Thursday, February 26, 2009

Bunga raya, bunga orkid, bunga kekwa.....

Baru 3 tahun tak balik tapi macam 10 tahun rasanya...


Kadang-kadang sampai terbawa ke mimpi...


Selalu juga mulut terasa mahu makan durian, sambal belacan, asam pedas ikan merah mak.....


Rindu pula melihat bunga dan pokok pelbagai jenis di kampung padahal bunga di sini lebih meriah warnanya....


Apa yang pasti tinggal sehari lagi untuk merasa udara panas dan terik, dikelilingi dengan manusia yang sibuk bercerita mengenai keluarga, politik, kesihatan, gossip artis serta 1001 macam kisah...


Tuan rumah serta keluarga akan pulang bercuti mulai Sabtu ini untuk 2 minggu sahaja. Setelah beberapa kali tangguh untuk balik, akhirnya............yippi!!!!!!!!!!!!


Jadi, blog ini juga akan bercuti untuk 2 minggu, mungkin lebih...ittekimasu!!

Wednesday, February 25, 2009

Percaya - Shinrai

Hari nih lepas hantar Haziq dan Hazim ke sekolah, bayar segala jenis bil kat pejabat pos, lepas tuh lepak kat Mojiko Library. Sementara tunggu pukul 11 setengah nak ambil Haziq dan Hazim bacalah semua jenis majalah dalam library nih. Terjumpa satu artikel menarik pasal "ningenkankei" (hubungan antara manusia?).


Jepun memang terkenal dengan "ningenkankei". Tak kiralah dengan keluarga ipar-duai, jiran tetangga dan boss serta kawan satu ofis. Pernah kerja buat part-time kat Jepun, balik Malaysia kerja dengan orang Jepun 6 tahun still susah nak faham "ningenkankei" diaorang nih. Tapi satu jer yang pasti, orang Jepun memang mementingkan "shinrai kankei (trust relationship)".


Dalam artikel dari majalah Aera bulan 3 (majalah nih sangat menarik sebab banyak issue general) ada bagitahu macam mana nak improve "ningenkankei" kat dalam ofis. Ini ikut cara Jepun lah ya...

  1. Fikir macam mana kalau kita berada di tempat orang bawahan sebelum kita bagi arahan tertentu.
  2. Anggaplah boss seperti ayah. Jadilah "anak" yang baik untuk ambil hati boss. Jangan kutuk boss belakang-belakang.
  3. Jangan bercakap bohong atau cakap besar. Kalau ada kerja yang tak boleh buat kena beritahu tak boleh buat kerja itu atau mungkin kata "saya boleh cuba buat kerja ini".
  4. "shinrai" (percaya) penting dalam hubungan dengan boss. Orang Jepun mungkin akan bagi peluang kedua kerana percaya tetapi bukan untuk orang yang ada jenayah seperti "chikan"(molester), pencuri dan pecah amanah.
  5. Kalau mahu orang percaya kat diri kita, kenalah beri kepercayaan kepada orang lain dahulu.
  6. Untuk menjadi boss yang dipercayai kenalah berani memikul tanggungjawab dan bukan lari dari tanggungjawab itu. Ada seorang CEO beritahu yang dia takkan pecat atau buang pekerja kalau syarikat dalam krisis. Sebaliknya dia akan kurangkan gaji pekerja (of course gaji dia juga mungkin akan jadi zero) dengan harapan pekerja bawahan dia akan terus loyal dengan syarikat dan beri kepercayaan tidak berbelah bagi pada CEO itu.

Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan dalam artikel nih tapi semuanya pusing-pusing kepada "shinrai". Betapa orang Jepun ini mempercayai sesama mereka jadi tidak hairanlah kadang-kadang bila ada orang Jepun melancong ke luar negara ada yang mudah tertipu, duit habis so kenalah minta ehsan orang embassy untuk balik ke Jepun. Bukan mudah rupanya untuk meng"adjust" level "shinrai" kita kan....

Tuesday, February 24, 2009

Half, gaijin, nihongo

Banyak pengalaman yang diperolehi bila berada dalam kelompok orang Jepun buat jangka masa yang panjang. Belajar untuk menjadi kreatif dari segi memasak (tiada kedai mamak, kedai jual nasi lemak etc), belajar untuk menjadi sistematik (membuang sampah mengikut jenis dan hari tertentu) dan belajar untuk memperkenalkan negara dan agama kepada orang Jepun. Jepun juga merupakan negara yang mempunyai satu "imej".


