- Masuk tahun nih dah tahun ke 3 kami beraya di Jepun. Tapi kali ini terasa kosong.
- Pagi raya ke Tobata untuk Sambutan Raya for all Muslims in Kitakyushu. Orang Malaysia tak ramai sebab diaorang balik raya di Malaysia. Sabishi...
- Lepas tuh konvoi raya ke rumah Kak Shah di Kokura. Sedap betul makan lontong. Haziq dan Hazim lepas geram makan ketupat daun palas cicah susu. Terima kasih Kak Shah n Abang Halim!. Raya last year tak jumpa rumah so tahun nih raya di rumah Kak Shah kenalah makan banyak sebab qada' raya yang lepas.
- Tahun nih invite Malaysians raya ke rumah. Masak soto + sambal kicap (biasalah orang Jawa) dengan roti jala. Hidayah, Izzat, Feyruz sefamily bawa nasi Briyani, ayam, rendang, nasi impit dan macam-macam makanan best-best. Kenyang sungguh sampai tak boleh masuk lagi!. Huhuhu.. Habislah dietku!.
- Semuanya selesai dalam pukul 3 lebih. Itu sahajalah cerita 1st day raya kat sini.
- 2 Syawal: Ayah kerja, Hazim pergi sekolah, Haziq demam, Ummi kena buat kerja kat rumah.
- 3 Syawal: Ayah kerja, Ummi, Haziq dan Hazim ke sekolah.
- 4 Syawal: Hari sukan sekolah Haziq dan Hazim. Sibuklah satu hari sebab kena jadi AJK...Alahai.....
Friday, October 03, 2008
Lebaran @ Perantauan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment