Thursday, June 30, 2011

Sekolah

Hari nih ada 試食会 (ibu bapa datang ke sekolah dan rasa makanan yang disediakan untuk makan tengahari sekolah). Menunya roti, marjerin, daging masak kacang soya dengan sos, kobis gaul dengan nanas dan susu sekotak. Daging tak boleh makan jadi memang buat dari rumah bento untuk Haziq dan Hazim bawa ke sekolah. Setiap hari kena tengok menu sekolah untuk buat bento yang serupa dengan budak-budak lain. Taknak lah Haziq dan Hazim rasa teringin nak makan apa yang kawan makan.

Sebelum rasa menu sekolah, ada cikgu yang jaga bab khasiat pemakanan beri ucapan dan buat pembentangan pasal macam mana menu di sediakan/ di masak, dari mana sayur semua di beli dan pelbagai proses untuk sediakan makanan tengahari di sekolah.

Sayur kobis + nanas sedap juga. Satu benda yang diaorang jaga ialah rasa yang tidak terlalu masin, manis. Kalau boleh biarlah うすい(kurang rasa), supaya rasa manis dari sayur, daging kekal. Memang makanan Jepun kurang rasa masin atau manis. Bagus juga untuk kesihatan.

Satu lagi yang perasan, semua sayur dan daging, ikan, telur dibeli dari pengusaha tempatan. Tukang masak ada ramai dan diaorang akan mesyuarat pagi-pagi untuk tentukan PIC lauk-lauk serta cara memasak. Semua pakai apron, topi putih. Pakai sarung tangan getah  lagi. Tukang basuh sayur tak boleh in-charge untuk potong sayur sebab tukang basuh sayur ambil sayur dari lori di luar dan sayur masih ada tanah belum dicuci bersih. Dikhuatiri bila potong sayur, ada tanah lekat kat apron. Lepas tukar apron barulah boleh tolong potong sayur dan memasak.

Rasanya kalau di Malaysia, kantin sekolah buat macam ini bagus juga. Bayaran pula sebulan sekali. Ibu bapa cuma bayar duit makanan (sayur, daging, ikan, roti, nasi etc) tapi duit gaji pekerja, duit gas semua tuh pejabat daerah yang tanggung. Harga satu menu (satu hari) cuma 206yen (dalam RM6. Nampak mahal tapi sebenarnya kita boleh anggap hanya RM2 sahaja). 

Haziq dan Hazim suka betul tengok Umminya datang melawat waktu diaorang tengah makan tengahari. Mula-mula pergi kelas Haziq. Mak kawan Haziq tanya, buat sendiri ker bentou tuh, macam mana boleh serupa?. Haha..bagitahulah kat diaorang yang kita masak tengok bahan-bahan dalam menu sekolah dan buat lebih kurang bagi serupa. Tak sangka rupa boleh sama dengan menu di sekolah. Tapi rasa mestilah lain. Budak-budak nih pula seronok jer dapat makan sama-sama. Semua minta bertambah walhal sayur jer banyak dalam menu sekolah hari ini.

Suasana waktu makan tengahari. Budak-budak dibahagikan pada dua kumpulan untuk tugas ambil pinggan, makanan dari bilik masakan, bahagikan roti/nasi semua pada kelas, kemas dan hantar balik barang-barang ke bilik masakan.

* Dua hari berturut-turut kena pergi sekolah Haziq dan Hazim. Sibuk sungguh sampai tak sempat nak buat research paper, nak baca buku, nak study semua. Argh!!. Kena cover balik, bangun subuh pukul 4 pagi dan tak boleh tidur lepas tuh. Harap-harapnya bolehlah siapkan chapter yang dah tertinggal banyak dari jadual.

* Maaf beribu-ribu lemon sebab kena tutup blog sekejab. Tapi sekarang dah okay. Selamat membaca!

Wednesday, June 22, 2011

Buli

Dah lama tak update, tiba-tiba hari nih tajuk entri yang kontroversi pula. 

