadi banyaklah peringatan dari sekolah supaya patuh pada deadlines.

Gambar-gambar yang kat sebelah tuh pula sepanjang kami di sini, pendorong semangat nak habiskan PhD (ada satu jer gambar waktu Haziq baby ambil di Malaysia). Bawah frame gambar tuh pula, 切り紙 kirigami, seni Jepun menggunakan kertas Origami yang digunting menjadi pelbagai corak. Tuh hobi saya. Kalau tengok meja studi Haziq pula, ada ditampal origami bunga pelbagai jenis. Hobi dua beradik tuh pula.... Kesimpulan kat sini, kami tiga beranak memang tak boleh tengok dinding kosong, mesti ada jer benda nak gantung atau tampal:)

Jaga

Rasanya setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Waktu kecil lagi, nak berikan perhatian sepenuhnya pada didikan anak dunia dan akhirat. Tapi sejauh mana ibu itu boleh pergi dengan komitmen kerja, rumahtangga dan kalau seperti saya, pelajaran. Tabik pada ibu-ibu yang belajar sambil bekerja. Wanita Jepun pula jarang yang bekerja selepas berkahwin dan mempunyai anak kerana mereka ingin menumpukan perhatian pada pendidikan anak-anak sepenuh masa. Cuma sejak akhir- akhir ini, ramai yang masih bekerja walaupun sudah mempunyai anak. Masalahnya di sini, pusat jagaan kanak-kanak pula yang kurang.

Di Jepun tiada sistem pembantu rumah. Semuanya kena buat sendiri. Tapi sistem kebajikan untuk keluarga boleh dikatakan bagus. Kalau anak demam dan tiada orang yang boleh jaga, ada klinik yang boleh menjaga kanak-kanak yang sakit dengan percuma untuk yang tidak ada pendapatan dan bayaran berpatutan untuk yang ada pendapatan. Cuma bawakan baju salin, bekal tengahari dan mainan/ buku saja.

Empat tahun dulu, hari ada oral exam untuk masuk Master, Haziq dan Hazim demam jadi tak boleh hantar tadika. Cuba hantar ke klinik yang boleh jaga budak yang demam nih tapi bila telefon semuanya, diaorang cuma buka pukul 9:00 pagi. Merayu depan doktor dan nurse satu klinik dekat dengan rumah, minta awalkan sejam sebab nak kena drive ke Yamaguchi ambil exam. Mata dah mula merah, nak keluar air mata merayu depan doktor dan nurse. Nasib baik diaorang kata boleh. Susah sebenarnya Jepun nak buat sesuatu yang tak ikut peraturan tapi mungkin doktor tuh kasihan agaknya.

Sampai sekarang masih ingat peristiwa ini. Malu gak tapi demi pelajaran dan anak-anak, kena buang rasa malu nih. Semuanya perlu pengorbanan tapi ibu ini percaya yang semuanya dia boleh buat. Tamak atau degil?...

Wednesday, April 20, 2011

Sulam

Hari terakhir tadika, Hazim tunjuk hasil seni sulam dia. Gambar roket tuh dia yang buat. Macam tak percaya. Bila tanya Hazim macam mana dia buat, dengan muka selamba, "hazim guna jarum dengan benang cucuk kat sini. Pastu keluarkan kat tempat lain. Ummi pandai?". Huhu. Sorrylah Hazim, bab menjahit nih memang fail. Setakat jahit kaki seluar Ayahnya yang terbuka jahitan, bolehlah. Tapi kalau bab sulam- sulam nih, kena cari cikgu ajar.

Makanan Sekolah

Waktu tadika, ada minggu kesedaran makanan berkhasiat, setiap seorang kanak-kanak dapat sekeping jadual makanan. Setiap hari kena makan setiap jenis dalam warna di jadual tuh. Hazim dah hafal nasi zat kuning, ayam zat merah, sayur zat hijau dll. 

