Tuesday, November 25, 2008

iro iro

Tadi pulangkan buku ke library di Kokura. Dah lama rasanya tak ke Kokura. Daun dah mula luruh. Sana sini ada pokok yang sudah bertukar warna dari hijau ke kuning dan merah. Daun-daun pun banyak berguguran di atas tanah.


Kadang-kadang nampak ada orang tengah menyapu dedaun di depan kedai. Ada seorang makcik dalam umur 50 lebih sambil terbongkok-bongkok memegang penyapu dan menyapu sampah serta daun di depan 7 eleven. Bila diperhatikan baju yang di pakai ada tertulis " Ke arah bandar yang bersih dan cantik - Jangan buang sampah merata-rata". Memang ada kumpulan sukarelawan dimana kebanyakkan ahli-ahlinya adalah warga tua yang sudah pencen tapi tidak betah untuk duduk sahaja lalu membuat kerja-kerja sebegini.


Dalam perjalanan pulang ke Moji, ternampak signboard harga minyak. 1 liter 120yen!. Kalau dibandingkan dengan 3 bulan yang lalu, harga minyak 1 liter 180yen, memang sekarang minyak dah murah. Harga barang-barang juga sudah mula diturunkan.


Tak lama lagi dah sampai hujung tahun. Apa azam tahun baru ya?.

No comments:

Post a Comment