Sunday, February 28, 2010

Wallpaper

Kreatif sangat wallpaper kat salah satu kafe di Sweeden nih. Walaupun designernya guna bunga tiruan tapi kalau nak buat suprise untuk si dia, boleh sahaja guna bunga betul (ros atau tulip). Romantis gituh!..

Wednesday, February 24, 2010

Itu

Time nih kami naik feri tak sampai 10 minit dari Mojiko ke Shimonoseki.
Belakang tuh Jambatan Kanmon.
Cantik juga pemandangan bila tengok dari tengah laut...

Takde idea la nak update blog.
Sekarang dalam otak tengah susun idea nak masuk dalam thesis outline yang nak kena hantar akhir bulan 3.
Banyak sangat benda tertangguh yang nak kena settle.

Haziq pula nampak makin serasi dengan sekolah dan kawan-kawan.
Setiap pagi dia tunggu kawan dia yang lagi 2 orang sebelum diaorang jalan pergi ke sekolah sama-sama.

Ada hari yang Haziq lambat keluar, kawan-kawan dia siap tunggu depan rumah.
Setiap kali tuh juga kawan-kawan dia kata time buka pintu rumah,
" sedapnya bau masakan".
Huhu..tengah buat bento Haziq dan Hazim....logikla...
Hazim pula dah tak sabar nak masuk darjah 1 bila tengok abang dia buat homework tiap-tiap hari.
Ok.. dah takde idea. Kena stop sekarang sebelum jadi merapu.


Thursday, February 18, 2010

Darjah 1

Semalam Haziq ada 授業参観日, hari di mana ibu bapa boleh datang melawat kelas anak-anak untuk melihat suasana persekolahan mereka. Setiap bulan ada hari sebegini.

Haziq ditugaskan untuk membawa お知らせ(papan tanda yang ada ditulis program seterusnya) di hadapan tetamu yang datang. Jadi banyak kali jugalah dia keluar bawa signboard sambil beritahu apa program selepas itu. Mulanya malu-malu tapi lama kelamaan ok.

Tema untuk semalam ialah "suasana dalam kelas". Maknanya cikgu tidak terlibat langsung. Ada budak yang jadi cikgu ajar bahasa Jepun, cikgu ajar kelas muzik, cikgu ajar kelas 生活(kehidupan/ alam sekitar?), ketua kelas, dan berbagai tugas lagi.

Budak-budak darjah 1 yang waktu baru-baru masuk dulu, ada yang menangis, malu-malu nak ke depan, tak pandai susun ayat nak bercakap, semuanya semalam memang menampakkan perubahan yang ketara. Masing-masing dah boleh bercakap di khalyak ramai (walaupun mulanya malu-malu tapi comel sangat!!!!), pandai bermain alat muzik (serius pandai!!), dah boleh menyanyi (pitching tak lari...memang Jepun nih suka menyanyi) dan paling kagum bila sampai bab membaca karangan masing-masing.

Tajuk karangan ialah "2年生になったら..(bila saya jadi budak darjah 2 nanti, saya akan......)". Kebanyakkannya kata bila dah jadi darjah 2, saya nak dapat nombor satu waktu marathon. Ada yang kata saya akan jadi seorang pembersih dan saya akan lap lantai sekolah sampai berkilat!...

Haziq pula kata yang dia akan jadi nombor satu atau dua dalam marathon, pandai main ice-skating dan macam-macam lagi. Kiranya semuanya dia nak buat supaya jadi nombor satu atau dua.

Haziq, 成長したね。。


Wednesday, February 17, 2010

Owakarekai

Tahun nih dapat juga pergi tengok soubetsukai aka Farewell Party untuk kohai yang nak grad hujung bulan 3 setelah tahun lepas tak dapat datang. Tahun ini special sket sebab kohai yang sama-sama sampai kat nihon akan balik.

Teringat waktu diaorang first year, di Yamaguchi, kampus induk. Empat tahun selepas itu semuanya dah berubah. Masing-masing bertambah dewasa baik dari segi percakapan, pemikiran dan juga penampilan.

Kisah yang paling tak dapat dilupakan waktu dulu, masa diaorang singgah rumah tanya apa nak buat sebab terpegang jaket kulit b*b* time kat shopping complex. Muka masing-masing tersangatlah innocent terutamanya Bambang!.....


Pada adik-adik yang nak grad tak lama lagi,
Akak nak ucapkan 卒業おめでとう!.

Walaupun kita jarang jumpa sebab akak duduk jauh,

korang selalu dalam ingatan.

Antaranya "sihat ker, dah makan ker, belajar macam mana....."


Tamatnya fasa kali ini, maka bermulalah satu fasa kehidupan yang lain.
Seperti yang akak kata hari tuh,

Kalau ada benda yang kita rancang tak menjadi,
percayalah,
semuanya itu akan mengajar kita menjadi semakin matang......


