Tuesday, December 30, 2008

takde tajuk

samalah dengan ronbun (thesis), masih takde tajuk.haha..
tinggal lagi seminggu nak hantar. pulun habis sampai tak tahu apa nak pulun dah....
member Thai dah hantar ronbun sebab dia nak mula kerja bulan 1 nih kat Embassy of Thailand in Japan.arghhh...menambahkan kegelisahanku...
habis tulis ronbun lak ada banyak kerja menanti...

Thursday, December 25, 2008

Hasil Seni

Semalam waktu ambil Haziq kat kelas, nampak satu benda yang cantik dan comel sangat tergantung. Bila tengok dekat sikit , inilah hasil kerja seni budak-budak 5 tahun. Tak sangka!.


Bukan pakai kayu panjang yang "knit"(anyam?)tuh tapi pakai lidi banyak -banyak pastu cikgu diaorang tampal kat cardboard bentuk bulat. Budak-budak nih anyam lah pakai benang bulu sampai jadi panjang. Dalam 3 hari siaplah (mengikut kelajuan tangan budak-budak). Benang bulu tuh semuanya yang lebihan dapat dari parents yang hantar anak ke sekolah nih.

Lebih kurang macam nih

Cikgu diaorang buat announcement kata nak pakai benang bulu warna macam-macam so mak budak Jepun nih semua bagi lebihan benang bulu kat rumah. Bukan sahaja benang bulu, tapi botol plastik la, penutup botol plastik la, penutup tin la, macam-macam idea cikgu sekolah nih. Lepas tuh ada ajer kraftangan yang diaorang buat kat sekolah. Kreatif sungguh!


Hasil kerja seni; muffler/ scarf/マフラー

Tuesday, December 23, 2008

Bengkung cara Jawa

Entri kali ini ada kaitan dengan entri kat bawah

Cara Berpantang orang Jawa

Dah lama nak tulis pasal cara orang Jawa berpantang lepas bersalin. Semua ini diajar oleh mak yang ada banyak pengalaman dalam menjaga orang bersalin. Sebenarnya banyak lagi petua orang Jawa yang mak beritahu tapi yang ini semua mengikut pengalaman sendiri.

Salah satu "alat" yang memang tak boleh dipisahkan dengan pantang orang Jawa ialah bengkung. Berbengkung hanya sesuai untuk orang yang bersalin normal. Yang bersalin c-sect tak boleh pakai sebab takut terbuka jahitannya. Itu yang mak paling risau setiap kali kami adik beradik nak bersalin. Harap-harap janganlah baby keluar "ikut tingkap"....

Mak ada collection bengkung dari Indonesia yang disimpan dengan elok untuk kami adik beradik (7 sisters!) pakai lepas bersalin. Panjangnya dekat 8-10 meter ada rasanya. Itupun sebenarnya kurang panjang. Mak jahit dan cantumkan dua bengkung jadi satu. Kainnya jenis yang berkualiti so bila ditarik tak putus.

Lepas keluar hospital, mak pesan suruh ikat kain tudung kat bawah perut untuk elak rahim jatuh waktu naik kereta dan berjalan nak sampai ke rumah. Bila sampai rumah, dah mandi, baby pun dah siap mandi semua, barulah mak pakaikan bengkung. Caranya simple. Bukan yang ikat-ikat kat depan tuh tapi cuma pusing-pusing satu badan.

Sebelum pakai bengkung, kena pakai alas kat dalam bengkung untuk bagi perut cepat kempis. Kira double effectlah...Pakai minyak urut panas, lepas tuh lumur kapur + limau nipis + param kat perut dan tutup dengan kain batik yang dah dikoyak dan ikat kat depan macam pakai cover perut tuh.

Lepas tuh barulah ambil hujung bengkung (hujung satu lagi ikat kat tingkap) dan tarik tali bengkung kuat-kuat serta tegang. Ikat kat perut bahagian bawah sekali (dekat bawah rahim). Bengkung kena ikat kemas dan dua kali. Lepas itu apa lagi, pusinglah badan untuk kasi bengkung tuh cover dari bawah sampai ke atas dan ke bawah lagi. Itu yang kena bengkung panjang sampai 10 meter. Kalau tidak tak dapat dua lapis. Waktu proses pusing-pusing nih kenalah pastikan kain bengkung kemas dan cantik sewaktu digulung kat perut.

Kalau bengkung yang ikat kat depan pun boleh juga tapi lepas bukak mesti ada bekas ikatan kat perut atau bila nak bongkokkan badan mesti kena tali ikatan kat perut. Ikut taste fashion masing-masing....

Dah habis bengkung barulah sedap nak berjalan ke mana-mana. Tapi mak akan tegur kalau jalan laju waktu berpantang. Disuruh jalan perlahan-lahan dan jaga langkahnya. Mungkin takut tersadung dan jatuh. Bila dah kuat sikit, barulah boleh pakai bengkung sendiri. Sepanjang waktu berpantang, mak tak kasi pakai seluar. Kena pakai baju kurung atau kain. Sebabnya, untuk langkah yang lebih sopan dan teratur. Pernah tengok cara orang perempuan Indonesia (yang jenis bangsawan) berjalan?. Macam itulah kot....

Kalau tak pakai bengkung mesti risau, nanti sakit kat bahagian rahim. Dah pernah rasa rahim jatuh lepas bersalin waktu travel balik Alor Setar naik kereta. Hanya Tuhan yang tahu sakitnya macam mana. Itu belum sakit waktu nak urut membetulkan kedudukan rahim balik. Tapi taklah sama macam sakit waktu bersalin.

Mak suruh pakai bengkung sampai 100 hari untuk elak perut lagi buncit dan mengelebeh. Selebihnya bergantung dengan cara pemakanan dan senaman ringkas. Pesan mak lagi, waktu berpantang adalah waktu membentuk badan mengikut kemahuan kita. Akhir kata, selamat berpantang!:)

Tuesday, December 16, 2008

Hari ini dalam sejarah

Setiap pagi lepas hantar Haziq dan Hazim ke sekolah, sebelum berpisah mesti diaorang akan hug n kiss dulu. Kalau tak dapat, mesti mood Haziq dan Hazim tak baik pagi tuh.


Hari ini, macam biasa lepas dapat hug n kiss dari Hazim, Haziq pula kata
"Ummi, cepat-cepat!" sambil tunduk-tunduk.


Dengan peliknya, pergi kat tempat Haziq tunggu di sebalik pintu. Nih mesti nak tunjuk serangga mana-mana yang dipungut dari luar.


Sambil sengih-sengih, Haziq terus muahh kat pipi dengan hug cepat-cepat. Lepas tu dia tengok keliling dan lari masuk kelas dia.....


La, Haziq dah malu ker kalau kawan nampak Haziq kena hug n kiss?. Baru umur 5 tahun!....

Friday, December 12, 2008

CDI

Apa itu CDI?


Child Development Index


Japan is in first place in a global survey of child development released by Save the Children's British branch Wednesday, but was urged by the international charity to show leadership in improving the lives of kids around the world. more news


Baru lepas baca kat paper pasal CDI nih. Menarik sebab boleh buat research pasal child development kat Jepun dan praktik kat Malaysia. Besarnya cita-cita.....