Mulai dari hari ini Hazim dah mula makan bento (bekal/lauk) yang sama dengan Haziq, sama dalam menu harian sekolah. Umminya pun senang sikit bangun pagi nak buat bento. Kalau dulu, tadika Hazim dan sekolah Haziq lain-lain menu kena buat banyak jenis tapi kali ini hanya bento ayahnya dan Haziq Hazim. Dulu, waktu Haziq darjah 1, selalu tak habis sebab banyak benda yang dia tak suka. Boleh dikatakan semua jenis sayur dia tak suka. Tapi sejak masuk darjah 2, dia dah mula makan sayur. Darjah 3, bila tanya habis tak makan kat sekolah, dia mesti kata habis!. Hazim pula baru-baru ini ada buat senarai sayur yang dia tak suka makan. Cendawan dan ピーマン (sejenis lada benggali?. tapi tak pedas). Kita tengok lepas nih ada lagi atau tidak senarai nih:)


Menariknya sekolah di Jepun, setiap ibu bapa diberitahu menu harian sekolah dengan apa khasiat menu tersebut. Setiap sekolah mesti ada nutritionist. Apa ya dalam BM?. Setiap bulan diaorang ada meeting untuk tetapkan menu untuk bulan depan. Setiap menu bulanan mesti ada masakan yang baru. Ada juga diberi resepi masakan tersebut. Kadang-kadang Haziq minta buatkan menu macam kat sekolah. Kena buka website Ward Office bawah Menu Sekolah Rendah mengikut daerah masing-masing sebab ada resepi setiap menu sekolah kat situ. Oh ya, setiap hari kena minum susu satu kotak yang dibekalkan waktu makan tengahari. Kena habiskan semua makanan dan susu. Yang bagusnya budak-budak nih boleh habis makanan kat sekolah walaupun ada sayur yang diaorang tak suka. Sebabnya diaorang tengok kawan-kawan boleh habis.

Boleh katakan senang rupanya makanan Jepun nih. Samada rebus atau bakar. Jarang ada menu yang berminyak. Sebab itu orang Jepun kurang masalah obesiti atau jantung. 3/4 menu setiap hari mesti ada kekacang atau sayuran. Kan bagus kalau sekolah Malaysia pun ada sistem menu sekolah yang sama. 

Tuesday, April 19, 2011

Milik


Sempena Hazim masuk darjah satu hari tuh, belikan dia alat tulis yang baru. Setiap satu barang kena letak nama. Nasib baik waktu tamatnya tadika Hazim, diaorang bagi hadiah macam-macam untuk masuk sekolah baru termasuk pelekat yang ada tulis nama Hazim. Senang kerja Umminya, tak payah tulis satu-satu. Guru kelas akan check satu- satu barang anak murid untuk pastikan ada nama. Kalau tercicir kat mana-mana, senang nak tahu empunya barang. Nak sekolah esoknya, Umminya kenalah pastikan pensil semua dah diasah jadi tajam. Kesnya, tahun lepas si Haziq tak siapkan kerja kat sekolah sebab pensil tumpul. Aduhai....

Dekat

di hati.......

Baris


Suasana dalam kawasan universiti on the way nak ke tempat letak kereta. Suka sangat tengok barisan pokok dengan selekoh hujung jalan tuh. Bangunan warna coklat tuh Faculty of Humanities.

Berdepan dengan Fakulti nih, International House. Ramai juga pelajar dari China, Korea yang datang ke Yamaguchi University. Senang saja nak kenal diaorang, kalau student dari Korea agak peramah dan bahasa Jepun mereka lebih pandai dari student dari China.

Mungkin mereka sudah ada asas bahasa Jepun dari Korea atau bahasa Hangul tuh lebih kurang sama bunyinya dengan bahasa Jepun. Paling suka bila dengar orang perempuan korea kata "oppa!". Huhu...

Monday, April 18, 2011

Fukuoka


Hari sabtu lepas kami jalan-jalan ke Hakata, Fukuoka. Duduk 5 tahun di Fukuoka tapi tak pernah sampai Fukuoka Tower. Barulah tahu Fukuoka Tower nih tower kedua tertinggi di Jepun selepas Tokyo Tower. Cantik pemandangan malam dari tower tapi tak ambil video pula sebab nak patah balik cari jam tangan tertinggal di masjid. Panik bila tak jumpa rupanya tertinggal kat dalam apron di rumah. Itulah akibat time nak keluar jalan baru nak basuh pinggan.

