Thursday, July 07, 2011

Dengar

Hari ini bermulanya jadi volunteer pustakawan sekolah Haziq dan Hazim untuk tahun ini. Sempat dengar cikgu yang handle perpustakaan sekolah kawasan Moji nih bercerita (yomikikase). Best pulak dengar orang lain bercerita walaupun kita dah bukan budak- budak.

Buat kerja nih 3 jam jer, sekali seminggu. Sambil tuh boleh baca buku cerita budak yang memang best.

Dulu pernah tanya cikgu nih, kalau dia kenal mana- mana syarikat penerbitan buku cerita yang boleh bagi hak milik untuk terjemah ke BM. Cikgu nih kata kalau tahu syarikat penerbitan kat Malaysia lagi senang kerja. Hah, kalau kenal syarikat buku cerita di Malaysia yang pernah terbitkan buku cerita terjemahan, tak kisahlah dari bahasa apa pun, bagitahu saya ok.

Banyak buku cerita bahasa Jepun yang menarik dan penuh dengan nilai- nilai yang murni. Projek nih masih peringkat awal tapi harap-harapnya dapat settle hak milik untuk terjemah beberapa buku cerita Jepun sebelum habis study. List buku cerita pun belum pilih. Ok. Idea dah mula datang. Kena cepat-cepat tulis. Mata ashita ne!

2 comments:

  1. ITNM le yg byk keluar buku terjemahan.

    ReplyDelete
  2. ok. dah tengok kat website itnm. ada sokongan penerbitan. Nanti nak tanya. arigatoune...

    ReplyDelete