Ranking CDI
1 Japan 0.41
2 Spain 0.57
3 Canada 0.73
4 Italy 0.86
5 Finland 0.87
6 Iceland 0.88
7 France 0.91
8 United Kingdom 0.99
9 Germany 1.02
10 Norway 1.03
11 Netherlands 1.20
12 Belgium 1.25
13 Sweden 1.30
14 Luxemburg 1.48
15 Austria 1.50
16 Australia 1.72
17 Denmark 1.87
18 Ireland 2.31
19 Switzerland 2.95
20 Cuba 3.12
21 Costa Rica 3.26
22 Argentina 3.34
23 United States 3.88
24 Malaysia 4.11
25 Chile 4.14
26 Bahrain 4.51
27 Tunisia 4.54
28 Uruguay 4.89
29 Panama 5.04
30 Croatia 5.05

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh click kat sini Save the Children UK


Tuesday, December 09, 2008

Illumination di Mojiko Retro

Pemandangan jambatan di Mojiko Retro waktu malam

Setiap tahun bulan 12, Mojiko Retro akan diterangi dengan lampu perhiasan kat pokok sana sini. Bukan sahaja di sini tapi di Riverwalk Kokura pun ada. Nak dekat Krismas kan...Sapa yang kaki camera memang suka tempat-tempat camnih untuk ambil gambar.

Illumination di Mojiko Retro. Time nih sejuk sungguh

Saturday, December 06, 2008

Book Maniac

Lepas baca entry buku kat blog Izzat terus terfikir nak tulis entry nih...


Dah lama rasanya tak melingkar kat atas sofa or katil baca buku cerita. Last sekali baca buku Stephenie Meyer nyer Twilight, New Moon, Eclispe. Lepas habis buat thesis nih , nak habiskan baca semua buku yang ada kat rumah.


Setiap tahun, library di Kokura nih akan derma buku second hand kat ahli-ahlinya. Setiap ahli boleh bawa balik 20 buah buku. Kalau macam encyclopedia collection yang ada 10/20 buah dalam tuh dikira sebuah buku. Masa yang diberi untuk 100 orang masuk hanyalah 30minit so memang kena cepat pilih mana-mana yang nampak menarik.


Memang ramai book maniac kat Jepun nih yang beratur pagi-pagi untuk dapat buku free (termasuklah yang tukang tulis). Diaorang siap bawa beg besar yang jenis jalan gi overseas untuk isi buku yang majoritinya masih cantik dan elok.


Last year pergi sorang so dapat bawa balik buku budak-budak dan magazine rumah ajer. Tahun nih ajak Haziq beratur sekali so dapatlah bawa balik 40 buah buku!. Haziq ambil buku cerita kanak-kanak dan Umminya ambil buku cerita English dan Jepun. Seronok bila tengok banyak buku kat rumah tapi sampai sekarang tak sempat baca lagi.


Waktu study kat UM dulu, selalu singgah satu kedai buku second hand di Central Market. Kedai nih kecik ajer. Buku cerita punyalah banyak sampai kena letak kat luar. Nak sewa buku kena bayar RM1 ker RM2 ker tapi sebelum tuh kena letak insurance money lebih kurang RM20. Kalau lepas baca, nak simpan buku sebagai koleksi kiranya burn duit insurance tuh tapi kalau nak pulang lepas tuh dan sewa buku yang lain pun boleh.


Kadang-kadang sebelum balik kampung kena naik bas di Puduraya sempat lagi singgah kedai buku nih, berdiri sejam untuk pilih buku cerita yang best-best. Sekarang nih tak tahulah kedai buku tuh masih ada lagi ke tidak....

Hari yang paling sejuk untuk tahun ini

Time nak pergi tengok seikatsu happyokai (presentation sekolah Haziq dan Hazim), snow mula turun. Angin sejuk pula bertiup bukan sepoi sepoi bahasa tapi takde bahasa langsung. Memang hari yang paling sejuk setakat ini untuk tahun nih.


Haziq dan Hazim ambil bahagian dalam lakonan, main alat muzik dan menyanyi. Alhamdulillah tiada "incident" yang besar-besar. Haziq dan Hazim telah berusaha memberi persembahan terbaik sama kawan-kawan kat atas pentas. Huhu..Tengok kelas budak umur setahun buat persembahan memang cute...geram tengok pipi budak-budak kecik yang kemerahan dek sejuk....


Habis persembahan Haziq dan Hazim , gi makan kat Jusco. Snow lak turun sikit ajer. Lepas makan, pergi beli sarung tangan dan balik meredah angin sejuk.......

Tuesday, December 02, 2008

Tika dan Saat Ini

Macam tajuk lagu lak.
Tengah pulun nak habiskan ronbun (thesis) sebelum mid Dec.
Lepas tuh nak buat touch up sana sini.
Nanti hantar kat Prof untuk dia check.

Deadline kena hantar 8 Januari 2009.

Argh...rasa macam sempat tapi mesti last minit ada ajer yang tak cukup fact.

Harap dapat buat yang terbaik dan yuushu (cemerlang) bukan yang hanya cukup makan.
Gambaruzo!...

Thursday, November 27, 2008

TV Show yang menarik!

Semalam tengok satu variety show. Tajuknya Waratte Koraete (in japanese only)


Secara ringkasnya, MC (Tokoro-san) nih akan main darts tapi kat peta Jepun (darts no Tabi= Darts Journey/Trip?). Lepas tuh dia akan assign sesiapa pergi ke tempat yang kena dart tuh dan interview local people pasal macam-macam issue. Orang yang kena pergi tuh kebanyakkannya celebrities.


Menarik sebab boleh tengok kehidupan orang Jepun kat kampung atau tempat yang tak pernah di dengar namanya sebelum nih. Kadang-kadang diaorang interview budak-budak dan tanya soalan yang simple tapi jawapan yang diberi memang menarik. Yang orang dewasa pun tak sangka budak kecil pun boleh bagi jawapan seperti itu.


Tapi semalam diaorang tunjuk Sekolah Bahasa Jepun di luar negara Sebelum nih mungkin di Asia dan sebagainya tapi semalam di German. Ada seorang pelajar nama Kim (orang lelaki German) buat Master Thesis tajuk Analysis on Waratte Koraete (tv show nih). Wow...Ini pun boleh jadi tittle Master Thesis kan. Memang dia tengok rancangan tv (mungkin dia request copy tv show nih dari Jepun dan producer tv show nih tahu pasal Kim) dan buat analisis apa isi kandungan tv show nih, apa effect kat masyarakat, apa yang menarik tentang rancangan nih dan sebagainya. Tapi Kim memang fasih cakap Jepun la.


Kim nih bawa orang TV show jumpa Professor dia yang lagi fasih cakap Jepun. Bukan setakat fasih tapi takde slang German lagi. Rupanya bukan sahaja ada Master Thesis tajuk nih, ada student yang lain buat pasal Otaku (orang yang minat anime Jepun), pasal fashion kat Tokyo (yang mekap tebal2 pastu pakai baju gown la, baju fesyen yang lain dari yang lain) dan macam-macam lagi analisis tentang budaya Jepun.


At last, Kim dijemput datang ke TV show nih kat Jepun sama rakan sekelas dia yang juga fasih cakap Jepun. Dapatlah dia jumpa celebrity pujaan dia, Hoshino Aki....Malu-malu lagi...huhu... Dihujung rancangan, producer tv show tuh suruh Kim dan kawan dia buat Darts no Tabi untuk dia rasa sendiri macam mana TV show nih dibuat supaya dia boleh masukkan dalam Master Thesis dia nanti. Bertuah sungguh. Sesiapa yang boleh tengok TV show ni, tengoklah lagi 2 minggu nanti. Diaorang akan tunjuk Kim dengan kawan dia travel ke mana-mana tempat di Jepun yang kena dart untuk interview orang Jepun.