Pagi tadi Haziq macam malas ke sekolah. Disebabkan hujan, kesian pula tengok Haziq dan Hazim ke sekolah jalan kaki. Jadi hari nih hantar Haziq dan Hazim naik kereta. Waktu sampai kat sekolah, tanya Haziq kenapa hari nih lain macam. Barulah dia buka cerita yang semalam waktu rehat ada kawan dia tarik seluar dia. Hah!!masuk nih dah kali kedua, kawan yang sama buat benda macam nih. Kali pertama dulu, saya telefon cikgu komplen pasal budak nih. Memang budak nih suka buli budak-budak lain. Rasanya dia nih kurang perhatian kat rumah. Kenal mak dia dan tahu perangai mak dia nih selalu buat tak heran dengan anak dia. Pembuli nih selalunya suka tarik perhatian orang sebab dia tahu bila dia buat benda-benda yang bagi dia boleh buat orang ketawa, dia rasa orang suka pada dia sebab dia hebat. Sekolah Jepun memang banyak kes buli. Ada yang sampai bunuh diri sebab takde siapa pun berpihak pada mangsa buli. Dia takde tempat mengadu. Kasihan tengok sistem kekeluargaan Jepun yang semakin rapuh. Malaysia masih bagus sebab kita ada agama.

Haziq pula jenis yang kena tanya apa cerita kat sekolah hari nih, barulah dia cerita banyak. Kena banyak sokong dia. Nak tahu cerita tuh betul atau tidak, saya akan telefon sekolah tanya cikgu kelas. Nasib baik sistem sekolah Jepun, satu guru kelas untuk satu kelas, ajar semua subjek. Jadi cikgu kelas dah kenal perangai seorang-seorang anak murid dia. Haziq cerita yang cikgu kelas dia beritahu kat budak-budak yang suka buli nih (waktu kali pertama) yang bila Haziq balik Malaysia nanti, Haziq akan beritahu pada orang Malaysia yang orang Jepun nih suka buli orang. Haha...semestinya!!..Cikgu nih sampai susah hati sebab dia kata dia nak Haziq balik Malaysia tahun depan dengan bawa cerita yang bagus sahaja pasal sekolah Jepun.

Akhirnya saya suruh Haziq jangan dekat atau buat kawan dengan budak yang suka buli nih. Bila kawan dengan budak yang perangainya tak bagus, kita akan jadi samada mangsa buli ataupun perangai serupa, 2X5 dengan budak tuh. Tinggal lagi 9 bulan untuk bersabar dengan perangai budak-budak Jepun nih. Kasihan pada Haziq dan Hazim sebab kena berkorban perasaan demi Umminya yang nak habiskan PhD kat Jepun nih. Pernah tanya jiran pasal kes buli nih. Dia pun ikut geram dan terperanjat yang ada budak buli Haziq. Dia kata kalau jadi lagi kes macam nih kena beritahu guru besar.

Jadi kalau ada kali ketiga, saya akan cakap sendiri dengan guru besar. Nak tengok pihak sekolah cakap atau tidak dengan mak budak nih. Kalau tak cakap juga, saya akan fail komplen rasmi pada Presiden PIBG pula. Lepas itu kalau takde action dari pihak PIBG pula, saya hantar komplen ke Biro Pendidikan di Pejabat Daerah Kitakyushu pula. Huhu!. Mahunya kecoh satu Moji nih!.

Thursday, June 16, 2011

Yang ini Umminya buat dan warna. Huhu..comot!
Bulan lepas buat tempat letak pen dari botol kaca dan cawan kertas menggunakan tanah liat. Nih projek sama Haziq dan Hazim hujung minggu. Kami gunakan rempah ratus untuk dapatkan pelbagai corak pada tempat letak pen nih. Semerbak bau rempah ratus satu bilik sebab Haziq dan Hazim sibuk cari corak yang menarik. Seronok rupanya main tanah liat. Teringat dulu waktu kecil- kecil suka ambil tanah liat tepi parit depan rumah. Setiap kali ada orang korek parit bagi besar, mesti ada tanah liat kat tepi tebing. Happy jer tunggu takde orang nak ambik tanah liat banyak-banyak.

Khusyuk main plastesin.     




Seronok tau main tanah liat dengan budak-budak. Kami buat bentuk rama-rama, pinggan, bunga tulip dan apa bentuk entah lagi. Sebulan sekali ada projek seni macam nih boleh bantu anak-anak jadi lebih kreatif.