Satu bangsa: Orang Jepun

Pusing kiri kanan depan belakang, jalan sana sini semuanya orang Jepun. Mata sepet dan kulit putih. Tiada warna lain. Kalau ada orang yang kulitnya warna kelabu asap, sawo matang, hitam legam atau biru kundang maka orang itu akan dipanggil "gaijin" (singkatan untuk gaikokujin: foreigners). Kalau ada orang itu muka seperti orang Jepun tapi rambut perang (asli bukan yang dicat) dan mata biru (yang asli bukannya pakai contact lenses), maka dipanggil orang itu "half" atau bila melihat salah seorang ibu atau ayahnya bukan orang Jepun, ada yang memanggil anak itu half or mix (macam nak order burger).


Satu bahasa: Bahasa Jepun

Benarlah kalau kita dapat menguasai bahasa asing dengan sendirinya kita akan belajar budaya bangsa itu. Bila bercakap bahasa Jepun, tutur kata yang lemah lembut dan sopan santun mengajar kita menjadi sabar. Bahasa Jepun bukan seperti English yang direct to the point. Tapi penuh dengan kiasan, makna mendalam dan pujian (walaupun tahu kadang kala itu bukan pujian ikhlas). Rugi rasanya kalau tinggal di Jepun tetapi tidak boleh bercakap bahasa Jepun. Orang Jepun memang kurang fasih bercakap English. Untuk membawa pulang ilmu yang baik dari Jepun, nak tak nak kenalah belajar bahasa Jepun.


Pendek kata, ada banyak "satu" lagi dalam masyarakat Jepun. Nanti sambung cerita lain kali......


Thursday, February 19, 2009

Kohai de girls

Berada di perantauan kadang-kadang mengajar kita bermasyarakat, menjadi seorang yang lebih dewasa di samping melihat keadaan negara sendiri dari perspektif orang luar.


Berada di perantauan, sebagai orang yang lebih dewasa dari segi usia, pengalaman belajar dan bekerja serta berkeluarga mengajar diri menjadi pendengar, penasihat di samping menjadi penglipur lara bercerita macam-macam topik kepada adik-adik satu negara.


Petang tadi kohai (junior) girls datang beramai- ramai menyertai " First Women's Convention Teratak Siawase". Apa aktiviti kami?. Makan nasi tengahari, tengok gambar, baca majalah sambil tuh makan limau satu kotak pemberian Nazir-tachi (thanks!).


Lepas ambil Haziq dan Hazim dari sekolah, buka kelas membuat pizza sambil bercerita. Inilah kali pertama kohai girls datang ke rumah. Selalunya kalau kohai datang ke Teratak Saiawase nih mesti ada boys so masing-masing jaga kelakuan supaya tampak ayu dan sopan.


Terima kasih kat Fidah, Akmal, Iza, Fizah, Dena dan Nas sebab sudi datang menjengah akak dan Haziq Hazim di Teratak Siawase. Kalau ingat balik semua yang kita dok cerita mesti nak tergelak sebab lawaklah korang nih. Bebila nanti kita buat "Second Women's Convention Teratak Siawase" okay?. Masih ingat tak soalan yang akak tanya, kat mana korang 10 tahun dari sekarang?. Akak doakan impian adik-adik semua tercapai. Gambare!.

Tuesday, February 17, 2009

Di Mojiko Library


Petang tadi lepas balik sekolah, ajak Haziq dan Hazim pergi library dekat dengan rumah. Suka library nih sebab tak ramai orang dan buku kanak-kanak pun banyak yang baru. Kebetulan ada bagi free books kat tingkat bawah so angkut bawak balik dekat 20 buah buku dan majalah.



Haziq suka sangat baca kamishibai (picture-story show?). Hazim yang suka jadi tukang dengar. Hazim tuh tengah pegang next kamishibai pasal shinkansen (bullet train) untuk Haziq baca. Suara Haziq baca boleh dengar satu bangunan rasanya. Huhu..


Esok Haziq ada otomari hoiku (rombongan sekolah tidur semalam di luar). Ini kali kedua Haziq pergi so takdelah risau sangat. Kali ini hanya Minato Hoikusho sahaja jadi Haziq kenal kawan dan sensei yang ada.


Bila tanya mak kawan Haziq, " tak kisah ker hantar anak umur 5, 6 tahun pergi rombongan macam nih?". Mak kawan Haziq tuh kata " Langsung tak risau. Happy sebab anak dia seronok join aktiviti camnih". Memang anak orang Jepun nih dah diajar berdikari sejak kecil lagi. Tapi paling kagum tengok cikgu Jepun yang boleh handle macam-macam perangai budak kat sekolah....

Saturday, February 14, 2009

Hobi baru

Dulu waktu sekolah menengah, tak pernah terfikir nak ambil subjek Sains Rumahtangga (SRT). Rasa tak best lak bila kena main masak-masak dan menjahit semua tuh. Oleh kerana cikgu yang mengajar subjek itu pun memang garang, mood nak ambil SRT terus hilang.