Kalau kat Malaysia ada rancangan TV macam nih, bagus juga sebab dapat promote kampung sendiri dan tahu budaya di tempat tuh macam mana. Loghat tempat tuh ker, makanan kat tempat tuh ker dan sebagainya. Tapi yang paling best buat Master Thesis tajuk TV show dan dapat sponsor datang Jepun lagi. Huhu...

Tuesday, November 25, 2008

iro iro

Tadi pulangkan buku ke library di Kokura. Dah lama rasanya tak ke Kokura. Daun dah mula luruh. Sana sini ada pokok yang sudah bertukar warna dari hijau ke kuning dan merah. Daun-daun pun banyak berguguran di atas tanah.


Kadang-kadang nampak ada orang tengah menyapu dedaun di depan kedai. Ada seorang makcik dalam umur 50 lebih sambil terbongkok-bongkok memegang penyapu dan menyapu sampah serta daun di depan 7 eleven. Bila diperhatikan baju yang di pakai ada tertulis " Ke arah bandar yang bersih dan cantik - Jangan buang sampah merata-rata". Memang ada kumpulan sukarelawan dimana kebanyakkan ahli-ahlinya adalah warga tua yang sudah pencen tapi tidak betah untuk duduk sahaja lalu membuat kerja-kerja sebegini.


Dalam perjalanan pulang ke Moji, ternampak signboard harga minyak. 1 liter 120yen!. Kalau dibandingkan dengan 3 bulan yang lalu, harga minyak 1 liter 180yen, memang sekarang minyak dah murah. Harga barang-barang juga sudah mula diturunkan.


Tak lama lagi dah sampai hujung tahun. Apa azam tahun baru ya?.

Wednesday, November 19, 2008

Miyajima

Hari Sabtu lepas kami (orang kitakyushu) beramai-ramai ke Miyajima tengok koyo. Antara spot menarik untuk tengok koyo kat Jepun nih adalah di Miyajima. Last time pergi 8 tahun yang lalu, waktu study kat Hiroshima. Teringat kat rusa-rusa dan kaki udon (udon oyster).


Miyajima tak berubah sejak dari dulu. Yang berubahnya apasal rusa-rusa dah berkurang lepas tuh kesiannya asyik minta sedekah makanan kat orang yang lalu lalang. Haziq dan Hazim memang suka sangat dengan rusa. Bukan sahaja di pegang-pegang tapi peluk dan main-main kat tengkuk rusa. Ingat kucing ker.Hazim boleh lak naik duduk kat belakang rusa tuh waktu rusa tengah lepak bawah pokok. Aduhai!. Nasib baik rusa tuh tak bagi flying kick.


Orang punyalah ramai datang tengok koyo. Kebetulan ada celebration 7,5,3 (celebrate budak yang dah umur 7 tahun, 5 tahun dan 3 tahun). Comel sungguh budak-budak nih pakai kimono. Rugi tak ambil gambar diaorang.


Lepas ambil gambar, snap sana dan sini, kami pun bertolak balik. Sebelum itu, singgah makan kaki udon. Sedapnya. Macam nak lagi. Lagi satu teringin nak makan age momiji manju (momiji manju dicelup tepung tenpura dan digoreng). Tapi punyalah panjang orang beratur. Baunya sedap sungguh!. Takper next time boleh pergi lagi. Kesian kat orang yang tak dapat makan kaki udon macam Izzat dan lain-lain..huhu...

Inilah rupa Momiji Manju yang digoreng. Dalam tuh ada kacang merah
(credit to snoopy.way-nifty.com)


Tuesday, November 18, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Selama ni selalu terbaca orang kata best cerita Ayat-Ayat Cinta. Cerita dari Novel Indonesia. Malas nak tengok sebab tengah concentrate buat thesis. Tapi kalah juga akhirnya.


Dah lama download tapi tak tengok lagi. Download movie banyak-banyak so nanti dah habis tulis thesis boleh buat marathon. So hari ini time rehat tengahari "terbukak" lah cerita Ayat-Ayat Cinta.


Adoi!!Jatuh Cinta dengan movie nih!!!Terbayang-bayang lagi!. Habislah nak tulis thesis pun nampak Fahri dengan Aisha.....Best sangat cerita nih. Osusume!

Friday, November 14, 2008

Latihan Kecemasan

Semalam ambil Haziq dan Hazim macam biasa dari sekolah. Mula-mula ambil Hazim kat kelas dia. Waktu tengah tunggu dia masukkan barang dalam beg, tiba-tiba terdengar bunyi loceng kecemasan. Kring.......Ish apa lak nih. Terkejut gak....


Rupa-rupanya latihan kecemasan kalau ada berlaku gempa bumi atau kebakaran. Bila dengar bunyi loceng, semua budak bangun dan beratur dengan tertib. Takde bunyi bising langsung. Sensei pun susun supaya beratur dua barisan.


Lepas itu, semua orang berjalan keluar dan berkumpul di kawasan lapang kat luar dengan pantasnya. Budak-budak seawal umur setahun lebih (yang dah pandai jalan) pun keluar beratur dan duduk kat atas tanah. Baik sungguh!. Takde bunyi bising atau tolak menolak sebab nak ambil kasut dan sebagainya. Takde yang main tanah. Semua berkaki ayam sambil jinjing kasut sebab nak cepat berkumpul. Itu memang ada dalam latihan kecemasan.


Sensei pun bagi arahan dan panggil nama sorang-sorang untuk pastikan semua ada. Ada sorang kawan Haziq masih pakai kasut dan tak sempat berkumpul so kawan-kawan dia kata sambil tunjuk kat budak tuh "Hah, dia dah mati la...(sebab tak sempat nak kumpul)"..huhu..


Kagum tengok budak-budak kecik nih semua buat latihan kecemasan. Semua ikut kata sensei. Mungkin takut mati terbakar atau mati kena timbus dek bangunan!.....

Tuesday, November 11, 2008

Hantu

Tengah boring nak tulis thesis so kali ini nak cerita pasal pengalaman jumpa hantu time darjah 6 dulu.


Walaupun dah 20 tahun berlalu, tapi still ingat lagi first time nampak hantu. Pernah masuk Japanese Speech Contest di AAJ cerita pasal pengalaman jumpa hantu dan dapatlah no.2...Huhu...Terpegun cikgu Jepun ku dengar cerita tuh... Tajuknya "Obake wo mita koto ga arimasuka?( Pernahkah anda jumpa hantu?)"


Waktu sekolah rendah dulu kalau orang tanya cita-cita nak jadi apa bila besar, jawapannya "BOMOH". Nih serius. Sebab waktu itu terpengaruh dengan siri buku Bercakap dengan Jin. Teringin nak masuk dalam dunia orang halus. Jadi sejak kecil lagi memang telinga dan mata sensitif kat sekeliling untuk benda-benda yang pelik dan bukan normal.


