Thursday, June 16, 2011

Yang ini Umminya buat dan warna. Huhu..comot!
Bulan lepas buat tempat letak pen dari botol kaca dan cawan kertas menggunakan tanah liat. Nih projek sama Haziq dan Hazim hujung minggu. Kami gunakan rempah ratus untuk dapatkan pelbagai corak pada tempat letak pen nih. Semerbak bau rempah ratus satu bilik sebab Haziq dan Hazim sibuk cari corak yang menarik. Seronok rupanya main tanah liat. Teringat dulu waktu kecil- kecil suka ambil tanah liat tepi parit depan rumah. Setiap kali ada orang korek parit bagi besar, mesti ada tanah liat kat tepi tebing. Happy jer tunggu takde orang nak ambik tanah liat banyak-banyak.

Khusyuk main plastesin.     




Seronok tau main tanah liat dengan budak-budak. Kami buat bentuk rama-rama, pinggan, bunga tulip dan apa bentuk entah lagi. Sebulan sekali ada projek seni macam nih boleh bantu anak-anak jadi lebih kreatif.

* Kalau perasan ada badge Pomodoro Technique. Untuk orang-orang yang susah bagi tumpuan dalam masa yang singkat, cuba teknik ini. Sesuai untuk kita!

2 comments:

  1. kreatif ye hasil kerja tangan anak2 ni

    ReplyDelete
  2. banyak juga hasil seni diaorang nih yang saya simpan tapi bila dah banyak sangat, saya suka ambil gambar sebagai kenangan dan boleh buang mana2 yang kurang sentimental value nya...

    ReplyDelete