Tuesday, August 10, 2010

Ramadan

Esok dah mula berpuasa.
Nak ucapkan kepada semua pembaca blog "Dari Kacamata Ummi",

"Selamat Menyambut Ramadan, Bulan yang Mulia. Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga."

Tahun ini kami tidak pulang ke Malaysia untuk berpuasa mahupun beraya.
Jadi kalau nak beraya ke Moji dijemput singgah ke Teratak Siawase kami.

Juga, satu pengumuman.
Blog ini akan bercuti selama sebulan, sepanjang bulan Ramadan.
Jumpa nanti di awal Syawal ya:)

Mazda


Minggu lepas hari Jumaat, ada lawatan ke kilang Mazda di Hofu sama sensei dua orang dan kohai Korean seorang. HQ Mazda di Hiroshima jadi kilang yang di Hofu hanya buat dua model, Atenza dan Axela. 90% kereta yang dibuat di sini hanya untuk eksport terutamanya ke US. Siap ada dua pelabuhan sendiri (untuk pasaran domestik dan antarabangsa). Ingatkan boleh tengok RX-8 tapi takde dibuat di sini.


Berbanding dengan lawatan ke Nissan dan Toyota sebelum ini, kali ini lawatan ke Mazda dibuat secara terperinci. Ada tunjuk slide dan dibawa melawat ke bahagian assembly. Ingatkan nak tengok press shop (sebab seronok tengok robot-robot tuh buat kerja. Macam dalam cerita Transformers), tapi malangnya tak pula dibawa melawat ke sana. Di akhir lawatan, ada sessi soal jawab. Agak hairan sebab kebanyakkan soalan kami dijawab dengan berhati-hati oleh PIC Mazda. Mungkin takut bocor rahsia strategi Mazda. 企業秘密?

Kesimpulannya, kilang Mazda di Hofu nih lebih kepada marketing strategy. Sesuai dengan citarasa orang US, Ford sana. Design kereta pun ikut demand mat saleh. Dalam kilang pun tiada banyak idea untuk cost down atau kaizen. Tapi Mazda lebih pentingkan kualiti rasanya. Bahagian inspection menggunakan pekerja yang agak ramai.

Apa-apa halpun banyak juga belajar dari lawatan kali ini. Lepas ini nak cuba tengok kilang Daihatsu di Oita. Mungkin lain dari yang lain sebab Daihatsu hanya buat kereta/trak yang mempunyai engin berkuasa rendah.


Monday, August 09, 2010

Gambar Tsunoshima 2010





Antara gambar-gambar yang di ambil oleh adik-adik Yamadai waktu camping di Tsunoshima hujung minggu lepas.

* Credit to Athirah, Haziq & Ayie.
Korang, akak ambik dari facebook korang.. いいよね:)ありがとう!

Sunday, August 08, 2010

Berkhemah

Semalam, kami berkhemah satu malam dua hari di Tsunoshima bersama adik-adik students dari Yamaguchi University dan yang dah bekerja di Tokuyama seramai dekat 40 orang. Tempah 5 campsites di tepi pantai dan menghadap laut. Kali ini di atas bukit dan dekat dengan bilik air.

Kami sampai dalam pukul 4 petang dan waktu tuh banyak kereta yang mula keluar dari pulau. Matahari pula memang tengah terik jadi semua tak sabar-sabar nak terjun laut. Tahun ini ramai sungguh orang Jepun mandi laut. Tapi pukul 6 petang diaorang beransur balik dan kami mula pasang khemah. Sambil tuh yang lain mula pasang api BBQ untuk bakar ayam. Makan malam sambil bertemankan bunyi ombak dan ribuan bintang di atas langit memang sedap!. Lepas makan pula, ada aktiviti main bunga api di tepi pantai.

Lepas habis main bunga api, Haziq dan Hazim naik tidur pukul 10 lebih. Nyenyak sungguh. Walaupun angin punyalah kuat sampai khemah kami semua rasanya macam nak terbang. Yang tidur luar asyik cuak takut khemah tumbang. Dalam lebih kurang 1 pagi, angin pun dah tak kuat tapi menurut cerita diaorang keesokan paginya, sang nyamuk pula datang menyerang. Sampai ada yang kalah kena tidur dalam kereta!.

Esok pagi lepas subuh, semua orang lapar. Masak simple-simple dan apalagi, Haziq dan Hazim minta mandi laut seawal pukul 6 setengah pagi. Memang best mandi laut pagi-pagi nih. Air laut tidaklah sesejuk mana. Tahun nih budak-budak bujang tuh semua buat sukaneka. Hantar ayah sebagai wakil family. Hehe. Umminya pula melayan Haziq dan Hazim mandi laut, main bot. Orang Jepun pun tak seramai yang mana mandi pagi. Lagipun kami pilih "private beach" kami, yang paling hujung sekali.

Kali ini, kami semua puas mandi laut. Laut Tsunoshima memang best!. Jernih airnya. Pukul 10 pagi, semua orang naik ke atas untuk sarapan pagi dan kemas khemah. Pukul 11 setengah pagi, kami semua beransur pulang. Haziq dan Hazim pula masuk kereta terus tidur kepenatan. Tahun depan kita pergi camping kat Tsunoshima lagi ya.

みんな、ありがとうね。
そして、お疲れ様でした。

Thursday, August 05, 2010

Kembara

Papan tanda nak belok ke Tsunoshima

Gambar-gambar yang diambil waktu pertama kali kenal 角島(Tsunoshima).

Seperti biasa setiap kali masuk musim panas kami akan buka khemah 2 hari 1 malam di Tsunoshima. Jatuh cinta dengan tempat nih sejak tahun 2006. Tak sabar rasanya nak menikmati subuh hening Tsunoshima pada hujung minggu nih.

Kalau google gambar Tsunoshima, yang banyak adalah gambar jambatan bengkoknya. Kombinasi jambatan dan laut warna hijau kebiruan memang cantik. Tapi sebenarnya langit di Tsunoshima yang paling menakjubkan. Wajib ambil gambar langit dan laut di sana!.


Tuesday, August 03, 2010

Hari

『今日はなんだかワクワク
ドキドキだって
あなたの誕生日

あなたが頑張っているとき
すこしでも
なにかの役に
たてるといいな

たとえ何があっても
うまくいっても
いかなくても

気がつけばいつも
笑いあっている
だからゆったり構えていこう

楽しいときは
いつでも
あっという間に
過ぎてしまうけど

これまでも
これからある
新しいことも

ずっとずっと
わかちあって
いきたいな

お誕生日おめでとう!』

参考文献:
あかいし ゆみ(2008)『Happy Birthday』 図書印刷

Abang,
Happy 35th Birthday
これからも、
どんなことがあっても、
負けずに、頑張っていこう
愛している

2010年8月4日

Rak buku

Suka tengok konsep rak buku macam nih.
Rekabentuk yang unik dan menyegarkan mata.
Lebih dekat dengan pembaca.
Tapi sayanglah pula nak tebuk dinding.




Rak buku yang dipasang pada tiang dalam ruang tamu.
Jarang sekali jumpa konsep di mana rak buku di bahagian tengah.
Selalunya rak buku dirapatkan ke dinding atau tidak menghalang jalan.
Tapi apa salahnya cuba letak jenis rak buku (seperti di atas) di tengah laluan supaya tetamu yang datang tertarik untuk membaca.