Sunday, September 26, 2010

Tiket


Selain dari naik kapalterbang, keretapi laju atau kereta untuk ke Kansai Airport, sesiapa yang tinggal berdekatan Moji boleh naik feri. Sampai ke pelabuhan di Osaka dan kena naik keretapi biasa dalam 20 minit untuk sampai airport. Perjalanan dengan feri mestilah lama tapi apa salahnya cuba untuk tukar angin. Lagipun murah!. Banding dengan harga tiket kapalterbang, harganya 50-80% lebih murah.

Semalam singgah pelabuhan Shinmoji (dalam 20 minit dari rumah) untuk beli tiket feri minggu depan. Bangunan di pelabuhan nih macam bangunan di Korea/ China. Dengan cat warna merah. Agak menonjol di tengah-tengah kawasan tepi laut.

Next entri, boleh cerita pengalaman naik feri di Jepun. Harap-harap Haziq dan Hazim tak buat havoc kat atas feri!. Ok. kena sambung buat kerja.

Friday, September 24, 2010

Kaligrafi 2


Dah sebulan kami tiada kelas kaligrafi Jepun (書道). Sebabnya cikgu yang ajar kelas nih jatuh atas batu dan tulang pinggul dia retak sedikit. Dua hari lepas, kami semua (ada 10 orang semuanya) buat kad cepat sihat dan hantar ke rumah dia yang terletak betul-betul di kaki bukit dengan pemandangan Selat Kanmon yang memang cantik. Kalau tengok bunga api dari rumah sensei nih memang boleh nampak jelas.

Sensei nih lelaki namanya Sumihara Sensei. Umur pun 60-70 tahun tapi masih sihat. Sepatutnya Hazim dah mula menulis guna berus 書道, tapi sebab sensei tak sihat, Hazim tak dapat guna berus lagi. Hari-hari asyik kata tak sabar nak tulis guna berus. Dakwat dan peralatan yang lain belum beli.

Bulan 10 dah mula kelas sebab sensei pun dah sihat. Tapi kami pula tak boleh datang. Bulan 11 pula ada Pameran Kaligrafi di Pusat Komuniti kat sini, jadi kami semua kena buat seorang satu hasil tulisan kaligrafi. Seronok dengan kaligrafi nih sebab tulisan Jepun boleh dianggap sebagai lukisan/seni bergantung pada kreativiti kita menggunakan berus 書道.

Wednesday, September 22, 2010

Perpustakaan

Semalam pergi Uni. pulangkan buku. Lepas tuh, lepak di perpustakaan buat kerja sekolah. Mulanya nak lama sikit tapi aircond tak dibuka untuk tingkat bawah. Diaorang buka tingkap luas. Jadinya agak panas dan bising dengan bunyi kenderaan. Kenalah balik awal ke Moji.

Hari ini, pergi perpustakaan awam di Kokura lepas hantar Hazim ke sekolah. Pukul 9 setengah pagi dah tercegat di depan pintu masuk. Ramai juga orang ke perpustakaan pagi-pagi. Kebanyakkannya orang-orang tua. Memang Jepun nih masyarakat yang suka membaca. Bermacam-macam jenis buku ada. Ada ruang khas untuk ibu-ibu yang bawa anak kecil dan sofa empuk untuk orang-orang tua yang sakit belakang untuk duduk sambil membaca. Nasib baik di sini tidak disediakan kerusi urut sahaja!.

Pencapaian hari ini setakat pukul 12 tengahari:
3 journal papers (English)
3 Articles (Japanese)
2 pages (notes)

Lagi setahun setengah nak habis PhD tapi terasa macam nak ambil sampai Postdoc., 2 tahun kat Jepun. Selagi tak dapat kerja sebagai pensyarah selagi itulah rasa tak stabil nak balik Malaysia. Tapi memikirkan pendidikan agama Haziq dan Hazim, kenalah gagahkan diri balik Malaysia, tempuhi semua cabaran.

Monday, September 20, 2010

Cuti

Hari ini hari Isnin tapi Jepun masih bercuti. Hari untuk orang-orang tua. Minggu lepas, Hazim dan kawan sekelas dia buat persembahan 竹太鼓 (gendang yang dibuat daripada buluh panjang) depan orang-orang tua. Diaorang berlatih untuk persembahan Hari Sukan 2 Oktober ini.

Dua hari lepas, hari Sabtu, Teratak Shiawase menerima kunjungan tetamu dari jauh, Gorey and the Gang, Tokuyama (dalam 1.5-2 jam dari Moji) dan juga kohai Ube yang baru sahaja pulang dari Malaysia. Masak nasi, mee dan macam-macam. Lepas tu, bawa diaorang jalan-jalan ke Mekari Park dan Mojiko Retro. Tempat yang biasanya kami bawa kalau orang pertama kali sampai ke Moji.

Semalam, hari Ahad kami, orang-orang Malaysia di Kitakyushu pergi petik anggur (巨峰) dan buah pear (なし) di Iizuka. Tapi kali ini buah pearnya agak kecil sebab jenis yang lain, 豊水. Lepas habis petik buah, kami pergi mandi sungai. Yang ini memang budak-budak suka. Siap ada tali ikat kat pokok untuk diaorang main terjun-terjun dalam sungai. Kalau ikut hati, mak budak pun nak join sama tapi apakan daya, zaman dah berlalu. Uhuk!.

