Wednesday, July 06, 2011

Dongeng

Kanak-kanak sukakan buku cerita bergambar. Kalau di Jepun, buku cerita bergambar memang banyak. Gambar pun cantik- cantik dan comel. Yang menariknya juga, tulisan besar dan senang nak baca.

Di sini program mendengar cerita memang selalu ada. Salah satu cabang penting dalam pendidikan anak- anak adalah dengan membacakan mereka buku cerita.

Ok. Ini beberapa cara nak bacakan buku cerita atau di sini 読み聞かせ: yomokikase yang saya ambil dari buku.
1) saiz buku. Kalau buku yg kecil dan memerlukan kanak-kanak melihat dengan lebih dekat, pangku anak dan baca di sebelah dia. Kalau buku yang besar dan gambarnya senang tengok, minta anak-anak duduk depan dan baca dengan buku tuh ke arah mereka, kita membaca dengan memandang dari tepi. Paling bagus lagi, letak buku cerita di antara badan kita dan anak-anak.

2) Pilih buku yang lebih banyak gambar dari tulisan untuk elak anak-anak boring. Kalau boleh jangan cari buku yang terlalu tebal.

3) Baca nama penulis ataupun pendahuluannya supaya anak-anak tahu serba sedikit latar belakang buku cerita tuh.

4) Tarik nafas, berhenti sebentar setiap kali tukar muka surat. Tidak terlalu laju baca dan lihat muka anak-anak sekali sekala.

5) Baca dengan penuh perasaan. Ikut intonasi karakter dalam buku cerita. Kalau tukar muka surat, cuba berhenti supaya anak-anak dapat tengok gambar dulu sebab waktu nih diaorang takkan dengar apa yang kita cerita. Lepas beberapa saat, boleh mula balik.

Harap-harap balik Malaysia pun boleh buat aktiviti macam ini. Haziq dan Hazim memang suka kalau Umminya bacakan buku cerita. Tak sabar nak tunggu kesudahannya. Dulu-dulu cerita pakai imaginasi sendiri tapi sekarang imaginasi yang dalam kepala penuh dengan cerita automotive industry, ASEAN, free trade, foreign direct investment, technology transfer etc... Huwa!!!panik dah nih..

2 comments:

  1. mesti best dengar Hanny baca cerita...saya dah boleh imagine macamana Hanny baca dgn pelbagai gaya dan suara ...he..he..

    ReplyDelete
  2. hehe..kadang2 ada anak orang Malaysia datang rumah, aku pun ceritalah dari buku cerita Jepun, translate gi BM guna ayat sendiri, ternganga budak2 tuh dengar aku cerita dongeng. Samada dia tak faham ataupun dia dah masuk dalam dunia dongeng yang aku buat tuh...

    ReplyDelete