Sebelum balik Malaysia, ada terbaca mengenai transit nih. Bukan transit kapalterbang tapi ada term lain untuk ibu bapa yang tak boleh nak ambil anak balik dari sekolah pagi, lepas tuh siapkan untuk sebelah petang. Transit nih tempat untuk anak-anak makan tengahari, mandi dan tukar baju untuk sessi sekolah petang. Kadang-kadang di rumah orang dan kadang-kadang di tadika.
Pening kepala juga nak fikir transit sebab nak kena fikir pengangkutan juga. Memandangkan Umminya ada Kursus Induksi mulai hari ini jadi waktu rehat akan jadi pendek, takut tak sempat nak hantar diaorang ke sekolah agama sebelah petang, semalam dah start ambil van sekolah dan hantar ke tempat transit.
Nasib baik tadika dekat dengan sekolah kebangsaan sebelah pagi jadi naik ramai-ramai dalam van pun sekejab saja. Bila tengok tadika pun, hmm.. kesian juga tapi apa nak buat. Kenalah sabar untuk tiga minggu, dari hari Isnin sampai khamis. Jumaat pula boleh makan dan siap-siap kat rumah sama Ummi.
Bila difikirkan lama-lama, inilah dilema ibu-ibu bekerja. Kurangnya tempat penjagaan anak-anak. Ramai sungguh yang ada di tempat transit yang Haziq dan Hazim pergi nih. Terfikir nak buat research pasal transit budak-budak sekolah kat Malaysia. Sekurang-kurangnya dari research nih, dapat cadangkan pada kerajaan supaya sediakan tempat khas untuk budak-budak sekolah transit. Bukannya gabungkan dengan tadika ataupun rumah orang. Walaupun diaorang cuma sekejab (makan, mandi dan tukar baju) tapi melibatkan banyak benda. Contohnya pengangkutan dari sekolah pagi ke tempat transit dan dari tempat transit ke sekolah petang. Tempat khas yang disediakan oleh kerajaan mestilah dekat dengan sekolah atau dalam kawasan sekolah. Anak-anak tidak perlu naik van dua kali. Tempat transit khas ini ada disediakan bas sekolah siap dengan insurans. Hmm...macam-macam idea ada sekarang nih. Buat sementara waktu, hanya dapat berdoa supaya Haziq dan Hazim serta anak-anak yang ada di tempat transit nih dilindungi oleh Allah swt.
setuju dgn cadangan awak tu
ReplyDeletemmg dilema ibu2 bekerja
nak keje lagi..risaukan anak lagi
anak2 saya transit rumah org
nasib baik setakat ni takde masalah
tp kesian dia penat ulang alik
betul la hanny.. setuju sggt klu ngko buat research tu.. tapi implementationnya mungkin ambik masa
ReplyDelete