Friday, September 09, 2011

Melawat


Tadi ada 授業参観 (hari melawat kelas) bulan september. Kenalah bagi dua masa untuk tengok keadaan Haziq dan Hazim belajar kat kelas masing-masing. Kelas Haziq belajar subjek bahasa Jepun. Hmm.. level kami belajar bahasa Jepun waktu first year di AAJ. Walaupun baru darjah 3, banyak juga kanji dan kefahaman yang Haziq dah belajar. Hazim pula ada kelas pendidikan seni. Diaorang belajar buat permainan dari bahan terbuang. Menarik juga kalau sampai bab-bab melukis nih. Dah habis kelas masing-masing ada perjumpaan antara cikgu kelas dengan ibu bapa (kebanyakkan yang datang cuma ibu sahaja, para bapa kerja).

Cikgu Hazim kata masuk penggal kedua dah mula belajar katakana dan kanji yang senang-senang. Lagi satu, masih banyak barang yang terlupa jadi cikgu pesan minta mak-mak check beg anak-anak sebelum ke sekolah. Cikgu Haziq pula tanya keadaan waktu cuti sekolah. Ada bangun lambat ke, homework membebankan atau tak, main kat luar dengan kawan ke. Lepas tuh cikgu Haziq kata lepas cuti ada test kanji. Cuma 5 orang dari 22 orang kelas Haziq yang lulus dan Haziq salah seorang yang lulus test kanji!!. Huhu.. tak sangka lah pula. Ingatkan ramai yang lulus..

Baliknya sama Haziq dan Hazim dengan seorang lagi kawan Haziq yang nak ikut sampai balik rumah. Sebabnya lepas tuh nak ajak Haziq dan Hazim main bola kat padang. Sampai kat rumah, buatkan sandwich dan bagi fresh milk kat diaorang. Sambil tuh duduk dengar Haziq dan Hazim cerita hal sekolah, main apa kat sekolah dan ada homework apa. Tapi kadang-kadang pening pula bila dengar dua orang nak bercakap dalam masa yang sama. Kawan dia pun sibuk nak mencelah. Happy sangat bila tengok Haziq dan Hazim ada kawan yang nak main dengan diaorang.

* Panjang pula entri sejak akhir-akhir nih. Esok update yang pendek sket lah...

No comments:

Post a Comment