Friday, July 01, 2011

Otak

Baru habis baca satu buku tajuk "Bagaimana menggunakan otak secara efisien untuk belajar". Antara isi yang penting ialah:
  1. Otak akan lebih aktif bila kita dapat capai satu-satu matlamat. Ada satu elemen dalam otak yang hadir bila kita rasa seronok untuk belajar subjek itu.
  2. Letak "deadline" pada matlamat kita. Bila ada tekanan dari segi masa, otak akan lebih aktif dan dapat tangkap apa yang dipelajari dengan syarat "deadline" itu bukan orang lain yang letak tapi diri sendiri. Contohnya kena hantar assignment 2 minggu lagi (sensei yang bagitahu) tapi kita tetapkan "personal deadline" 3 hari sebelum deadline yang sensei bagi.
  3. Tumpukan perhatian. Maknanya tetapkan rutin harian dan bila sampai masa untuk belajar, jangan buang masa dan mulakan kerja kita. Jadikan habit nanti lama-lama otak akan aktif untuk beri perhatian pada subjek yang kita nak belajar. Jangan lama-lama. Contohnya, cuba untuk 25 minit (pomodoro tecnique). Ataupun untuk beberapa mukasurat dulu.
  4. Guna teknik menghafal. Caranya, mula-mula baca satu mukasurat dan perhatikan isi penting. Lepas itu cuba tulis semua di atas buku nota dengan syarat jangan tengok mukasurat itu lagi. Cara ini lebih berkesan untuk jangka masa panjang sebab imej/ isi penting yang dah baca mula-mula tadi dapat di simpan di dalam otak sebelum di pindahkan dalam buku nota. 
  5. Kenali "Golden Time" otak iaitu masa tidur yang cukup. Saya yang jenis tak boleh stay up sampai tengah malam. Jadi saya akan tidur dulu dan bangun pukul 3/4 pagi untuk belajar. Sebenarnya bila baca buku ini, dia kata "golden time" otak adalah selepas kita tidur dengan nyenyak waktu malam sebab waktu itu segala maklumat akan disusun atur (macam defrag komputer) pada peringkat tidur lena. Bila bangun pagi, otak akan ada ruang untuk isi maklumat yang baru pula.
  6. Bila tak tahu apa makna satu-satu perkataan, terus cari dalam internet atau kamus. Jangan biarkan persoalan dalam otak takde jawapan. Dengan cara ini, otak dapat diisi dengan maklumat yang berguna bukan penuh dengan soalan sahaja. 
  7. Kalau kita gagal, sebenarnya itu bermakna kita akan terus dahaga dengan kejayaan dan akan usaha untuk bagi berjaya. Jangan pandang kegagalan itu sebagai benda negatif tetapi anggap sebagai benda yang bagus untuk lebih berusaha.
Banyak lagi sebenarnya yang menarik dalam buku nih. Orang Jepun memang terkenal dengan suka buat research mengenai otak atau cara-cara nak tingkatkan "production". Tak kisahlah dari buat kereta, barang elektrik, buat kerja di dapur ataupun bahagian badan manusia termasuk otak nih. Akhir kata, selamat mengaktifkan otak ya!

No comments:

Post a Comment