* Kalau perasan ada badge Pomodoro Technique. Untuk orang-orang yang susah bagi tumpuan dalam masa yang singkat, cuba teknik ini. Sesuai untuk kita!

Wednesday, June 15, 2011

AED

Semalam dapat join kelas rawatan kecemasan dan cara menggunakan AED (Automated External Defibrillator) di sekolah Haziq dan Hazim. Setiap tahun nak masuk musim panas, PTA (AJK Kesihatan) akan anjurkan kelas nih. Pengajarnya pula cikgu sekolah. Walaupun ringkas tapi banyak dapat belajar. Cara nak bagi CPR, guna AED dengan betul. Sekarang dah banyak tempat di Jepun ada AED.

Pertama sekali, kami diajar bahagian dada yang mana untuk tekanan selama 30 kali diikuti CPR mulut ke mulut dua kali. Mula-mula buat kat patung orang dewasa dan lepas itu patung budak-budak. Kalau tertekan dada kuat sangat, ada lampu merah yang kata tulang dada retak sebab tertekan kuat sangat. Mak-mak Jepun kebanyakkannya tak kuat sangat jadi keluar lampu kuning. Tapi bila sampai giliran saya, awal-awal lagi dah lampu merah!. huhu. Lepas dah buat 10 kali, barulah dapat agak. Bila buat pada patung kanak-kanak, tekanan pada dada tak boleh kuat sangat. Terutamanya untuk bayi hanya gunakan 3 jari sahaja. 

Sementara nak tunggu AED sampai, waktu itu paling kritikal untuk mangsa jadi pesan cikgu yang ajar kami, jangan PANIK!. Orang mesti ramai berkumpul, bila kita yang cuba beri bantuan nampak panik, orang sekeliling akan ragu-ragu dengan keupayaan kita jadi mesti ramai yang akan masuk campur walhal yang penting selamatkan nyawa mangsa. Lagi satu tak boleh baringkan mangsa di tempat yang basah bila guna AED. 

Bagus sebenarnya kelas sebegini terutamanya untuk mak-mak sebab mereka paling selalu sama dengan anak-anak. Kalau apa-apa jadi di kolam renang atau laut, sekurang-kurangnya dah ada asas latihan kecemasan dan CPR walaupun sebenarnya dalam hati janganlah terjadi kejadian yang tak diingini nih.

* Dalam kelas nih jumpa mak kawan Haziq. Dia tanya "Awak jadi ketua AJK Biro Pendidikan ya?". Haha.. tak habis lagi cerita nih ker. Orang Jepun susah nak jadi ketua apa-apa sebab tak mahu dipertanggungjawabkan bila ada masalah tapi tak ramai yang tahu saya terpilih jadi Ketua sebab kalah じゃんけん(O-Som)!!!

Monday, June 13, 2011

 
Main "teng-teng" kat tepi pantai

Balik dari Senjoujiki, kami singgah Tsunoshima. Walaupun belum masuk musim panas, Haziq dan Hazim yang pantang tengok laut, terus terjun tiruk dalam air laut. Bila cicah kaki dalam air laut, erk!..sejuk lagi rupanya tapi budak-budak nih bukan kisah. Gembira sungguh jumpa laut. Tak sabar nak camping bulan 7 nih. Walaupun dah pergi banyak kali, memang kagum dengan keindahan Tsunoshima. Warna air laut, langit dan rumput hijau (pokok takde) dan pantai berbeza serta kontra. Itu yang buat Tsunoshima nih cantik!
Dua orang budak yang keseronokan jumpa tempat luas

Sabtu lepas pagi-pagi lagi dah hujan dan mendung tapi kami yang memang jarang duduk rumah bila hujung minggu terus keluar jalan-jalan ke Yamaguchi. Tempat nih tak pernah pergi lagi tapi dekat-dekat dengan Tsunoshima. 千畳敷(bacanya Senjoujiki) nih atas tanah tinggi. Dari bawah terang benderang tapi nak dekat-dekat sampai ke puncak kabus tebal. Macam masuk dunia lain pula. Bila sampai tempat parking, cantik sangat pemandangan kabus dan padang hijau. Ada bunga kuning-kuning. Tanya Haziq dan Hazim nama bunga, terus kata macam tanpopo tapi bukan. Diaorang belajar nama pkok dan bunga kat sekolah.

