Friday, July 15, 2011

Buku

Sejak dari kecil lagi, saya suka bertanya. Kalau Abah dan Mak tak tahu jawapan, saya akan baca buku di library sampai jumpa jawapan. Library dan saya memang sinonim. Suka jadi librarian dari sekolah rendah sampailah sekarang (jadi volunteer di library sekolah Haziq dan Hazim). Kalau tak puas hati, saya tanya cikgu, ustazah. Kakak-kakak saya semuanya jauh, samada sekolah asrama atau luar negeri jadi jarang nak tanya pada diaorang. Oh ya, saya suka bercerita dengan kawan-kawan. Mereka panggil saya "Tukang Karut". Pertandingan Bercerita antara sekolah memang dah sebati dengan saya (walaupun tak pernah Johan).

Koleksi buku dari pelbagai genre penuh di kampung dan bilik saya. Kami adik beradik memang suka membaca buku cerita (Mills & Boon, terutamanya) dan selalu bertukar-tukar buku cerita. Bila saya ingat kembali, kalau berjalan kemana-mana, Mak akan suruh bawa buku. Tak kiralah buku pelajaran atau buku cerita. Takut perjalanan jauh, saya cepat bosan. Sehinggalah Mak tak pesan pun, saya dah siap masukkan buku cerita dalam beg. Rumah kawan-kawan yang saya suka pergi adalah rumah kawan yang banyak koleksi buku ceritanya.

Keluarga saya hanya perlu hadiah buku, bukannya mainan ataupun kain baju. Mak suka membaca majalah dan ada koleksi sejak berpuluh tahun. Abah pun rajin belikan majalah kat Mak. Sehinggalah saya besar, tradisi hadiah buku dalam keluarga masih kekal. Walaupun duduk Jepun, kebanyakkan buku dalam bahasa Jepun, saya tetap belikan buku untuk Abah dan Mak serta kakak. Buku yang ada banyak gambar. Cara-cara menanam pokok bunga, kraftangan Jepun yang ada turutan cara membuatnya. Kalau minat, bahasa bukan penghalang!.

Bila dah ada anak, saya terapkan suka dengan buku kepada Haziq dan Hazim. Waktu diaorang kecil-kecil dulu, saya selalu bercerita sebelum tidur. Bila diaorang dah besar dan saya pula sibuk dengan study, saya selalu ajak ke library, tunjuk buku cerita warna warni ataupun belikan hadiah buku setiap bulan. Sekarang nih bila tengok Haziq, saya nampak diri saya waktu kecil dulu. Haziq suka bertanya, menyelidik dan membaca. Kalau jumpa buku, tak kira di mana, dia akan tumpukan sepenuh perhatian pada buku tuh. Hazim pula masih di peringkat suka dengar saya bercerita. Dia akan cari buku cerita dan minta saya baca walaupun sebenarnya dia dah boleh baca. Bila diperhatikan, imaginasi Haziq dan Hazim makin kreatif sejak diaorang minat baca buku cerita. Cuma saya tak galakkan buku komik (kalau komik ke arah mempelajari sesuatu baru ok) pada peringkat awal nih. Kalau Haziq nak beli komik, saya akan pantau isinya. Bukan isi yang karut marut macam ke arah hantu atau cinta orang besar. Lain orang lain caranya dan ini cara saya mengajak Haziq dan Hazim sukakan buku pengetahuan. Ok, sampai sini dahulu. Tak tahu apa tujuan entri ini ditulis tapi mungkin sebab meja saya sekarang penuh dengan buku rujukan nak siapkan Literature Review!!..

* Bila minat membaca, rasa nak tengok tv pun kurang. Waktu kecil dulu, peraturan keluarga kami, tak boleh tengok tv hingga larut malam (tapi kadang-kadang langgar juga-siap untuk dengar bebelan mak esok paginya), tak boleh buka tv seminggu kalau nak exam dan Mak/Abah pun ikut sama tak buka tv. Hanya untuk berita saja. 

2 comments:

  1. Anonymous9:25 PM

    Wah, patutlah kau boleh baca semua buku Harry Potter yang tebal2 tu! :)

    Aku pun tak suka komik. Nasib baik Imran pun tak suka. Kalau tak, anak2 (kalau ada) mungkin nak baca komik jugak... :-P

    ReplyDelete
  2. haha... HP tuh memang aku suka sebab tuh boleh habis semua.
    Sou ne.. budak2 nih akan ikut baca apa yang mak bapak diaorang baca. Kecik2 suka tiru...

    ReplyDelete