PhD

Pernah baca dalam Twitter #phdchat yang kata kalau kita boleh terangkan research kita dalam satu ayat yang simple, maknanya kita dah boleh dianggap faham dan boleh submit dissertation (lebih kurang). So entri kali ini nak bagitahu apa research saya. Lagipun sekarang ini tengah mencari idea untuk tulis paper nak hantar jurnal yang lain pula. Mungkin agak bosan jadi boleh saja skip baca entri kali ini ya.

Waktu Master dulu, buat research mengenai FTA (Free Trade Agreement) ataupun Perjanjian Perdagangan Bebas. Makna FTA nih macam berniaga di mana-mana negara pun boleh sebab takde dikenakan cukai (dunia tanpa sempadan). Bila cukai takde, harga barang yang dijual pun boleh jadi murah. Dengar sekali macam bagus kan FTA nih tapi sebab FTA hanya ditandatangani oleh dua negara (bilateral) atau beberapa negara macam ASEAN (multilateral), kadang kala ada perjanjian yang tidak adil. Dalam perjanjian, mestilah ada barang yang kita bagi O% cukai dan mestilah ada 10% cukai. Yang 10% cukai nih mungkin ada banyak sebab. Contohnya, kita taknak barang dari negara luar masuk dan lagi murah dari barang local menyebabkan industri itu mengalami kerugian. Lebih senang lagi kita kata kita nak "lindungi" industri tersebut.

Bila buat perbandingan FTA antara Jepun dengan Malaysia, Jepun dengan Thailand, Jepun dengan Indonesia, Jepun dengan Filipin, terdapat satu industri yang betul-betul di"jaga" oleh negara ASEAN dan diminta "buka" oleh Jepun. Industri itu ialah industri otomotif. Lagi satu perjanjian FTA ada banyak bab di dalamnya. Ada pasal cukai import, prosedur kastam, kerjasama dalam teknologi dan lain-lain.

Jadi, dalam dissertation Phd, saya akan kaji mengenai kesan FTA dengan Jepun ke atas industri otomotif di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Mungkin kesannya masih terlalu awal untuk di analisis tetapi sekurang-kurangnya kita tahu samada isi kandungan perjanjian ini bagus atau tidak. Kalau Malaysia, kereta tidak boleh sewenang-wenangnya diimport dari Jepun kerana kereta nasional tetapi dalam masa yang sama, Malaysia banyak import alat komponen otomotif dari Jepun. Berbanding dengan Thailand, nilai export dan import alat komponen otomotif dari Jepun dan ke Jepun tinggi dan lebih kurang sama.

Macam mana pula dengan level teknologi industri otomotif Malaysia, Thailand dan Indonesia?. Ada tak kebaikan dari FTA dengan Jepun ini?.Inilah antara soalan-soalan yang saya akan cuba jawab dalam dissertation saya nanti. Saya akan cuba bandingkan dengan Asean Free Trade Area (AFTA) juga sebab banyak syarikat kereta Jepun suka gunakan AFTA berbanding dengan perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Hah, nak terangkan satu ayat tapi jadi panjang berjela pula. Tak banyak research paper mengenai kesan FTA pada industri otomotif. Kalau adapun sebelah US (NAFTA) dan negara-negara Eropah. Tidak pun kebanyakkannya pasal FTA secara menyeluruh bukannya ke atas satu-satu industri seperti otomotif atau pertanian. Harap-harap fieldwork bulan 5 nanti boleh kumpul info dari pakar dalam industri otomotif ini.

Tako

Menarik pula Trick Art Museum berdekatan dengan Fukuoka Yahoo Dome nih. Ada banyak gambar yang ada mainan ilusi. Tapi paling suka bila tengok gambar Hazim dengan sotong kurita (tako) besar nih. Macam betul ajer sampai Hazim jadi hairan.