Suatu tengah hari Jumaat, kena pergi sekolah rendah sebab nak berlatih bola jaring sebelum ke sekolah agama sebelah petangnya. Geng-geng macam Farhah, Sharizah, Miri , Siti Paridah dan yang lain-lain pun ada sama (adalah dalam 7 orang kot). Cikgu-cikgu semua dan budak-budak lain dah balik dan tersangatlah sunyinya sekolah time tuh. Kami pun naik tingkat dua di bangunan sekolah untuk lepak-lepak. Waktu itu semua orang pergi ke hujung koridor sebelah kanan sambil borak-borak. Entah macam mana, Sharizah dok cuit-cuit kat kami suruh tengok di hujung koridor satu lagi yang depannya bilik air. Sambil gelak-gelak, kami pun pusing nak tengok..


Tak sempat pusing, tiba-tiba semua orang jerit!!!!!!!!!!!!!!!!Lepas itu apa lagi masing-masing buka langkah seribu. Bukan turun tangga tapi melompat terus. Tak pandang keliling. Bila sampai di bawah, semua orang tercungap -cungap macam lepas kena lari keliling padang.


Apa yang kitaorang nampak?. ..


Satu lembaga pakai telekung tengah sembahyang!. Tapi yang kami hairan, kenapa arah kiblat lain, kenapa surau dekat tapi tak gi sembahyang kat situ dan yang penting sekali kenapa muka dia hitam!. So perintis bomoh nih pun nekad nak tengok sekali lagi betul ker ada lembaga itu. Manalah tahu memang orang betul . Sure terganggu sembahyang dia sebab kami semua jerit. Tapi bila sampai ajer kat atas, lembaga tuh dah takde.Uwa!!apa yang kitaorang nampak tadi. Memang sah hantu sebab kat hujung sebelah sana hutan belantara.


Keesokkan harinya semua orang demam bukan sebab nampak hantu tapi sebab lompat terjun dari tingkat dua dan sakit badan sebab masing-masing tolak nak cabut lari. Bila cerita kat mak yang tengah masak kat dapur lepas balik sekolah agama, kena marah "hah. sapa suruh pegi main kat sekolah tengah hari waktu orang gi sembahyang jumaat!".


Pengalaman jumpa hantu ini bukannya makin melemahkan semangat kami semua tapi kami nekad untuk pengembaraan seterusnya...Pengembaraan ke dunia misteri oleh Skuad Kembara Misteri Parit Kemang.....

Monday, November 10, 2008

Pesta Monorail

Inilah geng-geng Go On Ja. Apa tah nama sorang-sorang nih. Tak sempat nak interview lak




Lama tak update. Tengah sibuk nak habiskan thesis before bulan 1 nih.



Hari Ahad lepas bawa Haziq dan Hazim pergi ke Pesta Monorail. Apalah nak dipestakan dengan monorail nih ya. Tapi Jepun nih memang kreatif bab-bab nak "kutip" duit rakyat dan orang macam kami. Pesta Monorail yang diadakan di Kokura bermula dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. Ada cabutan bertuah untuk dapat kentang (kalau dapat tv sebiji best gak!), ada bazar, ada kedai makanan, ada pameran monorail, ada game dan yang paling Haziq dan Hazim nak tengok ada Go On ja. Character macam Ultraman dan seberadik dengan diaorang. Boleh bergambar dan minta sain kat kalendar lagi.


Haziq dan Hazim main game dapat super ball (macam bola getah - baling kat dinding boleh melantun balik)

Sampai ajer kat tempat tuh, fuyo!!. Ramai sungguh orang. Semua yang bawa anak-anak. Tapi yang paling kagum kesanggupan diaorang beratur panjang untuk bergambar dengan Go On ja tuh. Bila sampai bab-bab kena beratur panjang hanya untuk ambil gambar 2 saat ini, terpaksalah pujuk Haziq dan Hazim untuk cari benda lain. Huhu.. Tak larat den nak beratur sampai 1 jam.


Nasib baik Haziq dan Hazim faham sebab tengok ramai sangat orang kena beratur. Jadi lepas ambil gambar candid " hero pujaan kanak-kanak Jepun" ini, jalan-jalan tengok kereta bomba dan bazar.

Walaupun tak dapat bergambar dengan Goonja, Haziq dan Hazim pulang dengan hati gembira sebab dapat beli set mainan highway untuk kereta mini diaorang (murah ajer, secondhand nyer).

Haziq dah pandai pasang sendiri. Siap buat cerita kononnya highway tak sempat siap la, ada kereta polis Hazim dok kejar kereta skyline dia dan macam-macam cerita lagi

Saturday, November 01, 2008

Bilik 109


Sekarang dah mula busy tulis thesis. Pening kepala gak nak buat karangan dalam nihongo (japanese). Ada lagi 2 bulan sebelum nak hantar. Hopefully sempatlah siap.



Kalau pergi sekolah setiap hari Rabu atau Jumaat, mesti cukup ahli bilik 109. Gon (Thailand), Amin-san (Bangladesh), Judy (China), Machiko (Japan), Gina (Taiwan), Ii-Oppa (Korea) dan Jon (Korea) --- Memang international sungguh. Semua sporting habis. Baru-baru nih diaorang letak sofa kat dalam bilik untuk tempat melepak aka nap. Angkut dari bilik rehat. Selamba!!



Semalam hantar application untuk sambung scholar Monbusho for phd. Selesai satu benda. Tinggal application nak masuk phd lak bulan january tahun depan. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

がんばるぞ!!

Friday, October 24, 2008

Dulang?

Sejak akhir-akhir ini, kalau Ayah takde, selalu makan nasi dalam dulang sama Haziq dan Hazim. Bila makan dalam dulang, mesti Haziq dan Hazim minta tambah nasi. Semestinya Hazim juga akan minta tambah nori (seaweed). Sedap agaknya bila makan berebut.


Hari ini Ummi buat sup ayam dan seperti biasa makan bertiga dalam dulang. Ayah takde gi outstation.



Tiba-tiba Hazim kata " Adik...adik...suka makan dalam .....tulang....", dengan mulut penuh nasi.


Haziq angkat kepala " tulang?" sambil tunjuk tulang ayam kat tepi nasi Hazim.


Hazim pula ulang balik "bukan....adik suka makan dalam tulang!"....


Haziq balas "bukan tulang la.. Ini dulang" sambil tunjuk dulang.


Hazim dengan muka selamba sambung balik makan nasi dengan nori.


Huhu...Selepas ini, Haziq akan meneruskan perjuangannya membetulkan BM Hazim..


Gambare Haziq!!

Thursday, October 23, 2008

Kereta Polis

Sejak akhir-akhir ini time drive ke Yamaguchi, selalu ternampak kereta polis tengah kejar orang. Kereta polis kat Jepun nih ada dua jenis. Satu yang memang kereta polis warna hitam putih dan satu lagi kereta polis yang sama macam kereta biasa.Yang macam kereta biasa nih dari jenis Nissan Skyline sampailah macam kereta MPV (Nissan Serena).



Hari ini, time drive dah masuk highway kat Mine, nampak banyak kereta berderet belakang lori. Masing-masing tak berani nak potong. Tengok meter lak 80km/j. Time tuh pelik juga kenapa semua beratur takde yang nak potong. Pulak tuh ada satu kereta Mazda RX-7 warna putih dari jauh lagi laju dan nak potong lori serta semua kereta. Tiba-tiba dia masuk lane sebelah, tak jadi nak potong sampai habis.



