Cuti hujung tahun kali ini, perancangannya hanya mengambil masa satu hari sahaja. Sebenarnya dah target nak pergi satu tempat nih dah lama tapi tak sangka pula approved on the spot!. Yeay!. kali ini percutian tahun baru kami ke Yakushima (屋久島), pulau yang terletak di sebelah selatan Kagoshima Prefecture. Kena naik feri dalam 2 jam lebih. Itupun feri laju. Kalau feri biasa dalam 4 jam.
Bertolak pukul 10 pagi dari rumah. Siap bawa nasi lemak, nak makan tengahari di tengah jalan. Pukul 12 tengahari, kami sampai di SA Yamae (山江). Pemandangan di sini cantik dengan sawah padi dan rumah tradisional orang Jepun. Tapi kami makan dalam sejuk, 10 degree ada rasanya.
Lepas setengah jam kami teruskan perjalanan memasuki Kagoshima dengan melalui beberapa terowong yang amatlah panjang. Banyak pula tuh. Ada dua terowong panjang yang ada lampu isyarat di hadapannya. Kalau ada kemalangan dalam terowong, lampu isyarat akan tukar jadi merah untuk mengelakkan kenderaan dari terperangkap dalam terowong. Agaknya lah.
Kirishima (霧島)
Sebelum sampai ke destinasi, Hotel Tokyu di Kagoshima, kami sempat singgah di Kirishima Shinwa no Sato Park (霧島神話の里公園). Tempatnya di atas tanah tinggi. Sejuk. Berlatarbelakangkan Gunung Kirishima, gunung berapi. Kagoshima juga terkenal dengan gunung berapi dan juga kolam air panas.
Lepas main super-slider (tinggi sangat, Ummi tak join sebab gayat tempat tinggi), kami ambil gambar dan teruskan ke tempat hotel dalam satu jam lebih dari Kirishima Shinwa no Sato. Sepanjang jalan, banyak betul gunung ganang dan hutan. Kalau musim luruh mesti cantik dengan daun merah kuning. Bila sampai hotel jer, walla~dapat bilik menghadap laut dan Sakurajima (pulau yang ada gunung berapi aktif). Jadi, sekarang kami semua tengah rehat. Esok kami akan teruskan pengembaraan kami ke Mononoke Hime no Mori (もののけ姫の森). Semoga selamat pergi dan balik. Jangan mabuk laut sudahlah!.
No comments:
Post a Comment