Kami paling lama duduk kat sini sebab suka sangat dengan suasananya. Bila tengok padang luas, apalagi Haziq dan Hazim buka kasut dan lumba lari sambil jerit suka. Kitaorang yang tengok pun macam best jer jadi budak-budak. Orang memang takde yang stay lama-lama. Mungkin sebab takde apa yang nak tengok. Kalau kabus takde, memang boleh nampak pemandangan laut Jepun, kincir angin. Esok-esok boleh singgah sini lagi kalau nak camping di Tsunoshima. 

Thursday, June 09, 2011

Hiasan

momo no sekku

Semalam tengah cari artikel ekonomi dalam suratkhabar, terjumpa lak hasil kaligrafi yang saya buat bulan 3 hari tuh. Susah cikgu kaligrafi nih nak beri "maru/hana maru" kat saya sebab kata dia, tulisan saya "keras", nak cepat ajer dan tak seimbang. Dibandingkan dengan Haziq dan Hazim, diaorang buat lagi bagus. Agaknya budak-budak kalau di ajar dari awal, diaorang akan cepat tangkap dan makin lama buat makin bagus prestasinya. Orang tua nih lambat sikit nak "tangkap" kalau belajar tapi masih boleh belajar macam-macam lagi sebagai hobi, katakan. 

Tulisan Jepun di atas "Momo no sekku". Momo tuh buah "peach". Sekku tuh maknanya perayaan untuk musim itu. Momo no sekku nih hanya untuk hari kanak-kanak perempuan (3 Mac setiap tahun). Ataupun orang panggil "hinamatsuri". Rumah yang ada anak perempuan akan letak satu perhiasan mini pentas bertingkat dengan anak patung tradisional orang Jepun. Comel sangat semua anak patung tuh duduk dan pakai kimono. Harga set nih memang mahal. Tak semua rumah boleh sediakan set anak patung nih. Kalau anak lelaki pula, setiap rumah akan letak "koi nobori" atau maksudnya patung ikan koi yang dinaikkan ke atas bumbung rumah dan angin akan tiup ikan koi itu supaya dari jauh nampak seperti ikan koi itu berenang-renang. Kalau rumah kecil selalunya ada yang kecil letak di beranda rumah. Kalau nak menarik lagi, ada yang buat kraftangan macam di bawah ini. 

Gambar "koi nobori" dalam bentuk "patchwork"
di klinik kanak-kanak, tempat kami biasa pergi.

Inilah set perhiasan "hinamatsuri".
Jiran ajak datang rumah tengok perhiasan nih.
Comel sangat!

Tata, hingga jumpa lagi!. Oops, lupa pula nak beritahu, hari kanak-kanak lelaki pula 5 Mei setiap tahun.

Wednesday, June 08, 2011

Cop


(see full image)

Kalau boring-boring dah takde idea nak tulis apa dalam ronbun, mulakan check buku latihan Hazim dan kalau semuanya betul, takde salah barulah boleh guna cop/stamp yang dalam gambar tuh. Ada tiga jenis. Warna biru maksudnya cemerlang, merah jambu maksudnya bagus dan yang hijau maksudnya good job?. Dakwatnya dah ada dalam tuh. 

Cikgu sekolah Jepun pun kadang-kadang ada gunakan cop pelbagai karakter kartun jadi budak-budak suka bila dapat yang comel-comel. Dakwat pula mesti warna merah. Kalau dapat markah penuh, cikgu akan tanda buku dengan buat bulat, putar-putar, ada yang buat bunga pada kertas jawapan. Tanda garisan macam di Malaysia pula, di sini maknanya salah.   