Dalam hati terasa pelik sangat. Kalau kat Jepun, tengok kereta beratur panjang tuh mesti ada sebab-sebab tertentu. So bila tengok ada kereta lain yang dah berani potong dan masuk lane sebelah kanan, kita pun bagi signal dan masuk lane sebelah nak potong lori serta kereta tuh semua.



Tiba-tiba, nampak kereta sedan putih dari belakang datang dengan lajunya so terpaksalah masuk lane sebelah kiri bagi laluan kereta sedan putih tuh potong. Kat depan sana, barulah tahu kereta sedan putih tuh kejar ada satu kereta dengan dekatnya. Tak lama kemudian keluar siren dari bumbung kereta. Kereta polis rupanya. Bahaya betul!. Nasib baik tak tahan kereta "Porsche "ku...Huhuhuhu...Dia tahan kereta depan suruh berhenti kat tepi. Mungkin bawa laju atau tak pakai seat belt ataupun pakai handphone time drive. Habislah kena saman dan tolak point dari lesen memandu.



Sebenarnya, susah nak bezakan kereta biasa dengan unmarked police car nih. Tapi kalau selalu drive kat highway, mungkin boleh cam ini kereta polis atau tak. Kebanyakkan kereta polis nih:

1) No plat selalunya ada 2, 3 nombor yang sama. Contohnya "いわな33" atau "いわな555"
2) Jenis kereta sedan, BMW, Skyline, Crown, Nissan Serena, Bluebird
3) Ada dua side mirror kat kiri dan kanan macam kereta untuk Driving School
4) Ada dua back mirror (kalau tengok dekat2 la)
5) Mesti ada dua orang pakai baju polis warna biru.
6) Kat bonnet/bumbung kereta selalunya ada antena warna hitam. Ini untuk wireless radio nak check license nombor etc


Dengan kata lain, berhati-hatilah ketika memandu sebab kalau dah kena tahan polis kat Jepun, takde tolak ansur serta nak bagi duit kopi tuh semua. :)



Monday, October 20, 2008

Makan

Satu hari sensei tanya apa makanan kesukaan Hazim kat Hazim.


Hazim kata "Budou!"(anggur) dengan malu-malu.


Tapi sebenarnya bukan yang itu.....


Kelmarin, Hazim makan nasi sama nori (seaweed)
Semalam pun minta nasi dengan nori
Hari ini pun dengan nori lagi ker?...

Kesimpulannya, makanan kesukaan Hazim ialah nori!!!


Penat ajer Ummi masak lauk macam-macam.

Monday, October 13, 2008

Rombongan

Semalam kohai tachi dari Yamaguchi datang beraya ke Teratak Shiawase kami dalam 5 kereta. Asyik makan rendang, nasi impit, lodeh dan seangkatannya so kali nih masak Nasi Ambeng bungkus daun pisang. Disebabkan semalam makan kat luar, bungkuslah nasi Ambeng dekat 30 bungkus dalam daun pisang.


Diaorang sampai dalam pukul 12 tengahari. Singgah rumah makan kuih raya dulu barulah bertolak ke Mekari Park untuk makan nasi kat sana. Kebetulan cuaca memang cantik so ramailah Jepun bawa anak-anak ke situ.


Hampir kesemuanya tak pernah makan nasi Ambeng. Ada yang tanya apa beza nasi bungkus biasa dengan Nasi Ambeng. Nasi Ambeng nih orang berketurunan Jawa akan masak time Kenduri doa selamat dan makan di dalam dulang alas daun pisang dengan lauk pauk lebih dari 5 jenis. Satu dulang makan beramai-ramai selalunya 4 orang. Antara lauk wajib ialah serunding, Sambal Goreng Jawa (ada masuk tempe), bee hoon goreng atau mee goreng, ikan kering dan sayur kerabu.


Kenyang tengok diaorang makan semalam. Terima kasih pada kohai tachi yang bawa mee goreng, kuih keria (Hazim suka sangat!), cocktail buah, puding jagung, kek coklat dan kuih raya (Yatt buat sendiri-sedap!).


Lepas makan-makan di Mekari Park, bertolak ke rumah untuk acara makan kuih raya lagi (atau acara merehatkan badan selepas makan?). Sebelum itu, singgah di lokasi wajib di Mekari Park untuk bergambar.


Terima kasih kepada kohai tachi yang sudi datang ke Teratak Shiawase kami. Maafkan kami kalau ada yang terkasar bahasa, terkurang kenyang, terlajak perbuatan dan semua yang ter, ter, ter,....Teratak Shiawase kami sentiasa terbuka untuk semua. Jemputlah datang!


* Sila google untuk tahu rupa Nasi Ambeng tuh camne...

Tuesday, October 07, 2008

Radio Jepun

Tiap-tiap pagi kalau hantar Haziq dan Hazim ke sekolah mesti nak dengar radio FM Fukuoka. DJ Nakajima (lelaki) dengan DJ Kohama (perempuan) rajin berceloteh pasal gelagat orang sekeliling dan isu semasa. Radio Jepun banyak cakap, selalu ada ranking dari lagu sampailah food kat onsen ryokan (restaurant). Ada juga kuiz dan physcology analysis. So kalau tak faham bahasa jepun rasa boring gak dengan radio diaorang. Kalau ke Yamaguchi, on the way nak balik Moji ada dengar satu program kat FM Yamaguchi pasal cerita-cerita kelakar pendengar.



Satu hari ada pendengar perempuan (umur dalam 40-an) hantar mail ke FM Fukuoka ceritakan pengalaman dia jalan-jalan ke Hakata. Disebabkan first time dia sampai Hakata, dia tersesat jalan. Jumpa satu couple kat situ (Hakata tuh kira bandar besar dan tumpuan orang shopping) dan dia tanya kat mana stesen keretapi terdekat untuk pergi ke satu tempat nih. Couple tuh bawa dia ke stesen keretapi dan diaorang siap tolong bayarkan tiket dia sekali!. Tunggu dia masuk dalam keretapi dengan selamat!. Pendengar tuh kata dia tak sangka masih ada orang Jepun yang baik hati nak tunjuk jalan sampai level camtuh. Mungkin harga tiket tuh tak seberapa tapi yang mahal ialah keikhlasan couple tuh menolong dia.....


Dengan cerita kat Jepun dari kes bunuh sampailah kes politik, memang tak dinafikan kadang-kadang diaorang lebih suka pentingkan diri sendiri atau lebih suka menjaga tepi kain sendiri. Walau bagaimanapun masih ada orang Jepun yang baik hati dan ikhlas menolong. Kalau kita buat baik kat orang, orang pun buat baik kat kita. Betul tak?.



