Sunday, June 03, 2012

Kelip-kelip

Kat Jepun nak jumpa kelip-kelip sangatlah susah. Haziq siap ada buat projek sains di sekolah untuk bela kelip-kelip atau dipanggil Hotaru dalam bahasa Jepun. So, dah kata dalam hati kalau balik Malaysia nanti nak singgah Kampung Kuantan di Kuala Selangor untuk tengok hotaru nih.

Semalam, bertolak dari rumah lepas asar, terus naik highway baru, skve ke rumah sepupu di Kapar. Dari situ dah dekat dengan kampung kelip-kelip. Lepas solat maghrib, kami pun bertolak ke situ. Sampai-sampai ajer, ramai sungguh orang beratur. Tapi orang kita tak ramai, yang ramai orang cina (singaporean kot), mat saleh....Lepas bayar RM50 untuk satu sampan (kami ambil 2 sampan untuk 7 dewasa, 3 kanak-kanak), tunggu dalam setengah jam, akhirnya dapat naik sampan. Pakai life jacket semua.

Sayangnya datang waktu bulan penuh jadi langit terang, cahaya hotaru tak berapa cantik. Macam-macam dapat belajar pasal hotaru. Hotaru bila hari siang, duduk atas darat, bukan kat pokok berembang ataupun duduk bawah daun. Bertelur pula atas lumut kat tebing sungai. Air sungai deras dan nampak dalam, 10 meter. Tapi memang cantik sangat. Macam lampu raya, lampu kat pokok krismas. Ada lampu yang terang (kelip-kelip jantan) dan ada yang malap sedikit ( kelip-kelip betina).

Menarik juga pengalaman tengok kelip-kelip dan orang yang bawa sampan kami selalu bawa sampan dekat sikit dengan pokok berembang supaya Haziq dan Hazim dapat tengok dekat-dekat. Salah satu aktiviti cuti sekolah kami. Isnin nih plan nak naik kuda kat UPM pula, inshaAllah...

No comments:

Post a Comment