Friday, November 04, 2011

Iqra'

Pemandangan awan dan pokok di Pusat Pertanian Kokura. Kat sinilah ada jual kacang botol ataupun orang Jepun panggil kacang kotak empat segi (四角豆)

Risau juga dengan Haziq dan Hazim bila balik Malaysia tak faham orang cakap BM tapi lebih risau kalau Haziq dan Hazim belum pandai mengaji dan cara sembahyang. Alhamdulillah, sembahyang dan bacaan dalam sembahyang dah ajar dan diaorang dah hafal dalam masa 3 bulan tapi dari masa ke semasa Ayahnya kena buat test, tengok bacaan dalam sembahyang betul atau diaorang skip sebab nak habis cepat. Kami start ajar Iqra' kat diaorang dua tahun lepas tapi tak habis lagi sampai Iqra' 6. Buku Iqra' sampai dah tertanggal muka suratnya sebab gunakan sejak berbelas tahun lalu (turun dari makciknya Huda).  Cuma mengaji sahaja, agak lambat bacaannya. 

Jadinya, sejak minggu lepas, Ummi dapat idea supaya Haziq dan Hazim mengaji Iqra' 10 minit di sebelah pagi sebelum ke sekolah tapi dengan syarat setiap hari. Kejut Haziq dan Hazim bangun lebih awal dari biasa dan lepas sarapan semua, baca Iqra' sekali satu muka surat. Lepas maghrib pula kalau sempat, tak banyak homework, baru mengaji 2 kali. Diaorang nih tak boleh lama-lama nanti ada yang tak reti duduk diam. Konsepnya sekarang biar sedikit dan sekejab tetapi selalu. Syukur sangat-sangat sebab nampak perubahan yang ketara. Haziq lebih lancar mengaji dan kenal huruf. Sekarang masih Iqra' 4 nak masuk 5. Hazim pula kena ulang balik Iqra' 2 sebab dia tak kenal huruf lagi. Tapi dah nak masuk Iqra' 3 sebab pagi-pagi mula baca dan kenal huruf serta barisnya. Madnya pun dah mula tahu bila nak panjangkan bacaan. 

Inilah cabaran ibubapa bila tinggal di perantauan. Kalau boleh tak mahu banding dengan kanak-kanak sebaya Haziq dan Hazim bila balik Malaysia nanti sebab situasi Haziq dan Hazim  berbeza dengan mereka. Yang penting, pendidikan akhirat untuk anak-anak dapat diajar sejak dari kecil supaya bila besar nanti akan sebati dengan jiwa. Banyak juga soalan berkaitan Islam, sembahyang, mati, puasa dan haji dari Haziq dan Hazim. Ada yang Umminya dapat jawab (teringat waktu Ustazah ajar di sekolah agama Johor dulu) dan ada juga yang kena fikir dulu (sebab tak yakin dengan jawapan). Apa-apa halpun, ajar sendiri bab-bab agama pada anak-anak memang elok sebab kita pun boleh belajar semula. Semoga kami sekeluarga beroleh ilmu yang diberkati oleh Allah SWT.

4 comments:

  1. salam hanny..
    setuju..pendidikan dunia dan akhirat kena seimbang.
    tapi melaksanakan bukan semudah berkata2.
    setiap kali nak 'tambah' ahli keluarga..terpikir mampu ke aku didik amanah Allah ini?
    ada anak bukan setakat bagi makan pakai je..

    ReplyDelete
  2. salam HappyIrfa,
    betul tuh. Pelaksanaan bukan semudah berkata-kata. Hanya mampu usaha, doa dan tawakal pada Allah supaya dikurniakan anak2 yang soleh, bijak, berguna kepada agama, bangsa dan negara sahaja. Saya suka dengar pengalaman orang2 lebih tua mendidik anak mereka. Yang baik dijadikan panduan untuk keluarga saya.

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:45 PM

    Salam,
    bagus. dan syabas diucapkan. Ini adalah amalan yg patut dicontohi smua org melayu kita di obersee .

    Saya lihat ibu bapa sampai kat luar negeri terus jadi celup.
    Anak anak dibiarkan sedari umur 4,5 tahunpakai cat kuku, lipstick dsbyna..

    ada tu mak (nenek di msia ajar mak datin ngaji Quran).. apa kan daya sedih je lihat.. asalnya org serambi mekah.. Di kl cakap ugama hebat, bila di rantau tu semua hilang. Hidup tiba tiba jadi western..

    Bila kena balik jadi liat sebab ohh alasan - anak kena sekolah sini, sebab dah tak boleh terima pelajaran dari msia lagi. Pull string guna sedara mara suku sakat sekampung dari gmusang dll supaya boleh duk dirantauan selamanya..

    Haru bukan...


    Tahniah dan benar.. ugama pertlu dididk dan ditanam semasa semuda 2 tahun lagi. latih mereka dari usia tersebut. masuk 3 tahun dah mula degil dan rebung mula jadi keras..ie base...

    Maka bila diperkenalkan ugama dari muda mcam itu, akan tertanam lah asas yg kuat walaupun banyak pengaruh.. didikan mesti constant dan consisten.
    Bila asas akidah ditanamkan, mudahlah..

    alhamdullillah.. semoga anda consistant diddalam mendidik anak anak ..



    -gembira hati-

    ReplyDelete
  4. salam gembira hati, terima kasih atas komen di atas. Saya masih belum bagus lagi. Banyak yang kurang tapi harap2nya bab pendidikan agama anak-anak dapat ditekankan lagi. Harap2nya juga saya sabar sentiasa dalam mengajar anak2. Lain rupanya tahap kesabaran kalau dengan anak sendiri nih...

    ReplyDelete