Lepas habis interview dengan orang Jepun yang terlibat dalam bidang otomotif di Thai dan Malaysia, dapatlah dirumuskan beberapa perkara yang orang Malaysia ini:
1. Kurang sifat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
2. Cepat rasa selesa walhal kita cuma berada di takuk yang sederhana. Kenapa tak pergi ke takuk paling atas?
3. Tak cukup pendedahan dalam mencipta teknologi. Kita lebih banyak berfikir yang teknologi itu boleh dibeli sebab nak cepat dapat hasilnya. Padahal bila teknologi itu dicipta, banyak iktibar yang boleh dipelajari sepanjang proses mencipta teknologi itu.
4. Terlalu bergantung pada bantuan orang lain termasuk kerajaan sendiri. Kenapa perlu kita fikir, kerajaan patut sediakan itu dan ini sedangkan kita duduk goyang kaki tak berusaha?
5. Tak cukup semangat cintakan negara sendiri, bangsa dan agama. Belajar tinggi- tinggi tapi kerja di luar negara bertahun- tahun lamanya, tak balik Malaysia untuk sama- sama bangunkan negara dengan kepakaran yang kita ada.
Pedas juga telinga bila dengar diaorang kata macam tuh tapi memang diakui semua itu betul. Masih belum terlambat untuk kita rakyat Malaysia ubah pemikiran kepada yang lebih baik. Kita punya banyak kelebihan tapi cara kita gunakan kelebihan itu mungkin kurang betul. Pembangunan ekonomi patutnya seimbang dengan pembangunan sikap rakyat Malaysia. Saya tekad untuk berubah!.
Betul, betul. Kadang2 terasa guilty sebab tak kerja kat Msia sekrg but actually kalau kerja sini but still deal dgn org Msia and involve knowledge transfer, not too bad.
ReplyDeleteMmg terasa pedas kalau dengar Jepun komplen pasal org Msia. Masa kerja kat kilang Perodua dulu pun selamba jek depa komplen pasal pekerja Msia tapi bila aku nak terjemah, depa tak bagi... :-P
Kalau kerja kat overseas jadi macam kake hashi dengan malaysia, oklah tuh.
ReplyDeleteAku gi gak Perodua hari tuh interview shacho nihonjin. Dia cakap nihongo bukan main laju tapi baik. Supply macam2 shiriyou kat aku. Tasukaru sangat, zannen la dia dah habis contract kat Perodua tuh. Nak interview yang orang malaysia, langsung tak dilayannya aku nih. Yerlah level student jer...
kak hanny.. gomen tak dapat jumpe.. buzi yang tiada penghujungnya..
ReplyDeletekitajima san kate ape kak..
tp kitajima san pernah sebut dulu.. dia suka malaysia sebab malaysia relax.. problem camne pun... 5.30 balik.. sbb tu dia suka hahaha..
erm.. yang beli teknologi tu betul kot.. hehe..
ReplyDeletemasa akmll 4nen.. semua orang dalam kenkyu kena buat sendiri satu sensor dipanggil nessen..netsu+sen (garis)... punya lah susah.. sensor untuk kesan kelajuan fluid, temperature, pressure, ngan banyak lg dia boleh buat..
tp akmll pernah tanye senpai..kenape kita kena wat benda ni.. macam buang masa je.. kalau beli kan senang.. terus boleh concentrate kat kenkyu..
terkesima gak sempai.. macam tak pernah ditanye je soalan tu.. pastu dia pun jawap... erm... sebab murah la kau buat sendiri daripada kau beli (obviously la kan)
akmal,
ReplyDeletetakper2. Akak faham Balik Malaysia memang busy. Bila akak habis, jom kita jumpa ramai2. Kitajima-san cakap banyak. Tapi banyak yang off records, Huhu...faham2 lah maksudnya ya.
haha. suka jawapan sempai tuh. Kadang2 harga teknologi tuh termasuk skill engineer so mestilah mahal tapi kalau kita buat sendiri benda tuh, kita dah ada skill tuh, tinggal nak beli bahannya ajer. Kita orang Malaysia nak cepat ajer semuanya. Cepat dapat hasil, cepat siap dan cepat macam2 tanpa fikirkan kualiti...
Nice blog you have here, thanks for sharing this
ReplyDelete