Wednesday, June 15, 2011

AED

Semalam dapat join kelas rawatan kecemasan dan cara menggunakan AED (Automated External Defibrillator) di sekolah Haziq dan Hazim. Setiap tahun nak masuk musim panas, PTA (AJK Kesihatan) akan anjurkan kelas nih. Pengajarnya pula cikgu sekolah. Walaupun ringkas tapi banyak dapat belajar. Cara nak bagi CPR, guna AED dengan betul. Sekarang dah banyak tempat di Jepun ada AED.

Pertama sekali, kami diajar bahagian dada yang mana untuk tekanan selama 30 kali diikuti CPR mulut ke mulut dua kali. Mula-mula buat kat patung orang dewasa dan lepas itu patung budak-budak. Kalau tertekan dada kuat sangat, ada lampu merah yang kata tulang dada retak sebab tertekan kuat sangat. Mak-mak Jepun kebanyakkannya tak kuat sangat jadi keluar lampu kuning. Tapi bila sampai giliran saya, awal-awal lagi dah lampu merah!. huhu. Lepas dah buat 10 kali, barulah dapat agak. Bila buat pada patung kanak-kanak, tekanan pada dada tak boleh kuat sangat. Terutamanya untuk bayi hanya gunakan 3 jari sahaja. 

Sementara nak tunggu AED sampai, waktu itu paling kritikal untuk mangsa jadi pesan cikgu yang ajar kami, jangan PANIK!. Orang mesti ramai berkumpul, bila kita yang cuba beri bantuan nampak panik, orang sekeliling akan ragu-ragu dengan keupayaan kita jadi mesti ramai yang akan masuk campur walhal yang penting selamatkan nyawa mangsa. Lagi satu tak boleh baringkan mangsa di tempat yang basah bila guna AED. 

Bagus sebenarnya kelas sebegini terutamanya untuk mak-mak sebab mereka paling selalu sama dengan anak-anak. Kalau apa-apa jadi di kolam renang atau laut, sekurang-kurangnya dah ada asas latihan kecemasan dan CPR walaupun sebenarnya dalam hati janganlah terjadi kejadian yang tak diingini nih.

* Dalam kelas nih jumpa mak kawan Haziq. Dia tanya "Awak jadi ketua AJK Biro Pendidikan ya?". Haha.. tak habis lagi cerita nih ker. Orang Jepun susah nak jadi ketua apa-apa sebab tak mahu dipertanggungjawabkan bila ada masalah tapi tak ramai yang tahu saya terpilih jadi Ketua sebab kalah じゃんけん(O-Som)!!!

2 comments:

  1. sy penah attend kelas CPR tapi rasanya tak yakin utk tolong org dalam kecemasan..gugup la.nanti lain yg jadi :-)

    ReplyDelete
  2. samalah dengan saya sebenarnya. sure panik sebab kat depan mata tuh nyawa orang kan.

    ReplyDelete