Tadi tengok berita yang ada orang Jepun dera anak angkat umur 3 tahun sampai mati. Menariknya dengan berita Jepun, tiada fakta kosong. Mesti ada panggil pakar bidang itu dan guna nombor, graf untuk analisis berita. Bukan sekadar serkap jarang.
Dalam berita pasal anak angkat hari ini, kalau ambil anak angkat di Jepun akan dapat bantuan kewangan. Jumlah sebulan dalam RM5000 selain dari insuran kesihatan dan bantuan pendidikan. Setiap masa akan ada pegawai kebajikan yang buat spotcheck. Kalau kita di Malaysia ambil anak angkat sebab tak de anak dan mahukan peneman tapi bukan di Jepun yang kadar kelahirannya berkurangan setiap tahun. Orang yang ambil anak angkat di Jepun sebab nak menyumbang kepada masyarakat. Maksudnya, kurangkan beban kerajaan nak uruskan anak-anak yang tiada penjaga. Selalunya orang-orang nih ada pride sendiri, jarang nak minta tolong orang dalam menjaga anak angkat sebab mereka mampu dari segi kewangan. Dapat duit bantuan dari kerajaan semata-mata untuk anak angkat itu.
Tapi sebenarnya membela anak angkat tidak sama macam jaga anak sendiri. Anak angkat akan melalui satu fasa yang dikenali sebagai 「退化」atau maknanya penurunan, deteriorate. Maksudnya di sini, anak-anak angkat akan cuba ambil perhatian dengan guna percakapan budak-budak, bersikap kanak-kanak kecil. Tak dapat apa yang dia nak, mesti nak mengamuk, minta perhatian berlebihan dll. Tapi ini disebabkan mereka rasa selesa dengan ibu bapa angkat. Mereka rasa kalau buat perangai, orang ini takkan marah, akan beri dia kasih sayang sepenuhnya (bagi mereka yang ada seorang anak sahaja-anak angkat, tiada adik beradik yang lain).
Macam kalau sesiapa yang dapat anak kedua, anak sulung mesti akan buat perangai. Anak sulung akan cepat cemburu dan cuba untuk dapatkan perhatian mak bapa yang sibuk dengan baby. Mengikut pakar, selalunya anak sendiri akan hilang sikap sebegini dalam 1-2 bulan tetapi tidak bagi anak angkat. Mungkin berterusan untuk jangka masa yang lama. Sebab itu, ibu bapa angkat harus faham pentingnya fasa "penurunan" ini. Kalau stress dengan anak angkat, cuba bincang dengan ibu bapa yang lain (yang sama-sama ada anak angkat). Emosi anak angkat memang lain dari anak sendiri. Bila sudah dewasa, mereka akan cuba cari ibu bapa sebenar. Bila tak jumpa, mereka rasa terkejut dan sedih dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak cukup sempurna. Pentingnya di sini peranan ibu bapa angkat yang selalu berkomunikasi dan tunjukkan yang walaupun mereka bukan darah daging sendiri, bukan bermakna mereka tak boleh jadi satu keluarga yang bahagia.
Jabatan masyarakat bahagian anak angkat harus sediakan kursus ibu bapa khas untuk mereka yang tidak ada pengalaman langsung menjaga anak, beritahu mereka pasal fasa "penurunan" yang ada pada setiap anak angkat dan kenalkan kumpulan ibu bapa yang ada anak angkat supaya mereka semua dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman.
Mak dan Abah pernah terima anak angkat dari keluarga susah seramai 2 orang (lelaki- dalam darjah 2,3 tak silap) waktu saya sekolah rendah. Kami adik beradik perempuan semuanya jadi bila ada anak lelaki, memang terkejut tengok sebab anak-anak lelaki memang lasak dan ganas. Disebabkan ada fasa khas ini, Mak tak tahu macam mana nak handle dan kembalikan mereka pada keluarga sebenar selepas cuma 2 minggu.
Bukan mudah nak ambil anak angkat dari segi Islam. Tapi bukan bermakna mengambil anak angkat ini susah dan rumit. Anggaplah membela anak angkat ini ibarat satu ibadah terutamanya anak-anak yatim piatu ataupun sekarang nih ramai anak yang terbuang di Malaysia. Kasihan betul tengok dalam berita di Malaysia pasal bilangan anak luar nikah yang bertambah dan baby yang ditinggalkan depan pintu rumah, tepi longkang.....Sedih....
No comments:
Post a Comment