Hari ini kami semua rehat kat rumah. Nak mula buka buku dan siapkan paper nak hantar journal. Esok nak kena jumpa supervisor untuk tunjuk slides for PhD presentation 15 Oktober nih. Rasa macam serabut dalam kepala otak dengan segala data yang nak kena cari. Macam nak ambil digital sabbatical lah pula.

Tuesday, September 14, 2010

Kumbang

Walaupun ada banyak journal paper menanti untuk dibaca, persediaan untuk presentation bulan 10, tapi sempat lagi nak update blog. Pagi tadi tengok kumbang tanduk (カブトムシ) yang Haziq dan Hazim bela. Tengok-tengok kat satu tempat lagi dah banyak telur dan anak ulat (sebelum jadi kumbang). Ada lebih 10 ekor rasanya. Semuanya "menyelam" masuk dalam tanah.

Kesian pula tengok dengan keadaan tempat yang tak terbela. Si Hazim sibuk bacakan dari buku yang telur kumbang tanduk nih kena asingkan kat tempat lain. Jadi hari ini bersihkan tempat tinggal kumbang sebab tanah dah basah sangat dan ada ulat perosak. Jemur tanah kat tempat panas dan petang nanti, tunggu Haziq dan Hazim balik sebab nak suruh pindahkan telur dan ulat-ulat tuh ke rumah yang baru. Sekali tengok ulat-ulat tuh memang geli. Tapi nak buat macam mana dah namanya dua-dua anak lelaki so kenalah ambik tahu sikit pasal serangga nih. Sekolah di Jepun memang menggalakkan budak-budak membela pelbagai serangga. Kiranya lebih dekat dengan alam semulajadi. Tahun lepas, projek Haziq cengkerik/cicada (セミ).


Kat bawah nih pula gambarajah pusingan kitar hidup kumbang tanduk Jepun dari telur sampailah jadi kumbang. 3 kali salin kulit. Kat Jepun nih mahal juga sepasang kumbang tanduk. Boleh mencecah 300RM sepasang.

Tahun depan bulan 8 bertambahlah ahli keluarga kami..huhu...adik beradik kumbang tanduk dah keluar dari rumah masing-masing.

Sunday, September 12, 2010

Jamuan

Hari Sabtu ada jamuan hari raya bersama warga Malaysia di Wakamatsu, Kitakyushu (1jam perjalanan dari rumah). Masing-masing bawa makanan. Pot-luck. Alhamdulillah, dapat juga kumpul beramai-ramai sambil makan lemang, tauhu sumbat, soto, nasi tomato dan macam-macam lagi.

Hari Ahad pula, jamuan hari raya untuk warga Malaysia di Ube, Yamaguchi yang tak balik berhari raya. Tinggal berapa kerat ajer. Masak sempoi-sempoi dan lepas makan sembang-sembang kosong. Nak balik tuh ajak diaorang bergambar di Dramaship dekat dengan Mojiko Retro. Asyik bergambar kat depan rumah kitaorang, boring lah pula. Kali ini berlatarbelakangkan Selat Kanmon, selat yang memisahkan pulau Kyushu dan pulau Chugoku. Haziq dan Hazim pula hilang main cari belalang kat padang dekat dengan tempat nih. Susah betul kalau nak diajak bergambar kat luar.

Dari hari raya pertama sampai yang ketiga penuh dengan makan-makan. Alhamdulillah. Kena diet lah pulak lepas nih:)

Friday, September 10, 2010

Raya 2010

Selamat tinggal Ramadan dan Selamat Datang Syawal!

Untuk semua pengunjung blog "Dari Kacamata Ummi", saya ingin menyusun sepuluh jari di keyboard ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang penulisan saya di blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri di mana sahaja anda semua berada di muka bumi indah.

Pagi tadi keluar rumah pukul 6 setengah pagi untuk sembahyang raya di Masjid Fukuoka. Alhamdulillah selamat sembahyang raya bersama berpuluh-puluh saudara seislam dari pelbagai negara. Tahun ini kurang sedikit yang datang ke masjid. Mungkin sebab hari bekerja dan mungkin juga sebab Aidilfitri jatuh pada cuti musim panas. Semua orang balik kampung halaman.

Lepas jamah kuih muih yang kebanyakkannya manis-manis belaka, barulah kami 4 keluarga bertolak pulang. Ingatkan nak terus balik tapi tunggu hingga sembahyang Jumaat di Masjid Fukuoka barulah kami semua bergerak pulang ke Kitakyushu.

Lepas hantar Yan & family dan Izzat, barulah kami meneruskan perjalanan raya ke Ube, Yamaguchi (dalam 1 jam lebih dari Kitakyushu), rumah Fith dan keluarga. Dapat makan nasi tomato, rendang ayam dan kuih raya pelbagai jenis. Kagum kat Fith sebab rajin buat kuih raya lebih dari 2 jenis....hehe...Thanks a lot Fith dan Ninja!!おいしかったよ!。

Sampai rumah pukul 7 malam. Kiranya hari ini separuh hari kami jalan berhari raya merentasi dua prefecture kat Jepun, Fukuoka dan Yamaguchi. Penat!. Nasib baik ada dua driver.

Teringat kat blog yang ber"puasa" sebulan so cepat-cepat update untuk hari ini. Harap-harap selepas ini banyak cerita yang dapat dikongsi bersama.