みんな、
どんなに小さな夢でも、
人生の道でつまづいたら、
諦めないで、
大切な人の顔を思いながら

ずっとずっと歩く続けてね。。
その夢を追う。。
頑張ろう!

kak Hannyより

Tuesday, February 09, 2010

Janggut


Nama saintifik tumbuhan di atas ialah Tillandsias Usneoides atau Spanish Moss. Kalau orang kat Malaysia pula panggilnya janggut hantu. Pokok janggut hantu nih kalau banyak-banyak memang cantik. Selalunya kena gantung di tempat yang berangin barulah banyak "janggut"nya. Tak sangka pokok janggut hantu boleh dihias cantik seperti gambar di atas. Kreatif!.

Alkisah di Amerika sana, asal usul pokok janggut hantu nih sebenarnya dari rambut panjang seorang perempuan Sepanyol yang datang ke Amerika tahun 1700. Lepas tuh, waktu dia jalan-jalan kat dalam kebun sama tunang dia, ada orang asli kat situ pergi serang mereka dan potong rambut panjang perempuan nih. Diaorang campak rambut dia kat pokok. Esoknya dan hari-hari seterusnya, rambut tuh tukar warna jadi kelabu dan makin lama makin banyak hingga melarat ke pokok-pokok yang lain. Kenapa ya di Malaysia panggil janggut hantu pula?..

Sumber cerita dari Wikipedia

* dalam Japanese: チランジア ウスネオイデス

Friday, February 05, 2010

Facebook



Sana sini pun Facebook atau Bukumuka.

Gambar kat atas nih memang betul-betul "Facebook"
:)


Thursday, February 04, 2010

Cukai

Beli buku ini untuk tahu macam mana nak dapatkan duit cukai balik dari kerajaan Jepun.
Mahal bayar cukai kat Jepun nih. Macam-macam jenis cukai yang ada.


* Entri ini sesuai untuk surirumah yang ada husband berkerja full-time di Jepun.
税金が戻ってくるよ!

Sampai sudah musim cukai (確定申告).Tahun ini sistem banyak berubah sebab parti Demokratik ambil alih tampuk pemerintahan.

Kalau selama duduk Jepun tak pernah simpan resit bayar duit ubat atau jumpa doktor, ataupun bersalin di hospital kena simpan semua mulai dari hari ini sebab waktu declare tax, boleh dapat duit cukai tuh balik.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bahagian tanggungan (isteri) tiada dalam resit pendapatan dan cukai tahunan (源泉徴収票) husband, jadi dua hari lepas pergi declare tax sekali lagi minta orang pejabat cukai masukkan. Jepun ada sistem e-Tax tapi tak faham. Banyak sangat kanji.

Tahun lepas, Haziq dan Hazim masuk hospital dan ingatkan nak minta orang pejabat cukai deduct dengan bayaran masuk hospital etc tapi tak cukup. Kena kumpul lagi resit-resit perubatan dan submit. Secara amnya, kalau bayaran perubatan lebih dari 100,000yen (RM3,700) boleh dapat balik dalam 20,000yen (RM750). Tapi tak apa, boleh claim duit cukai lain kali tapi kena dalam masa setahun ini.

Jadi kali ini, cuma masukkan bahagian tanggungan dan dapat refund yang akan masuk dalam bank lagi 3 minggu. Yatta!.

Lagi cerita pasal cukai di sini.

Panduan untuk warnegara asing yang tinggal di Jepun ada di sini (english).

Wednesday, February 03, 2010

Makanan

* Entri yang panjang sedikit.

Sekolah Haziq hanya beri makanan utama seperti nasi,roti dan susu untuk menu tengahari. Lauk pula kena bawa dari rumah. Dulu, terfikir untuk buat menu yang berlainan tapi sebab susah fikir nak bawa bekal apa tiap-tiap hari, jadi setiap bulan akan ikut menu dari sekolah yang ada tulis bahan-bahannya (tanpa cara buat).

Mulanya agak susah sebab bahan-bahan dalam makanan Jepun ada yang kita tak pernah tahu pun wujud tapi bila cari dalam internet barulah tahu apa baca dalam Jepun. Cuma kadang-kadang menu sekolah Haziq lain dari yang lain.

Setiap hujung minggu, kami beli barang dapur berdasarkan list tersebut. Sekolah Haziq memang 100% lauk bekal dari rumah, sekolah Hazim pula akan tengok menu yang tak boleh makan sahaja (cuma 50% lauk yang boleh makan). Menu makan malam kami pula ikut bahan yang ada di dalam peti ais.

Hari ini, Haziq kata dia menangis kat sekolah waktu makan tengahari. Bila tanya kenapa, dia kata, kawan dia tengok ada satu lauk tuh Haziq tak bawa. Diaorang kesian tengok Haziq makan lauk sikit. Sebenarnya Haziq tak suka lauk tuh jadi awal-awal lagi dah kata tak nak bawa. Lauk Jepun nih lebih banyak guna sayur yang dah diperam dengan shoyu atau garam/gula.