*Wajah baru tapi semua komen yang dulu pergi mana tah:(

Kenal

Semalam kami, rakyat Malaysia di Yamaguchi ada sessi hanami (tengok bunga sakura) sambil sessi memperkenalkan diri masing-masing. Ada BBQ ayam, mee goreng, nasi goreng, kuih muih (Haziq dan Hazim paling suka makan agar-agar), kek dan bawa nasi briyani serta lauk dari rumah. Ramai betul kohai baru masuk tahun ini. Tapi yang perempuannya rasa macam tak cukup. Baru teringat ramai muka-muka yang selalu join, dah balik Malaysia, grad.

Kalau dulu ada kohai Drogba rajin melayan Haziq dan Hazim tapi kali ini kakak-kakak pula yang rajin main Uno dengan diaorang. Thanks korang!. Lepas habis main Uno, Haziq dan Hazim main bola berdua. Sakura pun dah mula gugur. Waktu ambil gambar ramai-ramai, sakura jatuh berguguran kena tiup angin. Cantik pula pemandangan waktu tuh dengan berlatarbelakangkan tasik. Matahari bersinar tapi tak terik dan tak pula sejuk. Orang pun dah tak ramai di Tokiwa Park.

Gambar tak ambil pula tapi tunggu gambar rasmi kami beramai-ramai ada, baru boleh letak di blog. Untuk kohai yang baru datang, ようこそ。Pada orang lama, 頑張ってね! もう少しだけ。Pada yang masak-masak semua, ありがとうね。

Friday, April 15, 2011

Studi

Masuk PhD kena banyak membaca dan juga membuat kajian. Terutamanya kalau ambil PhD dalam bahagian bukan sains. Kalau dalam bidang sains, ada ujikaji dan sudah tentu ada keputusannya. Tak kisahlah kalau keputusannya tak berapa elok atau gagal. Sekurang-kurangnya ujikaji dapat dijalankan.

Tapi kalau dalam bidang ekonomi, selain membaca, dengar lecture dan yang saya akan buat awal bulan 5 ini ialah bertanya pendapat professional (Field Research). Ingat lagi waktu kerja dengan pegawai ekonomi di Kedutaan Jepun, dia selalu buat appointment jumpa dengan lecturer, orang Kementerian, orang dari kedutaan lain untuk tahu apa berita terkini. Dia bukan sahaja bergantung dengan suratkhabar atau internet tapi saya perhatikan dia lebih selesa mendengar cerita dari professional dalam bidang masing-masing. Jarang nampak boss saya yang lama ini duduk buat paperwork dalam ofis.

Oh ya, hari ini saya dapat email yang kata research paper yang ketiga, yang dihantar ke Jurnal dah diterima oleh internal reviewers. Lega sebab sekurang-kurangnya ada orang nampak research yang saya buat ada nilai. Lepas ini kena tunggu keputusan dari external reviewer pula. Harap-harapnya dapat publish dalam Journal.

Hari ini juga, saya berjaya dapatkan temujanji dengan seorang yang penting dalam industri otomotif. Tapi tersentap juga bila dia berpendapat industri otomotif di Malaysia akan tenat jika tak di"buka" dan tiada saingan dari syarikat asing. Yang lebih tenat, rakyat tak tahu fakta itu atau bersikap tidak mahu tahu tentang pembangunan industri otomotif negara. Hmm..nampak gaya mungkin fieldwork kali ini menjadi medan luahan perasaan.

Thursday, April 14, 2011

Lawatan ke rumah

Setiap kali musim persekolahan yang baru bermula, guru kelas akan pergi membuat lawatan (家庭訪問) ke rumah anak murid dan ibu bapa boleh juga tanya masalah persekolahan anak mereka. Sambil itu, guru kelas membuat penilaian pada suasana kekeluargaan dan persekitaran rumah anak murid.

