Thursday, July 14, 2011

Pemandangan

Waktu belajar di UM 15 tahun dulu, pernah ternampak kawasan air terjun dan taman bunga betul-betul dari lebuh raya ke arah Selatan. Tak silap lepas Air Keroh sebelum sampai Batu Pahat. Waktu tuh naik bas ekpress nak balik cuti. Cantik sangat pemandangan air terjun dalam hutan belantara. Tapi itulah kali pertama dan terakhir nampak kawasan air terjun tuh. Sejak dari hari itu, setiap kali balik kampung mesti cari kawasan air terjun tapi tak jumpa. Terfikir juga manalah tahu air terjun tuh dari dunia lain tapi entahlah, waktu itu saya bukannya baru bangun tidur ataupun mamai. Sampai sekarang masih terbayang-bayang indahnya pemandangan kat situ.

Kalau di Jepun pula, setiap kali naik highway dari Uni nak balik ke rumah, mesti lalu satu kawasan yang ada bangsal lama diseliputi dengan rumput menjalar. Lepas itu kawasan sekitar bangsal tuh memang mendamaikan dengan rumput hijau, ada pokok sakura besar. Setiap musim, pemandangan akan berubah. Kalau time sakura lah paling cantik. Bangsal lama nih pula dikelilingi dengan hutan. Adalah rumah tradisional orang Jepun berdekatan dengan bangsal tuh. Tak pernah nampak orang keluar masuk situ. Nak berhenti tepi highway tak boleh, nak ambil gambar pun tak boleh sebab tengah drive. Memang tak boleh lupa pemandangan yang macam lukisan nih. Nasib baik yang ini bukan dari dunia satu lagi sebab sah-sah setiap kali balik dari Uni. mesti ada. Sekurang-kurangnya terubat rasa rindu nak tengok air terjun tepi lebuhraya ke selatan tuh. Puas saya selidik dengan semua orang tapi takde sesiapa pun pernah nampak. Hmm..hairan sungguh...

2 comments:

  1. ckNorm12:40 AM

    Hannyyy.... mistik tuh...nampak air terjun gunung ledang kot?? hehehe

    tapi, memang sepanjang saya berulang alik ke johor bbrp lama ni, mmg tak pernah pun nampak seperti yg hanny ceritakan tu.

    i've been to ledang twice, mendaki smpai ke puncak, once back in 1993. sorang kawan, lintas tempat cantik, taman dengan bunga2 yg sangat cantik. tp we all tak perasan pun. dia sempat ambil gambar (time tu kamera filem lagi...), tapi bila dicuci...GELAP & BLANK sahaja.

    ReplyDelete
  2. Bukan gunung ledang.Tuh dalam hutan sana kan. Waktu kecil saya pernah terfikir nak cari jambatan emas gunung ledang lepas baca buku hikayat hang tuah kalau tak silap. Tapi yang saya dapat jambatan kanmon dekat rumah nih.. hehe...
    menarik cerita pasal kawan tuh.

    ReplyDelete