Tuesday, August 10, 2010

Mazda


Minggu lepas hari Jumaat, ada lawatan ke kilang Mazda di Hofu sama sensei dua orang dan kohai Korean seorang. HQ Mazda di Hiroshima jadi kilang yang di Hofu hanya buat dua model, Atenza dan Axela. 90% kereta yang dibuat di sini hanya untuk eksport terutamanya ke US. Siap ada dua pelabuhan sendiri (untuk pasaran domestik dan antarabangsa). Ingatkan boleh tengok RX-8 tapi takde dibuat di sini.


Berbanding dengan lawatan ke Nissan dan Toyota sebelum ini, kali ini lawatan ke Mazda dibuat secara terperinci. Ada tunjuk slide dan dibawa melawat ke bahagian assembly. Ingatkan nak tengok press shop (sebab seronok tengok robot-robot tuh buat kerja. Macam dalam cerita Transformers), tapi malangnya tak pula dibawa melawat ke sana. Di akhir lawatan, ada sessi soal jawab. Agak hairan sebab kebanyakkan soalan kami dijawab dengan berhati-hati oleh PIC Mazda. Mungkin takut bocor rahsia strategi Mazda. 企業秘密?

Kesimpulannya, kilang Mazda di Hofu nih lebih kepada marketing strategy. Sesuai dengan citarasa orang US, Ford sana. Design kereta pun ikut demand mat saleh. Dalam kilang pun tiada banyak idea untuk cost down atau kaizen. Tapi Mazda lebih pentingkan kualiti rasanya. Bahagian inspection menggunakan pekerja yang agak ramai.

Apa-apa halpun banyak juga belajar dari lawatan kali ini. Lepas ini nak cuba tengok kilang Daihatsu di Oita. Mungkin lain dari yang lain sebab Daihatsu hanya buat kereta/trak yang mempunyai engin berkuasa rendah.


No comments:

Post a Comment