Friday, October 03, 2008

Lebaran @ Perantauan

  • Masuk tahun nih dah tahun ke 3 kami beraya di Jepun. Tapi kali ini terasa kosong.
  • Pagi raya ke Tobata untuk Sambutan Raya for all Muslims in Kitakyushu. Orang Malaysia tak ramai sebab diaorang balik raya di Malaysia. Sabishi...
  • Lepas tuh konvoi raya ke rumah Kak Shah di Kokura. Sedap betul makan lontong. Haziq dan Hazim lepas geram makan ketupat daun palas cicah susu. Terima kasih Kak Shah n Abang Halim!. Raya last year tak jumpa rumah so tahun nih raya di rumah Kak Shah kenalah makan banyak sebab qada' raya yang lepas.
  • Tahun nih invite Malaysians raya ke rumah. Masak soto + sambal kicap (biasalah orang Jawa) dengan roti jala. Hidayah, Izzat, Feyruz sefamily bawa nasi Briyani, ayam, rendang, nasi impit dan macam-macam makanan best-best. Kenyang sungguh sampai tak boleh masuk lagi!. Huhuhu.. Habislah dietku!.
  • Semuanya selesai dalam pukul 3 lebih. Itu sahajalah cerita 1st day raya kat sini.
  • 2 Syawal: Ayah kerja, Hazim pergi sekolah, Haziq demam, Ummi kena buat kerja kat rumah.
  • 3 Syawal: Ayah kerja, Ummi, Haziq dan Hazim ke sekolah.
  • 4 Syawal: Hari sukan sekolah Haziq dan Hazim. Sibuklah satu hari sebab kena jadi AJK...Alahai.....

Tuesday, September 30, 2008

Arigatou!

Haziq ikut pose Bananaman and Hazim sembunyi belakang

Hazim tak sabar nak makan "gohan"(nasi)

Background jambatan boleh tutup buka (ikut kata Haziq)

Haziq sibuk nak main-main dalam restoren

Semalam ada kelas. Sekolah dah mula lepas 2 bulan summer holidays. Kawan satu bilik study, Mizan-san pun dah grad dan lepas wish sayonara and etc, terasa macam sunyi jer bilik C109. Selalunya dialah yang buat bising, dialah yang buat lawak, ketawa and selalu masak kari kurma Bangladeshi style. Sedap!...


On the way nak balik Moji, singgah Ube beli ayam and kek birthday. Mesti nak celebrate birthday dengan kek. Semalam gak secara rasminya cukuplah umur 23 tahun :) ...



Malam buka puasa + birthday dinner kat restoren di Mojiko Retro. First time pergi restoren ni sebab boring asyik tempat yang sama so kami cuba tempat yang baru lak. Cantik tempatnya. Order sashimi, tenpura, ikan bakar, nasi dan miso soup. Tapi paling sedap ikan la. Namanya Ayu Shio Yaki. Ikan Ayu yang dibakar dengan garam. Even garamnya pun sedap.


Lepas makan kami jalan-jalan makan angin kat sekitar situ. Dah lama tak jalan-jalan sekitar Mojiko Retro malam-malam. Sejuk!. Terasa romantik ditambah lagi dengan budak dua orang yang dok berlari menjerit kesukaan macam baru lepas kena kurung satu hari kat dalam bilik!. Terima kasih kat semua yang wish Happy Birthday dan kami sekeluarga nak wish gak:


Selamat Menyambut Hari Lebaran dan Maaf Zahir serta Batin. Andai ada terkasar bahasa, tersilap kata dalam di alam blog dan di luar sana, kami susun sepuluh jari kaki dan tangan meminta ampun. Kalau makan ketupat jangan lupa kami kat sini. Waa... rindunya nak makan ketupat especially ketupat daun palas isi kacang dalamnya..

Monday, September 22, 2008

Lamanya.....

Waktu buka puasa kat luar....

Lama betul tak update blog. Sorrylah.. Puasa nih tak gi jalan sangat so tak banyak story. Haziq dan Hazim pun dah pandai cakap macam-macam. Cuma kelakar dengar diaorang cakap melayu. Macam orang Jepun baru pandai cakap Melayu. " Tak boreh ra (tak bolehlah), gurri (geli)" dan banyak lagi. Kalau dengar Hazim cakap melayu, kadang-kadang macam Jepun cakap melayu. Kadang-kadang dengar macam orang Jawa cakap Melayu. Tak apalah. Yang penting, Hazim faham dan boleh cakap Melayu.

Wednesday, September 10, 2008

Camping

Tahun lepas di Tsunoshima


Tahun ini angin kuat, ombak besar


Lepas call Nas yang masih di Hokkaido bercamping di sana selama 2 minggu terus terfikir nak buat entri pasal camping nih. Nas cepat balik, akak nak dengar cerita korang:)

Waktu kecil-kecil dulu, Abah selalu bawa kami adik beradik pergi camping tak kira tepi laut atau dalam hutan. Abah sebagai guru pengakap banyak mengajar kami cara ikatan tali, memasak guna kayu hutan, mendirikan khemah, mengembara dalam hutan, mengenal nama-nama pokok dan macam-macam kemahiran lagi.

Bagi kami yang masih budak-budak lagi memang seronok bila dapat mandi laut, sungai, main dalam lumpur dan mencari ketam dalam pasir.

Bila masuk sekolah asrama, rasanya boleh kira berapa kali ikut rombongan sekolah pergi camping. Mungkin sebab sibuk dengan belajar. Ketika belajar di Ambang Asuhan Jepun, UM lagilah sibuk dengan kelas bahasa jepun.

Akhir tahun satu di AAJ, ajak girls sahaja (3rd College dalam 11 orang) camping di Port Dickson satu malam. Pengalaman yang takleh dilupakan bila malam kami camping ada mamat dok lalu depan khemah, langgar tali khemah dan ada yang dok kacau-kacau. Malam itu, kami bergilir-gilir jadi jaga di luar khemah disebabkan takut sambil masing-masing menikmati angin laut yang memang best. Lepas gak lah rindu nak camping!.

Sekarang, setiap kali masuk musim panas, mesti bawa Haziq dan Hazim gi camping di tepi laut. Camping di Tsunoshima, Yamaguchi Prefecture adalah yang paling best walaupun masa tuh tak prepare betul-betul. Haziq dan Hazim puas sebab dapat mandi laut.

Tak dapat nak describe feeling bila malam-malam tengok langit dengan bintang-bintang bersinar, bila bangun pagi tengok pemandangan tepi laut dengan awan cerah membiru, air laut kehijauan (biru?)....

Musim panas tahun depan ke mana destinasi seterusnya?...

Tuesday, September 09, 2008

ish..ish..ish...

Rasa nak update blog tapi tak tahu nak tulis apa.
Ini ke yang orang kata "writer's block"?

Mungkin sebab otak tengah fikir

"Apa yang nak "goreng" untuk ronbun?"

atau

" Drama apa nak download hari ini?"

mungkin juga

" Nak masak apa untuk berbuka nanti?"

tapi kemungkinan besar yang ini kot



" Apalah my other half buat sekarang ni?"

Huhuhu.....Apa nak buat. Setiap kali kena outstation kat Malaysia, mesti yang kena tinggal kat sini boring bagai nak rak.......

Wednesday, September 03, 2008

Tempat untuk dilawati di Kokura

Hari ini bawa Hanim jalan-jalan ke Kokura Castle, Kokura Garden dan Matsumoto Seicho Memorial Gallery. Matsumoto Seicho ni penulis buku yang berasal dari Kitakyushu dan banyak tulis buku mengenai sejarah Jepun.

Kokura Garden

Tempat minum petang sambil makan pisang goreng di Kokura Garden

Ini kali kedua melawat Kokura Garden berdepan dengan Kokura Castle. Tenang aje duduk kat Japanese Garden kat sini. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan cuaca memang baik. Lepas snap-snap gambar kat Kokura Garden, kami bergerak ke Kokura Castle. Kokura Castle ini pernah dibakar oleh Choshu Clan (Clan paling berkuasa di Yamaguchi Prefecture) pada tahun 1642 dan dibina semula tak sure tahun berapa.

