Tuesday, September 13, 2011

Tanah

昨日の朝ごはん、



Haziq: 人間って土から生まれてきたでしょう。サルじゃないよね(refer to Darwin's Evolution Theory)

Ummi: そうよ (Ingatkan refer to Nabi Adam a.s sebab baru cerita kisah-kisah Nabi)

Hazim:じゃ、ぼくたちも土人間なん?(もしかして、泥人間と一緒?)

Ummi: 最初の人間だけだよ。HaziqとHazimはUmmiのお腹の中から生まれてきたよ (dalam hati, alamak. silap timing!)

HaziqとHazim:どうやってUmmiのお腹の中にいるの?

Ummi:えっと~~~~~もう学校遅れちゃうよ(kerut dahi sambil buat-buat sibuk)

もうそんな時期か。赤ちゃん、結婚などの話をしないといけないか。準備が必要だ。

Draft

Dah nak kena hantar First Draft Dissertation by 14/10. Lagi sebulan tapi rasa macam tak sempat ajer nak siapkan semua chapter. Biasalah, tuan rumah akan selalu rasa tak ready selagi tak submit. Sekarang nih tengah dalam proses nak update paper yang pernah present kat KL & Turki. Lepas tuh, nak kena edit, cut and paste kat chapter-chapter yang sesuai. Conclusion chapter masih terkial-kial nak siapkan.

Masuk tidur sama Haziq dan Hazim (pukul 9 malam) dan bangun pukul 3 pagi sebab boleh concentrate sikit nak buat writing. Kalau siang, walaupun Haziq dan Hazim ke sekolah, susah nak siapkan edit satu chapter sebab panas. Ingatkan dah masuk aki (autumn) sebab angin pun dah kuat rupanya walaupun berangin, suhu kat luar masih tinggi. Bila panas, rasa nak buka aircond tapi sejuk pula.

Hari ini ada program kat sekolah. Program memperkenalkan Malaysia di kelas Hazim, budak darjah 1. Cikgu kelas Hazim minta tolong sejak sebelum cuti summer lagi. Ingat nak ajar main Galah Panjang ajer memandangkan budak-budak kelas Hazim suka main games. Diaorang nih memang aktif tapi sebab cikgu kelasnya agak berdisplin, jadi kalau tengah belajar, semuanya boleh duduk baik. Susah nak jumpa cikgu Jepun yang garang. Semuanya lemah lembut sampai ada anak murid yang naik tocang. Rata-rata mak Jepun kat sini semua suka cikgu garang sebab tengok anak diaorang boleh dengar kata. Tapi ada juga yang tak suka. Janganlah kritik cikgu depan anak sendiri sebab nanti anak akan hilang hormat pada cikgu tuh. Dalam hati mungkin dia fikir, "kalau mak bapa saya boleh kutuk cikgu, takkan saya tak boleh". Dengar dari kawan Haziq sendiri yang mak dia tak suka cara cikgu kelas Haziq depan anak dia. Budak tuh asyik kata dia tak suka cikgu tuh sebab mak dia pun kata benda yang sama. Bila tengok cara budak tuh belajar dalam kelas pula, hmm....agak tertinggal berbanding dengan kawan yang lain. Ingatan untuk semua dan diri sendiri, hormatilah guru dengan sebaik-baiknya.

Monday, September 12, 2011

Pameran

Hari tuh ada letak gambar projek kayu Haziq di sini. Tadi balik sekolah, Haziq dan Hazim sibuk bagitahu yang projek diaorang terpilih untuk pameran antara daerah. Suka betul. Mula-mula diaorang tak yakin boleh terpilih wakil sekolah sebab dah dua tahun tak pernah dapat, sekali tuh kali nih terpilih pula. Tiga hari buat projek nih. Umminya pun sampai nak give up gergaji kayu. Sepatutnya ini tugas Ayah tapi sebab outstation so dimaafkan. Hasil kaligrafi Jepun diaorang lak hanya untuk pameran di sekolah sahaja.
よくできたよ、二人とも!
Yang ini projek kayu Hazim. Tajuknya Kumbang Tanduk Gaduh. Nampak tak kumbang dua ekor tuh?.