Tuesday, May 17, 2011

Teratai


Waktu melawat Jim Thompson House Museum di Bangkok, ternampak halaman rumahnya yang memang cantik. Kolam yang simple designnya tapi kalau ada di depan mata, sambil baca buku cerita, memang tak sedar betapa cepatnya masa berlalu. Pokok yang menghijau di keliling memang menyegarkan walaupun cuaca di Bangkok waktu itu panas, berpeluh melekit tak tahu nak kata apa. 

Sebelum sampai ke sini, singgah sebentar sembahyang Zohor di Masjid kecil, di pinggir sungai. Nama masjidnya Masjid Darul Farqan, tak silap. Tapi kami berdua (bersama Jijah) sempat beramah mesra dengan sekumpulan anak-anak perempuan dari komuniti Muslim sekitar situ. Dalam 8/9 orang yang menunggu untuk ke kelas Al-Quran. Comel-comel semuanya dan sibuk mahu berbual dengan kami dalam bahasa Thai. Masalahnya, kami tak faham tapi betul lah apa orang kata yang bahasa bukan penghalang kalau sudah suka. Buka buku bahasa Thai barulah dapat tangkap apa yang diaorang kata. Huhu. Suka dan seronok sebab dapat pengalaman seperti ini. Tak mungkin dapat di tempat lain, di saat lain. Terima kasih pada sponsor Fieldwork saya,"Kedah Foundation".

* Hari nih mood update blog:)... Tertunggu-tunggu pelawat ke 23,000!!.

2 comments:

  1. Anonymous1:07 AM

    pelawat ke 23,000 ada hadiah ker ? =)

    ReplyDelete
  2. hehe..nak hadiah ker?..semua blog buat camtuh ya..hmm..nanti buat something yang lain dari yang lain...

    ReplyDelete