Ada 5 tingkat semuanya dalam istana ini. Dalam istana ada pameran baju perang, pinggan, adat istiadat, tempat makan, tempat meeting dan macam-macam lagi. Bila sampai tingkat atas (tingkat 5), angin memang best. Dahlah tak ramai orang, memang best lepak-lepak kat atasnya. Kat tingkat ini ada banyak gambar-gambar istana dari Prefecture yang lain. Yang lain dari yang lain ialah Okinawa Castle. Macam istana kat korea pun ada gak. Mungkin pengaruh dari Chosen (nama lama Korea) agaknya...... 90% istana kat Jepun mempunyai warna hitam (kelabu) kat bumbung dan putih pada dinding kecuali Okinawa Castle yang warna merah.



Kokura Castle

No Smoking Sign di Kokura Castle

Lepas di Kokura Castle, kami bergerak ke Matsumoto Seicho Memorial Gallery yang cuma sebelah dengan Kokura Castle. Tak pernah masuk sini. Hmm..banyak cerita pasal Matsumoto ini tapi sayang sebab takde English Translation so kami jalan sekali lalu ajer....


Monday, September 01, 2008

Selamat Menyambut Ramadan

Busy sket sejak akhir-akhir ini. Sorry sebab lama tak update blog.
Just nak wish kat semua

" Selamat Menyambut Ramadan"
Pada yang first time berpuasa di perantauan, jangan sedih-sedih dan jangan teringat makanan kat bazar ramadan contohnya ayam percik, nasi lemak kukus (Nasi lemak kukus kat pasar malam Bangi the best!!), kuih pelita, laksam, dan terutamanya nasi Ambeng!!!...

Monday, August 18, 2008

Summer Trip - Miyazaki

Pemandangan bila masuk Miyazaki Prefecture. Macam Kat Malaysia lak

15 Ogos 2008

Natsu kali ini kami bercadang camping di Miyazaki, salah satu destinasi "Discover Kyushu". Lagipun Hanim datang melawat dari UK so kami bawa jalan-jalan sekali melihat tempat menarik di Kyushu.

Bertolak dari rumah pukul 10 pagi. Kami ambil jalan melalui Oita (Shida Highway) dan jalan biasa menuju Nobeoka(延岡) dan seterusnya ke Kushima(串間) City untuk camping di Sakematsu Beach Camping Site (栄松ビーチキャンプ場). Perjalanan ke Miyazaki memang lancar. Cuma hujan renyai-renyai sahaja. Dah nak dekat petang, terpaksa call tempat camping sebab lambat sampai. Dalam perjalanan ke situ kami ambil jalan 220 atau dikenali sebagai Horikiri Pass (堀切り峠). Cantik betul pemandangan tepi lautnya. Seluas mata memandang.


Di Horikiri Pass

Lepas 10 minit kat situ kami bergerak ke tempat camping. Sampai ajer dah pukul 8 malam. Sebelum tuh singgah beli ikan, udang, sotong nak buat BBQ malamnya. Nasib baik diaorang dah dirikan khemah jadi tinggal letak barang dan mula memasak nasi dan BBQ. Haziq dan Hazim pula sibuk kata nak mandi laut tapi sebab dah malam so kenalah pujuk esok paginya baru boleh mandi. Tempat camping memang best. Tak ramai orang dan betul-betul tepi pantai. Cuma pantainya agak sempit.

Lepas makan, keluar sekejab ke 7e untuk beli bunga api. Dalam perjalanan balik jumpa kohai Yamaguchi University gorey, md no, bambang dan poji (satu kereta) yang tunggu di Nango eki. Ajak camping di tempat sama. Malam tuh Haziq dan Hazim seronok main bunga api kat tepi pantai sambil kami borak-borak. Habis main, kami masuk khemah dan tidur.


16 Ogos 2008


Pagi-pagi bangun subuh tengok pemandangan memang cantik. Lepas masak nasi dan lauk yang ada, pergi ke ofis dia untuk settlekan registeration yang sepatutnya dah buat semalam tapi ofis tutup awal so kena buat hari ni. Bayar duit camping site dan khemah.

Haziq dan Hazim sama Ayah ajak mandi laut tapi sayang sungguh sebab banyak obor-obor!!!. Kesian Haziq dan Hazim tak puas mandi laut. Lepas mandi air biasa, kami semua duduk makan sambil borak-borak. Kali ini kohai ikut sama sebab tempat nak pergi pun sama. Dalam pukul 11 setengah pagi, kemas-kemas dan bertolak ke destinasi seterusnya Sun Messe (サンメッセ). Tempat nih adik beradik dengan Easter Island.

Lepas tuh kami bergerak ke Aojima (青島)dan The Devil's Washing Board? (鬼の洗濯板). Kat sini memang macam papan basuh baju. Memang cantik ciptaan Tuhan!. Macam batu itu diukir satu persatu. Haziq bila nampak laut memang tak boleh duduk diam. Jadi lepaskan Haziq dan Hazim mandi laut sekejab. Matahari memang terik dan panas.

Next destination pula ke Peace Monument Park dan Miyazaki Prefecture Office Building -(tempat chiji terkenal, Higashi- ex comedian). Dah nak dekat pukul 5 kami bertolak pulang. Dalam perjalanan nampak kedai udon dan berhenti isi perut dahulu sebelum meneruskan perjalanan pulang. Kohai ikut highway tapi kami ikut jalan ke arah Nobeoka dan Oita. Sampai rumah pukul 2 pagi!. Letih sungguh!. Tapi puas hati sebab dapat berjalan tengok tempat menarik. Paling seronok tengok pokok pisang sepanjang jalan di Miyazaki. Gatal ajer tangan nak ambil daun pisang nak buat bungkus nasi!..Huhu..


Untuk laporan yang lain boleh gi sini
hanim
p/s Tahniah untuk Irma yang dah selamat bersalin anak perempuan 15 Ogos 2008 yang lepas. Bertambah seorang lagi anak saudara.....

Saturday, August 09, 2008

Award


Dapat award nih dari maisya
Terima kasih. First time dapat award dalam blog nih. Ingatkan dapat kek sebiji ka..hehehe...


Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

Here are the rules to follow:
When you receive the prize you must write a post showing it, together with the name of who has given it to you, and link them back. Choose a minimum of 7 blogs (or even more) that you find brilliant in their content or design. Show their names and links and leave them a comment informing they were prized with ‘Brilliant Weblog’. Show a picture of those who awarded you and those you give the prize (optional). All the bloggers have wonderful work and content in their blog and all deserve to get this. As per the rules I would like to pass this award to my fellow bloggers mentioned below:



zaki
HE
Nash
En_Me
Kak Umi
wear
lina


Monday, August 04, 2008

Pertemuan

Kalau sebut DK1 untuk student Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) di UM mesti teringat kenangan kena orientate dengan sempai (senior). Kecut perut kami yang kohai (junior) bila dipanggil berkumpul di dewan ini minggu pertama mendaftar. Tambah kecut perut bila nampak muka sempai-sempai yang berdiri kat depan dan di sekeliling kami yang semuanya muka garang macam singa nak terkam orang.......


Tapi bila dia muncul di depan mengambil mikrofon dan memberi ucapan pendek yang pada dan tika saat itu otak seakan tidak berfungsi, terdetik di hati ini..........