Sampai ke universiti kat Jepun, waktu belum kahwin, nasib baik tak banyak kena jahit seluar dan lain-lain. Kalau kena gak, jahit pun main hentam ajer:)


Tapi bila dah kahwin, nak tak nak terpaksalah belajar menjahit sikit-sikit. Rasa rugi sangat tak belajar menjahit dulu-dulu. Kalau tidak dah boleh buat baju ahli keluarga sendiri.


Mood nak mula belajar menjahit ini timbul bila tengok mak-mak Jepun pandai menjahit, banyak buku-buku menjahit kat library dan comel-comel hasil seni jahitan kat Jepun nih. So berbekalkan mesin jahit "pinjam" kohai, bila habis presentation dan interview phd, jadilah 3, 4 benda. Kantung kecil, table runner (2 helai) dan alas cawan (コースター) yang diperbuat dari kain kimono pemberian sensei Haziq dan Hazim. Gambar kantung kecil dan table runner lagi satu takde sebab malu, tak lawa:)



Tuesday, February 10, 2009

Sotong kena pusing!


Sebenarnya gambar kat atas dah lama. Waktu pergi camping tahun 2007 di Tsunoshima, Yamaguchi, ternampak sotong yang dijemur dengan dipusingkan untuk cepat kering. Sebab unik so ambiklah gambar jadi kenangan.


Bukan sahaja orang Malaysia yang jakun tengok benda nih, orang Jepun pun jakun gak. Banyak ajer dalam YouTube kalau nak tengok berapa laju sotong nih kena pusing. Keywordnya boleh copy and paste. 美人海女(maksudnya 2 orang wanita dari laut yang cantik:)). kebetulan dua orang makcik yang buka kedai nih. Tak tahulah kalau dulu waktu muda-muda memang cantik jelita!. Dengarnya makcik-makcik nih dari dulu sampai sekarang menyelam dalam laut untuk ambil sendiri sazae. Pernah masuk tv lagi.


Kedai ni ada jual sotong bakar, sotong kering, sazae(sejenis siput laut) bakar dan macam-macam lagi seafood. Tapi kami tak sempat nak singgah. Rugi pulak rasanya. Tapi takper every summer memang kami akan bercamping dalam khemah atau BBQ di sini.

Tuesday, February 03, 2009

Payung

Hazim dan payung favourite.
Abaikan kasut yang kat depan Hazim



Dari minggu lepas hari-hari hujan turun. Hari ini pun hujan. Haziq dan Hazim ada payung sendiri warna kuning. Waktu mula-mula dapat payung kuning nih, walaupun hari tak hujan, nak juga pakai payung. Setiap kali keluar rumah, tengok langit. Agak-agak gelap nak mendung (belum hujan lagi!) dah start kata nak pakai payung.


Kalau hari hujan, kawan-kawan kat sekolah bukan setakat pakai payung, siap pakai kasut hujan dan baju hujan lagi. Comel-comel lak tuh. Girls punya warna pink, boys punya ada macam-macam warna. Tapi mesti ada gambar character cartoon macam mickey mouse ker, lilo ker , kartun jepun dll.



Payung kat Jepun pula ada dua jenis. Satu untuk hari hujan dan satu lagi untuk hari panas. Payung yang pakai time hari panas nih memang cantik. Siap ada lace sana sini dan kerawang bermacam corak. Kreatif betul diaorang nih...



Monday, February 02, 2009

Yang Ketujuh

Aku yang kadang-kala berhenti separuh jalan apabila melihat nombor bercelaru di hadapan tapi dia yang selalu membantuku menyelesaikannya.


Aku yang kadang-kala membuat keputusan berdasarkan emosi dan angan-angan tapi dia yang selalu membetulkannya dengan berpijak di dunia yang nyata.


Aku yang kadang-kala membuat kerja last minute tapi dia yang selalu memperuntukkan masa untuk kesempurnaan sesuatu perkara.


Aku dan dia kadang-kala berbeza pendapat kerana perspektif kami yang berlainan. 


Tapi aku dan dia kadang-kala mempunyai instinct yang selari.



Mungkinkah kerana degupan jantungnya selalu berada dekat dengan telingaku?.


Atau mungkin kerana dia yang selalu memandangku dengan penuh kasih dan cinta seolah-olah tahu apa yang sedang bermain dalam kotak fikiranku?.


Hidup ini harus ada sifat saling lengkap-melengkapi. Itulah aku dan dia.......



Abang,
この7年間は私と一緒にいてくれて本当にありがとう
いろんなことを乗り越えて、ここまでやっとたどり着いた私達が
これからも共に愛し合って、共に歩もう
愛している。。。