Entri di atas entri yang dah tulis lama tapi asyik tertangguh nak post. Ini pula cerita Sabtu lepas. Waktu kami satu rumah bangun pagi-pagi nak bersiap ke kelas Kaligrafi Jepun, ada dengar bunyi loceng. Ingatkan kawan Haziq datang nak ajak main. Rupanya jiran atas, perempuan dengan baby dia umur 4 bulan. Dia nak minta tolong alihkan kereta dia yang tersekat antara dua dinding batu waktu nak keluar dari tempat parking. Bila kami tengok, erk..kesian Toyota Wish, tak boleh nak keluar. Dahlah dia baru beli kereta. Ayah tolong reverse sikit, bercalar lah juga tapi tak boleh nak keluar habis. Takut kena tempat lain pula. Jalan di Jepun nih memang sempit belaka. Tapi ramai juga yang pakai kereta besar-besar. Memang boleh upgrade skill parking kereta kalau di Jepun nih. 

Akhirnya telefon JAF (Japan Automobile Federation). Kat Jepun, berguna sangat kalau masuk jadi ahli JAF. Bayar 4000yen setiap tahun dan kalau kereta sendiri, kereta kawan (dengan syarat ahli JAF kena ada di situ), kereta sewa ataupun motor sendiri rosak, boleh telefon diaorang. Dalam 20 minit orang JAF datang. Bawa alat "jack" yang jenis boleh pusing, bagi kereta alih tempat tuh. Kami cuma ada "jack" biasa, untuk tukar tayar, mana larat nak angkat kereta 2tan. Kejab ajer dah boleh alihkan kereta dan Ayah tolong parking di jalan yang besar sikit. 

Sementara nak tunggu orang JAF datang, kami borak-borak dengan jiran Jepun nih. Baby dia nih "quarter" sebab husband dia "half". Hah. mula-mula tak faham apa yang half, quarter sebab baby dia sebiji muka mat saleh. Comel sangat. Diam ajer pula tuh. Rupanya, mak atau bapa husband dia mat saleh dan anak dia (husband) dipanggil "half" dan bila dapat anak, anak tuh dipanggil "quarter". Apalah guna panggilan macam tuh. Macam nak beli sayur labu kat pasar ajer!. Rasanya pernah baca artikel suratkhabar pertikaikan penggunaan perkataan "half" dalam bahasa Jepun.

Tapi dari kejadian hari sabtu lepas, dapatlah kenal dengan jiran-jiran keliling rumah. Kalau tidak selama nih, cuma angguk kepala tanda menegur ajer. Orang Jepun nih susah nak borak-borak dengan orang bukan Jepun sebab takut kami cakap English. Kitalah yang kena mulakan perbualan dalam bahasa Jepun, barulah nak cerita lebih skit.....

Saturday, June 04, 2011

Kasut Bayi

Kasut bayi dari gula (tak boleh dimakan)


Nampak eksklusif sangat bila letak dalam case.



Ini bukan saya buat. Tapi ini contoh kasut bayi dari cikgu yang ajar sugarcraft. Untuk program PTA sekolah Haziq dan Hazim, sebagai AJK Biro Pendidikan, kami merancang untuk membuat kelas sugracraft bulan 7 nanti dengan bayaran 500yen seorang. Siap dengan tempat letak kasut tuh semua. Boleh buat hiasan atau hadiah pada orang. Cantik sangat!. Comel kan!Bungkusan yang dibelakang kasut tuh pula 乾燥剤 (gel pengering), supaya kasut bayi tuh tahan lama. 

Friday, June 03, 2011

Kuat


Negara mana yang paling kuat dan bagus dalam industri otomotif?. Beli buku nih dah lama tapi asyik separuh jalan tak habis-habis. Sebabnya tulisan Jepun yang menegak tuh. Kalau tulisan Jepun yang ikut baris melintang, cepat sikit baca. Disebabkan tajuknya menarik, penulisnya orang Jepun mesti dah boleh agak kesimpulannya tapi semakin baca semakin lain jadinya. Tak boleh nak kata apa. Kena tunggu sampai dah habis baca baru boleh bagi review.

* Tak sabar tunggu habis musim hujan dan masuk musim panas. Camping di Tsunoshima!!!!!yay. Mandi laut, pasang khemah, tidur tepi pantai, main masak-masak, tengok bintang!!!!

Thursday, June 02, 2011

Musim

Cahaya matahari di celah-celah bunga sakura.
Gambar diambil bulan 4 hari tuh.
Suka dengan cara cahaya matahari
yang tersebar di sekeliling bunga sakura dan
ranting pokok yang bewarna kegelapan.

