Monday, December 12, 2011

Onsen

Kawasan nak masuk tempat onsen di Kawatana Grand Hotel (川棚グランドホテル)


Dah lama tak berendam dalam onsen (kolam air panas). Selalunya kami book satu bilik khas untuk family di Shimonoseki, dalam 1/2 jam dari rumah。Tapi Ahad lepas, kami  dapat book onsen di Kawatana Grand Hotel. Kawatana nih terkenal dengan onsen juga terletak dalam 1 jam naik kereta dari rumah, di Shin Shimonoseki, Yamaguchi Prefecture.


Kami dapat book satu bilik khas (kami satu family sahaja), siap ada dua kolam onsen, "terbuka" dan di dalam, siap ada sauna sekali. Paling best bila dapat berendam dalam onsen "terbuka" (貸切露天風呂). Sambil berendam sambil dapat tengok pemandangan malam dengan pokok kelilingnya mula nampak kemerahan pada daun. Masuk sauna tak sampai 10 minit sebab memang panas sungguh. Macam mana lah ada orang boleh bertahan duduk bilik sauna sampai setengah jam ya. Tak sangka sekejab ajer dah sampai masa nak kena keluar dari onsen, cuma 50 minit sahaja sekali masuk. Keluar onsen, semua orang lapar. Sempat makan malam sebelum balik. Badan pun rasa ringan bila dapat berendam dalam onsen lama-lama.


Depan pintu bilik air untuk perempuan di lobi hotel. Nampak kreatif kan.

6 comments:

  1. Bestnya dpt berendam dalam air panas... satu famili pulak tu...

    ReplyDelete
  2. bestnye dpt berendam!!! anyway, salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)

    ReplyDelete
  3. Kak Anie, memang best sebab dah masuk musim sejuk. Sekarang nih banyak pula tempat yang sediakan bilik khas untuk family berendam tapi kena bayar lebih sket..

    Tuan Rumah ASP, terima kasih singgah. InshaAllah saya singgah sana..

    ReplyDelete
  4. teringat zaman masuk onsen dengan kengkawan.... batak sungguh !!!! hehe

    ReplyDelete
  5. hehe kak. Best tuh masuk dengan kawan2. Saya belum pernah lagi. Nanti nak ajak kohai ramai2 masuk lah:)

    ReplyDelete
  6. sampai ke sudah kami tak sempat masuk onsen...hehehe

    ReplyDelete