Wednesday, May 18, 2011

Adab

Susah nak cari "originality" dalam research tapi kalau ada buat Fieldwork, Questionnaires atau Interviews, mungkin boleh stress kan dalam thesis yang "originality" kita datang dari situ. Tiga bulan sebelum buat Fieldwork di Malaysia dan Thailand, saya sibuk atur lawatan ke kilang kereta dan set appointment untuk interview PIC yang ada kaitan dengan research. Seminggu sebelum nak pergi fieldwork, hantar mail minta confirmkan appointment samada okay atau tidak dan seperti yang dijangka ada beberapa orang yang minta tukar masa dan lain-lain. Nasib baik sempat untuk susun balik jadual. Akhirnya, daripada nak interview 5 orang Malaysia daripada 10 interview, cuma satu jer yang lepas, yang lainnya kena cancel sebab masalah macam-macam. Nasib baik yang selebihnya dengan orang Jepun, begitu mementingkan janji dan masa, diaorang sudi untuk jumpa pelajar macam saya. Banyak belajar dari fieldwork nih:)

Kalau berjumpa orang Jepun, ada beberapa adab diaorang yang kita patut tahu. Kalau nak ikut cara orang Malaysia interview, simple saja kan. Tapi kalau jumpa orang Jepun yang penting dalam syarikat, bawa hadiah (おみやげ) dan beri waktu lepas tukar name card (名刺交換). Hadiah tak perlu mahal-mahal. Selalunya kuih tradisional. Saya bawa pelbagai produk Mojiko:)

Lepas itu duduk dan beritahu mengenai polisi interview; kata yang nama orang itu dan syarikatnya akan disimpan hanya untuk kegunaan research ini, lepas habis interview, saya akan hantar ringkasan interview dan diaorang boleh beritahu maklumat yang mana boleh digunakan dan sebaliknya. Selalunya, seminggu sebelum interview kena hantar soalan yang nak ditanya dalam interview supaya diaorang akan prepare. Bagusnya orang Jepun nih, diaorang beri saya pelbagai data tanpa diminta. 

Sekarang tugas paling berat bermula, nak kena transribe interview. Aduhai.. nak kena dengar recording dalam bahasa Jepun dan taip satu persatu isi penting. Lepas itu boleh masukkan dalam dissertation PhD nanti. Target nak siapkan transcript dan paper untuk hantar jurnal sebelum akhir bulan 7 tapi sempat ker?

* Wah!!kurang dari 10 orang saja lagi nak jadi 23,000. Hmm..nak bagi hadiah ker?..Takper. akan difikirkan. Sementara tuh, "print-screen"kan nombor pelawat yang ke 23,000 tuh ya. Simpan dulu.Terbuka untuk semua kecuali keluarga dan rakan2 yang satu sekolah, satu universiti, satu kampung, satu Jepun dan satu tempat kerja dulu. Tujuannya supaya dapat kawan baru!. Tapi kalau orang yang ke 23,000 tuh termasuk dalam kumpulan di atas, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca blog ini.Yay!

4 comments:

  1. cKnorm11:40 AM

    alaaa.... terlewat 33 pelawat! now: 23,034.

    :D

    ReplyDelete
  2. hehe...dah terlambat.. takper nanti cuba next time ya...

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:30 PM

    Uwaa... baru notice no. pelawat tu sebab selalu baca on google reader, tak nampak... Tapi bukan boleh kira pun sebab bukan kawan baru. hehe.

    ReplyDelete
  4. hehe..gomen ne. Anyway, thanks sebab selalu singgah!!..aku banyak cerita tah apa2. sometimes terfikir nak tutup jer blog nih..haha

    ReplyDelete