Thursday, December 30, 2010

Yakushima



Malam semalam Hazim tak boleh tidur sebab batuk dan tak boleh bernafas sangat. Pagi tadi kami dah keluar seawal 6 pagi untuk ke ER. Lepas ambil ubat, barulah kami bergerak ke Terminat Bot Laju, Toppy untuk ke Yakushima. Sampai sahaja di terminal, ramai sungguh orang. Mungkin semuanya nak balik kampung di Yakushima dan pulau berdekatan sempena tahun baru. Walaupun hanya dua jam, tak sangka laut sedikit bergelora menyebabkan Ummi rasa macam mabuk laut. Nasib baik ok, takde insiden yang tidak diingini berlaku dalam feri.

Sampai sahaja di Yakushima, cuaca memang baik. Kami sewa kereta untuk 6 jam sebab nak balik naik feri pukul 3:45 petang. Kiranya ada masa kurang dari 6 jam untuk melihat-lihat kawasan pulau. Cuma ada satu sahaja jalan besar di keliling pulau dan kalau naik kereta ambil masa 2-3 jam sahaja. Taklah besar sangat.


Kami singgah di Shiratani Unsuikyou (白谷雲水峡), tempat idea Miyazaki Director buat untuk filem anime Princess Mononoke. Untuk ke pintu masuk tempat nih, memakan masa 30 minit naik kereta dari Terminal Feri Miyanoura. Sampai di pintu masuknya, boleh pilih nak hiking course yang 30minit, 1 jam, 3 jam. Semakin panjang masa mendaki, semakin cantik hutannya. Semestinya semakin mencabar dan memerlukan stamina mendaki. Dalam hutan nih juga ada air terjun. Cantik sangat. Rasa macam dalam dunia lain. Ramai juga pendaki walaupun cuaca mula mendung selepas tengahari.

Lepas ambil gambar dalam hutan, berlatarbelakangkan jambatan gantung, air terjun, barulah kami bertolak pulang. Dalam perjalanan untuk mencari tempat makan udon, orang kereta sewa telefon kata semua feri dibatalkan untuk hari ini sebab angin kuat dan laut bergelora. Maknanya kami tak boleh balik!. Ah!. sudah. Takkan nak bermalam di Yakushima. Akhirnya, fikir sini, tanya sana, pusing situ, kami ambil keputusan balik naik kapal terbang, Japan Air Comuter (JAC) sampai ke Kagoshima Airport. Naik kapalterbang pukul 3:55 petang dan perjalanan memakan masa hanya 30 minit sahaja.

Kapalterbang dari Yakushima ke Kagoshima kecil sahaja. Kapal terbang pula asyik bergegar sebab langgar kabus. Ummi pegang erat tangan Haziq. Rasa macam perut tertinggal di belakang!. Untuk masa terdekat nih, cukuplah kenderaan laut dan udara dalam keadaan cuaca tak menentu. Nak rehatkan tali perut!.

Akhirnya kami selamat sampai bilik hotel pukul 7 malam lepas ambil bas dari airport ke bandar Kagoshima. So sekarang ini, semua orang tengah rehat sambil tengok tv. Ah...lega rasanya boleh pijak kaki atas tanah.

No comments:

Post a Comment