Tuesday, November 08, 2011

Terang

Haziq main dengan wallaby



Pukul 4 pagi lepas hantar Ayah balik Malaysia ke Fukuoka Airport, cepat-cepat buatkan bekal untuk kami tiga beranak ke Green Park (rombongan sekolah anjuran AJK Pendidikan PTA sekolah Haziq dan Hazim). Waktu tiba di tempat menunggu bas, ramai juga dah datang. Walaupun janji jam 8:50 pagi, boleh katakan ahli rombongan sampai sebelum pukul 8:50, walaupun ada anak kecil. Memang orang Jepun nih tepati masa sungguh.

Kami bertolak lebih awal dan dalam bas, ada game bingo, dapat mainan dan untuk mak-mak pula dapat facial mask!. Turun dari bas, semua kanak-kanak dapat makanan ringan satu plastik. Suka diaorang. Dahlah dapat mainan pastu dapat jajan lagi. Sampai sahaja di Green Park, cuaca terang dan panas. Cantik dengan pemandangan bunga-bunga berwarna warni. Kami terus ke kandang kuda. Ada penerangan tentang kuda. Tahu tak yang dulu kuda ada 5 jari tapi lama kelamaan tinggal satu jari sebab kuda nak lari laju. Jari tengah saja yang tinggal. Ibu jari pula masih ada tapi dekat-dekat dengan bahagian lutut.

Lepas diterangkan mengenai kuda, kanak-kanak semua boleh pegang dan beri makan rumput kering. Lepas di kandang kuda, kami ke Hibiki Animal World, tengok kangaroo, wallaby dan wombat. Wallaby yang paling comel!. Kalau bayar 300yen seorang boleh masuk dalam kandang wallaby, ambil gambar sebelah/pangku wallaby dan beri makan sekali. Paling suka si Haziq lah sebab dia memang suka binatang. Hazim pula macam takut-takut tapi suka sebenarnya. Tengahari, kami makan beramai-ramai di padang rumput. Yang lain ada order bekal tapi kami makan bekal bawa sendiri.

Angin pun tak panas tapi dingin sikit. Rasa macam nak terlena. Lepas makan onigiri, Haziq dan Hazim main di taman permainan, kejar-kejar dengan kawan-kawan. Bila sampai masa nak bergambar dengan wallaby barulah kami berjalan kaki ramai-ramai ke Hibiki Animal World. Dah habis bergambar, kami masih ada masa untuk main so Haziq dan Hazim main air tapi tak bawa baju ganti. Habis seluar basah terutamanya Hazim. Jadi kenalah alas plastik kat tempat duduk dalam bas sebab takut basah nanti. Sampai rumah, mandi dan semua dah penat. Best sangat rombongan kali ni!本当に行って、よかった。。。

Hazim beri makan kat kuda dengan takut-takut


Cantik sangat bunga warna warni


2 comments:

  1. tak tahu pula saya yang kuda ada 5 jari.hehe

    ReplyDelete
  2. samalah ngan saya. Bila orang yang jaga kuda tuh terangkan, ternganga gak. Budak-budak suka sangat bila ada penerangan pasal kuda nih. Seronok dapat belajar benda baru.

    ReplyDelete