Friday, September 02, 2011

Anggaran


Baru lepas baca satu artikel dalam majalah ekonomi Jepun pasal gempa bumi. 87% kemungkinan berlaku satu gempa bumi berukuran M8.0 di kawasan Tokai (sekitar Tokyo, Shizuoka). Jepun memang negara yang selalu dilanda bencana jadi tak hairanlah kalau rakyatnya memang cukup perihatin bila sampai bab-bab persediaan.

Pagi tadi tengok tv, diaorang suruh sediakan makanan untuk 10 hari bukan lagi 3 hari sejak berlakunya Tohoku Jishin bulan 3 hari tuh. Lepas tuh, diaorang buat drill kalau berlaku bencana di Tokyo. Tutup semua jalan di Tokyo untuk 10 minit semalam. Polis ditempatkan kat semua tempat tapi masih belum cukup sedia. Sedangkan itu drill paling besar dalam sejarah dibuat di Tokyo. Bandar Tokyo yang tak pernah berhenti, tapi semalam kenderaan tak boleh jalan, orang ramai kena berkumpul di tempat kecemasan hanya untuk 10 minit pun kerajaan (bahagian jawatankuasa bencana alam) masih tak berpuas hati. 

Kedai 7 eleven siap sediakan pelan kecemasan. Setiap kedai ada diletakkan telefon yang boleh guna oleh orang ramai secara percuma bila berlakunya bencana gempa bumi nanti. Sebabnya waktu gempa bumi bulan 3 hari tuh, hp tak boleh pakai jadi ramai yang nak guna public phone tak boleh sebab dah penuh. Bila masing-masing boleh telefon, dapatkan maklumat family barulah boleh fikir step seterusnya.

Bagi kami yang duduk di Kitakyushu, memanglah kebarangkalian tuh rendah (dalam 40%) tapi cukup risau kalau tiba-tiba terjadi. Tak tahu bila ajal dan maut akan datang. Bunyi angin kuat sekarang nih sebab taufan pun boleh bikin risau. Tadi bawa kereta balik dari Uni pun boleh terasa betapa kuatnya angin tolak kereta sampai nak masuk jalan sebelah. Nasib baik selamat sampai. Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment