Tuesday, September 13, 2011

Draft

Dah nak kena hantar First Draft Dissertation by 14/10. Lagi sebulan tapi rasa macam tak sempat ajer nak siapkan semua chapter. Biasalah, tuan rumah akan selalu rasa tak ready selagi tak submit. Sekarang nih tengah dalam proses nak update paper yang pernah present kat KL & Turki. Lepas tuh, nak kena edit, cut and paste kat chapter-chapter yang sesuai. Conclusion chapter masih terkial-kial nak siapkan.

Masuk tidur sama Haziq dan Hazim (pukul 9 malam) dan bangun pukul 3 pagi sebab boleh concentrate sikit nak buat writing. Kalau siang, walaupun Haziq dan Hazim ke sekolah, susah nak siapkan edit satu chapter sebab panas. Ingatkan dah masuk aki (autumn) sebab angin pun dah kuat rupanya walaupun berangin, suhu kat luar masih tinggi. Bila panas, rasa nak buka aircond tapi sejuk pula.

Hari ini ada program kat sekolah. Program memperkenalkan Malaysia di kelas Hazim, budak darjah 1. Cikgu kelas Hazim minta tolong sejak sebelum cuti summer lagi. Ingat nak ajar main Galah Panjang ajer memandangkan budak-budak kelas Hazim suka main games. Diaorang nih memang aktif tapi sebab cikgu kelasnya agak berdisplin, jadi kalau tengah belajar, semuanya boleh duduk baik. Susah nak jumpa cikgu Jepun yang garang. Semuanya lemah lembut sampai ada anak murid yang naik tocang. Rata-rata mak Jepun kat sini semua suka cikgu garang sebab tengok anak diaorang boleh dengar kata. Tapi ada juga yang tak suka. Janganlah kritik cikgu depan anak sendiri sebab nanti anak akan hilang hormat pada cikgu tuh. Dalam hati mungkin dia fikir, "kalau mak bapa saya boleh kutuk cikgu, takkan saya tak boleh". Dengar dari kawan Haziq sendiri yang mak dia tak suka cara cikgu kelas Haziq depan anak dia. Budak tuh asyik kata dia tak suka cikgu tuh sebab mak dia pun kata benda yang sama. Bila tengok cara budak tuh belajar dalam kelas pula, hmm....agak tertinggal berbanding dengan kawan yang lain. Ingatan untuk semua dan diri sendiri, hormatilah guru dengan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment