Tuesday, November 11, 2008

Hantu

Tengah boring nak tulis thesis so kali ini nak cerita pasal pengalaman jumpa hantu time darjah 6 dulu.


Walaupun dah 20 tahun berlalu, tapi still ingat lagi first time nampak hantu. Pernah masuk Japanese Speech Contest di AAJ cerita pasal pengalaman jumpa hantu dan dapatlah no.2...Huhu...Terpegun cikgu Jepun ku dengar cerita tuh... Tajuknya "Obake wo mita koto ga arimasuka?( Pernahkah anda jumpa hantu?)"


Waktu sekolah rendah dulu kalau orang tanya cita-cita nak jadi apa bila besar, jawapannya "BOMOH". Nih serius. Sebab waktu itu terpengaruh dengan siri buku Bercakap dengan Jin. Teringin nak masuk dalam dunia orang halus. Jadi sejak kecil lagi memang telinga dan mata sensitif kat sekeliling untuk benda-benda yang pelik dan bukan normal.


Suatu tengah hari Jumaat, kena pergi sekolah rendah sebab nak berlatih bola jaring sebelum ke sekolah agama sebelah petangnya. Geng-geng macam Farhah, Sharizah, Miri , Siti Paridah dan yang lain-lain pun ada sama (adalah dalam 7 orang kot). Cikgu-cikgu semua dan budak-budak lain dah balik dan tersangatlah sunyinya sekolah time tuh. Kami pun naik tingkat dua di bangunan sekolah untuk lepak-lepak. Waktu itu semua orang pergi ke hujung koridor sebelah kanan sambil borak-borak. Entah macam mana, Sharizah dok cuit-cuit kat kami suruh tengok di hujung koridor satu lagi yang depannya bilik air. Sambil gelak-gelak, kami pun pusing nak tengok..


Tak sempat pusing, tiba-tiba semua orang jerit!!!!!!!!!!!!!!!!Lepas itu apa lagi masing-masing buka langkah seribu. Bukan turun tangga tapi melompat terus. Tak pandang keliling. Bila sampai di bawah, semua orang tercungap -cungap macam lepas kena lari keliling padang.


Apa yang kitaorang nampak?. ..


Satu lembaga pakai telekung tengah sembahyang!. Tapi yang kami hairan, kenapa arah kiblat lain, kenapa surau dekat tapi tak gi sembahyang kat situ dan yang penting sekali kenapa muka dia hitam!. So perintis bomoh nih pun nekad nak tengok sekali lagi betul ker ada lembaga itu. Manalah tahu memang orang betul . Sure terganggu sembahyang dia sebab kami semua jerit. Tapi bila sampai ajer kat atas, lembaga tuh dah takde.Uwa!!apa yang kitaorang nampak tadi. Memang sah hantu sebab kat hujung sebelah sana hutan belantara.


Keesokkan harinya semua orang demam bukan sebab nampak hantu tapi sebab lompat terjun dari tingkat dua dan sakit badan sebab masing-masing tolak nak cabut lari. Bila cerita kat mak yang tengah masak kat dapur lepas balik sekolah agama, kena marah "hah. sapa suruh pegi main kat sekolah tengah hari waktu orang gi sembahyang jumaat!".


Pengalaman jumpa hantu ini bukannya makin melemahkan semangat kami semua tapi kami nekad untuk pengembaraan seterusnya...Pengembaraan ke dunia misteri oleh Skuad Kembara Misteri Parit Kemang.....

No comments:

Post a Comment