Semalam kami sama Kak Hanum jalan-jalan ke Arita Toukichi (有田陶器市)di Saga Prefecture. Bertolak pukul 6 setengah pagi dan sampai di Arita pukul 8:50 pagi. Nasib baik bertolak awal so takdelah jam teruk sangat. Dapat parking pun dekat.Hujan pula tidaklah lebat tapi kena gak pakai payung. Arita terkenal dengan porcelain. Tempatnya seperti zaman jepun dulu-dulu. Ada sungai, ada kedai lama-lama, ada tembikar Jepun yang memang unik dengan lukisan semulajadinya.
Kami berjalan sepanjang 4km (mungkin lebih) dengan mata mula mencari mug, pinggan, peralatan dapur yang kebanyakkannya memang cantik. Pendek kata, kalau boleh semua kedai nak berhenti tengok sampai ke dalam tapi cabarannya adalah Haziq dan Hazim. Takut sahaja pecah.
Arita Percelain (Imari Porcelain pun ada juga) ini tahan haba, makin lama guna semakin sedap dan ringan berbanding dengan porcelain dari China. Dulu Arita Porcelain banyak dieksport ke Eropah tapi sejak ada persaingan dari China, eksport makin kurang. Jadi maker Arita Porcelain banyak cipta porcelain yang bukan sahaja berfungsi sebagai cawan, pinggan etc tapi boleh tahan haba, tidak mudah pecah, ringan dan ada lagi teknologi canggihnya. Cuba bayangkan tempat bakar roti diperbuat dari porcelain. Cantik dan harganya juga cantik (10,000yen lebih tak silap)
Barang-barang yang dijual di depan kedai harganya dari 50yen sehingga beratus ribu yen tapi ada diskaun sehingga 50% dan boleh tawar menawar lagi. Ada 600 lebih kedai jadi tak larat nak masuk setiap kedai tengok sampai dalam. Kak Hanum jer yang sempat masuk sementara kami menunggu di luar kedai (Haziq dan Hazim ligat main hujan...huhu).
Orang punyalah ramai. Bukan sahaja orang Jepun, orang Bangladesh, Indonesia, Mat saleh, dan orang dari negara mana tah pun sibuk shopping. Sibuk tengok sana sini (shopping), jam pun dah pukul 12 so kami bergerak balik kereta. Lagipun Haziq dan Hazim dah mengadu sakit kaki. Huhu...sasuga ikut orang perempuan shopping, budak-budak pun tahu sakit kaki ikut kami....
Masuk kereta, makan nasi sementara mencari tempat nak masuk onsen (spa). Tak jauh rupanya dengan Takeo Onsen (武雄温泉). 10 minit kalau tak jam. Nasib baik ada satu onsen untuk family yang kosong. Haziq dan Hazim memang suka masuk onsen. Inilah kali kedua kami masuk onsen. Lepas sejam masuk onsen, keluar-keluar sahaja terasa badan ringan. Masuk kereta kami kelaparan. Lepas makan nasi dan roti, kami bertolak pulang dengan bonet yang penuh pinggan, cawan segalanya. Happy!. Next year kena pergi lagi nampaknya........
No comments:
Post a Comment