Friday, July 22, 2011

Microskop

Dua, tiga bulan lepas, ada belikan Haziq mikroskop yang simple dan ringan. Murah pula tuh. Mikroskop untuk budak-budak sekolah rendah tapi ada 100X, 450X dan 900X. Sebelum nih, Haziq suka gunakan untuk tengok sayap serangga, daun dan bunga. Semalam, Umminya ada luka pada tangan jadi teringat nak tunjuk Haziq macam mana rupa darah bawah mikroskop. Haziq dan Hazim gembira tak habis sebab dapat tengok plasma, platlet darah guna mikroskop. Bila tunjuk sel-sel bergerak, lagilah diaorang terperanjat. Untungnya jadi budak-budak zaman sekarang sebab dah terdedah dengan teknologi sains yang canggih-canggih. Berbanding dengan kanak-kanak 30 tahun dulu, kami cuma dapat tengok sel-sel guna mikroskop bila masuk tingkatan 3 kalau tak silap. Hari ini ajak Haziq pergi Uni. sebab nak kena hantar buku ke perpustakaan. Sibuk dia pungut dari semut sampailah lumut nak bawa balik rumah tengok bawah mikroskop.

Kebetulan, ada ajak dia tengok pameran barang-barang bersejarah dalam kawasan Universiti. Bertambah-tambah minat nak korek tanah cari barang bersejarah pula. Cukup seronok tengok budak-budak umur Haziq dan Hazim minat pada sains dan alam sekitar. Bukan setakat belajar dalam kelas penting tapi belajar pegang segala tumbuhan, serangga dan lain-lain di luar pun bagus juga.

No comments:

Post a Comment