" Siapa sempai nih?. "


Dalam ramai-ramai sempai, hanya dia sahaja yang kelihatan misteri..Bukan sebab misteri nusantara tetapi ada sesuatu yang membuatkan sifat ingin tahu seolah-olah sentiasa datang dalam diri ini.


Setahun pertama belajar bahasa Jepun di AAJ (Ambang Asuhan Jepun) memang letih. Tengok student Pusat Asasi yang lain semuanya lepak tapi kami kena siapkan homework yang macam ada sahaja. Bila tiba masa sempai nak terbang ke Jepun, kami semua menghantar ke airport dalam masa yang sama mengintai-intai juga dia. Sempat ambil gambar beramai-ramai dan terdetik di hati ini............


" Ini kali terakhir jumpa"


Selepas setahun berhempas pulas untuk lepas exam Monbusho, giliran kami pula yang kohai untuk terbang ke Jepun. Setiap universiti akan ada sempai yang menjemput kohai baru untuk ditunjuk-ajar kehidupan di Jepun. Waktu dalam shinkansen nak sampai ke Hiroshima, hati memang berdebar-debar. Macam manalah tempat baru nih, sempai baik-baik ker, boleh ke cakap Jepun dan macam-macam lagi soalan kat kepala.


Siapa sangka sebaik sahaja kaki memcecah bumi Hiroshima, dia antara yang hadir di situ.........



Abang,
Happy Birthday.......
お誕生日おめでとう。。
言葉が表現できないぐらい愛している

これからもずっとずっと一緒にいられるように

Thursday, July 31, 2008

Berebut

Haziq kata dia sakit perut dan cepat-cepat lari masuk tandas.

Hazim ikut dari belakang.
" Abang cepatla..Unchi ga detai (ta** dah nak keluar nih)"

Haziq baru jer masuk tandas. Hazim tak sabar-sabar sampai ketuk pintu tandas banyak kali.

Bergaduh mulut lagi.....Pening dengar Hazim asyik kata "cepatla".

Aduhai..kalau kat Malaysia boleh suruh masuk tandas satu lagi tapi nih kat Jepun tandas satu ajer kat setiap rumah. Camne nak buat Hazim oi.....

Masalahnya setiap kali Haziq masuk tandas, mesti Hazim pun nak masuk tandas masa tuh gak. Bertuah sungguh. Semua nak ikut abang....

Tuesday, July 29, 2008

Lukisan

Haziq happy sebab dapat lukisan dia terpilih. Hazim lak muka sedih tak dapat hadiah.

Lukisan Haziq ada lintasan keretapi, siap ada orang tengah tunggu keretapi lalu

Antara lukisan budak-budak kelas Haziq

Minggu lepas sensei Haziq kata lukisan "watashi no suki na norimono (Kenderaan yang saya suka)" dapat ginsho (silver medal) dalam satu exhibition antara sekolah tadika di Moji. Haziq suka sebab dapat sijil dengan hadiah. Hazim lak dok kata " Hazim punya takde ke?" dengan muka sedih dia...

Hari ini lepas sekolah, bawa Haziq dan Hazim untuk tengok pameran lukisan itu. Memang kreatif lukisan budak-budak. Semuanya warna-warna yang ceria dan kalau tengok sekali memang tahu budak-budak tengah happy melukis sambil mewarna lukisan masing-masing.

Seronok tengok macam-macam jenis kenderaan yang ada. Ada shinkansen (Haziq lukis shinkansen), kereta polis (budak kelas Haziq yang dapat kinsho - gold medal), kereta, kereta bomba, keretapi biasa dan jentolak pun ada. Huhu.. siapala yang suka dengan jentolak tuh..agaknya dia kagum benda tuh boleh bawa tanah kot.....

Monday, July 28, 2008

どうして君を好きになってしまったんだろう-東方神起



Why Did I Fall In Love With You - Tohoshinki

Lagu nih sedih mengisahkan lelaki nih suka kat kawan perempuan dia sejak sekolah lagi.
Tapi dia tak luahkan perasaan kat perempuan nih.

Mereka masih berkawan sehingga masing-masing dah bekerja.
Satu hari perempuan nih jumpa kata dia nak kahwin.
Lelaki nih frust sangat tapi dia datang juga majlis kahwin perempuan ini.
Untuk ucapkan tahniah dan selamat berbahagia.......
Suka dengar lagu nih sebab catchy musicnya..

update 29/7 music video yang 1st kena delete so nih ambil yang lain. story di atas tak de kena mengena dengan music video yang ini (fan-made music video. credit to tvxqfosho)

Thursday, July 24, 2008

Pesta Bunga Api

taken from the official website(http://www.moji-retro.com/hanabi/)

Bila sebut natsu (summer) di Jepun mesti semua tahu time nih lah kat semua tempat ada Pesta Bunga Api. Seperti biasa, Pesta Bunga Api di Moji Retro adalah paling besar dan meriah dalam Kyushu (kalau tak silap:)) sebab bunga api dilancarkan dari dua tempat iaitu Moji dan Shimonoseki. Kira macam lawan belah mana lagi hebat. Paling best ada bentuk macam-macam. Jumlah bunga api adalah sebanyak 13,000 das. Selalunya bawah 10,000 das sahaja.

Tak sabar nak tengok bunga api tahun nih. Yang paling best tak payah bersesak-sesak dengan orang ramai dan susah payah mencari parking kereta sebab boleh tengok dari depan rumah saja. Yeay!

Tuesday, July 22, 2008

Mandi-manda



Hari Ahad lepas, bawa Haziq dan Hazim mandi air terjun. Tempatnya Sugao Taki (菅生滝) di Kokura Minami. Dari rumah naik kereta tak sampai satu jam perjalanan ikut highway. Dari tempat parking ke air terjun cuma 5 minit jalan kaki.


Kebetulan cuti 3 hari jadi ramai juga orang yang datang terutamanya dengan keluarga masing-masing.
Tapi taklah ramai sampai tiada tempat untuk letak makanan. Haziq dan Hazim bukan main suka dapat main air. Air terjun cuma satu di atas sekali. Tak ramai orang yang mandi kat atas sebab dalam. Ramai yang tengok air terjun sahaja dari jambatan kecil. Kebanyakkannya mandi di sebelah bawah. Air terjun di sini sesuai untuk keluarga yang bawa anak-anak.


Lepas makan nasi lemak, Haziq dan Hazim tak sabar-sabar nak mandi. Tapi bila masuk sahaja dalam air "Samui (sejuk)!" sampai mengigil badan. Terutamanya Haziq yang kurang lemak di badan. Memang sejuk betul airnya. Kalah mandi air paip di rumah.....


Friday, July 18, 2008

Cerita Haziq dan Hazim

Tengah - tengah masak kat dapur terdengar Haziq dan Hazim perang mulut.

Haziq kata " tamak..."

Hazim kata "hah?" tak dengar kot..

Haziq kata " tamak" dengan suara tinggi....

Hazim kata "hah?"...tak faham kot...

Haziq kata sekali lagi " tamak"

Kali ini Hazim nak confirmkan apa yang Haziq kata..

Hazim kata " tok mak?"

Haziq give-up mintak sikit jajan (biskut) dari Hazim dan sambung main......

Hazim yang memang kurang fasih & faham BM pula sambung makan jajan dengan selambanya tanpa mengetahui "tamak" itu apa..