Musim hari sukan dah bermula. Hari sukan sekolah Haziq dan Hazim hari Ahad, 5 Jun nih. Kalau sekolah di Jepun, semua kanak-kanak akan terlibat dalam semua acara. Murid sekolah pun tak ramai. Satu kelas purata murid dalam 24 orang darab dari darjah 1 sampai 6, jadi kesluruhan murid sekolah Haziq dan Hazim lebih kurang 144 orang. Tahun ini tahun terakhir Haziq dan Hazim beraksi dalam hari sukan. Cuma ada dua kumpulan, kumpulan putih dan kumpulan merah. Kebanyakkan sekolah pun begitu. Mungkin ada kaitan dengan bendera Jepun warna putih merah?. 

Menariknya dalam acara sukan sekolah mesti ada 玉入れ (masukkan uncang kecil berisi kacang dalam gol kecil yang diletak atas besi/kayu panjang dan dipegang tinggi oleh guru sekolah). Semua murid dalam kumpulan merah dan putih akan berlumba masukkan uncang kecil dalam gol masing-masing, dalam masa yang diberikan. Bila masa tamat, mereka akan sama-sama mengira uncang yang ada dalam gol. Siapa paling banyak, kumpulan itu yang menang. Memang seronok!. Masing-masing berebut nak masukkan uncang tapi tak sampai so terpaksa lompat dan meninjit. 

Oleh kerana tahun ini Haziq kumpulan putih, Hazim kumpulan merah, Ummi bagi pilihan pada Haziq dan Hazim untuk pilih penyokong. Hazim minta Ummi sokong kumpulan dia dan Ayah sokong kumpulan Haziq. Rasanya memang pihak sekolah takkan beri adik beradik dalam satu kumpulan yang sama untuk beri sokongan yang sama rata pada kumpulan putih dan kumpulan merah. 

Walaupun hari-hari nak tidur malam mesti mengadu sakit kaki, minta Ummi letak minyak, urutkan kaki, esok paginya bila nak ke sekolah, muka masing-masing happy ajer. Gambare Haziq dan Hazim!.

* Hati seorang ibu itu cukup tenang dan lega apabila melihat wajah anak-anak sedang tidur lena. Apatah lagi tidur lena mereka itu disebabkan kesungguhan dan usaha masing-masing menuntut ilmu, belajar pelbagai skill termasuk cara berkawan......


Wednesday, June 01, 2011

Percuma

Baru saja baca suratkhabar pasal skim 1000yen tol di Jepun akan diberhentikan mulai 19 Jun nih. Tak sempat naik ke Tokyo guna 1000yen saja. Tak perlah. Masa itu lebih penting. Tapi yang menarik lagi mengenai tol di Jepun nih, tiada tol (hanya Tohoku Highway) akan dikenakan untuk penduduk di kawasan tsunami. Percuma mulai 20 Jun dengan syarat tunjuk bukti kata rumah rosak sebab bencana dll. Ini beritanya dalam bahasa Jepun. 

Ramai juga yang guna highway waktu 1000yen hari tuh. Tapi belum ada paper yang rumuskan berapa banyak kesan ekonomi ke atas industri pelancongan domestik. Orang Jepun nih tak semua benda yang nampak dari zahirnya percuma atau menguntungkan, diaorang akan suka. Diaorang berpandangan mesti ada kesan negatif. Contohnya, tol murah maknanya pencemaran alam sekitar sebab semua orang akan guna kereta, jalan jem, lori hantar barang lambat sampai ke destinasi masing-masing, business shinkansen, keretapi makin merosot dan sebagainya. 

Betul lah kata orang, duit itu tak semudahnya turun dari langit atau tak semua benda indah belaka. Kena periksa betul-betul!. 

* Tengah mendengar balik recording fieldwork interview. Ada sorang tuh cakap pasal よい段取りと悪い段取り. Maknanya plan yang bagus dan yang tak bagus. Sebabnya waktu sampai untuk buat interview, tak prepare betul-betul dan tak hantar senarai soalan interview pada expert tuh terlebih dahulu. Huhu. Sakit telinga dengar dia kritik!. Tapi tak per lepas nih sure akan ingat supaya buat preparation betul-betul.