Monday, October 31, 2011

Rombongan PTA

Dalam sibuk nak 1st viva 9hb nih, kena uruskan hal PTA pula. 7hb, hari Isnin nih kami, AJK Pendidikan Keluarga ada anjurkan rombongan melawat Green Park, dalam 1 jam perjalanan naik bas dari rumah (ada taman bunga, tempat main budak-budak, mini zoo kangaroo, kuda dan tempat rehat2). Bukan mudah nak uruskan rombongan yang terdiri dari lebih kurang 30 orang (termasuk mak dan anak2). Saya kena pastikan bas dan insuran perjalanan. Bas dah book dan beritahu syarikat bas supaya tunggu di perhentian bas biasa (jalan nak ke sekolah Haziq dan Hazim sempit jadi bas selalu tak masuk, cuma tunggu di kaki bukit). Driver bas cuma boleh tunggu 10 minit kerana tidak mahu mengganggu perjalanan lalu lintas. Jadinya, kamilah yang kena bersiap sedia untuk bagi arahan ahli rombongan datang pada masa yang tepat dan segera naik bas.

Insuran pula murah sahaja. Hanya 28 yen setiap seorang. Kena mohon di City Hall dan isi borang serta nama setiap ahli rombongan. Insuran perjalanan memang wajib kalau ada buat rombongan sekolah. Hal bekal makanan waktu di sana nanti dah diuruskan oleh AJK yang lain. Setiap orang ada offer diri untuk jayakan rombongan kali ini. Kalau ada problem barulah discuss sesama ahli dan akan ada orang offer sama-sama selesaikan problem. Tak sabar rasanya nak pergi rombongan anjuran kami kali ini. Haziq dan Hazim pun mesti sibuk nak main dengan kawan-kawan waktu kat sana. Hopefully cuaca elok dan tak hujan. Boleh piknik di taman beramai-ramai.

2 comments:

  1. bukan senang ibubapa nak izinkan anak2 ikut rombongan.saya pun baru pertama kali tahun ni benarkan diorang ikut rombongan..
    alhamdulillah selamat pegi selamat kembali :-) anak2 pun hepi

    ReplyDelete
  2. Haah. Teringat waktu saya kecik2 dulu. Teringin nak pergi ikut rombongan tapi mak & abah susah nak lepaskan. Risau kalau jadi apa2 kan. Bila kat sini, selalu gak saya lepaskan anak2 ikut rombongan ke sana sini sebab tengok cikgu2 bagus, cara diaorang handle dari bas, insuran etc pun bagus. Alhamdulillah, takde apa2 setakat nih.

    ReplyDelete