Monday, December 13, 2010

Imari




Sabtu lepas, kami jalan-jalan cari pinggan sampai ke Imari di Saga Prefecture. Perjalanan dari rumah dalam 2-3 jam lebih kurang. Ada kilang Noritake dan Arita yaki. Tahun tahun lepas dah pernah pergi ke Arita jadi kali ini ke Imari pula. Kedua-dua jenama pinggan, cawan memang terkenal untuk peminat seni tembikar Jepun. Sesuai untuk dihidangkan dengan makanan Jepun.

Menariknya tempat ini, kedai-kedai memang jenis lama dan tradisional. Di belakangnya pemandangan gunung, kebun sayur dan sawah padi. Orang pun tak ramai. Mungkin sebab belum waktu jualan murah. Tunggu bulan 4 tahun depan baru ada.

Balik dari membeli belah, kami singgah mandi onsen (kolam air panas), 武雄温泉(Takeo Onsen). 30 minit dari Imari. Memang best masuk onsen waktu cuaca sejuk-sejuk nih. Rasa macam nak duduk lama dalam onsen tapi panas lah pulak!. Habis sahaja mandi, barulah perut terasa lapar. Bentang tikar kat belakang tempat parking kereta dan apalagi, isi perut dahulu sebelum pulang.

No comments:

Post a Comment