Tuesday, October 16, 2012

Mengandung dan Bersalin

Hazim dan Fahim

Memang banyak rintangan dan cabaran sepanjang mengandungkan Fahim. Dari start tahu mengandung dan dalam proses nak siapkan thesis phd sampailah dah bersalin. Tapi disebalik semua itu, saya pasti ada hikmahnya. Belajar untuk bersabar, mengadu macam-macam pada yang Esa dan Alhamdulillah dapat naik pentas ambil scroll PhD dengan baby 3 bulan dalam perut. Sungguh, besar jasa dan pengorbanan ibu yang mengandung. Bila doktor kat Jepun kata ada ketulan darah sebelah baby dalam perut, mula tak sedap hati. Takut kanser atau ketumbuhan. Rupa-rupanya fibroid. Sebenarnya waktu sebelum ke Jepun pernah buat pap smear dan doktor dapat detect sel seakan ketumbuhan cuma tak berapa clear. Disebabkan sibuk nak ke Jepun, terus lupa nak follow up kat doktor Jepun.

Nasib baik fibroid tak besar. Baca banyak maklumat kat internet dan buku pasal fibroid. Nak dijadikan cerita, bila balik Malaysia, minta second opinion dengan doktor kat Hospital Serdang. Tapi lain pula jadinya. Kena tahan di hospital sebab air ketuban sedikit dan baby kecil. Doktor takut baby takde pembesaran dalam perut dan bagi pilihan untuk induce minggu ke 38 nanti (waktu nih minggu ke 36).

Dua minggu berkampung di wad menjadikan diri ini lebih cekal dan segalanya diserahkan pada Allah. Hari-hari pesan sama baby supaya kuat semangat macam Umminnya. Alhamdulillah bila buat scan, air ketuban naik dari 5 ke 10 dan baby pun bertambah berat jadi 2.1kg. Lepas discharge, doktor pesan suruh masuk wad pada minggu ke 40 untuk induce pula.

Bila masuk wad untuk di-induce pada due date, tengok-tengok wad bersalin penuh. Biasalah hospital kerajaan. Akhirnya hari yang dinanti pun tiba. Takut juga kena induce sebab dengar cerita macam-macam kata sakit sangat dari beranak normal. Jam 9:30 pagi turun ke wad bersalin, 10:30 masukkan ubat dan sakitnya datang dengan cepat. Walaupun muka nampak macam tak sakit (kata budak praktikal jururawat yang ada sama dalam bilik), tuhan saja yang tahu sakit nak bersalin cara induce nih lain sikit sakitnya. Akhirnya jam 12:30 tengahari, baby pun lahir dengan sekali teran, berat pula 2.92kg. Menangis masa tuh juga sampai bidan kata ibu jangan nangis, bagi baby menangis. Menangis sebab terharu, semuanya dah selesai. Punyalah lama tunggu. Jarak pun 8 tahun. Memang kelahiran kali ini menunjukkan segala-galanya kuasa Allah, percaturan dari yang Esa. Kita hanya mampu merancang dan berdoa sahaja. Terasa diri ini kerdil sangat.

Sunday, October 14, 2012

Tengah malam

Lepas menyusukan Fahim, terasa nak minum Milo. Lepas minum Milo, baca buku sikit, terus tak boleh tidur. Jam pun dah nak dekat pukul 3 pagi. Belek gambar lama kat jepun dalam iphone. Rindu dengan suasana tenang kat sana. Rasa nak balik semula ke sana. Sebenarnya kaki dah gatal nak naik kapalterbang gi overseas. Tapi kenalah bersabar. Cari tiket jalan kat Airasia dan Malaysia Airlines. Kot-kot ada yang murah dan menarik. Berangan nak gi cuti cuti satu dunia!.




Saturday, October 13, 2012

Tarikh

Baru saya perasan tarikh lahir anak-anak senang nak ingat.

Haziq Ikhwan 4/3
Hazim Waiz.  9/10
Fahim Rifqi.   8/9

Unik tak?

Bubur Merah

Minggu lepas minta tukang urut ke rumah untuk sessi berurut hari ke 30 dan cukur kepala baby. Fahim nampak mengantuk ajer bila kena cukur. Agaknya best bila orang belai kepala. Sempena cukur nih, mengikut adat orang Jawa, kenalah masak bubur merah dan sedekahkan pada jiran. Tapi sebab lain pula, Umminya teringin nak makan bubur merah. Kena pulak dengan gula kelapa Indonesia, pergh sedap sungguh.

Bila dah habis urut, memang terasa ringan badan. Lepas nih tunggu hari ke 40 pula nak urut badan lagi. Tengok Fahim dah botak, rasa lapang dan Fahim pula senang ajer nak tidur. Kurang berpeluh. Kalau tidak, mesti peluh jantan betina keluar kat dahi walaupun ber aircond 24 jam. Inilah baby zaman sekarang. Lahir0lahir ajer dah bilik aircond....


Tukang urut tengah cukur kepala Fahim.
Muka nampak bulat ajer.



Bubur merah

Thursday, October 11, 2012

Baby baru


Punyalah berbulan-bulan tak update blog, tetiba ajer tuan rumah dah ada baby baru. Alhamdulillah, putera ketiga lahir pada 8 September 2012 (40 minggu 4 hari) di Hospital Serdang dengan berat 2.92kg secara normal. Agak kecil sedikit compare dengan abang Haziq dan abang Hazim. Nama baby pula Fahim Rifqi (Fahim: Yang faham; Rifqi: lemah lembut, pendamping). Kalau dulu abang-abangnya kena kuning yang lama tapi Fahim cuma kena 2 minggu sedikit. Itupun tak tinggi dan tak masuk hospital. Sejak mengandung dah mula minum susu kambing dengan niat supaya baby tak kena kuning. Cukuplah si Hazim dulu kena kuning berbulan-bulan dan duduk bawah lampu. Rasa serik berulang alik ke hospital sebab check darah.

Umminya pula dah masuk hari ke 35 pantang. Kalau anak 1 dan 2 pantang di kampung tapi kali ini pantang di rumah sendiri. Pantang di rumah sendiri lagi selesa dan boleh tengok si abang-abangnya sekolah sekali. Fahim pun tak banyak karenah. Menangis cuma bila lapar dan minta tukar pampers. Kali ini tekad nak susukan badan, taknak campur dengan susu tepung. Pagi-pagi perah susu dan simpan dalam peti ais. Nasib baik dari dulu mengandung suka makan sayur sampailah sekarang jadi susu badan banyak dan pekat. Fahim pun kuat minum dan dalam masa sebulan, pipi dah montel. Harap-harap bila baby kuat minum, bolehlah Umminya kurus cepat.

* Rasa sayang nak tutup blog, tuh yang update juga walau dah berbulan dok diam...Next post entah bila...