Semalam, waktu tengok Haziq dan Hazim pergi sekolah, jiran yang kat atas turun sama tengok anak dia yang lelaki gi sekolah gak. Selalunya lepas tuh kami bergossip. Mengenai hal anak-anak, pelajaran, budaya masing-masing, cara masak makanan Jepun dan Malaysia, di mana tempat nak belajar budaya Jepun, pasar ikan yang murah...Pendek kata semua benda kami bincang. Tukar-tukar pendapat sambil berdiri tepi jalan. Kalau sekali tengok tuh macam mak-mak kat kampung balik basuh baju kat sungai yang dok borak tepi jalan.
Jiran nih tanya dah habis Ramadhan ker. Bila kata dah habis, then baru dua hari lepas Raya, dia siap tunduk hormat kata "Tahniah". Wah!. setiap tahun mesti dia tak lupa tanya bila puasa dan tak lupa ucap tahniah cara dia bila tiba hari raya. Siap kata tahun nih pun mesti ada party kan. Haha..memang setiap kali buat open house, hantar lauk sikit ke rumah dia. Bagi dia rasa makanan yang selama nih hanya dapat baunya saja. 本当にごめんなさい。
Lagi satu, selalu juga cerita pada dia pasal Islam sebab kalau cerita pasal budaya Malaysia, kenalah cerita sebab dan dari mana asal budaya tuh. Cerita pada dia yang sekarang tengah ajar Haziq dan Hazim hafal surah dalam bahasa Arab. Jadi dia tanya kenapa dan macam mana nak baca semua tuh. Minat betul dia dengan Islam. Kebetulan semalam waktu keluar, pakai jubah sebab senang nak sarung atas pajama. Bila dia tengok jubah, dia tanya ada apa-apa special ker hari ini. Siap puji jubah hitam cantik. Huhu.. Ajak juga jiran nih dengan anak-anak dia ke Malaysia tahun depan, nanti boleh beli sehelai Jubah kat Malaysia.
Last sekali, waktu dah dekat sejam borak sambil berdiri kat tepi jalan, dia pun kata, " Akhlak dalam Islam dan budaya kami ada persamaan ya". Dia maksudkan macam cara kita menghormati jiran, ibu bapa, pendidikan anak-anak, sikap sopan santun, melayan tetamu dan macam-macam lagi yang selama ini duduk dekat 6 tahun puas kami berbincang. Dia tak maksudkan minum arak ataupun sembah berhala dan sebagainya tapi ciri-ciri baik orang Jepun itu ada persamaan dalam Islam. Dia bukan kata sama dengan orang Malaysia. Jauh betul pemikiran jiran nih berbanding waktu kami mula-mula kenal dulu.
Pelbagai kenangan berjiran dengan orang Jepun yang banyak mengajar saya erti hidup di perantauan. Diakui tak semua orang Jepun yang baik tapi Alhamdulillah setakat yang saya jumpa semuanya baik-baik dan pemikiran mereka terbuka. Syukur sangat-sangat...
No comments:
Post a Comment