Dalam proses.... |
Salam Aidiladha dari kami sekeluarga di sini. Maaf Zahir dan Batin. Semoga pengorbanan yang lalu, sekarang dan akan datang membawa pengertian yang bermakna dan dilakukan ikhlas kerana Allah. Tahun ini kami seperti biasa sembahyang raya di Masjid Fukuoka dan juadah hari raya kami pula Kebab!!!. hehe.. Lepas sembahyang raya terus ke Jusco makan kebab. Pilih sos yang rasa pedasnya paling tinggi, "Fire". Phew!!memang pedas tapi sedap!Next time kalau singgah kedai Mr. Kebab nih memang kena ambil Fire baru laju jer makan....
Oh ya, gambar di atas bukan gambar kebab tapi apa ya?. Hah, inilah rupa umeboshi (asam Jepun yang selalu makan sama bubur atau letak kat tengah-tengah nasi panas) yang tengah kena peram dengan air garam. Tak pasti hari keberapa nih. Jumpa sebalang penuh kat bilik guru sekolah Haziq dan Hazim. Umeboshi nih tersangatlah masam tapi sedap. Kalau yang tengah mengandung, suka makan masam bolehlah cuba makan umeboshi nih.
salam aidiladha utk awak juga.
ReplyDeletesaya pun tak balik kg raya ni..beraya umah mil tapi seronok
dapat kumpul ramai-ramai
oh asam ke?ingat apa
jelesnya dapat kumpul ramai-ramai:))
ReplyDeletehehe.. nihlah asam Jepun. Mesti ingat esperimen otak binatang kat dalam makmal sekolah kan...