Haziq pula memang tak nak kalau orang bagi makanan kat dia sebab dia takut termakan benda yang tak boleh makan. Dia menangis sebab tak mahu kawan beri tapi tak beritahu pada sensei. Kesudahannya, sensei nampak dan beritahu pada kawan-kawan yang Haziq ada situasi yang lain dan tak sama dengan kawan-kawan.

Balik rumah, seperti biasa bila tengok buku sekolah Haziq lain macam aje. Dia conteng dalam buku dengan lukisan yang tak dapat ditafsir. Bapa saya guru lukisan dan saya minat lukisan. Oleh itu, bila saya tengok lukisan anak, saya cuba teka apa yang bermain dalam fikiran diaorang waktu melukis.

Bila Haziq cerita pasal dia nangis, dalam hati tak boleh jadi nih,kena telefon sekolah tanya sensei apa sebenarnya terjadi. Sensei Haziq pun cerita memang betul apa yang Haziq kata. Lepas habis telefon sensei, cakap baik-baik dengan Haziq yang Haziq tak sama dengan orang lain.

Menu Haziq lain dengan orang sebab Haziq orang Islam. Dia faham pasal kena jaga makanan tapi dia tak faham kenapa kawan-kawan nak bagi juga lauk tuh pada dia. Bagitahu kat Haziq,

"Kawan-kawan kasihan tengok Haziq takde lauk sebab itu diaorang bagi. Lepas ini, kalau Haziq tak suka pun Haziq bawa sahaja. Tak makan pun tak apa. Ummi akan cuba masak bagi sama macam menu kat sekolah ya".

Sebenarnya Haziq memang seorang yang tegas bila sampai bab-bab makanan. Sanggup dia menangis kalau sensei bagi makanan yang dia tak pernah nampak atau kami tak pernah beli sebab dia tak mahu kata kat sensei, dia tak boleh makan.

Dia tak suka orang tanya kenapa atau mungkin dia tak suka tolak pemberian orang. Haziq akan bawa balik rumah dan check samada boleh makan atau tidak. Harap-harap lepas ini, Haziq boleh bagitahu pada kawan-kawan kalau mereka tanya kenapa tak boleh makan itu ini daripada air mata dia yang keluar.

Tuesday, February 02, 2010

Perkenalan

Sambungan dari Pertemuan

Musim Bunga 1996

Seminggu pertama sampai di Saijo, kohai first year (1 perempuan, 2 lelaki) kena menumpang di rumah sempai sebelum dapat masuk ke rumah masing-masing. Kelas masih belum bermula, menjadi kebiasaan student Malaysia untuk berkumpul, makan beramai-ramai sempena meraikan kohai yang baru sampai. Student Malaysia ketika itu kalau berkumpul rasanya ada lebih kurang 25 orang. Penuh rumah sempai.

Bila berkumpul, dia lebih banyak berbual dengan yang lain. Belum pernah sekali kami bertutur kata, cukup sekadar bertanya khabar.

Tika itu hati berkata,
" Dia tak ingat atau mungkin tak cam dari AAJ".

Walaupun dia nampak serius, tapi apabila kami semua berkumpul ada saja orang yang dikenakan. Bersambung-sambung pula ke kohai yang pastinya tidak boleh menjawab balik sebab masih segan dan tak serasi lagi dengan sempai.

Minggu pertama itu, student Malaysia beramai-ramai konvoi dengan menaiki kereta ke Hiroshima City, tempat di mana bom atom digugurkan waktu Perang Dunia Kedua. Pertama kali sampai di Jepun memang kagum dengan cara mereka mengekalkan kesan-kesan sejarah sehingga kini.

Selalunya bila pergi berjalan, sempai yang menetapkan kohai baru untuk naik kereta yang mana. Tapi entah kenapa, dia tidak pernah menegur walaupun kami berada di dalam kereta yang sama. Kadang-kadang bila duduk di seat belakang, terasa diperhatikan dari back mirror atau side mirror. Tetapi bila dipandang semula, pantas dia mengalihkan mata.

Sejak dari hari itu, perasaan sentiasa berdebar-debar, jantung seakan terhenti beberapa saat, hati resah tidak menentu apabila ternampak dia di perkarangan Universiti atau ketika student Malaysia berkumpul.

Kesibukkan kuliah, assignment dan fakulti yang berlainan membuatkan jarak kami semakin jauh sekaligus membuatkan hati ini tertumpu kepada pelajaran dan bukan dia........

Musim Panas 1996

Dan tidak diduga, kisah perkenalan kami pun bermula......

Abang,
いままで、そばにいてくれてありがとう。
これから、「8」の番号だけではなく、
10、20、50まで仲良く、一緒に数えようね。

愛している。。。。

2 Februari 2010