Minggu depan hari Khamis, guru kelas Hazim dan Haziq akan datang ke rumah dalam masa yang berlainan. Oh ya, setiap tahun guru kelas akan bertukar jadi tahun ini, guru kelas Haziq jaga kelas Hazim dan guru kelas Haziq pula guru baru dari sekolah yang berlainan. Suka dengan sistem pertukaran guru di sekolah Jepun yang dilakukan setiap tahun. Apa yang nak hidang pada cikgu kelas Haziq dan Hazim kali ini ya....

Balik sekolah tadi, Haziq cerita yang kawan kelas dia nama Nana-chan ada adik perempuan yang darjah 1, sama kelas dengan Hazim. Nama adik dia Nono-chan. Dia ada adik lagi nama Nunu-chan. Mula-mula tak percaya dengan apa yang Haziq cerita tapi bila buka balik kertas yang ada tulis nama budak darjah 1, memang betul nama adik kawan Haziq tuh Nono-chan. Hehe. Senang betul mak bapa diaorang letak nama. Nana, Nono dan Nunu. Lepas ini mungkin, Nene-chan kot...

Adik Abang

Semalam ada School Entrance Ceremony.
Topi kuning tuh kena pakai setiap hari, pergi sekolah dan
balik sekolah untuk budak darjah 1 sahaja (keselamatan jalan raya).
Lepas nih pergi sekolah pakai baju biasa.
Lega Ummi tak payah gosok baju hari-hari.

Baru kejab tadi tengok Haziq dan Hazim pergi sekolah sama-sama. Sekolah Jepun tak boleh dihantar dan di ambil bila pulang dari sekolah. Kena pergi sendiri. Kalau ada adik beradik senang sikit nak ke sekolah. Tak risau sangat.

Bila tengok dua beradik turun bukit, pegang tangan sambil tuh Hazim becok tanya macam-macam pasal sekolah, rasa macam dah besarnya anak-anak. Bila ada kereta lalu kat tepi, Haziq cepat-cepat berhenti dan ke tepi jalan sikit sama Hazim. Tak tahu nak gambarkan perasaan seorang ibu bila melihat anak-anak mula ke sekolah. Perasaan risau tuh tetap ada walaupun Hazim nampak berdikari dan pandai bergaul dengan kawan-kawan lebih dari Haziq. Apa-apa halpun kena juga percaya pada Haziq dan Hazim.

Bila Hazim dah masuk darjah 1, waktu ofis Ummi pun bertukar. Dulu lepas hantar Hazim ke tadika, pukul 10 baru masuk ofis, mula baca buku, buat research. Tapi bila pukul 8, dua beradik dah ke sekolah, boleh mula kemas rumah, basuh baju, sidai baju, basuh pinggan dan duduk sarapan depan komputer. Mungkin pukul 9 boleh mula buat kerja sekolah.
頑張ります!

Tuesday, April 12, 2011

Semulajadi


Lama betul tak update blog. Sorry semua.

Minggu lepas hari selasa, Haziq ajak Ummi panjat gunung. Kebetulan esoknya dah nak masuk sekolah darjah 3, so bawa Haziq ke Shiranoe Botanical Garden. Adalah bukit untuk mendaki. Nak naik gunung, Umminya pancit!. Hazim kata dia taknak ikut. Hazim nak main di Pusat Jagaan kanak-kanak dekat dengan rumah.

Kebetulan cuaca cantik, ramai pula orang. Dekat saja taman nih dengan rumah. Dalam 20 minit. Haziq bawa kerja rumah pasal apa tumbuhan/benda menarik yang dia jumpa sepanjang kami di taman ini. Seronok pula baca nama bunga, tahu asal usul nama pokok dan dapat tengok pemandangan laut dari atas bukit. Sakura pun dah hampir kembang. Cantik sangat-sangat. Waktu kat atas bukit, kami makan tengahari dengan bekal onigiri bawa dari rumah.

Lepas tengahari sikit, baru balik. Lenguh kaki berjalan tapi petangnya main tali skipping dengan Haziq dan Hazim. Lama betul tak main tali skipping baru tahu salah caranya. Haziq yang ajar cara skip yang betul sebab dia belajar di sekolah.